Takrifan konkrit:
Konkrit ialah bahan yang dihasilkan apabila
simen,batu baur halus/pasir, batu baur kasar dan air digaul dan dicampur
mengikut kadar campuran/nisbah yang
tertentu dibiarkan mengeras supaya membentuk sesuatu anggota struktur. Nisbah
bancuhan mestilah mengikut penentuan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan
kekuatan yang diperlukan. Kekuatan konkrit bergantung kepada nisbah bancuhannya.
BAHAN-BAHAN UNTUK KONKRIT
1. Batu Baur
Batu baur merupakan bahan yang banyak mempengaruhi mutu konkrit. Kandungannya meliputi 60% hingga 75% daripada keseluruhan jisim konkrit. Bahan yang biasa digunakan sebagai batu baur seperti pasir, habuk kuari, batu kelikir, pecahan batu, sanga(tahi leburan bijih), batu hangus dan sebagainya. Batu-batu baur hendaklah daripada jenis yang keras, tahan lasak dan bersih. Bentuk dan tekstur pada permukaan batu baur juga akan mempengaruhi kualiti konkrit. Batu baur yang berbentuk kasar dan tidak sekata akan menjadikan ikatan di antara batu baur dengan simen lebih kuat, daripada batu baur yang berbentuk bulat dan licin.
2.1.1 Jenis batu Baur
Batu baur dibahagikan kepada dua jenis :
i. Batu Baur Halus
ii. Batu Baur Kasar
i) Batu Baur Halus
· Batu baur halus juga disebut sebagai pasir, ianya sama ada pasir semula jadi atau pasir yang dihasilkan melalui proses penghancuran batu-batu kasar di kuari. Batu baur halus adalah batu yang lebih kecil daripada 5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan.
· Pasir asli diperolehi daripada dasar sungai, lombong dan tepi pantai. Walau bagaimana pun pasir yang di perolehi daripada pantai tidak sesuai di gunakan untuk kerja-kerja binaan kerana kandungan garamnya yang tinggi dan boleh merosakkan kualiti konkrit.
· Pasir mestilah bersih dari sebarang kotoran seperti tanah, lumpur dan bahan-bahan organic. Pasir yang kotor akan menghalang simen dari mengikat zarah-zarah pasir yang akan mengakibatkan konkrit menjadi lemah.
Tujuan menggunakan Batu baur Halus :
a) Untuk mendapatkan bancuhan konkrit yang padat,dapat menggabungkan antara bahan-bahan dan menghasilkan kemasan yang seragam.
b) Dapat menutup atau mengisi liang-liang udara dan ruang-ruang yang wujud dalam konkrit.
c) Bertindak sebagai agen kebolehkerjaan.
Jenis –jenis batu baur halus
a) Pasir Lombong
b) Pasir Sungai
c) Pasir laut
a) Pasir Lombong
Diguna dengan meluas dalam industri pembinaan dan penggunaannya cukup sesuai. Boleh didapati dalam pelbagai warna seperti merah, merah tua,kuning/kelabu dan keputihan/perak. Terdiri dari dua jenis pasir lombong iaitu Pasir Bersih dan Pasir mengandungi tanah liat
Pasir lombong yang mengandugi tanah liat lebih bersifat pekat,lembut dan liat.Dalam keadaan ini ianya tidak sesuai digunakan untuk kerja-kerja konkrit. Bentuknya bulat dan lemah pegangan serta tidak mempunyai kekuatan ikatan yang sama seperti pasir bersih. Bagi kerja bancuhan konkrit hanya pasir bersih yang boleh digunakan .
b) Pasir Sungai
· Pasir sungai biasa digunakan dan paling sesuai kerana kurang dari kotoran kimia. Bentuk butir pasirnya seakan –akan bulat
· mutunya baik jika tidak mengandungi kekotoran. Bancuhan mortar atau konkrit dengan pasir sungai sahaja adalah susah dikerjakan. Oleh itu, sejenis bahan tambah yang dinamakan pemudah-adun (plasticizer) kadang-kadang digunakan untuk menambahkan kebolekerjaan dalam penyediaan mortar atau konkrit itu.
· bancuhan mortar akan memerlukan lebih banyak simen untuk mendapatkan kebolekerjaan jika tidak menggunakan pasir sungai
a) Pasir Pantai/pasir laut
Boleh diperolehi dari pantai atau “shingle” pasir dibawah laut. Pasir ini dikorek dan diambil dengan menggunakan jentera pengorek. pasir ini tidak boleh digunakan kerana mengandungi kadar garam yang tinggi. Bagaimanapun ia masih boleh digunakan dengan syarat dibasuh untuk menyingkirkkan kandungan garam terlebih dahulu.
2. Simen bertindak sebagai bahan pengikat dalam bancuhan konkrit. Simen yang hendak di gunakan mestilah segar. Simen yang baik tidak berbuku-buku atau berketul. Simen yang telah bertukar menjadi berbuku-buku atau berketul-ketul menunjukkan simen tersebut terdedah pada cuaca dan telah menyerap lembapan . Jika di gunakan akan mempengaruhi kekuatan konkrit. Sekiranya buku-buku tersebut boleh di hancurkan dengan tangan, ianya masih boleh di gunakan.
Simen Portland terdiri daripada beberapa jenis:
i. Simen Portland Biasa/Ordinary Cement
ii. Simen Portland Cepat Mengeras /rapid hardening
iii. Simen Portland Putih dan Berwarna
iv. Simen Portland Blast Furnace
v. Simen Portland kalis air /Waterproof cement
vi. Simen Portland Penahan Sulfat /Sulphate –resisting
vii. Simen Portland Extra Rapid Hardening
Diantara simen yang tersenarai,simen Portland Biasa, simen Portland cepat mengeras dan simen lebih alumina adalah sesuai dan sering digunakan untuk menghasilkan bancuhan konkrit. Simen ini dihasilkan daripada campuran yang disebatikan antara kapur dan tanah liat. simen jenis ini menepati Piawaian M.S 522
2.3 Bahan Tambah (additive)
Bahan yang dicampur dalam bancuhan konkrit bertujuan meningkatkan sifat konkrit dan menambah keupayaannya supaya dapat memenuhi fungsi bahan tambah tersebut.Fungsi bahan tambah bergantung kepada jenisnya iaitu:
i) Pencepat (Accelerator)
· Mempercepat kadar pengerasan awal konkrit
· Berfungsi seperti simen portland mengeras cepat.
· Bahan asasnya ialah Kalsium Klorida
ii) Pemudah Adun
· Pemudah adun adalah sejenis bahan yang bergerak cergas di permukaan yang membantu simen bergerak dengan lebih berkesan di dalam air.
· Bahan tambah ini adalah berguna dalam membuat konkrit tegasan tinggi dan ianya juga membolehkan konkrit di bancuh dalam kadar air nisbah simen yang rendah tetapi mengekallkan tarafkerjanya.
· Meningkatkan kejelikatan konkrit
· Ianya adalah merupakan garam dari segi asid organik komplek seperti natrium glukonat dan kalsium ligno sulfarat dan ia biasanya dicampurkan ke dalam kuantiti yang kecil iaitu sehingga 0.2% dari berat simen.
iii) Bahan Pelambat
· Bahan yang memperlambatkan kadar pemejalan simen dan air.
· Mengurangkan penjujusan dan pengecutan kering.
· Berfungsi seperti simen portland haba rendah.
· Digunakan di negara-negara beriklim panas dan pembinaan struktur yang besar
4. Air
Air campuran konkrit mempunyai dua fungsi :
i. Dapat menyebarkan simen dan kapur kepada setiap butir batu baur
· Air bertindakbalas ke atas simen melalui proses penghidratan untuk menghasilkan satu likatan atau bacuhan berplastik yang akan mengikat batu-batu baur untuk menghasilkan konkrit.
ii. Air menentukan tahap kebolehkerjaan konkrit dan menjadikan konkrit yang dibancuh itu mudah di tempatkan serta dimampat di dalam acuan.
· Semua jenis air tawar yang boleh diminum adalah sesuai di gunakan untuk membancuh konkrit. Air yang mengandungi bahan kotoran atau bahan-bahan sampingan yang berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada konkrit yang dihasilkan.
5 Kompoun Pengawetan
Pengawetan ialah proses pengawalan kehilangan kandungan air dari konkrit pada awal umur konkrit melalui proses penyejatan dan cuaca yang panas. Jadi kandungan air perlu dikawal supaya konkrit tidak mengeras terlau cepat dari sepatutnya. Bagi mengekalkan kandungan kelembapan/air kompoun pengawitan digunakan. Kompoun pengawitan membantu menghalang kehilangan air dari konkrit. Dengan cara ini konkrit akan mengalami proses pengawitan dengan sempurna.
Jenis-jenis Kompoun Pengawetan Konkrit
· Synthetic resin compound
· Acrylic compound
· Wax compound
· Chlorinated rubber compound
GRED KONKRIT
· Gred konkrit merujuk kepada nisbah/ratio bahan-bahan konkrit ( simen + batu baur halus +batu baur kasar) yang dibancuh.
· Kaedah biasa bagi menyatakan nisbah bahan bancuhan konkrit adalah dalam bentuk bahagian atau nisbah simen, batu baur kasar dan halus, contohnya 1:2:4 membawa maksud nisbah mengandungi 1 bahagian simen, 2 bahagian batu baur halus dan 4 bahagian batu baur kasar.
· Gred konkrit dinyatakan dalam 2 jenis bancuhan iaitu bancuhan Nominal dan Bancuhan Rekabentuk. Bancuhan Nominal terdiri daripada gred M5 hingga M20 dimana M mewakili Mixed. Bancuhan Rekabentuk terdiri daripada gred 30 dan keatas
GRED |
NISBAH BANCUHAN |
|
M15 |
1 : 3 : 6 |
NOMINAL |
M20 |
1 : 2 : 4 |
|
M25 |
1 : 1½ : 3 |
|
M30 |
REKABENTUK |
|
M40 |
||
M45 |
||
M50 |
f). Kerja-kerja ke atasnya adalah mudah dan ringkas dan tidak merumitkan.
g) Permukaan boleh dikemaskan dengan menggunakan kebanyakan bahan biasa yang digunakan dalam kerja kemasan.
- Digunakan untuk kerja kecil.
- Biasanya menggunakan kotak penyukat.
- Dilakukan di permukaan rata dan tidak telap air.
- Alatan penyodok digunakan.
- Surface Vibrator.
- Poker / Internal Vibrator
- Lamp On / External Vibrator.
Proses Dalam Kerja Konkrit
Terdapat 5 proses dalam kerja-kerja konkrit
1. Membancuh konkrit
2. Mengangkut konkrit
3. Menempat / menuang konkrit
4. Memadat konkrit
5. Pengawetan konkrit
1. Membancuh konkrit
Terdapat 3 kaedah membancuh konkrit
1. Cara tangan / kaedah insani/ tenaga manusia.
- Disukat dengan menggunakan kotak penyukat.
- Dilakukan di permukaan rata dan tidak telap air.
2. Cara mesin
- Lebih cepat.
- Jenis mesin yang digunakan
i. Mesin campur jungkit
ii. Mesin campur tetap.
Mesin campur jungkit
Nisbah bancuhan konkrit
Bermaksud ialah campuran antara simen, batu baur halus, batu baur kasar dan air.
2 jenis nisbah bancuhan konkrit
a. Nisbah bancuhan konkrit norminal
- Nisbah bancuhan yang biasa ialah 1:2:4 dan 1 :3: 6
- Pengukuran/ penyukatan bahan menggunakan kaedah isi padu atau berat.
- Menggunakan cara tangan ( kaedah insani ) atau mesin.
- Bancuhan di buat di tapak bina.
b. Nisbah bancuhan konkrit direka
- Nisbah bancuhan adalah mengikut gred seperti gred 15, 20 dan 25.
- Di kenali sebagai konkrit siap bancuh ( ready mixed ).
- Bancuhan di buat di loji.
Sesuai untuk projek pembinaan konkrit seperti jambatan, jalan raya dan lantai.
2. Mengangkut konkrit
a. Kaedah kereta sorong
- Sesuai untuk kerja yang mempunyai jarak yang berdekatan antara tapak bina dan tempat bancuhan.
- Tidak melibatkan kos yang tinggi.
b. Kren
- Biasa digunakan untuk projek yang besar.
- Konkrit dimasukkan ke dalam satu besar yang dikenali sebagai timba ( bucket).
- Ia dilengkapi dengan satu pintu kolong di bawahnya.
- Pintu kolong ini adalah bertujuan memudahkan kerja-kerja penuangan konkrit ke dalam acuan dari timba besar tersebut.
c. Pelongsor
- Biasa digunakan untuk kerja yang tempat bancuhaannya terletak di atas manakala tapak bina di bawah.
- Kerja-kerja untuk mengelongsorkan konkrit ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya pengasingan yang boleh mengurangkan kekuatan konkrit.
d. Pam
- Menggunakan sejenis pam yang mempunyai saiz dimeter sebesar 150 mm.
- Konkrit dipam melalui paip tersebut dari tempat yang digaulkan ke tempat yang hendak dituangkan.
- Semasa penyediaannya juga perlu diawasi untuk mengelakkan berlakunya pengasingan.
- Paip juga hendaklah sentiasa dibersihakan untuk mengelakkan daripada tersumbat. Sebaiknya selepas selesai sahaja kerja yang menggunakan paip tersebut.
e. Lori
- Konkrit bagi kegunaan berskala besar biasanya diangkut menggunakan lori pembancuh simen.
- Biasaya konkrit telah digredkan terlebih dahulu di batching plan sebelum penghantaran dilakukan.
- Penghantaran dilakukan secepat yang mungkin bagi mengelakkan pengasingan berlaku.
3. Menuang konkrit
- Konkrit perlu dituang ditempat yang dikehendaki secepat yang mungkin.
- Konkrit basah perlu dituang ke dalam acuan mengikut cara terbaik bertujuan mengelakkan berlakunya pengasingan dan lelehan.
- Kemudian perlu dipadatkan menggunakan alat pemadat seperti internal poker vibrator atau external vibrator.
- Pemadatan perlu dilakuan bagi mengelakkan pengasingan dan berlaku sarang lebah (honey comb ).
- Konkrit perlu dituang secara berlapis tidak melebihi 600mm bagi setiap lapisan.
- Konkrit tidak boleh dituang secara bebas melebihi 5 kaki.
- Tarikh penuang konkrit perlu direkodkan dan ujian kiub dilakukan bagi memastikan gred konkrit adalah berkualiti.
Apakah maksud honeycombs
Berlakunya lubang udara di dalam konkrit pada permukaan ataupun pada di dalam konkrit.
Ini berpunca daripada mortar yang tidak memenuhi ruang antara aggeregate.
Di mana terjadi honeycombs:
1. Lantai.
2. Rasuk.
3. Dinding.
4. Tiang.
Kesan Honeycombs
1. Kekuatan menjadi kurang kuat.
2. Besi tetulang mudah terdedah dengan karat yang boleh menyebabkan kelemahan struktur.
3. Kelemahan dalam menanggung beban.
4. Air dan udara mudah memasuki pada ruang udara struktur.
Punca berlakunya Sarang Lebah ( Honey comb )
1. Gred kualiti konkrit yang rendah.
2. Berlaku pergerakan pada papan formwork.
3. Pemadatan tidak dilakukan dengan betul atau tidak dilakukan.
4. Kebolehkerjaan konkrit lemah.
Rujukan :
Link berkaitan dengan honeycombs.
4. Memadat konkrit
- Selepas menuang konkrit pada acuan, konkrit perlu segera dipadatkan dengan alat pemadat.
- Alat pengetar perlu memenuhi spesifikasi bagi pekerjaan yang hendak dilakukan.
- Jenis alat pengetar
a. Internal Poker Vibrator ( kegunaan dengan memasukkan alat dalam konkrit )
- Jenis diesel
- Jenis elektrik
b. External vibrator ( alat diletakkan di luar kotak acuan )
c. Surface vibrator. ( alat dipadatkan pada permukaan )