Tuesday, April 7, 2015

Sistem retikulasi air

Peranan Sistem Agihan Air

Matlamat system agihan air adalah untuk membekalkan air yang boleh diminum pada tekanan dan kuantiti yang yang mencukupi.
Kuantiti dan tekanan dianggap mencukupi apabila ianya menepati keperluan semua kegunaan air termasuk untuk tujuan pemadaman kebakaran.
Sekiranya berlaku kekurangan air, ia nya perlu melebihi kadar minima 15% keseluruhan system mestilah ekonomik, tahan lama dan senang untuk selenggara.
Sesuatu system agihan yang sempurna hendaklah mematuhi keperluan berikut:
  1. Air mestilah bersih.
  2. Tekanan air sentiasa memuaskan.
  3. Bekalan air yang mencukupi kepada pengguna-pengguna.
  4. Peneyelenggaran system agihan mudah dan ekonomik.
  5. Bekalan sentiasa mencukupi dan tekanan memuaskan semasa berlaku kecemasan.
  6. Bekalan hendaklah sentiasa ada walaupun berlaku kerosakan pada sesuatu talian paip.
  7. Rangkaian paip tidak ditanam di bawah jalan melainkan tidak dielakkan.
Komponen system agihan terdiri dari:
  1. Paip
a.    Paip hantaran ( delivery main)
b.    Paip agihan ( distribution pipe)
c.    Paip retikulasi ( reticulation pipe)

  1. Pili air (hydrant)
  2. Meter air
  3. Tangki simpanan
  4. Pelbagai injap
Jenis-jenis injap

Jenis
fungsi
1
Injap berhenti /pintu
Digunakan untuk mengawal kadar aliran serta tekanan dan menghentikan aliran air. Injap yang bersaiz kecil ( <100mm) adalah jenis stop cock dan yang > 100 mm adalah dari jenis injap sluis.

2
Injap kupu-kupu
Digunakan untuk mengawal kadar aliran air sahaja pada paip-paip bersaiz  melebihi 450 mm.
3.
Injap sluis
Adalah injap sluis yang digunakan untuk kerja mengeruk. Saiz paip mengeruk adalah 1/3 paip utama.
4
Injap udara
Terdiri dari dua jenis injap iaitu injap udara orifis tunggal dan injap udara berorifis kembar .

Kaedah pengagihan air:
  1. Sistem graviti
Hanya digunakan jika air disalurkan dari tinggi ke rendah ( guna daya gravity).
Aras tapak loji olahan perlu lebih tinggi dari pengguna.
Kawalan tekanan adalah perlu kerana:
a.    Tekanan terlalu tinggi merosakan system agihan.
b.    Tekanan terlalu rendah – menyusahkan pengguna.


2. Sistem gabungan pam dan takungan
Air yang dirawat, dipamkan pada kadar yang ditetapkan untuk disimpan di storan air di paras 
yang tinggi.
Seterusnya pengagihan air ke pengguna dari kolam simpanan tadi dibuat melalui daya gravity.
Paling kerap digunakan kerana:
1.    Faktor keberkesanan
2.    Kos yang rendah

 

3.Sistem berpam
-          Digunakan jika turus tekanan pengguna rendah atau pengguna berada di tempat yang lebih tinggi dari sumbr air yang telah diolah.
-          Air yang telah diolah, dipam terus ke dalam paip utama tanpa storan. Kurang digunakan untuk mengagihkan air kepada ke pengguna.
 

Susun atur paip agihan
1.    Sistem hujung mati
 
2.  Sistem jejari
 
3. Sistem grid
 

4. Sistem gelang
Fungsi utama tangki simpanan ialah :-
  1. Untuk mengadakan simpanan air terawat bagi meminimakan gangguan bekalan sewaktu paip pecah.
  2. Untuk mengadakan simpanan air terawat bagi menghadapi keperluan yang turun naik
  3. Sebagai tangki pemecah tekanan di mana julat perbezaan aras di kawasan bekalan yang dibahagikan kepada zon-zon.
  4. Untuk mengadakan simpanan air bagi tujuan pemadaman kebakaran. Jumlah simpanan kecemasan yang diperlukan menentukan saiz tangki.

Tangki Pengimbang dan tangka perkhidmatan
-          Dalam system pengagihan air, tangk penyimpanan dikategorikan mengikut:
a.    Tangki pengimbang
b.    Tangki perkhidmatan

  1. Tangki pengimbang
-          Fungsi utama tangka pengimbang ialah untuk menerima dan mengumpulkan air yang telah di rawat dari loji rawatan dan kemudiannya mengagihkannya ke sebuah atau beberapa tangka perkhidmatan.
-          Tangki pengimbang bergantung kepada kapasiti air yang dirawat di loji rawatan dan juga storan yang diperlukan untuk mengimbang pengliran masuk dan keluar dari tangki tersebut.
-          Umumnya muatan tangka adalah bersamaan 2 jam aliran masuk dari muatan minima 450 m3 dan muatan maksima 9000 m3.
-          Ianya biasa dibina berdekatan dengan loji rawatan. Sekiranya berlaku penyusutan isipadu dari mana-mana tangka perkhidmatan, air akan mengalir dari tangka pengimbang ke tangka perkhidmatan.
-          Dengan adanya tangka pengimbang dalam system agihan, kadar aliran ke tangka perkhidmatan dapat ditetapkan turus antara dua tangki.

  1. Tangki perkhidmatan
-          Takungan perkhidmatan berfungsi untuk membekalkan air ke sistem retikulasi. Muatan minima tangki perkhidmatan dan juga kolam simpanan dalam sistem agihan sepatutnya bersamaan dengan simpanan untuk satu hari.
-          Stor satu hari selalunya mencukupi untuk keperluan pencegahan kebakaran.








No comments:

Post a Comment