Jenis turapan
Jenis turapan
di Malaysia terbahagi kepada 2:
1. Turapan
lentur
2. Turapan
tegar
1.
Turapan
lentur
Turapan
lentur mempunyai lapisan turapan yang
bersifat elastic, iaitu boleh melentur apabila menerima beban dan kembali
semula kepada profil asal apabila beban tidak dikenakan.
Antara
sifat lentur adalah seperti:
a.
Bersifat
elastic
b.
Menggunakan
bahan berbitumen
c.
Kerja
penyelenggaraan mudah
d.
Tidak
memerlukan sambungan
e.
Kedap
air
Bahan
yang digunakan untuk lapisan ini ialah bitumen, batu baur dan bahan
pengisi. Bitumen berfungsi sebagai
perekat batu baur. Manakala batu baur sebagai penanggung beban lalu lintas dan
mengagihkan beban terus ke lapisan tanah.
Bitumen
yang digunakan ialah asphalt atau tar.
Bahan pengisi bertujuan mengisi ronga-ronga antara batu baur dan biasa
terdiri serbuk batu kapur dan simen Portland.
Faktor
penyebab keroskan turapan lentur
1.
Faktor
cuaca – panas dan hujan yang berpanjangan.
2.
Kualiti
pembinaan – tidak mengikut piawaian yand dikehendaki
3.
Beban
kenderaan – kenderaan yang melebihi muatan
Jenis
kerosakan:
1.
Lopak
2.
Retakan
3.
Perubahan
bentuk permukaan
4.
Kecacatan
permukaan
5.
Kecacatan
bahu dan bucu
Kerosakan
|
Kaedah
penyelenggaraan
|
Kerja
yang terlibat
|
Lopak
Retakan
Kecacatan
permukaan
Kecacatan
bahu dan bucu jalan
|
Penstoran
semula
|
Penampalan
Kedap
keretakan
Pembinaan
lapisan haus
Pembinaan
lapisan haus
Penampalan
|
Kerosakan
lapisan turapan yang melibatkan kawasan yang luas
|
Pembinaan
semula permukaan
|
Pembinaan
lapisan turapan
-
lapisan
pengikat
-
lapisan
haus
|
Kerosakan
struktur jalan
|
Pembinaan
semula
|
Pembinaan
struktur dan turapan jalan
|
a. Penampalan:
b. Kedap
keretakan - kaedah ini dilakukan dengan mencurah cairan bitumen di atas retakan
tersebut.
c. Pembinaan
lapisan haus – dilakukan dengan cara menurap nipis lapisan haus di atas
permukaan jalan raya sedia ada.
2. Turapan tegar
Turapan tegar merupakan papak konkrit yang tidak akan melentur walaupun dikenakan baben trafik.
Antara ciri turapan tegar ialah:
i.
Papak
konkrit bersifat tegar
ii.
Papak
konkrit dibina berpetak dan bersambung
iii.
Mempunyai
kebolehkhidmatan yang panjang
iv.
Kerja
penyenggaraan sukar dilakukan dan melibatkan kos yang tinggi
Bahan yang digunakan untuk membina turapan tegar ialah konkrit, tetulang dan bahan kedap sambungan.
Faktor yang
menyebabkan kerosakan turapan tegar ialah cuaca, kualiti pembinaan dan beban
trafik.
Antara
keroskan yang berlaku
11. Kerosakan
sambungan
22. Serpihan
33. Retakan
44. Mendapan
55. Kecacatan
permukaan
1.
Kerosakan
sambungan
Ia berpunca dari terikan
yang berlebihan atau faktor cuaca yang menyebabkan bahan kedap sambungan hilang
sifat elastic. Kerosakan ini boleh menyebabkan kemasukan air yang menyebabkan
bar penerap dan bar pengikat berkarat.
Kerja penyelenggaran yang
dilakukan ialah dengan mengantikan bahan kedap sambungan tersebut.
2.
Serpihan
Serpihan biasa berlaku di
bucu dan di tepi papak konkrit.
Kerosakan ini mungkin disebabkan oelh beban trafik atau kualiti konkrit
dan mutu kerja rendah. Ini menyebabkan kemasukan air dan menyebabkan bar
pengikat berkarat.
Kerja penyelenggaraan
dilakukan dengan cara memotong bahagian papak yang rosak dan menampal dengan
konkrit yang baru.
3.
Retakan
Retakan mungkin berlaku
akibat trafik yang berlebihan atau kualiti kerja yang rendah.
Kaedah penyelenggaraan
yang dilakukan dengan cara memotong kawasan yang retak dan menggantikan dengan
papak konkrit yang baru atau dengan pracampuran bitumen.
4.
Mendapan
kebezaan
Baban trafik yang
berlebihan akan menyebabkan berlaku mendapan pada papak.
Kerja penyelenggaraan
dilakukan dengan cara membuat tindihan bahagian atas permukaan dengan bitumen
atau konkrit.
5.
Kecacatan
permukaan
Kecacatan permukaan sering
berlaku adalah seperti permukaan jalan yang licin dan tidak sekata. Ini
mengurangkan daya geseran dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.
Penyelenggaraan dilakukan dengan
mencanai permukaan konkrit untuk mendapatkan tekstur permukaan yang kasar dan
berkualiti