Monday, March 3, 2014
Wednesday, February 12, 2014
MERANCANG TANDA TAPAK
Sebelum
kerja-kerja pembinaan sesebuah pembinaan dapat dijalankan, tapaknya mestilah
dikenalpasti, sempadannya ditentukan dan kawasannya dibersihkan. Kerja menanda
kedudukan bangunan dikenali sebagai merancang tanda tapak. Istilah-istilah yang
berikut sering digunakan dalam kerja merancang tanda tapak :
a.
Garisan bangunan
Garisan
luar yang meliputi sesuatu bangunan.
b.
Aras datum
Satu
aras yang diambil sebagai panduan untuk menandakan aras yang lain bagi bangunan
yang akan didirikan. Di tapak bina, datum ini boleh dibuat dengan membina satu
tiang bata yang sementara ataupun menandakan pada binaan berdekatan yang sedia
ada.
c.
Batu sempadan
Tiang
kecil yang diperbuat daripada konkrit yang ditanam oleh Jabatan Ukur untuk
menentukan sempadan sesuatu lot tanah.
d.
Nombor lot
Tiap-tiap
satu lot yang telah diukur oleh Jabatan Ukur diberikan satu nombor untuk
rujukan
e. Garisan asas
Garisan yang mana menunjukkan di mana asas bangunan yang dikehendaki. Garisan ini
membolehkan lubang asas dikorek.
Mentafsir
pelan tapak
Pelan
tapak bangunan hendaklah diteliti untuk mengetahui kehendak-kehendak arkitek
sebelum kerja merancang tanda dimulakan. Pengetahuan ini memberi bantuan dalam
perancangan yang lebih berkesan dan menguntungkan. Pentafsiran hendaklah
mengambil kira perkara-perkara yang berikut :
a.
Skala, anak panah utara (north arrow), aras
datum, tarikh ukur tanah.
b.
Garisan sempadan
c.
Kedudukan bangunan dan struktur lain seperti
asas, tembok, pagar, tangga dan sebagainya.
d.
Keadaan jiran – bangunan, jalan, saliran air
dan sebagainya.
e.
Kemudahan-kemudahan – paip air, bekalan
elektrik, telefon, paip gas, pembetungan awam dan lain-lain.
f.
Kedudukan sungai, paya, lombong dan lain-lain
lagi yang berdekatan.
g.
Kontur dan kecerunan tanah tapak.
Mengaras
Tapak
bangunan perlu diaraskan terlebih dahulu untuk mengetahui berapa banyak tanah
yang hendak dipotong atau ditambah dan juga menentukan pemandangan daratan.
Pengarasan ini biasanya dilakukan oleh juru ukur menggunakan alat aras dan stafnya.
Kaedah
merancang tanda tapak bangunan
Setelah
pelan kedudukan bangunan ditafsirkan, kedudukan ini hendaklah ditandakan pada
tapak bina dengan pancang mengikut langkah-langkah seperti berikut :
a.
Menentukan kedudukan batu sempadan dan
memastikan arah bangunan. Menetapkan kedudukan garisan bangunan pertama dengan
mengukur dari batu sempadan. Garisan ini mestilah sekurang-kurangnya 6 meter dari
sempadan yang menghadapi jalan (mengikut syarat bagi kawasan perumahan).
Kemudian kedudukan kedua-dua sudut bangi bangunan tersebut, iaitu titik A &
B, ditandakan pada garisan pertama ini dengan menggunakan pancang kayu
berukuran 50mm x 50mm x 300mm.
b.
Kedudukan yang tepat bagi sudut-sudut
bangunan ini dipakukan pada pancang-pancang tersebut di titik A dan B.
c.
Di atas garisan AB tanamkan pancang pada F
dengan jarak 3m dari A, dan pakukan pada pancang ini kedudukan tepat 3 m dari
A.
d.
Dapatkan kedudukan E dengan menarik pita
pengukur dari A dan F supaya jaraknya tepat 4m dari A dan 5m dari F. Sudut EAF
adalah sudut tepat 90ยบ (berdasarkan 3,4,5 bagi segitiga bersudut tegak).
e.
Kedudukan titik D didapati dengan menyusul AE
dan diukur dengan pita pengukur.
f.
Kedudukan titik C boleh didapati dengan
menarik pita pengukur dari D dan B mengikut ukuran DC dan CB. Pancang
ditanamkan dan kedudukan C yang tepat dipakukan.
g.
Menguji kejituan kerja merancang tanda dengan
mengukur jarak pepenjuru AC dan BD. AC = BD menunjukkan sudut-sudut dalam
segiempat ABCD adalah sudut tepat. Cara ini adalah lazim diamalkan. Kaedah lain
ialah dengan menggunakan alat aras dan sesiku binaan. Sesiku binaan adalah
sesiku yang besar (1.8m x 2.4m, saiznya tidak tetap dan dibuat mengikut keadaan
yang memerlukannya). Diperbuat daripada kayu dengan sudut tepat. Alat ini khas
dibuat untuk mendapatkan sudut tepat dalam merancang tanda tapak.
Pancang
ukur tapak
Selepas
kedudukan tembok bangunan ditandakan, tindakan hendaklah diambil untuk
mengekalkan tanda-tanda ini. Kaedah yang diamalkan ialah menggunakan pancang
ukur tapak seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Kaedah ini
membolehkan tanda-tanda kedudukan bangunan dipindahkan kepada pancang ukur
tapak semasa kerja-kerja menggali peparit untuk asas dilakukan. Pancang ini
didirikan di sekeliling garisan bangunan dengan jarak sekurang-kurangnya 1.2 m
dari garisan tersebut. Jarak ini diperlukan supaya pancang yang didirikan itu
tidak mengganggu kerja-kerja pembinaaan yang akan dijalankan.
Tanda-tanda
kedudukan bangunan dipindahkan ke pancang ukur tapak ini dan juga ditambahkan
tanda-tanda kedudukan asas, tembok-tembok sekatan dan sebagainya yang tidak
ditanda di atas tapak tadi.
Tanda-tanda
ini hendaklah dibuat secara kekal dengan memaku ataupun digergaji supaya tidak
mudah hilang. Tanda-tanda kedudukan tembok boleh dibuat mengikut cara garisan
tengah ataupun garisan tepi bergantung kepada kehendak spesifikasi.
Pancang
ukur tapak boleh dibuat di sekeliling bangunan ataupun pada penjuru-penjuru
bangunan sahaja. Bahan yang digunakan tidak semestinya kayu tetapi tembok bata
sementara juga boleh digunakan. Pancang ukur tapak ini hendaklah rata untuk
memastikan ukuran yang tepat.
Apabila
peparit siap digali, kedudukan yang telah ditandakan itu boleh dipindahkan ke
tapak dengan menggunakan benang yang diikat pada pancang ukur tapak mengikut
tanda-tandanya supaya bersilang. Kedudukannya ditandakan dengan bantuan batu
ladung.
Kaedah memindah aras dengan hos air
Kegunaan
hos air sebagai alat aras adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa air mencapai
aras yang sama di mana-mana dalam sesuatu kandungan yang sama. Hos air yang
lutsinar berisi air merupakan alat yang senang digunakan untuk memindahkan aras
dari satu tempat ke satu tempat yang lain di tapak bina.
Saiz hos
yang sesuai digunakan berubah dari 5mm diameter hingga 20mm diameter diperbuat
daripada getah atau plastik yang lutsinar.
Hos itu
hendaklah diisi dengan air terlebih dahulu dan hendaklah dipastikan tiada buih
atau ruang-ruang udara yang terdapat di dalamnya. Satu hujungnya diletak dengan
tanda A (lihat rajah) yang merupakan aras asal sebagai aras rujukan. Hujung
yang satu lagi ditempatkan pada tempat yang hendak disearaskan, misalnya pada
titik B. Apabila aliran air di dalam hos berhenti, didapati aras B adalah sama
tingginya dengan aras A. Tempat-tempat yang lain boleh juga ditandakan dengan
cara yang sama untuk mendapatkan aras yang sama.
Perhatian
hendaklah diambil untuk memastikan bahawa ruang udara tidak berlaku dalam hos
selepas air diisikan. Kehadiran ruang udara dalam hos mungkin akan
mengakibatkan aras yang ditanda itu tidak tepat.
KERJA-KERJA PERMULAAN DI TAPAK
PENERANGAN
:
Kerja permulaan ialah
kerja-kerja awalan yang dilakukan untuk memberikan segala bentuk kemudahan dan
keselamatan di tapak bina sebelum kerja-kerja pembinaan sebenar dilakukan.
Ianya dijalankan selepas kerja-kerja penyediaan tapak selesai. Kerja-kerja
permulaan termasuklah menyediakan :
a.
Pejabat dan tempat tinggal sementara
b.
Bekalan air untuk kerja
c.
Bekalan kuasa elektrik untuk kerja
d.
Jalan-jalan sementara (access road)
e.
Kemudahan telefon
f.
Papan-papan tanda
g.
Lindungan sementara, ‘hoarding’, pagar dawai
dan sebagainya.
Laluan
sementara
Untuk
memudahkan kerja-kerja penghantaran bahan-bahan, peralatan dan sebagainya ke
tapak bina. Jalan-jalan sementara hendaklah dibina. Pada kebiasaannya, laluan sementara
ini dibina di atas tapak yang telah dikenalpasti sebagai jalan utama menuju ke
bangunan tersebut apabila siap nanti.
Pada
peringkat permulaan kerja, laluan yang telah dikenalpasti biasanya ditabur batu
sebagai asas jalan dan apabila kerja-kerja telah selesai barulah jalan itu
disempurnakan.
Walaupun
jalan-jalan sementara ini hanya digunakan untuk urusan keluar masuk ke tapak
pembinaan sahaja namun ianya hendaklah dijaga dengan elok supaya urusan keluar
masuk ke tapak binaan tidak terganggu.
Selain itu
jalan yang becak dan berlumpur hendaklah dibaiki segera supaya tidak mengganggu
keselesaan pengguna jalanraya dan penduduk di sekitarnya.
Pejabat sementara dan tempat tinggal
sementara
Bagi
projek besar yang memakan masa agak lama untuk menyiapkannya, pejabat
sementara, tempat-tempat tinggal untuk pekerja, kantin, setor untuk menyimpan
bahan-bahan binaan, jentera serta peralatan dan tempat berteduh diperlukan.
pejabat sementara
Sekiranya
sesebuah projek itu memerlukan pejabat, perkara-perkara berikut perlu dinilai :
a.
Kos permulaan
pembinaan pejabat; kos melengkapkan pejabat dengan lantai, dinding, siling dan
sebagainya. Kos menghias bahagian dalam
pejabat, kos membekal kelengkapan elektrik, bekalan kuasa elektrik dan kos
perabot.
b.
Tempoh menggunakan pejabat itu biasanya tujuh
tahun. Bagi mendapatkan kos penggunaan setahun, bahagikan kos permulaan dengan
tempoh guna.
c.
Kos
pengangkutan (dari tapak bina ke tapak bina lain)
d.
Kos membuka
semula pejabat apabila projek selesai.
Anggaran
perbelanjaan penyediaan bilik rehat pekerja, setor dan tempat berteduh boleh
dibuat sama seperti cara di atas.
Lindungan sementara, papan iklan, adangan
(hoarding), pagar dawai dan sebagainya
Kuantiti
bahan yang digunakan untuk menyediakan kemudahan ini hendaklah dianggarkan dan
harga bahan ditentukan mengikut cara yang biasa. Peruntukan hendaklah
disediakan untuk membiayai kerja-kerja membuka dan menanggalkan kemudahan ini
setelah projek selesai dengan jangkaan pembaziran yang berpatutan.
Di
tempat-tempat yang tertentu, papan tanda iklan perlu dipasang. Sebelum itu
kontraktor perlu mendapatkan kelulusan bagi meletak dan memasang papan iklan
daripada pihak yang berkuasa lebih-lebih lagi jika kedudukan papan iklan di
tempat orang lalu lalang.
Papan
iklan boleh disediakan tanpa sebarang bayaran jika kontraktor berunding
terlebih dahulu dengan syarikat pengiklanan. Sekaligus syarikat itu
mengiklankan perkhidmatan syarikatnya. Walau bagaimanapun sebelum hal tersebut
dilakukan, kontraktor perlu mendapatkan kebenaran pihak pelanggan atau wakilnya
dan kebenaran pihak berkuasa. Di samping itu pihak kontraktor juga perlu
menganggarkan kos lampu keselamatan, notis amaran dan sebagainya.
contoh adangan (hoarding)
papan iklan
Bekalan air
Bagi
mendapatkan paip sementara, kontraktor perlu memohon kelulusan daripada Jabatan
Bekalan Air dengan menjelaskan bayaran pendahuluan pada kadar yang ditetapkan
sebelum bekalan air disediakan. Kadar bayaran yang tertentu juga dikenakan bagi
kuantiti air yang digunakan berdasarkan kepada meter yang disediakan.
Perbelanjaan lain yang perlu ditanggung oleh kontraktor ialah kos memasang
paip, saluran getah dan tempat takungan air sementara di tapak bina.
Lampu dan kuasa untuk kerja
Bekalan
kuasa atau elektrik merupakan suatu perkara yang penting perlu diadakan di
tapak bina. Kegunaan kuasa ini adalah untuk tujuan mengendalikan
peralatan-peralatan mesin dan juga memasang lampu pada waktu malam bagi tujuan
keselamatan. Tanpa bekalan elektrik peralatan-peralatan kuasa dan mesin tidak
dapat digunakan yang mana akan menjejaskan proses pelaksanaan kerja.
a.
Bayaran yang dikenakan oleh TNB
b.
Kos
pendawaian dan pelan kuasa di tapak bina.
c.
Kos lampu
d.
Kos
‘transformer’ untuk menyalurkan bekalan kuasa yang sesuai.
e.
Kos membuka
atau menanggalkan kelengkapan elektrik setelah projek siap dan memindahkan
kelengkapan itu ke tempat lain. Sekiranya tidak terdapat bekalan elektrik di
kawasan tapak bina, perbelanjaan menggunakan generator dan sebagainya perlu
diambil kira.
Kemudahan telefon
Kemudahan
telefon penting untuk melancarkan kerja-kerja pembinaan. Segala urusan
termasuklan membeli bahan-bahan, peralatan dan sebagainya dapat diuruskan
dengan lebih cepat. Urusan untuk mendapatkan bekalan telefon sementara boleh
dibuat dengan cara berhubung dengan pihak
Telekom. Bayaran pendahuluan dan bayaran pemasangan dikenakan pada kadar yang
tertentu.
Susun
atur tapak bina
Susun atur tapak
harus dibuat untuk menempatkan kedudukan pejabat, rumah kongsi, tempat letak
loji dan lain-lain lagi.
Kedudukan pejabat
tapak dan kongsi pekerja
-
Kedudukan pejabat harus diatur agar senang
dimasuki oleh mereka yang terlibat.
-
Sebaik-baiknya berdekatan jalan masuk
-
Saiz dan reka bentuk pejabat tapak bergantung
kepada saiz projek.
-
Keperluan kongsi bergantung kepada jumlah
pekerja-pekerja.
Tempat letak kereta
-
Tempat letak kereta diperlukan oleh
kakitangan tapak. Biasanya, ia ditempatkan berdekatan dengan pejabat tapak.
-
Selain itu, tempat letak kereta juga perlu
untuk pihak-pihak lain yang berurusan dengan projek tersebut seperti pembekal
bahan, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain.
Setor tapak dan
kantin
-
Setor-setor harus terkawal dan terletak
berdekatan pejabat tapak.
-
Lazimnya dibuat daripada bangsal kayu
berkunci.
-
Kantin dan kemudahan kebajikan juga perlu
dibina.
Lokasi sesalur
bekalan perkhidmatan tapak bina
-
Sambungan sesalur paip air untuk kegunaan
pejabat tapak, kongsi, dan “stand pipes” untuk membancuh konkrit dan
mortar.
-
Perkhidmatan telefon sementara untuk kegunaan
pejabat dan pekerja.
-
Bekalan elektrik sementara untuk kegunaan
pejabat, kongsi, setor dan sebagainya.
Jalan masuk
-
Jalan masuk dan jalan keluar sebaiknya satu
laluan sahaja.
-
Papan tanda petujuk bagi memudahkan pergerakan
kenderaan dan logi.
-
Pastikan kedudukan kemudahan seperti paip
air, peparit dan jarak dengan binaan tidak menghalang pergerakan loji-loji.
Pagar “hoarding”
-
Untuk melindungi kawasan projek dan
keselamatan orang awam.
-
Pagar boleh dibuat menggunakan dawai
berangkai, papan beserta “mesh reinforcement” jenis febrik diantara dua
muka, bingkai kayu dengan permukaan plywood dan sebagainya.
Papan tanda pembinaan
- Kontraktor hendaklah mengadakan, mendirikan, mengecat dan menyenggara satu
papan tanda di dalam Bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan
yang berkenaan atau seperti yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.
- Papan tanda hendaklah didirikan di tempat yang nyata di tapak bina seperti
yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)







