Sunday, January 12, 2020

Contoh kiraan asas dalam kejuteraan





























Sumber fb kontraktor Malaysia

Rekabentuk Highway Toll









Sumber fb Civil Engineer Malaysia

Lapping of Bars

1.) Rebar yang terdapat di dalam pasaran memiliki panjang maksimum 12 m. Biasanya 10 m daripada panjang ini dikhususkan untuk penempatan secara langsung dalam struktur manakala baki 2 m lagi dikhususkan untuk pembengkokan untuk tujuan cengkaman.
2.) Sekiranya panjang sesuatu rebar dalam struktur tidak mampu untuk mencapai panjang melebihi 12 m, disinilah keperluan untuk rebar disambungkan dengan rebar yang lain melalui pertembungan antara pengakhiran 'actual rebar' dan permulaan 'new rebar' secara tindihan. Penyambungan tindihan ini dikenali sebagai 'lapping'.
3.) Bagaimana pula dengan panjang 'lapping'?
4.) Anggaran panjang 'lapping' yang ditentukan biasanya antara 30D - 50D dimana simbol 'D' merujuk kepada saiz diameter bar yang digunakan ketika penyambungan. Penentuan ini bergantung kepada gred konkrit yang digunakan (sama ada nominal mix & design mix) dan fungsi pembinaan sesuatu struktur (compression & tension).
5.) Dalam konteks gred konkrit, lagi tinggi gred konkrit yang digunakan, lagi panjang 'lap length' ketika penyambungan antara rebar. Justeru, 'lap length' lebih panjang akan dikenakan terhadap penyambungan rebar di dalam gred konkrit yang tinggi (G20, G25 ke atas atau lebih dikenali sebagai konkrit 'design mix'). Ini bermaksud, 'lap length' dalam 'design mix' lebih panjang daripada 'nominal mix'.
6.) Adapun dalam konteks fungsi penyambungan rebar, lazimnya rebar yang melibatkan tegasan tegangan (tension : beam) memiliki 'lap length' yang lebih panjang daripada sambungan rebar yang melibatkan tegasan mampatan (compression : column).
7.) ‘lap length’ untuk projek JKR pula kesemuaannya menggunakan panjang 45D.
Nota tambahan :
Terdapat beberapa kaedah penyambungan besi tetulang yang sering digunapakai di tapak pembinaan seperti 'welding', 'mechanical joint' dan 'rebar tie'. Penyambungan besi tidak sesuai dijalankan terhadap besi tetulang dengan saiz 36 mm ke atas kerana saiznya dianggap terlalu besar untuk penyambungan melainkan atas keperluan iaitu dengan cara sambungan 'welding' atau ikatan 'spiral' di sekeliling 'lap'.
Source :
1.) BCT202 Construction Material, Kolej Komuniti Kuala Terengganu 



sumber fb kontraktor malaysia

Rebar




1.) Rebar dalam konteks kualiti terdiri daripada rebar jenis komersial atau lebih dikenali sebagai 'Commercial Quality' (CQ) dan rebar jenis 'British Standard' (BS).
2.) Walaubagaimanapun, rebar yang diiktiraf CIDB hanyalah rebar jenis BS kerana kualitinya yang tinggi sehinggakan kualiti rebar ini digunapakai dalam projek-projek di bawah JKR. Umumnya mengetahui, projek JKR memang menggunakan spesifikasi yang tinggi sampai gred konkrit pun guna gred ‘design mix’ (C20 ke atas)
3.) Adapun rebar CQ tidak diterima sebagai rebar yang selamat untuk pembinaan kerana kekuatan tegangannya yang hampir 2 kali ganda lebih rendah daripada rebar BS. Rebar CQ boleh dilihat pada bentuk 'rib' (bunga) yang halus dan warnanya yang tidak konsisten (grey+orange). Sebahagian kontraktor menggunakan rebar jenis ini untuk menjimatkan duit. Jadi, 'client' yang tiada asas pengetahuan tentang rebar agak mudah kena tipu.
4.) Berbeza pula dengan rebar jenis BS yang warnanya yang konsisten dan bentuk 'rib' yang kasar. Maksimum kekuatan tegangan untuk rebar BS biasanya antara 460 Mpa dan 500 Mpa.
** Rebar H **
5.) Rebar BS yang diiktiraf CIDB sekarang ini menggunakan 'high yield steel' (H) berasaskan kod praktis MS 142 : 2014 dengan gred rebar baru iaitu B500 dengan 3 corak 'rib' yang berlainan (B-500A, B-500B, B-500C). Rebar gred B500 juga lebih dikenali dengan rebar H.
6.) Adapun kewujudan rebar BS seperti rebar 'high tensile' (T), high yield' (Y.) dan ‘rounded’ (R) menggunakan kod praktis lama dimana rebar T khusus untuk rebar dengan kekuatan tegangan 460 Mpa, rebar Y khusus utuk kekuatan tegangan 410 Mpa manakala rebar R kekuatannya lebih rendah lagi. Tetapi timbul pula persoalan disini, bagaimana pula dengan rebar H yang selalu kita jumpa dalam ‘drawing’?
** High Tensile Rebar : Antara rebar H dan T? **
7.) Baiklah, sebenarnya rebar H dan rebar T berada dalam kumpulan yang sama iaitu 'high tensile'. Cuma perbezaannya hanyalah dari segi perwakilan perkataan dan kod praktis yang digunakan dimana rebar H berasaskan kod praktis moden (Eurocode, EC) yang diambil daripada perkataan 'high' dalam terma 'high tensile steel' sedangkan rebar T berasaskan kod praktis lama (BS) yang diambil daripada perkataan 'tensile' dalam terma yang sama.
8.) Walaubagaimanapun ketika peringkat penyediaan pelan struktur, jurutera 'consultant' mungkin perlu elakkan daripada menggunakan kod lama untuk penetapan rebar bagi mengelakkan kekeliruan dengan kod 'rebar position' seperti 'top' (T) dan 'bottom' (B).
9.) Biasa kita baca 'drawing' di sesetengah projek, anda akan jumpa rebar dengan kod yang tertulis seperti 4H16 T, 4H25 B dan lain-lain lagi, tetapi mengapa dalam pelan struktur tidak sahaja menggunakan contoh kod bacaan seperti 4T16T untuk ‘top’? Mengapa perlu menggunakan kod bacaan 4H16 T? Jawapannya, penggantian ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan seperti yang saya jelaskan di atas (Pertembungan kod T antara 'Tension' dan 'Top).
** Rebar ‘Rounder’ (R) **
10.) Rebar R pula ialah rebar jenis 'mild steel' yang lebih sinonim dengan rebar yang tidak memiliki bentuk 'rib' (bunga). Rebar jenis ini agak kerap digunakan sebagai 'stirrup' untuk mencengkam rebar daripada mengalami lebihan ricihan yang seterusnya menjejeskan struktur yang ditempatkan secara mendatar. Ia juga digunakan untuk mencengkam 'rebar' dalam struktur 'column' (tiang) bagi mengelakkan masalah 'buckling'.
11.) Dari segi saiz rebar, rebar Y atau T (atau H) paling minimum yang anda akan jumpa ialah saiz 10 mm. Adapun bawah daripada minimum saiz 10 mm biasanya merujuk kepada minimum saiz untuk rebar R.
12.) Jadi, kesimpulannya di sini, rebar dengan kod-kod seperti Y,T dan R adalah berasaskan kod praktis yang lama yakni British Standard (BS) manakala rebar kod H pula berasaskan kod praktis moden (Eurocode, EC) yang lebih kukuh kualitinya. Itupun rebar H hanya khusus untuk ‘high tension steel’ 500 Mpa sahaja

*** Kod lama (BS) : T,Y,R
*** Kod baru (EC) : H sahaja

__________________________________
Nota lain berkaitan rebar:
3.) Chamfer Reinforcement aka Haunch Bar.
Link : https://www.facebook.com/100000958294759/posts/3098455800196333?d=n&sfns=mo
5.) Bolehkah ‘welding’ Terhadap Rebar?
Link : https://www.facebook.com/100000958294759/posts/2300195133355741?d=n&sfns=mo
7.) Semakan Terhadap Rebar di Tapak Bina?
Link : https://www.facebook.com/100000958294759/posts/3308794829162428?d=n&sfns=mo
Kredit Mohammad Hafiz
Facebook kontraktor malaysia