Wednesday, April 17, 2013

Tangga

Tangga adalah sebahagian yang penting dalam pembinaan bangunan. Ia membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar.

 Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:
1. Kegunaan tangga
2.ruang bukaan bagi tangga yang dibina
3.ukuran naik dan curam yang dikehendaki
4.rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:
1. Kegunaan tangga
2. Ruang bukaan bagi tangga yang dibina
3. Ukuran naik dan curam yang dikehendaki
4. Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

Jenis tangga Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu :
1. Tangga larian lurus
2. Tangga suku pusingan
3. Tangga separuh pusingan
4. Tangga geometri

1. Tangga larian lurus

Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat ke tingkat yang lain dalam satu arah.
Untuk tangga larian lurus yang terlalu panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya mendapatkan deretan anak tangga yang lebih senang dan selesa didaki.
Penggunaan tangga lurus memberikan rupabentuk yang paling mudah dan murah dalam pembinaan tangga.






2. Tangga suku pusingan 

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh 900 (suku pusingan) dipertengahannya.

Penggunaan tangga suku amat sesuai untuk ruang bukaan tangga yang terhad di mana tangga larian lurus tidak dapat digunakan.

 


3. Tangga Separuh Pusingan



4. Tangga Geometri 

 



Prinsip pembinaan tangga
1. Setiap anak tangga hendaklah dibina selari antra satu sama lain kecuali apabila berlaku pertukaran arah pada larian tangga itu.
2. Untuk kemudahan dan keselamatan pengguna setiap anak tangga hendaklah mempunyai jarak jejak dan naik yang sekata.
3. Sesuatu binaan tangga mestilah mempunyai ruang kepala yang cukup iaitu sekurang-kurang 2 meter diukur tegak dari garisan bucu anak-anak tangga atau 1.5 meter diukur bersudut tepat.
4. Ukuran-ukuran untuk jejak dan penaik mestilah bersesuaian dan dapat memberikan keselesaan.  Mengikut undang-undang kecil binaan bangunan jarak naik untuk sesuatu anak tangga  tidak melebihi 190 mm dan 230 mm bagi jarak jejak.
5. Curam sesuatu larian tangga tidak melebihi 40 darjah.
6. Ruang tangga hendaklah sentiasa terang terutama bahagian membelok.


Maklumat berkaitan tangga





Reka bentuk tangga

































Tuesday, April 16, 2013

Membina tembok batu ( rubble wall )



2 jenis  batu yang sesuai digunakan :
a. Batu granit
b. Batu kapur

2 jenis mortar yang digunakan untuk kerja menerap batu ( rubble stone )
a. Mortar simen.
b. Mortar kompo