Tuesday, February 24, 2015

Pemeriksaan kerja di tapak bina



Kawalan Kualiti Di Tapak Bina

Apabila bahan-bahan dibeli, pengawal bahan-bahan akan mengawal kualitinya. Pengawal bahan-bahan menyelia cara-cara pengangkutan dan penyimpanannya secara pemunggahan bagi mengelak pembaziran dan kerosakan. Penggunaan loji dan peralatan yang sesuai haruslah dimasukkan di dalam Penyata Kaedah Pembinaan bagi mendapat kerja-kerja berkualiti. Semasa pembinaan, kualiti kerja-kerja haruslah dipantau bagi menentukan bahawa hasil-hasilnya kerja adalah di dalam lingkungan penentuan kontrak dan mana-mana kerja yang tidak mencapai hasil kerja yang dikehendaki haruslah dikenalpasti dan diperbetulkan. Alat-alat pengukuran (mesin timbang, theodolite, alat aras) dan alat-alat pengujian (penukul “rebound”, dll) perlulah dijaga dan dijamin ketepatannya pada setiap waktu. Lain-lain tanggungjawab Pengurusan Projek termasuklah melaksanakan pelan-pelan kualiti projek dengan bantuan dari Koordinator Kualiti Tapak Bina.

Mesyuarat berjadual juga perlu diadakan di tapak bagi membincang kaedah-kaedah pembinaan dan bagi mengenalpasti cara-cara terbaik bagi menjalankan sesuatu tugasan.

Semua kakitangan di tapak haruslah digalakkan bagi memikir dan mencari nilaian terbaik bagi wang yang dikeluarkan. Setelah mendapat alternative yang lebih baik, mereka harus digalakkan bagi melaksanakan alternative tersebut. Di dalam kerja-kerja pembinaan khas seperti kimpalan dan pengujian tidak musnah, pengujian specimen perlulah dijalankan. Lain pada itu perlulah diteruskan pemantauan pematuhan prosidur-prosidur dan kecukupan kaedah-kaedah pembinaan bagi menjamin perkhidmatan yang berkualiti. Sebarang perubahan di dalam kontrak disebabkan Arahan Pinda Kerja seperti tambahan atau tolakan haruslah diambil berat oleh pengurus projek. Sebelum penyerahan, pasukan projek di tapak bina haruslah menentukan bahawa apa yang dibina adalah ditahap kualiti yang dikehendaki oleh klien.


Pemantauan Dan Kawalan Projek Menggunakan Kaedah CPM

Carta-carta bar

Kaedah kebiasaan serta tradisional bagi merancang serta menjadualkan projek-projek pembinaan adalah secara carta bar, atau lebih dikenali sebagai carta Gantt yang dicipta oleh Henry L Gantt sewaktu perang dunia pertama. Kaedah ini berbentuk gambaran kerja mengikut masa. Ini adalah satu alat perancangan yang ringkas bagi menggambarkan sesuatu jadual operasi pembinaan yang dibangunkan serta bagi tujuan merekodkan kemajuan.

Seorang pengurus boleh mendapatkan gambaran tentang kemajuan kerja, semakan penghantaran bahan-bahan, jadual loji peralatan dan pekerja serta rekod kerja dijangka. Ianya satu kaedah yang mudah dan oleh itu masih terus digunakan sebagai alat pengurusan di dalam industri pembinaan.

Walaupun carta-carta bar bukanlah satu alat yang efektif bagi perancangan kerja disebabkan ianya lebih berasaskan kepada pengalaman berbanding dengan analisa rasional kerja-kerja yang hendak dilaksanakan. salah satu keburukan dari carta bar ialah ianya tidak menunjukkan hubungkait serta hubung rapat di antara fasa-fasa kerja dan tidak ada cara bagi menentukan operasi-operasi pembinaan sebenarnya mengawal keperluan penyiapan keseluruhan kerja.

Industri pembinaan pada tradisinya adalah berdaya saing dengan peningkatan dari segi kecanggihan projek-projek. Dengan peningkatan kadar inflasi yang meningkat, maka perlulah dibangunkan satu kaedah penjadualan projek yang lebih efisyen bagi menyiapkan projek-projek dalam tempoh masa yang cepat. Oleh itu Kaedah Jalan Genting atau ‘Critical Path Method’ (CPM) boleh memenuhi kehendak-kehendak ini.

Selain dari itu kita juga boleh menggabungkan perihal-perihal terbaik dari carta bar dan CPM di dalam satu alat pengurusan. Carta-carta bar yang dihasilkan dari jadual rajah anak panah CPM menggembelingkan grafik carta-carta bar dengan hubungkait aktiviti rangkaian CPM. Rajah-rajah Grid-masa adalah gambaran masa berskala bagi rangkaian anak panah CPM.

Andaikan bagi projek pembinaan sebuah bangunan kecil yang mempunyai maksima 24 minggu untuk penyiapan dan mempunyai aktiviti-aktiviti berikut :

Aktiviti                                                Tempoh (minggu)

Kerja tapak                                                      1
Asas                                                                1
konkrit                                                             2
Kerja paip                                                        2
Elektrik                                                            2
Hawa dingin                                                    1
Bumbung                                                        3
Kerja batu                                                        3
Lanskap                                                          1

JUMLAH MASA                                             16


Setiap aktiviti mempunyai satu bar yang menggambarkan tempoh aktiviti yang memberitahu tarikh mula, tempoh dan tarikh siap. Walaubagaimana pun, banyak lagi yang perlu ditambah bagi menjadikannya sebagai satu alat pengurusan yang lebih berguna.

Aktiviti-aktiviti boleh dipecahkan lagi ke tahap keperincian yang dalam bagi memberi penjelasan yang lebih. Sebagai contoh, kerja-kerja konkrit boleh dipecahkan ke dalam lantai dan dinding. Kerja-kerja elektrikal boleh dipecahkan kepada pemasangan wayar dan peralatan. Kerja-kerja paip boleh dipecahkan ke dalam kerja pasang paip dan peralatan. Tahap keperincian bagi carta bar bergantung kepada keperluan-keperluan polisi-polisi pengurusan kontraktor. Carta bar juga boleh membantu kontraktor bagi merancang pembiayaan projek beliau.

Kadang kala bagi projek-projek yang besar, adalah amat berguna disediakan satu jadual pembinaan utama yang menyenaraikan item-item kerja bersama dengan tempoh masanya. Selepas itu satu carta bar terperinci akan disediakan.

Jenis penjadualan carta bar terperinci memerlukan masa dan usaha yang lebih, tetapi ianya akan lebih efektif di dalam memberitahu akan keperluan-keperluan terperinci bagi setiap item kerja utama. Tambahan pula ianya mempunyai kelebihan dari aspek memecahkan suatu jadual perincian bagi setiap ketukangan.





Jaminan Kualiti Dan Kawalan Operasi-operasi Pembinaan

Jaminan kualiti bagi pembinaan

  • Kejayaan sesuatu projek boehlah dinilaikan dari tahap pencapaian memenuhi kehendak-kehendak klien.
  • Ini dicapai dengan menggunakan sumber-sumber beberapa organisasi dan individu dan juga dengan pihak-pihak yang terlibat berinteraksi dengan jayanya.
  • Jaminan kualiti ini timbul apabila kehendak-kehendak pelanggan semakin meningkat dan tahap kualiti bagi memenuhi sesuatu kehendak itu tercapai.
  • Jaminan kualiti diadakan melalui perlaksanaan beberapa teknik pengurusan yang bersistematik dengan menentukan bahawa kawalan-kawalan aktiviti-aktiviti dijalankan oleh setiap pihak.
  • Jaminan kualiti adalah satu kunci proses pengurusan bagi membina ketrampilan terbaik.






Aktiviti Di Tapak Bina

Aktiviti di tapak bina merupakan fasa pembuatan projek-projek pembinaan yang mana kontraktor memiliki tapak bagi menjalankan kerja-kerja yang telah dirancang.

Kawasan kerja mengandungi tiga (3) elemen utama:

    1. Pengeluaran maklumat dan kawalan dokumen
    2. Bahan-bahan binaan
    3. Memenuhi keperluan khusus yang terdiri dari:
-               Hasil kerja
-               Program
-               Kos

Pengeluaran maklumat/ kawalan dokumen

Lukisan-lukisan, arahan-arahan, memo-memo pertanyaan di tapak dan perubahan-perubahan adalah elemen-elemen utama yang terlibat dalam pengeluaran maklumat. Besar kemungkinan arahan-arahan disalah tafsirkan ataupun kerja diulangi disebabkan menggunakan lukisan-lukisan yang tidak lagi digunakan. Buat masa kini, cara pengurusan tapak kian berubah dan dengan itu aliran-aliran perjalanan dokumen haruslah dijelaskan di peringkat terawal mendirikan tapak. Semua tapak-tapak pembinaan memerlukan system dokumentasi secara formal bagi mempertingkatkan kecekapan. Aspek mempermudahkan sesuatu perkara memainkan peranan di dalam membentuk prosidur-prosidur yang efesen.


Bahan-bahan Binaan

Penghantaran – Tapak-tapak bina haruslah dipantau bagi menentukan  bahan-bahan memenuhi spesifikasi, masa dan kuantiti.

Penyimpanan, penjagaan dan penghantaran – Semua bahan-bahan dan komponen-komponen mestilah disimpan mengikut lokasi-lokasi dan keadaan-keadaan yang diipersetujui dengan pengurus tapak. Kaedah penyimpanan bagi apa-apa bahan-bahan binaan yang dibekalkan oleh sub-kontraktor pakar dipersetujui secara terperinci sebelum beliau memulakan kerja di tapak dan apa-apa prosidur yang dipersetujui direkodkan.
Penolakan atau menunggu penerimaan bagi pemasangan – Bahan-bahan yang gagal di dalam kategori ini mestilah disimpan di suatu lokasi atau cara yang dikenalpasti dengan jelas dan melarang bahan-bahan ini dipergunakan sehingga pihak berkuasa membenarkannya.


Memenuhi keperluan-keperluan tertentu

Hasil kerja

Filosopi utama bagi pengurusan kualiti adalah dengan menyediakan bukti-bukti yang dibukukan yang mana satu tahap kualiti khusus telah tercapai di percubaan pertama. Teminologi BS5750 bagi aktiviti-aktiviti ini adalah proses pemeriksaan dalaman atau pengesahan produk yang siap. Pada tradisinya, industri pembinaan memanggil ini sebagai proses gangguan dan kebiasaannya berlaku semasa penyiapan kerja. Amalan kawalan kualiti berkisar pada penyelesaian secara reaktif dan bukannya menggalakkan secara proaktif. Sistem Jaminan Kualiti mengenalkan siri-siri pemeriksaan di peringkat-peringkat tertentu yang mana boleh disahkan bahawa kerja-kerja memenuhi keperluan-keperluan tertentu.

Masalah yang mungkin timbul dikenalpasti di peringkat terawal dan diselesaikan sebelum ianya menjadi suatu kecacatan yang besar. Sistem ini boleh didokumenkan dengan penggunaan senarai criteria-kriteria yang dipersetujui yang tertulis di dalam senarai semakan. Senarai semakan ini menyediakan rekod kerosakan dan kecacatan yang telah terjadi pada keseluruhannya dan di penghujung projek termasuk cara-cara menyelesaikan setiap masalah yang timbul.






Data-data dikumpulkan bagi mengenalpasti kekerapan kecacatan, dan penyelesaian-penyelesaian yang biasa diambil supaya-supaya penyiasatan-penyiasatan boleh ditumpukan kepada maslah-masalah ini yang memerlukan perhatian segera. Tanggungjawab, tugas-tugas dan kaedah-kaedah kerja yang dirangkumi di dalam prosidur-prosidur jaminan kualiti adalah apa yang terkandung dalam pelan kualiti. Pelan kualiti menggariskan aktiviti-aktiviti serta peristiwa-peristiwa yang diperlukan bagi mencapai matlamat-matlamat proses pembinaan bagi sesuatu projek khusus.

Program

Pada kebiasaannya, tanggungjawab nagi menyediakan atau memantau setiap peringkat di dalam program terletak kepada pihak kontraktor yang pada secara khususnya memenuhi keperluan-keperluannya dan kehendak-kehendak dokumen kontrak. Prosidur-prosidur jaminan kualiti memerlukan satu program utama yang mana setiap aktiviti pihak klien, konsultan, kontraktor dan sub-kontraktor dikoordinasikan. Keperluan-keperluan bagi memprogramkan projek adalah jelas diperkatakan dalam kaedah-kaedah yang digunapakai, kaedah pemantauan dan prosidur-prosidur yang perlu diikuti bersabit dengan “updating”. Prosidur-prosidur jaminan kualiti haruslah menentukan bahawa apa-apa program yang disediakan pada masa-masa tertentu semasa pembinaan adalah sentiasa memenuhi keperluan-keperluan kontrak. Program mestilah dipantau secara efektif bersama tarikh penyiapan yang dijangka.

Sekiranya terdapat beberapa aktiviti yang terkebelakang dari jadual, perlulah dipersetujui akan tindakan yang perlu diambil termasuk membuat semula urutan-urutan pembinaan bagi mengelakkan kelambatan dan siapakah yang perlu mengambil tindakan seterusnya. Agnda utama bagi menentukan keutamaan diberikan kepada pemantauan program bagi mesyuarat-mesyuarat tapak khusus bagi mengenalpati maklumat-maklumat yang masih diperlukan.

Kos

Adalah mustahil bagi menjangka bahawa sesuatu projek itu akan direkabentuk selengkapnya tanpa apa-apa perubahan. Prosidur-prosidur jaminan kualiti bagi kawalan kos keseluruhan haruslah bermula di peringkat rekabentuk lagi menentukan apa-apa kehendak klien dipenuhi dan dibandingkan dengan pelan kos semasa perlaksanaan projek. Persetujuan di antara klien dan pihak-pihak yang terlibat dicapai diperingkat rekabentuk dan pembinaan projek.

Pemantauan kualiti di dalam perolehan sumber-sumber

Perkara utama di dalam sesuatu projek atau kontrak adalah hal-hal perolehan bahan-bahan, peralatan dan kemudahan-kemudahan. Sumber-sumber yang memuarkan sahaja dipilih dan bukan sahaja dari segi kos efektifnya, penghantaran yang mengikut jadual beserta kuantiti yang mencukupi tetapi memenuhi keperluan-keperluan tertentu.
Bahan-bahan dan perkhidmatan haruslah diperolehi dari sumber-sumber dengan keadaan-keadaan berikut:

  • Memberikan keyakinan bahawa pembekal-pembekal dan sub-kontraktor mempunyai system-sostem kualiti.
  • Menentukan bahawa setiap pembekal dan sub-kontraktor memahami bahawa pembekalan atau perkhidmatan mestilah memenuhi keperluan-keperluan tertentu.
  • Menentukan bahawa semua maklumat yang diberikan teratur bagi tujuan “up-date” dan tepat.

Prosidur-prosidur kualiti yang harus dihadapi.

  • Pemilihan pembekal-pembekal dan sub-kontraktor
  • Penyediaan dan pengeluaran nota-nota pertanyaan/ arahan-arahan.
  • Memantau perlaksanaan kualiti pembekal-pembekal/ sub-kontraktor.
  • Menyimpan rekod-rekod yang mencukupi mengenai tarikh-tarikh penting terhadap kemampuan kualiti pembekal-pembekal/ sub-kontraktor.



Masalah dan penyelesaian

Di dalam kerja pembinaan, berhadapan dengan masalah adalah perkara biasa. Masalah-masalah tersebut jika tidak diambil tindakan penyelesaian akan menimbulkan masalah-masalah lain yang lebih besar. Sebagai contoh: masalah kelewatan menerima bahan daripada pembekal akan mengakibatkan kerja-kerja tertangguh dan ini menimbulkan masalah yang lebih besar  lagi di mana projek mungkin tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan disebabkan masalah pembelian bahan tersebut. Selain itu, masalah dari segi kaedah kerja yang tidak betul boleh mengakibatkan kemalangan dan kerugian.Ini menunjukkan bahawa setiap masalah yang timbul sekiranya tidak diatasi segera boleh mempengaruhi kualiti dan prestasi.

Oleh itu, penyelesaian segera adalah penting apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Perancangan yang rapi dan teliti dapat mengurangkan berlakunya masalah. Masalah-masalah pembinaan biasanya timbul dari penilaian kerja yang dilakukan dan ianya hendaklah diatasi segera supaya perlaksanaan kerja tidak terjejas serta tidak menimbulkan masalah yang lebih besar.

Masalah-masalah yang boleh mendatangkan bahaya mungkin berlaku disebabkan oleh

  1. Tidak membuat pemantauan terhadap kawalan kualiti
  2. Tdak mematuhi prosedur keselamatan
  3. Pekerja yang tidak mahir
  4. Penggunaan mesin dan peralatan (kurang mahir dan tiada penyenggaraan)
  5. Penggunaan bahan-bahan yang murah dan tidak berkualiti

Tindakan-tindakan di dalam menyelesaikan masalah adalah

  1. Mengenalpasti masalah yang dihadapi
  2. Mengesan punca-punca berlaku
  3. Menilai masalah
  4. Cari kaedah dan jalan penyelesaian
  5. Mengawasi masalah yang mungkin boleh mendatangkan bahaya



No comments:

Post a Comment