Monday, June 17, 2013
Sistem Pembentungan Bersambung
Bagi pelanggan yang menerima perkhidmatan ini, selalunya terdapat satu ruang kecil di luar rumah mereka, sama ada di tepi, hadapan atau belakang. Ruang pemeriksaan ini mempunyai penutup logam bersegi empat tepat dan digunakan untuk memeriksa paip pembetung persendirian sekiranya terdapat masalah paip pembetungan tersumbat.
Ruang pemeriksaan tidak perlu dikosongkan. Ia berbeza daripada tangki septik individu kerana tangki septik individu mempunyai dua atau empat penutup yang terletak sebaris atau bersebelahan di antara satu sama yang lain.
Premis yang mempunyai sistem pembetungan bersambung ke loji pada lazimnya mempunyai satu "ruang pemeriksaan" yang ditutupi dengan satu penutup logam bersegi empat tepat. Ia biasanya terletak di luar kawasan premis sama ada di hadapan, belakang atau tepi premis. Di dalam ruang pemeriksaan adalah saliran paip daripada tandas, bilik-bilik mandi dan dapur yang disambungkan ke loji olahan kumbahan melalui saliran paip pembetungan awam bawah tanah. Sekiranya saliran paip tersumbat, pemeriksaan dan pengeluaran sekatan dijalankan melalui ruang pemeriksaan ini.
Walau bagaimanapun, premis jenis banglo pada lazimnya akan mempunyai lebih daripada satu ruang pemeriksaan bergantung kepada jumlah tandas, bilik mandi dan dapur di dalam premis. Jika premis mempunyai 5 tandas dan satu dapur, maka di luar kawasan premis akan mempunyai 6 ruang pemeriksaan dan bukan satu ruang pemeriksaan sahaja. Sering kali, pemilik rumah jenis banglo beranggapan bahawa ruang-ruang pemeriksaan ini adalah tangki septik. (Tangki septik adalah dibina sebaris serta sekelompok dan tidak terletak di merata tempat di dalam kawasan rumah).
Satu lagi kekeliruan yang sering berlaku di kalangan pengguna adalah perbezaan di antara saliran paip dalaman atau persendirian dan awam. Ramai pengguna tidak tahu bahawa saliran paip dari ruang pemeriksaan ke saliran paip pembetungan awam atau lurang pembetungan awam adalah saliran paip persendirian milik dan tanggungjawab pengguna untuk membaiki dan mengganti paip-paip yang pecah atau mengeluarkan sekatan atas perbelanjaan sendiri.
Kawasan yang mempunyai sistem pembetungan bersambung akan mempunyai "lurang pembetungan" di sepanjang jalan awam dan ditutupi dengan penutup logam bulat. Di dalam lurang pembetungan, sedalam 3 meter sehingga 6 meter, terdapat saliran paip pembetungan bawah tanah dari premis-premis ke tapak loji olahan kumbahan. Apabila terdapat saliran paip tersumbat, kerja-kerja pemeriksaan dan pengeluaran sekatan akan dilakukan melalui lurang pembetungan menggunakan vakum berkuasa tinggi dan pancutan air tekanan tinggi.
Gambar lurang pembentung
Sumber iwk
Wednesday, June 12, 2013
Kerja Bata
Dalam kerja bata, terdapat tiga bahan penting yang diperlukan iaitu antaranya :
1. Simen - simen hendaklah daripada jenis simen Portland
biasa.
2. Pasir - pasir untuk penghasilan motar hendaklah daripada
jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas
daripada sebarang selaput atau kotoran lain.
3. Motar - motar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen
dan 6 bahagian pasir dan dicampur dengan
bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah
digunakan mengikut piawai yang ditetapkan.
Bahan-bahan ini hendaklah disukat dengan menggunakan kotak sukatan serta hendaklah dibancuh di atas papan pelantar yang bersih atau menggunakan alat pembancuh jentera.
Apa itu Bata??
Bata merupakan salah satu bahan utama dalam pembinaan bangunan.Bahan-bahanya terdiri daripada :
biasa.
2. Pasir - pasir untuk penghasilan motar hendaklah daripada
jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas
daripada sebarang selaput atau kotoran lain.
3. Motar - motar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen
dan 6 bahagian pasir dan dicampur dengan
bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah
digunakan mengikut piawai yang ditetapkan.
Bahan-bahan ini hendaklah disukat dengan menggunakan kotak sukatan serta hendaklah dibancuh di atas papan pelantar yang bersih atau menggunakan alat pembancuh jentera.
Apa itu Bata??
Bata merupakan salah satu bahan utama dalam pembinaan bangunan.Bahan-bahanya terdiri daripada :
- Tanah liat
- Pasir dan Simen
- Pasir dan Kapur
Bata berbentuk segiempat bujur, dibuat daripada bahan tak organik yang keras dan lasak. Saiz dan beratnya direka supaya mudah dipegang dengan sebelah tangan. Ukuran panjang 2 kali ukuran lebarnya, campur dengan tebal 1 lapisan ikatan mortar, ukuran tebalnya ialah lebih kurang 2/3 ukuran lebarnya. Pelbagai jenis dan bentuk, bergantung kepada jenis dan punca bahan mentah, cara pengilangan dan kegunaannya.
Saiz piawan bagi bata adalah seperti di bawah:
Bata yang baik hendaklah mempunyai sifat-sifat seperti berikut:
- Pembakaran bata hendaklah mencukupi dan seimbang iaitu warnanya merah tua,berbunyi ketukan besi jika diketukkan satu sama lain.
- Saiz bata mestilah lebih kurang sama dan seragam iaitu 216 mmx 103 mm x 65 mm.
- Bentuknya hendaklah bersegi tepat dan permukaannya lurus dan rata.
- Permukaan bata tidak retak.
- Kadar resapan air tidak melebihi 1/6 isipadu bata.
Jenis-jenis Bata
- Bata merupakan salah satu bahan binaan yang terpenting dalam sesuatu projek pembinaan.
- Terdapat berbagai-bagai jenis bata yang digunakan mengikut tujuan sesuatu pembinaan. Jenis-jenis bata yang.
- Oleh itu adalah penting untuk mengetahui jenis-jenis batu bata dan kegunaannya.
- Jenis-jenis bata yang biasa terdapat di Malaysia terdiri daripada:
(i) Batu Bata Tanah Liat
- Bata tanah liat adalah paling meluas digunakan.
- Batu bata yang terbuat dari tanah liat
- Terdapat 3 kategori dalam bata tanah liat iaitu
(a) Bata Biasa @ common brick
· Sesuai digunakan untuk kegunaan am.
· Tidak mempunyai rupabentuk permukaan yang menarik dan biasanya digunakan untuk dinding-dinding sekatan yang akan ditutupi dengan lapisan lepa, rough cast, tiling atau untuk kegunaan lain yang rupa permukaannya tidak begitu mustahak.
(b) Bata Muka @ facing brick
· Bata jenis ini mempunyai kemasan pada permukaannya samada bertekstur, berpasir atau licin serta mempunyai warna atau corak yang sama.
· Bata jenis ini tidak perlu dilepa (plaster) dan digunakan untuk membina kerja-kerja kecantikkan yang menunjukkan permukaan batu-bata yang menarik.
· Bata jenis ini juga tahan lasak terhadap keadaan cuaca
(c) Bata Kejuruteraan @ engineering brick
· Bata kejuruteraan ialah bata yang padat
· Bata jenis ini digunakan untuk pembinaan-pembinaan seperti:
- Tembok penahan
- Dinding atau tembok-sambut yang
- menanggung beban
- Tembok-landas dan tembok-sambut jambatan
- Pembentungan bata
- Bentuk-bentuk dinding lain yang mungkin terdedah kepada tindakan asid dan hakisan
(ii) Batu Bata Api
- Bata api ialah jenis bata khusus, yang digunakan untuk mengalas atau melapik lubang cerobong, dandang dan tanur, atau kerja-kerja lain di mana keadaan tahan haba diperlukan.
- Bata ini dibuat daripada tanah liat sabak yang haba atau suhu yang tinggi.
(iii) Batu Bata Pasir Kapur (kalsium silikat)
- Bata ini diperbuat daripada bahan campuran kapur dengan pasir dan sedikit air
- Antara kegunaan bata ini ialah:
· Sesuai digunakan dalam kerja yang memerlukan kuatan yang tinggi atau sentiasa terendam di dalam air
· Bata bangunan bagi kerja memagar disebelah luar
· Bata yang diikat dengan motar
Kemasan Bata
· Terdapat pelbagai jenis kemas ikat yang digunakan dalam kerja-kerja kemasan penerapan bata. Antara jenis kemas ikat yang biasa digunakan ialah:
Penyediaan Mortar
- Mortar adalah bahan yang penting dalam kerja-kerja pembinaan yang menggunakan batu bata ataupun blok.
- Tujuan : mengikat ataupun bahan pelekat untuk kerja-kerja ikatan bata.
- Mortar adalah hasil campuran simen atau kapur atau kedua-duanya sekali dengan pasir pada kadar tertentu.
- Kegunaan utama mortar ialah untuk mengikat batu-bata atau blok dan kerja-kerja melepa pada dinding dan lain-lain kerja yang berkaitan.
Sifat-sifat motar yang baik adalah seperti berikut:
Berikut adalah jenis-jenis motar serta kegunaannya:
Jenis-jenis Ikatan Bata
Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan.Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata.
Prinsip-prinsip Ikatan Bata
Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah:
Prinsip-prinsip Ikatan Bata
(i) Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah:
(a) Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk
mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus
baik dipermukaan mahupun di dalam tembok.
(a) Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk
mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus
baik dipermukaan mahupun di dalam tembok.
(b) Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli
rekabentuk.
rekabentuk.
(ii) Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan
tembok yang dibina.
tembok yang dibina.
(iii) Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk
pada permukaan tembok.
pada permukaan tembok.
(iv) Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan
tegaknya berterusan (tidak berlekap), kekuatan dan
kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang
berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam
segala kerja bata.
tegaknya berterusan (tidak berlekap), kekuatan dan
kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang
berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam
segala kerja bata.
(v) Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok
yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat
jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD
yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat
jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD
(vi) Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata,
misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar
bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala
tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali
tembok satu bata.
(vii) Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah
digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan.
Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan
bata digunakan untuk mencegah sambungan yang terus
menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok
persimpangan.
(ix) Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas
digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata :
Subscribe to:
Posts (Atom)