Pemasangan longkang perlu untuk salirkan
air buangan dan dari alatan kebersihan, dapur, sesalur air hujan (R.W.D.P)
serta air permukaan berturap ke pebentung awam dan seterusnya ke tempat
pembuangan dan perawatan khas.
Longkang-longkang yang dibina harus
mempunyai ciri-ciri berikut :
1.Longkang hendaklah tidak mudah bocor
2. Air buangan dan najis tidak dapat
memberi kesan kepada longkang.
3.Dapat menahan tekanan tanah serta
‘building settlement’
4.Berupaya menahan pengaliran haba dan
cecair.
Jenis-jenis longkang: 1. Bentuk U 2. Separuh bulat 3. Bentuk V
Jenis longkang yang biasa terdapat di Malaysia: 1. Longkang jenis konkrit. 2. Longkang jenis tembikar 3. Longkang PVC
Longkang jenis konkrit
Longkang jenis tembikar
Longkang PVC
Bahan bagi membuat longkang ialah tembikar, pvc dan konkrit.
Bahan-bahan bagi membuat longkang konkrit: 1. Simen 2. Batu baur. 3. Pasir
Langkah-langkah kerja bagi pemasangan longkang: 1. Menyediakan bahan dan alatan. 2. Mengorek tanah 3. Meletakkan pasir. 4. Memasang dan memaras. 5. Menyambung ikatan antar longkang
Alatan memasang longkang :
1 1. Cangkul
2 2. Penggali
3 3. Aras spirit - mendapatkan kerataan.
4 4. Benang - bertujuan untuk mendapatkan jajaran
lurus bagi jarak yang panjang.
Peraturan serta kehendak yang perlu diberi
perhatian dalam pemasangan longkang adalah seperti berikut :
1.Kecerunan - longkang perlu diberi
kecerunan supaya pergerakan air tidak jadi lambat dan tersumbat.
2.Kedalaman - longkang bawah tanah mesti di
tanam dengan kedalaman yang cukup bagi mengelakkan dari berlakunya paip bocor
atau pecah yang disebabkan oleh beban yang terdapat di atasnya. Contoh :
kenderaan.
3.Pengudaraan - pengudaraan perlu diadakan
untuk mengelakkan dari bau busuk yang kurang menyenangkan
4. Penutup - perlu diadakan untuk menyekat
bau busuk ke dalam bangunan serta tidak menghalang laluan
5. Laluan - laluan/bilik khas mesti
disediakan bagi tujuan pemeriksaan atau pembersihan jika longkang tersekat
5. Bahan - bahan harus tahan lasak dan tidak
mudah pecah. Ini untuk memastikan paip dan longkang tahan serta mampu untuk
menahan beban dan tegangan
6. Sambungan - sambungan perlu diadakan bagi
mengelakkan dari berlakunya kebocoran atau keretakkan pada longkang
7. Penahan -untuk pastikan perletakan
longkang mendapat sokongan dan tidak mudah pecah.
8. Saiz dan isipadu muatan - hendaklah
mengikut jenis atau bentuk longkang.
Tangki septik juga dikenali sebagai sistem
septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan
bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan.
Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik
yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk
kedalam tangki tersebut.
Bahan binaan tangki septik biasanya batu
bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki
septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder
(
bahan daripada plastik atau fiber).
Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama
tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan
mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan
pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke
kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua
akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.
Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh
sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi,
bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum.
Sistem pembetungan yang banyak terdapat di
Malaysia ialah tangki septik individu. Dianggarkan lebih kurang 1.2 juta premis
mempunyai tangki septik inidividu. Tangki septik individu yang sempurna iaitu
mengikut Piawaian Malaysia – MS 1228 mempunyai 3 sehingga 4 penutup logam
bersegi empat tepat dan pada lazimnya berada di luar kawasan premis sama ada di
bahagian hadapan, belakang atau tepi premis. Adakalanya, tangki septik tersebut
berada di dalam premis yang telah diubahsuai. Kumbahan (najis) yang mengalir ke
dalam tangki septik tidak menjalani rawatan sepenuhnya dan oleh itu tangki
septik tersebut perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua
tahun sekali; untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien. IWK menyediakan
perkhidmatan mandatori dan amat penting ini untuk premis-premis kerajaan.
Rajah menunjukkan bagai sisa air buangan di salur ke paip salir
Paip salir ialah paip yang dipasang di
bawah tanah dan berfungsi sebagai menyalirkan najis dan air sisa serta air
permukaan dari sesebuah banguna. Sistem
paip salir mempunyai ciri-ciri dan kaedah pemasangan yang berbeza daripada
system paip lekapan.
Oleh sebab di tanam dalam tanah, maka paip
salir memerlukan bahan yang tahan asak dan tahan kepada tekanan kerana sentiasa
terdedah kepada beban, terutama jika terdapat kenderaan yang lalu di
atasnya. Kebanyakkan paip salir yang
dipadang di dalam tanah utnuk menyalirkan najis dan sisa terdiri daripada paip
tanah liat dan paip besi tuang.
Jenis-jenis paip salir
1. Paip tanah liat
2. Paip besi tuang
3. Paip PVC
4. Paip uPVC
5. Paip gentian
6. Paip konkrit
Paip tanah liat
Paip besi tuang
Paip pvc
Paip konkrit
Paip uPVC
Paip yang diperbuat daripada gentian kaca,
konkrit dan uPVC juga digunakan. Paip jenis ini sesuai digunakan sebagai paip
salir terutama di kawasan tanah berasid atau kumbahan berasid.
Ciri-cirinya:
1.Harganya murah,
2.tahan lasak,
3. tahan hakisan,
4.mudah dipasang,
5. mudah dipotong
6. mudah disambung.
Paip besi tuang diperbuat daripada besi
melalui proses penuangan di kilang. Paip
jenis ini lebih kukuh daripada paip tanah liat serta mempunyai sambungan yang
lebih kukuh. Paip besi tuang sesuai
digunakan di dalam tanah liat yang tidak stabil tetapi kurang seseuai digunakan
dalam tanah yang berpaya dan mengandungi sulfat yang tinggi.
Prinsip pemasangan paip salir
1. Mutu Paip salir yang digunakan
mestilah mempunyai ciri-ciri kekuatan dan ketahanlasakan yang tinggi. Ketahanlasakannya bergantung kepada mutu
bahan paip yang digunakan. Paip yang bermutu akan menghasilkan sistem paip
salir yang tahan lama. Selain daripada
kedalaman adalah mencukupi bagi menggelakkan paip mengalami kerosakan jika ada
objek berat di atas permukaan tanah. Selain sambungan yang dilakukan hendaklah
sempurna.
2. Kedap air
Paip salir dianggap mencapai
tahap kualiti pemasangan yang baik jika paip salir berkeadaan kedap air. Kedap air bererti air dari luar tidak dapat
masuk ke dalam paip salir. Najis dan air
sisa pula tidak boleh keluar dair paip salir serta mencemarkan persekitaran. Paip salir hendaklah dipasang oleh pekerja
mahir bagi memastikan sambungan paip berada dalam kedap air.
3. Kecerunan
Kecerunan merupakan factor penting bagi pemasang paip di bawah permukaan
tanah kerana proses rawatan berlaku dalam paip salir. Kecerunan paip salir hendaklah mengikut cerun
yang disaran dalam piawai pemasangan.
Tujuan ialah supaya pepejal dalam kumbahan tidak mengenap ke dasar paip
lalu menyebabkan kumbahan tersekat atau paip tersumbat .
Jika kecerunancerun paip terlalu landau,
kumbahan akan disalirkan dengan perlahan.
Pepejal yang terkandung dalam kumbahan akan tertinggal di dasar paip.
Paip juga tidak boleh dipasang terlalu
curam untuk mengelakkan daripada mengorek tanah terlalu dalam ketika memasang
paip. Paip salir juga akan terhakis jika dibina terlalu curam
disebabkan
kelajuan kumbahan.
4. Kelurusan
Penyaliran kumbahan akan lebih berkesan
jika paip disambung dalam keadaan lurus dari titik kepada satu titik yang lain.
Liku pada paip salir perlu dikurangkan dan hanya dibuat dalam keadaan tertentu
sahaja. Liku diperlukan apabila paip perlu dibengkokkan untuk disambung kepada
paip salir yang lain. Pemasangan lurus
juga mengurangkan kerja senggaraan.
5. Pengalihudaraan
Pengalihudaraan dalam paip salir diperlukan supaya sebarang gais yang
terhasil tidak terkumpul. Gas yang
terkumpul dalam paip salir akan menyebabkan tekanan udara turun dan naik. Untuk menghindarkannya, proses
pengalihudaraan yang berkesan sangat diperlukan. Pengalihudaraan ke atas paip salir dipastikan
berlaku dengan memasang paip tumpu bolong hendaklah berada setinggi kurang dari
900 mm di atas sebarang tingkap atau lubang udara bangunan, serta jarak 3 m
dari mana-mana cucur atap bangunan, tingkap atau lubang udara bangunan.
Bahagian atas paip bolong hendaklah ditutup
dengan bebola dawai bagi mengelakkan sampah masuk ke dalam paip.
1. Menyiapkan papan yang dipotong mengikut kecerunan yang dikehendaki. 2. Kerja mengali dilakukan mengikut kecerunan. 3. Papan tolok digunakan pada tiap-tiap sambungan. 4. Paip pemebentung dilaraskan sehingga aras spirit ditempatkan di atas papan tolok itu menjadi rata. 5. Setiap sambungan paip tersebut akan disambung dengan gasket dan ditutup dengan mortar. 5. Cara ini digunakan untuk memasang saluran yang pendek. Bagaimanapun kaedah ini tidak sesuai untuk pemasangan paip pembentung jarak yang panjang.
Bahan dan alatan 1. paip salir tanah liat 2. Penggali 3. Cangkul 4. Pita ukur 5. Aras spirit
Terdapat 2 kaedah memasang paip pembentung. 1. Kaedah menggunakan papan tolok. 2. Kaedah menggunakan rod aras
Melepa
ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar.
Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata. Teknik
kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang
tenang untuk menghasilkan kerja yang bermutu.
Kerja
lepaan Sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan alas an berikut :-
1)Mendapatkan
permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan
2)Melindungi,
menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata.
3)Meilindungi
permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir supaya lebih tahan kerana
dapat bertindak sebagai bahan kalis air.
4)Menyediakan
alas yang sesuai untu kerja mengecat.
5)Memudahkan
kerja mengecat dan membersih apabila kotor
6)Menbgurangkan
bunyi bising serta kalis haba
7)Menambah
kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan dinding
8)Boleh
memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir.
Jenis peralatan melepa
1. Pemaras keluli
2. Pemaras kayu
3. Pemegang mortar - hawk
4. Comb spreader
5. Pemaras kayu panjang ( darby float )
6. Aras spirit
Bahan untuk melepa
Antara
bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :-
Simen:
Terdapat berbagai jenis simen yang
boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk penerapan bata, membuat
lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar
lepaan iaitu “Wallcrete” dimana ianya
telah siap campuran simen portlan biasa dengan kapur.
Kapur :
Bahan mentahnya dibuat dari batu
kapur yang dibakar sehingga 1000o c untuk
menghasilkan kapor tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk
mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan ‘hydrated lime’ yang sesuai untuk
membuat mortar ikatan dan lepaan.
Tujuan penggunaan kapor adalah
untuk menambah keupayaan air memegang mortar serta mengurangkan kehilangan air
dari bancuhan dan seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam
bancuhan mortar.
Air :
Air yang digunakan mestilah bersih
dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh merosakkan bancuhan mortar. Air
laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana kandungan
garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi
tetulang.
Peranan air dalam bancuhan ialah
untuk :-
a)Menyebarkan
simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti dengan
simen.
b)Memudahkan
kerja bancuhan
c)Sebagai agen
pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.
Bahan Tambahan
Merupakan bahan cecair kimia yang
ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk menambah sifat
kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30%
digunakan.
Bahan jenis ‘Waterproofing
compounds’ ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk serbuk dan juga
cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus
dibancuh bersama simen dan digaul dalam keadaan kering.
Bahan ‘Plasticisers’ dapat
menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia memberikan
kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air
dalam mortar dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan
peningkatan kekuatan ikatan.
Contoh bahan tambah ini seperti
sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format, triethanolamine, sodium
glukonat dan kalsium lignosulphonat.
Nisbah bancuhan mortar untuk
lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat. Bagi lepaan asas atau
lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan adalah 1:6(simen:pasir) ataupun ditambah dengan satu
bahagian kapor untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana1 : 1 : 6(simen : kapor : pasir)
Jenis lepaan
Jenis kemasan lepaan bergantung
kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan sesuatu dinding atau tembok.
Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :-
1. Kemasan Biasa ( sand face)
Lepaan biasa dibuat dengan nisbah
bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Lepaan jenis ini boleh dibuat dengan dua
lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mm dan bagi tampang bawah,
rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin,
lepaan dibuat setebal 12mm.
Lapisan
pertama: bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa
kasar lapisan pertama dibuat setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka
lapisan pertama adalah setebal 6mm. Nisbah bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika
ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini hendaklah dikasarkan bagi
menerima lepaan lapisan kedua.
Lapisan Kedua : Lepaan setebal 6mm hendaklah
dikemaskan dengan pemaras keluli untuk permukaan diding dalam dan gengan
pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini hendaklah menggunakan pasir yang
ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span basah boleh digunakan
untuk mendapatkan permukaan yang seragam.
Tiga kombinasi nisbah bancuhan
yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan simen Portland, kapor
dan pasir ialah :-
-1: ½ : 4 ½ atau
-1 : 1 : 5-6 atau
-1 : 2 : 8-9
2. KEMASAN LICIN
Merupakan lapisan kemasan akhir
yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa menggunakan likatan air simen dengan cara
melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk menambah kemudahkerjaan, campuran
simen boleh ditambah dengan kapor. Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah
dalam keadaan lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen
lepaan licin ini agar ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi sebati.
3. KEMASAN GRANOLITIK
Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1
: 5 bahan terdiri dari simen : Pasir : serpihan batu granit bersaiz 3-6mm
lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah ketebalan 10mm dan
permukaannya diratakan menggunakan kayu pemaras. Setelah lapisan mula mengeras,
maka permukaannya hendaklah diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan
gerutu.
4. KEMASAN SHANGHAI
Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1
: 5 bahan terdiri dari simen berwarna : Pasir : serpihan batu bersaiz 3mm
ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik , Cuma hasil yang diperolehi
adalah kemasan gerutu berwarna.
5. KEMASAN ‘Textured atau Scraped’
Kemasan dibuat pada permukaan
lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Biasanya penggunaan pemaras besi
bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan peralatan lain yang sesuai
bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seni seseorang pekerja.
6. KEMASAN ‘Rough cast atau
wetdash’
Campurannya terdiri dari simen,
pasir dan batu baur yang dipilih mengikut pembahagian nisbah bancuhan 1 :
3 atau 1 : ½ : 4 ½ pada lapisan pertama, sementara lapisan kedua
nisbahnya adalah
1 : ½ : 1 ½ - 3 ( batu kerikil
6-13mm). Bahan kalis air serta pewarna boleh digunakan untuk menambah
kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah
yang mengandungi nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa.
Alat yang digunakan ialah rough casting machine atau mesin gerutu.
Rough casting machine
7. KEMASAN ‘Pebble-dash
atau drydash’
Merupakan jenis lepaan kasar yang
menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu berukuran 10 – 20mm, dilempar
atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut
belum mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 ½ dengan campuran ‘water proofer’ dan nisbah
bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal 12mm.
8. KEMASAN “tyrolean atau
smooth cast”
Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari
simen (Biasa atau warna) dan pasir.
Disembur pada lapisan asas dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting)
pada jarak 18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini hendaklah dibuat dalam 3
lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu dibiarkan
kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.
Alat lekapan
- Dalam kerja-kerja perkhidmatan bekalan air, kerja-kerja pemasangan alat lekapan amat perlu diketahui bagaimana cara pemasangannya dan di mana kedudukan yang paling tepat dalam sesebuah bangunan.
- Alat kelengkapan sanitari bermaksud sumber air yang digunakan untuk membersih dan menyalurkan kotoran yang kotor.
.
Jenis-jenis alat lekapan
1. Tempat mandi panjang ( Long bath / Tab mandi)
Biasa berbentuk empat segi bujur.
Pengeluaran air biasa melalui pillar tap yang mengeluarkan air panas atau sejuk.
Bahannya diperbuat dari porcelain enamelled cast iron ( tanah liat) dan fibre glass da.
2. Sink
Kebanyakan digunakan di dapur bagi tujuan memasak dan membasuh kain.
Tinggi pemasangan 863 mm – 915 mm.
915 mm digunakan bagi tujuan memasak dan 863 mm untuk tujuan membasuh.
Bahan membuat sinki adalah keluli, plastik dan fire clay ( tanah liat ).
3. Basin
Biasanya diperbuat dari tembikar atau tanah liat.
Tinggi pemasangan basin ialah di antara 762 mm hingga 812 mm.
Iaitu dari aras lantai sehingga aras atas basin.
Bagi kegunaan dewasa ukuran pemasangan adalah 812 mm.
Manakala 787 mm pemasangan di rumah.
Bahan pemasangan basin.
1. Paip buangan basin – saiz 32 mm setiap pemamasangan menggunakan perangkap jenis botol atau S.
2. Palam lubang luar – digunakan menakung air dalam basin.
3. Lubang limpah – semasa memasang lubang keluar basin tentukan lubang limpah dihalakan pada lubang limpah basin.
Jenis basin
1. Angle corner basin
2. Pedestal basin
4. Dulang pacuran
Tempat tadahan air mandi yang diperbuat dari tembikar bergelis bagi tujuan mengalirkan air ke lubang lurang.
5. Mangkuk tandas
- Kegunaan mangkuk tandas adalah untuk menerima dan membuang najis dan membersih kekotoran dalam takung kandung air sistem simbah perlu mencukupi untuk menggerakkan najis didalamnya.
- Kebanyakan direka dengan menggunakan perangkap dengan tujuan untuk menakung air.
Jenis tandas:
a. Tandas duduk
Bahagian tandas duduk
b. Tandas cangkung
Cara pemasangan tandas.
6.Bidet
- Bidet adalah jenis alat lekapan yang digunakan untuk membuang air kecil bagi wanita.
Ia berbentuk bujur bulat dengan flushing Rim di bawah tempat duduknya.
Ukuran bidet 0.40m tinggi 0.38 m lebar dan 0.70 m panjang.
Diperbuat dari tembikar, seramik dan plastik.
7. Urinal
- Fungsinya adalah untuk membuang air kecil bagi orang lelaki.
Diperbuat dari tembikar dan seramik.
Jenis urinal
Urinal jenis kandang
Alatan yang digunakan pemasangan alat lekapan.
1. Gergaji besi - pemotong pelbagai jenis paip upvc, galvani dan pvc.