Sebelum
kerja-kerja pembinaan sesebuah pembinaan dapat dijalankan, tapaknya mestilah
dikenalpasti, sempadannya ditentukan dan kawasannya dibersihkan. Kerja menanda
kedudukan bangunan dikenali sebagai merancang tanda tapak. Istilah-istilah yang
berikut sering digunakan dalam kerja merancang tanda tapak :
a.
Garisan bangunan
Garisan
luar yang meliputi sesuatu bangunan.
b.
Aras datum
Satu
aras yang diambil sebagai panduan untuk menandakan aras yang lain bagi bangunan
yang akan didirikan. Di tapak bina, datum ini boleh dibuat dengan membina satu
tiang bata yang sementara ataupun menandakan pada binaan berdekatan yang sedia
ada.
c.
Batu sempadan
Tiang
kecil yang diperbuat daripada konkrit yang ditanam oleh Jabatan Ukur untuk
menentukan sempadan sesuatu lot tanah.
d.
Nombor lot
Tiap-tiap
satu lot yang telah diukur oleh Jabatan Ukur diberikan satu nombor untuk
rujukan
e. Garisan asas
Garisan yang mana menunjukkan di mana asas bangunan yang dikehendaki. Garisan ini
membolehkan lubang asas dikorek.
Mentafsir
pelan tapak
Pelan
tapak bangunan hendaklah diteliti untuk mengetahui kehendak-kehendak arkitek
sebelum kerja merancang tanda dimulakan. Pengetahuan ini memberi bantuan dalam
perancangan yang lebih berkesan dan menguntungkan. Pentafsiran hendaklah
mengambil kira perkara-perkara yang berikut :
a.
Skala, anak panah utara (north arrow), aras
datum, tarikh ukur tanah.
b.
Garisan sempadan
c.
Kedudukan bangunan dan struktur lain seperti
asas, tembok, pagar, tangga dan sebagainya.
d.
Keadaan jiran – bangunan, jalan, saliran air
dan sebagainya.
e.
Kemudahan-kemudahan – paip air, bekalan
elektrik, telefon, paip gas, pembetungan awam dan lain-lain.
f.
Kedudukan sungai, paya, lombong dan lain-lain
lagi yang berdekatan.
g.
Kontur dan kecerunan tanah tapak.
Mengaras
Tapak
bangunan perlu diaraskan terlebih dahulu untuk mengetahui berapa banyak tanah
yang hendak dipotong atau ditambah dan juga menentukan pemandangan daratan.
Pengarasan ini biasanya dilakukan oleh juru ukur menggunakan alat aras dan stafnya.
Kaedah
merancang tanda tapak bangunan
Setelah
pelan kedudukan bangunan ditafsirkan, kedudukan ini hendaklah ditandakan pada
tapak bina dengan pancang mengikut langkah-langkah seperti berikut :
a.
Menentukan kedudukan batu sempadan dan
memastikan arah bangunan. Menetapkan kedudukan garisan bangunan pertama dengan
mengukur dari batu sempadan. Garisan ini mestilah sekurang-kurangnya 6 meter dari
sempadan yang menghadapi jalan (mengikut syarat bagi kawasan perumahan).
Kemudian kedudukan kedua-dua sudut bangi bangunan tersebut, iaitu titik A &
B, ditandakan pada garisan pertama ini dengan menggunakan pancang kayu
berukuran 50mm x 50mm x 300mm.
b.
Kedudukan yang tepat bagi sudut-sudut
bangunan ini dipakukan pada pancang-pancang tersebut di titik A dan B.
c.
Di atas garisan AB tanamkan pancang pada F
dengan jarak 3m dari A, dan pakukan pada pancang ini kedudukan tepat 3 m dari
A.
d.
Dapatkan kedudukan E dengan menarik pita
pengukur dari A dan F supaya jaraknya tepat 4m dari A dan 5m dari F. Sudut EAF
adalah sudut tepat 90ยบ (berdasarkan 3,4,5 bagi segitiga bersudut tegak).
e.
Kedudukan titik D didapati dengan menyusul AE
dan diukur dengan pita pengukur.
f.
Kedudukan titik C boleh didapati dengan
menarik pita pengukur dari D dan B mengikut ukuran DC dan CB. Pancang
ditanamkan dan kedudukan C yang tepat dipakukan.
g.
Menguji kejituan kerja merancang tanda dengan
mengukur jarak pepenjuru AC dan BD. AC = BD menunjukkan sudut-sudut dalam
segiempat ABCD adalah sudut tepat. Cara ini adalah lazim diamalkan. Kaedah lain
ialah dengan menggunakan alat aras dan sesiku binaan. Sesiku binaan adalah
sesiku yang besar (1.8m x 2.4m, saiznya tidak tetap dan dibuat mengikut keadaan
yang memerlukannya). Diperbuat daripada kayu dengan sudut tepat. Alat ini khas
dibuat untuk mendapatkan sudut tepat dalam merancang tanda tapak.
Pancang
ukur tapak
Selepas
kedudukan tembok bangunan ditandakan, tindakan hendaklah diambil untuk
mengekalkan tanda-tanda ini. Kaedah yang diamalkan ialah menggunakan pancang
ukur tapak seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Kaedah ini
membolehkan tanda-tanda kedudukan bangunan dipindahkan kepada pancang ukur
tapak semasa kerja-kerja menggali peparit untuk asas dilakukan. Pancang ini
didirikan di sekeliling garisan bangunan dengan jarak sekurang-kurangnya 1.2 m
dari garisan tersebut. Jarak ini diperlukan supaya pancang yang didirikan itu
tidak mengganggu kerja-kerja pembinaaan yang akan dijalankan.
Tanda-tanda
kedudukan bangunan dipindahkan ke pancang ukur tapak ini dan juga ditambahkan
tanda-tanda kedudukan asas, tembok-tembok sekatan dan sebagainya yang tidak
ditanda di atas tapak tadi.
Tanda-tanda
ini hendaklah dibuat secara kekal dengan memaku ataupun digergaji supaya tidak
mudah hilang. Tanda-tanda kedudukan tembok boleh dibuat mengikut cara garisan
tengah ataupun garisan tepi bergantung kepada kehendak spesifikasi.
Pancang
ukur tapak boleh dibuat di sekeliling bangunan ataupun pada penjuru-penjuru
bangunan sahaja. Bahan yang digunakan tidak semestinya kayu tetapi tembok bata
sementara juga boleh digunakan. Pancang ukur tapak ini hendaklah rata untuk
memastikan ukuran yang tepat.
Apabila
peparit siap digali, kedudukan yang telah ditandakan itu boleh dipindahkan ke
tapak dengan menggunakan benang yang diikat pada pancang ukur tapak mengikut
tanda-tandanya supaya bersilang. Kedudukannya ditandakan dengan bantuan batu
ladung.
Kaedah memindah aras dengan hos air
Kegunaan
hos air sebagai alat aras adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa air mencapai
aras yang sama di mana-mana dalam sesuatu kandungan yang sama. Hos air yang
lutsinar berisi air merupakan alat yang senang digunakan untuk memindahkan aras
dari satu tempat ke satu tempat yang lain di tapak bina.
Saiz hos
yang sesuai digunakan berubah dari 5mm diameter hingga 20mm diameter diperbuat
daripada getah atau plastik yang lutsinar.
Hos itu
hendaklah diisi dengan air terlebih dahulu dan hendaklah dipastikan tiada buih
atau ruang-ruang udara yang terdapat di dalamnya. Satu hujungnya diletak dengan
tanda A (lihat rajah) yang merupakan aras asal sebagai aras rujukan. Hujung
yang satu lagi ditempatkan pada tempat yang hendak disearaskan, misalnya pada
titik B. Apabila aliran air di dalam hos berhenti, didapati aras B adalah sama
tingginya dengan aras A. Tempat-tempat yang lain boleh juga ditandakan dengan
cara yang sama untuk mendapatkan aras yang sama.
Perhatian
hendaklah diambil untuk memastikan bahawa ruang udara tidak berlaku dalam hos
selepas air diisikan. Kehadiran ruang udara dalam hos mungkin akan
mengakibatkan aras yang ditanda itu tidak tepat.