Sekiranya anda bekerja atau belajar di dalam kursus Teknologi Pembinaan atau sebarang aktiviti melibatkan pembinaan. Mengira keluasan dan isipadu bahan memang menjadi keperluaan utama.
Lebih-lebih jadi jika terlibat sebagai supervisor projek pembinaan.
Kalau anda salah mengira boleh menyebabkan syarikat rugi akibat kesilapan anda tersebut. Tetapi kini dengan perkembangan teknologi terkini anda mampu membuat kiraan dalam masa yang singkat sahaja.
Iaitu dengan mengunakan apps Kira Bahan Binaan Rumah. Wah betul mudah untuk anda membuat anggaran atau sebut harga bagi keperluan sesuatu projek. Anda hanya perlu masukkan nilai kemudian tekan kira. Maka semua kiraan akan dapat dinilai.
Anda hanya pergi ke apps store dan cari apps Kira bahan binaan rumah. Kemudian download.
Takrifan konkrit: Konkrit ialah bahan yang dihasilkan apabila
simen,batu baur halus/pasir, batu baur kasar dan air digaul dan dicampur
mengikut kadar campuran/nisbah yang
tertentu dibiarkan mengeras supaya membentuk sesuatu anggota struktur. Nisbah
bancuhan mestilah mengikut penentuan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan
kekuatan yang diperlukan. Kekuatan konkrit bergantung kepada nisbah bancuhannya.
BAHAN-BAHAN UNTUKKONKRIT
1. Batu Baur
Batu
baur merupakan bahan yang banyak mempengaruhi mutu konkrit. Kandungannya
meliputi 60% hingga 75% daripada keseluruhan jisim konkrit. Bahan yang biasa
digunakan sebagai batu baur seperti pasir, habuk kuari, batu kelikir, pecahan
batu, sanga(tahi leburan bijih), batu hangus dan sebagainya. Batu-batu baur
hendaklah daripada jenis yang keras, tahan lasak dan bersih. Bentuk dan tekstur
pada permukaan batu baur juga akan mempengaruhi kualiti konkrit. Batu baur yang
berbentuk kasar dan tidak sekata akan menjadikan ikatan di antara batu baur
dengan simen lebih kuat, daripada batu baur yang berbentuk bulat dan licin.
2.1.1Jenis batu Baur
Batu
baur dibahagikan kepada dua jenis :
i.Batu Baur Halus
ii.Batu Baur Kasar
i)Batu Baur Halus
·Batu baur halus juga disebut sebagai pasir, ianya sama ada pasir semula jadi
atau pasir yang dihasilkan melalui proses penghancuran batu-batu kasar di
kuari. Batu baur halus adalah batu yang
lebih kecil daripada 5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir lombong
adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan.
·Pasir asli diperolehi daripada dasar
sungai, lombong dan tepi pantai. Walau bagaimana pun pasir yang di perolehi
daripada pantai tidak sesuai di gunakan untuk kerja-kerja binaan kerana
kandungan garamnya yang tinggi dan boleh merosakkan kualiti konkrit.
·Pasir mestilah bersih dari sebarang
kotoran seperti tanah, lumpur dan bahan-bahan organic. Pasir yang kotor akan
menghalang simen dari mengikat zarah-zarah pasir yang akan mengakibatkan
konkrit menjadi lemah.
Tujuan menggunakan Batu baur Halus :
a)Untuk
mendapatkan bancuhan konkrit yang padat,dapat menggabungkan antara bahan-bahan
dan menghasilkan kemasan yang seragam.
b)Dapat
menutup atau mengisi liang-liang udara dan ruang-ruang yang wujud dalam
konkrit.
c)Bertindak
sebagai agen kebolehkerjaan.
Jenis –jenis batu baur halus
a)Pasir Lombong
b)Pasir Sungai
c)Pasir laut
a)Pasir Lombong
Diguna dengan meluas dalam industri pembinaan
dan penggunaannya cukup sesuai. Boleh didapati dalam pelbagai warna seperti
merah, merah tua,kuning/kelabudan
keputihan/perak. Terdiri dari dua jenis pasir lombong iaitu Pasir Bersih danPasir mengandungi tanah liat
Pasir
lombong yang mengandugi tanah liat lebih bersifat pekat,lembut dan liat.Dalam
keadaan ini ianya tidak sesuai digunakan untuk kerja-kerja konkrit. Bentuknya
bulat dan lemah pegangan serta tidak mempunyai kekuatan ikatan yang sama
seperti pasir bersih. Bagi kerja bancuhan konkrit hanya pasir bersih yang boleh
digunakan .
b)Pasir Sungai
·Pasir sungai biasa digunakan dan paling
sesuai kerana kurang dari kotoran kimia. Bentuk butir pasirnya seakan –akan
bulat
·mutunya baik jika tidak mengandungi
kekotoran. Bancuhan mortar atau konkrit dengan pasirsungai sahaja adalah susah
dikerjakan. Oleh itu, sejenis bahan tambah yang dinamakan pemudah-adun (plasticizer)
kadang-kadang digunakan untuk menambahkan kebolekerjaandalam penyediaan mortar atau konkrititu.
·bancuhan mortar akan memerlukan lebih banyak
simen untuk mendapatkan kebolekerjaanjika tidak menggunakan pasir sungai
a)Pasir Pantai/pasir laut
Boleh
diperolehi dari pantai atau “shingle” pasir dibawah laut. Pasir ini dikorek dan diambil dengan menggunakan jentera pengorek. pasir ini tidak boleh digunakan
kerana mengandungi kadar garam yang tinggi. Bagaimanapun ia masih boleh
digunakan dengan syarat dibasuh untuk menyingkirkkan kandungan garam terlebih
dahulu.
2. Simen
bertindak sebagai bahan pengikat dalam bancuhan konkrit. Simen yang hendak di
gunakan mestilah segar. Simen yang baik tidak berbuku-buku atau berketul. Simen
yang telah bertukar menjadi berbuku-buku atau berketul-ketul menunjukkan simen
tersebut terdedah pada cuaca dan telah menyerap lembapan . Jika di gunakan akan
mempengaruhi kekuatan konkrit. Sekiranya buku-buku tersebut boleh di hancurkan
dengan tangan, ianya masih boleh di gunakan.
Diantara
simen yang tersenarai,simen Portland Biasa, simen Portland cepat mengeras dan
simen lebih alumina adalahsesuai dan
sering digunakan untuk menghasilkan bancuhan konkrit. Simen ini dihasilkan
daripada campuran yang disebatikan antara kapur dan tanah liat.simen jenis inimenepati Piawaian M.S522
2.3Bahan Tambah (additive)
Bahan yang dicampur dalam
bancuhan konkritbertujuan meningkatkan
sifat konkritdan menambah keupayaannya supaya
dapat memenuhi fungsi bahan tambah tersebut.Fungsi bahan tambah bergantung
kepadajenisnyaiaitu:
i)Pencepat
(Accelerator)
·Mempercepat kadar pengerasan awal
konkrit
·Berfungsi seperti simen portland mengeras cepat.
·Bahan asasnya ialah Kalsium Klorida
ii)Pemudah Adun
·Pemudah adun adalah sejenis bahan yang bergerak cergas di
permukaan yang membantu simen bergerak dengan lebih berkesan di dalam air.
·Bahan
tambah ini adalah berguna dalam membuat konkrit tegasan tinggi dan ianya juga
membolehkan konkrit di bancuh dalam kadar air nisbah simen yang rendah tetapi
mengekallkan tarafkerjanya.
·Meningkatkan kejelikatan konkrit
·Ianya adalah merupakan garam dari segi asid organik komplek
seperti natrium glukonat dan kalsium ligno sulfarat dan ia biasanya dicampurkan
ke dalam kuantiti yang kecil iaitu sehingga 0.2% dari berat simen.
iii)Bahan Pelambat
·Bahan yang memperlambatkan kadar pemejalan simen dan air.
·Mengurangkan penjujusan dan pengecutan kering.
·Berfungsi seperti simen portland haba rendah.
·Digunakan di negara-negara beriklim panas dan pembinaan struktur
yang besar
4. Air
Air campuran konkrit
mempunyai dua fungsi :
i.Dapat
menyebarkan simen dan kapur kepada setiap butir batu baur
·Air bertindakbalas ke atas simen melalui
proses penghidratan untuk menghasilkan satu likatan atau bacuhan berplastik
yang akan mengikat batu-batu baur untuk menghasilkan konkrit.
ii.Air
menentukan tahap kebolehkerjaan konkrit dan menjadikan konkrit yang dibancuh
itu mudah di tempatkan serta dimampat di dalam acuan.
·Semua jenis air tawar yang boleh diminum
adalah sesuai di gunakan untuk membancuh konkrit. Air yang mengandungi bahan
kotoran atau bahan-bahan sampingan yang berlebihan boleh memberi kesan negatif
kepada konkrit yang dihasilkan.
5Kompoun Pengawetan
Pengawetan
ialah proses pengawalan kehilangan kandungan air dari konkrit pada awal umur
konkrit melalui proses penyejatan dan cuaca yang panas. Jadi kandungan air
perlu dikawal supaya konkrit tidak mengeras terlau cepat dari sepatutnya. Bagi
mengekalkan kandungan kelembapan/air kompoun pengawitan digunakan. Kompoun
pengawitan membantu menghalang kehilangan air dari konkrit. Dengan cara ini
konkrit akan mengalami proses pengawitan dengan sempurna.
Jenis-jenis Kompoun Pengawetan
Konkrit
·Synthetic resin compound
·Acrylic compound
·Wax compound
·Chlorinated rubber compound
GRED KONKRIT
·Gred konkrit merujuk kepada nisbah/ratio
bahan-bahan konkrit ( simen + batu baur halus +batu baur kasar)yang dibancuh.
·Kaedah biasa bagi menyatakan nisbah bahan
bancuhan konkrit adalah dalam bentuk bahagian atau nisbah simen, batu baur
kasar dan halus, contohnya1:2:4 membawa
maksudnisbah mengandungi 1 bahagian
simen, 2 bahagian batu baur halus dan 4 bahagian batu baur kasar.
·Gred konkrit dinyatakan dalam 2 jenisbancuhaniaitu bancuhan Nominal dan Bancuhan Rekabentuk. Bancuhan Nominal terdiri
daripada gred M5 hingga M20 dimana M
mewakili Mixed. Bancuhan Rekabentuk terdiri daripada gred 30 dan keatas
GRED
NISBAH BANCUHAN
M15
1
: 3 : 6
NOMINAL
M20
1
: 2 : 4
M25
1
: 1½ : 3
M30
REKABENTUK
M40
M45
M50
Kualiti konkrit bergantung kepada:-
a) Kualiti
bahan-bahan yang digunakan.
b) Nisbah
bancuhan.
c) Penggredan
batu baur.
d) Amaun air
yang digunakan.
e) Cara
memampatkannya setelah di tempatkan di dalam acuan.
f) Pengawetan
yang dilakukan setelah mengeras.
g) Cara
mencampur dan mengangkut.
h) Kualiti
acuan yang digunakan.
Sifat-sifat konkrit:-
a)Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat
ini adalah penting dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang
basah.
b)Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang
oleh anai-anai atau serangga lain.
c)Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentukkan kepada
sebarang bentuk mengikut acuannya.
d)Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.
e)Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat konkrit iaitu
simen, pasir, dan batu baur mudah didapati dan murah. f). Kerja-kerja ke atasnya adalah mudah dan ringkas dan tidak merumitkan. g) Permukaan boleh dikemaskan dengan menggunakan kebanyakan bahan biasa yang digunakan dalam kerja kemasan.
Syarat bagi penyediaan konkrit yang baik
a)Batu baur yang digunakan mestilah keras dan tahan lama,
seperti batu granit.
b)Batu baur yang digunakan mestilah digredkan dengan
sempurna.
c)Kandungan simen hendaklah mencukupi.
d)Air yang digunakan untuk membancuh mestilah bersih dan
tidak mengandungi sebarang kotoran atau garam.
e)Jumlah air mestilah sederhana untuk menghasilkan konkrit
yang sama konsistansi.
f)Bahan-bahan perlu dibancuh dengan betul dan sempurna
supaya konkrit itu menjadi bancuhan yang seragam.
g)Kepadatan konkrit mesti terjamin dengan mengadakan
getaran atau cucukan yang sesuai dan mencukupi tetapi tidak boleh melampau.
h)Selepas konkrit ditempatkan dan menjadi beku, pengawetan
yang sesuai perlu dilakukan supaya mendapat binaan konkrit yang baik mutunya.
Kelebihan Konkrit
Terdapat beberapa kelebihan yang menyebabkan penggunaan konkrit popular
sebagai bahan pembinaan iaitu :
a)Kukuh
b)Kosnya yang murah
c)Mudah didapati
d)Mudah dibentuk mengikut acuan
e)Tahan Lasak
f)Mempunyai daya rintangan api
g)Kemas
h)Kekal bentuk dibawah beban
i)Tidak menyerap
j)Tidak Mengecut
k)Tidak Rapuh
1.2Struktur-struktur
Konkrit
Konkrit digunakan bagi
pembinaan struktur-struktur bangunan seperti :
a)Tiang (column)
b)Rasuk (beam)
c)Papak Lantai (floor slab)
d)Tapak (footing)
e)Asas (Foundation)
1. Rasuk
ialah anggota struktur yang dibina secara mengufuk untuk menerima beban
lantai, dinding dan bumbung. Rasuk akan memindahkan dan mengagihkan beban
pada tiang dan seterusnya memindahkan beban ke atas binaan.
2. Tiang -
ialah sruktur yang dibina secara pugak untuk menerima dan menanggung beban
paksi. Fungsi tiang ialah mengagihkan beban dari rasuk dan bumbung ke atas
binaan.
3. Lantai
Lantai ialah struktur yang dibina mengufuk untuk menanggung beban. Pembinaan lantai hendaklah menjamin keselamatan keselesaan pengguna.
Dua jenis lantai:
a. Lantai bawah padu
b. Lantai atas
Kaedah membancuh konkrit (3) cara:-
1)Membancuh
dengan menggunakan insani - Digunakan untuk kerja kecil. - Biasanya menggunakan kotak penyukat. - Dilakukan di permukaan rata dan tidak telap air. - Alatan penyodok digunakan.
2)Membancuh
dengan menggunakan mesin penggaul konkrit
1. Batch mixer.
Jenis yang biasa
digunakan dalam mana-mana pembinaan. Terdapat dalam bentuk yang mudah dibawa
atau diubah (portable). Mesin pembancuh jenis ini mempunyai beberapa saiz
mengikut kadar muatannya. Saiz yang biasa ialah 5 : 3 T, 7 : 5 T dan 10 : 7 T
mengikut ukuran kaki padu.
Portable batch mixer ( mesin campur jungkit )
2. Tilting Drum Mixer
Pembancuh jenis ini mempunya drum mixer yang
boleh dipusingkan kekiri dan kekanan.Ia mempunyai pengunci yang boleh
diubah-ubah bagi menentukan ketinggian mulut drum semasa kerja-kerja membancuh
dijalankan.Pembancuh yang agak besar seperti
10 : 7 T biasanya mempunyai hopper untuk mengisi dan memasukkan
bahan-bahan konkrit kedalam drum.Didalam drum terdapat “blades” yang diperbuat
daripada besi,gunanya ialah sebagai pengaul bahan konkrit didalam drum.Bagi
setengah-setengah pembancuh yang lebih moden air dimasukkan secara automatik
dari tangki khas yang terdapat pada pembancuh itu.
3. Close Drum Mixer
Jenis ini
kadang-kadang juga disebut non-tilting mixer yang mana seakan-akan sama dengan
tilting drum mixer tetapi ia tidak boleh dipusingkan kekiri atau kekanan.
Drumnya mempunyai dua mulut, satu untuk memasukkan bahan konkrit dan yang
sebelah lagi untuk mengeluarkan konkrit yang siap dibancuh. Lain-lain
kelengkapan adalah sama dengan pembancuh jenis tilting.
Cara Membancuh
Cara
membancuh konkrit adalah sama sahaja pada sebarang jenis mesin pembancuh. Masukkan
bahan-bahan konkrit kedalam hopper. Bahan-bahan ini disukat dengan menggunakan
kotak penyukat (gauge box) yang berukuran satu kaki padu. Cara yang elok ialah
dengan memasukkan batu (course aggregate) terlebih dahulu diikuti dengan pasir
dan simen.
Bagi
pembancuh yang tidak mempunyai hopper bolehlah dimasukkan terus kedalam drum
mengikut peraturan tadi. Air dimasukkan sebaik sahaja bahan-bahan konkrit
dimasukkan kedalam drum dan ketika inilah masa bancuhan dikira.
Bahan-bahan
konkrit dibiarkan bercampur di dalam
drum selama antara dan dua minit sahaja. Selepas itu bolehlah dituangkan kerana
konkrit berada dalam keadaan yang baik ketika ini.
Kadangkala
ini ditentukan dengan pengalaman sahaja iaitu dengan melihat keadaan bancuhan
tersebut. Biasanya ini dibuat oleh pekerja-pekerja yang mahir. Sekiranya
konkrit dibiarkan terlalu lama didalam drum
ini akan mengakibatkan bancuhan konkrit tersebut menjadi pekat dan
berketul-ketul.
3)Dibekalkan
daripada kilang sebagai konkrit siap campur.
Kelebihan:
1. Dibancuh di loji
2. Sesuai untuk kerja konkrit bagi projek yang besar.
3. Gred konkrit boleh ditentukan.
Menempatkan
Konkrit
Sebelum konkrit
ditempatkan kedalam acuan,acuan hendaklah diperiksa, dibersihkan dan disapu
minyak. Jangan tuang konkrit melebihi satu meter tingginya untuk mengelakkan
gelembung-gelembung udara terjadi pada
konkrit dan terjadinya pengasingan (segregation) pada konkrit.
Kerja
Konkrit Menegak.
Mencurahkan konkrit
terlalu tinggi menyebabkan terjadi pengasingan, menggerakkan acuan dan
tetulang, motar akan melekat dan kering pada tetulang dan acuan. Cara yang
betul ialah memasukkan konkrit dari sisi, membuat pada acuan 1.5 m dari aras
tanah. Jika acuan tidak dalam corong (hopper) digunakan. Bagi acuan yang
sempit konkrit dicairkan sedikit, tidak lebih 300 mm dalam konkrit yang
terakhir dicurahkan hendaklah jenis kering supaya permukaan kerja tidak
terlalu cair.
Perhatian
Sewaktu Bekerja.
Acuan
jangan bergerak atau berganjak dari kedudukkan, konkrit tidak dicurah terlalu
banyak, menyebabkan kerosakkan pada acuan atau menumbang acuan.
Kerja
Konkrit Melintang Atau Melebar.
Konkrit hendaklah
dicurahkan rata hingga kerja. Tidak boleh dicurahkan melonggok-longgok hingga
melebihi ketebalan acuan, ini menjadikannya
tidak padat dan tidak kuat. Setiap lapisan hendaklah dipadatkan sebelum
lapisan terakhir dibuat. Waktu mencurahkan konkrit lapisan atas dan lapisan
bawah mestilah masih berkeadaan basah
ataupun setelah konkrit bertetulang kering. Jika separuh keras akan merosakkan
kerja.
Pada kerja konkrit
yang curam, konkrit dicurah pada bahagian curam dahulu bagi memudahkan kerja
seterusnya dan mengelakkan pengasingan bahan. Mencurahkan konkrit
berlapis, hendaklah jangan terlalu cepat
bagi menbolehkan kerja pemadatan dibuat dengan sempurna.
Memadatkan
Konkrit.
Setelah
ditempatkan diacuan atau tempatnya, ia hendaklah segera dipadatkan, kerja ini
dilakukan menggunakan alat tangan ataupun alat jentera.
Pemadatan
Menggunakan Alat Tangan.
Terdapat
dua jenis ‘rammer’ yang digunakan ;
(a)Diperbuat dari kayu
(b)Diperbuat dari besi.
Alat
ini digunakan bagi konkrit tanpa bertetulang (mass concrete) dan lantai konkrit
biasa. Dihentak sehingga tejadi lapisan
motar nipis pada permukaan kerja. Mass concrete itu hendaklah tidak melebihi
dari 300 mm. Pada kerja konkrit tetulang, konkrit dituang dan diratakan
berperingkat-peringkat tidak melebihi 150 mm, dengan menggunakan sebatang besi
Ǿ 16 mm konkrit itu dipadatkan dan mengeluarkan ruang udara.
PEMADATAN
MENGGUNAKAN ALAT JENTERA.
Pada
kerja-kerja konkrit yang luas atau besar, pemadatan dengan tangan diganti
dengan jentera, yang dipanggil ‘vibrator’ menggunakan kuasa elektrik atau
petrol.
Ada
Tiga Jenis Vibrator Yang Biasa.
Surface Vibrator.
Alat ini
terdiri dari sekeping logam panjang diletakkn diatas permukaan konkrit jentera
gegaran diletakkan diatasnya memberikan gegaran pada kepingan logam.Digerakkan
pada permukaan konkrit perlahan-lahan lalu memadatkan konkrit.Biasanya pada
kerja konkrit yang nipis sahaja.
Poker / Internal Vibrator
Adalah yang jenis biasa
digunakan.Bahagian yang penting ialah bahagian poker, 760 mm panjang di mana gegaran terdapat sewaktu bekerja. Poker
dipegang dan dimasukkan pada konkrit secara tegak, tepat dan tidak lebih dari
300 mm dan tidak kurang dari 50 mm. Bergegar lalu memadatkan konkrit. Kerja
yang biasa ialah dinding yang nipis, tiang, beam lantai dan kerja-kerja
beracuan.
Biasanya digunakan
bagi kerja konkrit tetulang.Dipasang pada bahagian luar acuan. Gegarannya pada
acuan dengan sendirinya konkrit dapat dipadatkan, kuasa goncangannya 9000
goncangan seminit. Lama masa pemadatan adalah tidak dapat ditentukan. Tetapi
konkrit dapat dipastikan bila permukaannya telah rata, lapisan air (laitance)
terjadi dan gelembung udara telah keluar.
Proses Dalam Kerja Konkrit
Terdapat 5 proses dalam kerja-kerja konkrit
1. Membancuh konkrit
2. Mengangkut konkrit
3. Menempat / menuang konkrit
4. Memadat konkrit
5. Pengawetan konkrit
1. Membancuh konkrit
Terdapat 3 kaedah membancuh konkrit
1. Cara tangan / kaedah insani/ tenaga manusia.
- Disukat dengan menggunakan kotak penyukat.
- Dilakukan di permukaan rata dan tidak telap air.
2. Cara mesin
- Lebih cepat.
- Jenis mesin yang digunakan
i. Mesin campur jungkit
ii. Mesin campur tetap.
Mesin campur jungkit
Mesin campur tetap
3. Konkrit siap bancuh / ready mixed
- Dibancuh di loji.
- Dihantar ke tapak binaan menggunakan lori berdram.
- Sesuai untuk kerja konkrit besar.
Nisbah bancuhan konkrit
Bermaksud ialah campuran antara simen, batu baur halus, batu baur kasar dan air.
2 jenis nisbah bancuhan konkrit
a. Nisbah bancuhan konkrit norminal
- Nisbah bancuhan yang biasa ialah 1:2:4 dan 1 :3: 6
- Pengukuran/ penyukatan bahan menggunakan kaedah isi padu atau berat.
- Menggunakan cara tangan ( kaedah insani ) atau mesin.
- Bancuhan di buat di tapak bina.
b. Nisbah bancuhan konkrit direka
- Nisbah bancuhan adalah mengikut gred seperti gred 15, 20 dan 25.
- Di kenali sebagai konkrit siap bancuh ( ready mixed ).
- Bancuhan di buat di loji.
Sesuai untuk projek pembinaan konkrit seperti jambatan, jalan raya dan lantai.
2. Mengangkut konkrit
a. Kaedah kereta sorong
- Sesuai untuk kerja yang mempunyai jarak yang berdekatan antara tapak bina dan tempat bancuhan.
- Tidak melibatkan kos yang tinggi.
b. Kren
- Biasa digunakan untuk projek yang besar.
- Konkrit dimasukkan ke dalam satu besar yang dikenali sebagai timba ( bucket).
- Ia dilengkapi dengan satu pintu kolong di bawahnya.
- Pintu kolong ini adalah bertujuan memudahkan kerja-kerja penuangan konkrit ke dalam acuan dari timba besar tersebut.
c. Pelongsor
- Biasa digunakan untuk kerja yang tempat bancuhaannya terletak di atas manakala tapak bina di bawah.
- Kerja-kerja untuk mengelongsorkan konkrit ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya pengasingan yang boleh mengurangkan kekuatan konkrit.
d. Pam
- Menggunakan sejenis pam yang mempunyai saiz dimeter sebesar 150 mm.
- Konkrit dipam melalui paip tersebut dari tempat yang digaulkan ke tempat yang hendak dituangkan.
- Semasa penyediaannya juga perlu diawasi untuk mengelakkan berlakunya pengasingan.
- Paip juga hendaklah sentiasa dibersihakan untuk mengelakkan daripada tersumbat. Sebaiknya selepas selesai sahaja kerja yang menggunakan paip tersebut.
e. Lori
- Konkrit bagi kegunaan berskala besar biasanya diangkut menggunakan lori pembancuh simen.
- Biasaya konkrit telah digredkan terlebih dahulu di batching plan sebelum penghantaran dilakukan.
- Penghantaran dilakukan secepat yang mungkin bagi mengelakkan pengasingan berlaku.
3. Menuang konkrit
- Konkrit perlu dituang ditempat yang dikehendaki secepat yang mungkin.
- Konkrit basah perlu dituang ke dalam acuan mengikut cara terbaik bertujuan mengelakkan berlakunya pengasingan dan lelehan.
- Kemudian perlu dipadatkan menggunakan alat pemadat seperti internal poker vibrator atau external vibrator.
- Pemadatan perlu dilakuan bagi mengelakkan pengasingan dan berlaku sarang lebah (honey comb ).
- Konkrit perlu dituang secara berlapis tidak melebihi 600mm bagi setiap lapisan.
- Konkrit tidak boleh dituang secara bebas melebihi 5 kaki.
- Tarikh penuang konkrit perlu direkodkan dan ujian kiub dilakukan bagi memastikan gred konkrit adalah berkualiti.
Honey comb Concrete
Apakah maksud honeycombs
Berlakunya lubang udara di dalam konkrit pada permukaan ataupun pada di dalam konkrit.
Ini berpunca daripada mortar yang tidak memenuhi ruang antara aggeregate.
Di mana terjadi honeycombs:
1. Lantai.
2. Rasuk.
3. Dinding.
4. Tiang.
Kesan Honeycombs
1. Kekuatan menjadi kurang kuat.
2. Besi tetulang mudah terdedah dengan karat yang boleh menyebabkan kelemahan struktur.
3. Kelemahan dalam menanggung beban.
4. Air dan udara mudah memasuki pada ruang udara struktur.
Punca berlakunya Sarang Lebah ( Honey comb )
1. Gred kualiti konkrit yang rendah.
2. Berlaku pergerakan pada papan formwork.
3. Pemadatan tidak dilakukan dengan betul atau tidak dilakukan.
4. Kebolehkerjaan konkrit lemah.
4. Memadat konkrit
- Selepas menuang konkrit pada acuan, konkrit perlu segera dipadatkan dengan alat pemadat.
- Alat pengetar perlu memenuhi spesifikasi bagi pekerjaan yang hendak dilakukan.
- Jenis alat pengetar
a. Internal Poker Vibrator ( kegunaan dengan memasukkan alat dalam konkrit )
- Jenis diesel
- Jenis elektrik
b. External vibrator ( alat diletakkan di luar kotak acuan )
c. Surface vibrator. ( alat dipadatkan pada permukaan )