- Pembinaan struktur bangunan memang tidak lari dari bahan yang berasaskan batu. Batu seperti bata biasa diikat dengan menggunakan mortar bagi menjadikan membentuk struktur bangunan seperti dinding atau lantai.
- Bahan pembinaan yang berasas batu adalah terdiri batu bata, batu, marmar, granit, travertine, batu kapur, batu cast, blok konkrit, kaca blok, plesteran, dan jubin .
Jenis-jenis batu yang digunakan dalam pembinaan:
1. Batu bata
2. Batu
3. Mamar
4. Granite
5. Batu kapur
6. Batu cast
7.
Travertine
8. Stucco
Stuko atau render adalah bahan yang diperbuat daripada agregat, pengikat, dan air.
Ia digunakan sebagai salutan hiasan untuk dinding dan siling, dan sebagai bahan arca dan seni dalam seni bina
9. Jubin
Fungsi pembinaan berasaskan batu:
1. Membuat bangunan seperti rumah.
2. Membina dinding atau tembok.
3. Hiasan bagi sesuatu permukaan agar nampak cantik dan menarik.
4. Laluan pejalan kaki.
5. Tangga.
6. Pagar
7. Gerbang
Dinding
batu bersegi (square rubble)
Batu yang digunakan
ialah batu-batu biasa yang agak nipis yang terdapat dari kuari, ia mudah
dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil. Sedikit tenaga kerja diperlukan
untuk membentuk dan mengandam batu-batu tersebut. Bentuk batu lazimnya empat
segi dan disiapkan dengan adaman tukul atau penyudahan potongan lurus.
Batu-batu yang membentuk bukaan seperti pada tingkap dipasangkan dengan batu
yang permukaannya lebih halus bagi menambahkan kecantikan.
a.
Dinding batu bersegi tidak berlapis (square
marble uncoursed)
Kerapkali disebut squared-necked rubble. Batu
terdapat dalam berbagai saiz, disusun dalam bentuk dan corak yang tidak
menentu. susunan yang berkesan ialah susunan dari gabungan empat batu dalam
satu siri, besar yang besar dipanggil ‘riser’ atau ‘jumper’ yang mana biasanya
terdiri dari batu ‘through’ atau ‘bonder’, dua batu yang sederhana besarnya
dipanggil ‘leveller’ dan batu yang kecil sekali dipanggil ‘sneck’ atau ‘check’.
Batu kecil ini digunakan bagi tujuan mengelakkan berlakunya sambungan terus
menerus pada sambungan menegak. Sambungan tepi batu muka diandam berbentuk
empat segi lebih kurang 75mm dari muka bata yang mana
b.
Dinding batu bersegi dibina berlapisan
(Squared rubble-built to courses)
Batu yang digunakan
adalah sama dengan dinding ‘sneck rubble’ tetapi sepertimana dalam kelas
dinding batu rawak yang dibina berlapisan susunan batu dilaraskan (level)
dengan berbagai ketebalan lapisan. Batu-batu yang berpermukaan rata disusun
sepertimana dinding batu rawak dibina berlapis, tiap-tiap lapisan mengandungi
‘quoin’. Batu-batu kecil dipasang di antaranya sehingga sama dengan ketinggian
batu yang besar untuk menyiapkan satu-satu lapisan.
c.
Dinding batu bersegi dibina berlapis (Squared
rubble-regular coursed)
Dinding batu jenis
ini dibina dalam berbagai ketebalan tetapi semua batu dalam lapisan yang sama
adalah sama tebal. Tebal batu antara 50 mm hingga 225 mm dan 150 mm lebar. Muka
batu dipahat bagi menampakkan permukaan yang menarik. Ikatan batu ‘regular
course rubble’ yang mana terdiri dari batu-batu blok atau bungkah empatsegi
yang besar yang biasanya disiapkan permukaannya samada andaman tebal (hammered
faced) atau andaman tarah (pitch faced). Kadangkala dipanggil ‘block in course’.
Ikatan ini biasanya dibuat pada kerja-kerja pembinaan yang besar seperti tembok
penahan air laut, tembok penahan tanah dan lain-lain tetapi tidak banyak
digunakan dalam kerja-kerja pembinaan awam.
Miscellaneous
Terdapat banyak perbezaan
dalam pembinaan dinding batu. Perbezaan ini disebabkan oleh ciri-ciri dan
kualiti bahan dan tempat yang hendak dibina. Tiga contoh di bawah adalah ikatan
yang lazim dibuat.
- Dinding batu polygonal
Batu yang digunakan
dalam pembinaan dinding jenis ini walaupun keras tetapi mudah dipecahkan dan
diandam kepada bentuk-bentuk yang dikehendaki. Permukaan batu diketuk kepada
bentuk poligon yang tidak sekata pada tiap-tiap sudut batu, batu disusun atau
diikat dalam keadaan susunan yang tidak teratur atau tidak sebentuk.
- Dinding batu ‘flint’
Batu yang digunakan
ialah batu ‘flint’ (tahan api) atau ‘cobbles’ (batu bundar). dinding ini dibina
dengan ketebalan dari 15 mm hingga 150 mm dan panjang dari 150 mm hingga 300
mm. walaupun batu ini tersangat keras tetapi ia rapuh dan mudah dipatahkan.
Batu-batu ini boleh didapati dari gravel yang mana dihubungkaitkan kapur atau
batu kapur. Binaan yang dibuat berhampiran dengan pantai boleh dibuat dari
batu-batu bulat dari pantai.
Dinding luar yang
mana tebalnya dari 350 mm hingga 450 mm boleh dibuat dalam tiga keadaan, iaitu
:
i.
Batu yang berbentuk facing mengikat sehingga
ke bahagian tengah dinding dan di bahagian belakang dari batu biasa yang tidak
diandam.
ii.
Sama seperti di atas tetapi permukaan batu
dibentuk empatsegi
iii.
Kesemuanya dari batu ‘flint’ yang tidak
diandam.
susunan ikatan boleh
dibuat samada dalam bentuk tidak berlapisan, dibina dengan lapisan atau
regular. Dinding tidak berlapis dari flint khususnya pada tempat yang kurang
memerlukan kekuatan dan dibuat dari batu-batu kecil, batu ‘through’ dipasang
dua pada tiap-tiap satu meter persegi atau boleh juga dibuat ‘lacing course’
iaitu terdiri dari batu-batu yang agak panjang, batu atau genting dipasang
berselang lapisan dengan jarak satu hingga dua meter dan tianga batu atau bata
berselang 1.5 m, tiang ini boleh dipasang dari bata (permukaan header) bagi
memberi permukaan ‘diaper’
- Dinding batu ‘Lake Distric Masonry’
Ianya dibuat khusus
pada tempat-tempat yang mudah terdapat batu-batu slate, terdapat dalam dua warna
iaitu kebiruan dan kehijauan. Kedua-duanya memberi penyudah kerja yang sangat
menarik. Biasanya batu-batu ini dibawa ke tempat pembinaan dalam keadaan bentuk
yang tidak sama atau tidak sekata, biasanya 600 mm lebar dan 900 mm panjang.
Batu ini dipecah dan diandam kepada bentuk dan saiz yang diperlukan. Terdapat
dua jenis susunan bata dalam dinding jenis ini ;
i.
Dinding rawak permukaan kasar (Rough faced
random walling) dibina berlapis
Muka batu ini diandam
secara kasar dan dalam bentuk yang tidak sama. Batu diikat antara satu sama
lain, ‘spalls’ digunakan untuk menyelak atau menyangga batu-batu kasar.
‘Watershot’ dibuat pada tiap-tiap 300 hingga 450 mm menegak. ini bertujuan
untuk memberikan sambungan melintang yang terus dari hadapan ke belakang dinding,
batu through digunakan untuk tujuan ini dengan jarak 600 mm hingga 900 mm.
ii.
Best faced random walling
Dinding jenis ini
menyerupai ‘snecked rubble’. Batu ditukul menjadi bentuk persegi. Muka batu
dibiarkan menjadi bentuk asal atau semulajadi. Sesetengah batu ‘snecked’
dipasang terlalu nipis, contohnya 20 mm. Batu through dipasang purata dua pada
tiap-tiap satu meter persegi.