Tuesday, February 24, 2015

Kaedah-kaedah pembinaan bangunan





Pengenalan

Proses pembinaan bangunan meliputi segala aktiviti yang dilakukan di tapak binaan untuk memenuhi segala kehendak lukisan dan penentuan yang terkandung dalam sesuatu dokumen kontrak binaan.

Sebelum memulakan kerja-kerja binaan di tapak, kontraktor perlu menyediakan perancangan kerja yang lengkap. Proses pembinaan bangunan melibatkan banyak jenis kerja yang memerlukan kemahiran yang berlainan. Oleh itu perancangan kerja perlu dibuat untuk mengawasi kemajuan kerja dan membandingkan kemajuan kerja di tapak dengan kemajuan yang sepatutnya dicapai.


Kaedah-kaedah pembinaan bangunan

Sebelum kerja-kerja sesebuah bangunan dapat dijalankan, tapaknya mestilah dikenal pasti, sempadannya ditentukan dan kawasannya dibersihkan. Kerja menandakan kedudukan bangunan dikenali sebagai merancang tanda.

Pelan tapak bangunan mestilah diteliti untuk mengetahui kehendak-kehendak arkitek sebelum merancang tanda dimulakan. Tapak bangunan perlu diaras terlebih dahulu untuk mengetahui berapa banyak tanah yang perlu dipotong atau ditambah dan juga menentukan pemandangan daratan. Pengarasan ini biasanya dilakukan oleh juru ukur menggunakan alat laras dan stafnya. Setelah pelan kedudukan bangunan ditafsirkan, kedudukan ini hendaklah ditanda pada tapak bina dengan pancang pada kedudukan yang tertentu.

Setelah kedudukan tembok bangunan ditandakan, tindakan harus diambil untuk mengekalkan tanda-tanda ini. Pancang didirikan di sekeliling garisan bangunan dengan jarak sekurang-kurangnya 1.2m dari garisan tersebut. Jarak ini diperlukan supaya pancang tidak menjadi halangan semasa kerja pembinaan dijalankan. Tanda-tanda ini hendaklah dibuat secara kekal dengan memaku ataupun menggergaji supaya tidak mudah hilang. Pancang ukur boleh dibuat di sekeliling bangunan ataupun pada penjuru-penjuru bangunan sahaja.

Proses penyediaan dokumen tender

Untuk membuat dokumen tender. Ia perlu melalui beberapa prosedur yang patut dipatuhi. Setelah pihak guaman berpuas hati terhadap prosedur kerja, tender akan dikeluarkan untuk memilih kontraktor yang layak bagi melakukan kerja. Pelawaan untuk memasuki tender ini hanya kepada kontraktor yang layak sahaja. Amnya tender bolehlah diertikan sebagai “satu kenyataan yang dicadangkan kepada pihak lain untuk melaksanakan kerja disamping mendapat persetujuan daripada pihak yang membuat cadangan”.

Proses ini mungkin memakan masa yang lama kerana ia akan melalui banyak proses sebelum seseorang kontraktor yang benar-benar layak dipilih. Apabila dokumen tender telah siap disempurnakan, proses menjemput penawaran.

Dokumen tender mestilah memenuhi keperluan asas seperti berikut:
  i.    Peruntukan-peruntukan di dalam dokumen tender mestilah menjadi asas bagi satu kontraktor yang boleh dilaksanakan oleh kontraktor-kontaktor tidak boleh diberikan tugas yang mustahil untuk dilakukan

  i.    Peruntukan di dalam dokumen tender mestilah menggambarkan perolehan mengikut tatacara yang dituliskan oleh kerajaan dan mestilah merangkumi dasar-dasar kerajaan yang terbaru.

 ii.    Kerja yang ditentukan mestilah memenuhi kehendak-kehendak yang nyata dan lain Jabatan / Kementerian Pelanggang.

iii.    Kerja untuk dilaksanakan mestilah didefinasikan dan ditentukan dengan jelas dan tepat, dokumen tender mestilah bebas dari sebarang kesamaran dan percanggahan.

iv.    Kerja yang ditentukan mestilah memenuhi kehendak-kehendak JKR dari segi standart rekabentuk dan pembinaan.


Peringkat Penyediaan Dokumen Tender

Terdapat dua peringkat utama di dalam proses menender itu:
1)    Pra tawaran (Pra-tendering)
2)    Selepas tawaran (post-tendering)

Dalam peringkat pra tawaran, terdapat beberapa pekara iaitu:
1)    Anggaran dan kajian mungkinan
2)    Penyediaan dokumen tender
3)    Memanggil tender
4)    Pembukaan dan penutup tender (tawaran)

Dalam peringkat ‘post’ tender ;
1)    Penilaian tawaran - tidak semestinya tawaran yang paling rendah akan dipilih
2)    Membuat laporan tawaran -  Penerimaan terletak di tangan pelanggan itu sendiri.
3)    Penerimaan dan penolakan tawaran


a)      Untuk layak tender, kontraktor-kontraktor mestilah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan juga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kerja pembinaan diserahkan kepada kontraktor dengan satu ikatan.

b)      Penyediaan dokumen tender  akan dikeluarkan apabila pihak majikan selesai memberi komen dan penelitian dan penyediaan yang menepati kehendak majikan.

c)      Penyediaan dokumen tawaran disediakan oleh Juru Ukur Bahan dimana ia mengandungi borang tawaran (Form Of Tender) termasuk spesifikasi dan syarat-syarat am kontrak.


Jenis Tawaran


Ada beberapa jenis tawaran / tender yang biasa digunakan di dalam negara kita. Di antara ialah seperti tawaran terbuka, tawaran terhad atau terpilih, tawaran perundingan dan tawaran pra kelayakan. Biasannya JKR akan mengeluarkan tawaran di papan-papan tender JKR atau pun di meja perundingan.

Dokumen Tawaran


Dokumen tawaran ialah dokumen yang disediakan adalah untuk kegunaan pemborong binaan bagi meletakkan harga tawarannya.


Proses Jemputan Dan Pemilihan Tawaran


1.      Penutupan tawaran - dokumen tawaran yang telah diisi dan dipenuhkan hendaklah dimasukan ke dalam peti tawaran sebelum tarikh tutup tawaran dan tertakluk kepada jenis tawaran tersebut.

2.      Penerimaan tawaran - semua tawaran akan dibuka oleh jawatankuasa  pembukaan tawaran dan disenarai mengikut harga tawaran. Kesemua tawaran ini akan diserah kepada cawangan-cawangan atau pengarah yang bertangungjawab memanggil tawaran tersebut.

3.      Borang penerimaan tawaran:- dalam borang penerimaan tawaran, biasanya mengandungi butir-butir berikut:

a)    Butir-butir mengenai kontrak
b)    Harga tawaran diterima
c)    Tarikh permulaan kerja
d)    Jumlah wang cagaran prestasi yang dikehendaki
e)    Polisi-polisi insurans yang perlu diambil

Sebaik sahaja kontraktor yang berjaya itu menerima surat penerimaan tawaran, maka ikatan perjanjian kontrak pun terjalin.

 
Estimate

Contoh 1: Anggaran Bata
                 
Bilangan bata yang diperlukan dalam pembinaan tembok bangunan dihitung berdasarkan kepada luas permukaan 1 meter persegi dan ½ tebal bata.

      1 meter persegi           =          1000 mm x 1000 mm
      Muka sisi bata             =          225 mm x 75 mm
      Bilangan bata              =          1000 x 1000 / 225 x 75           =          59.259
                                          =          60 biji bata.

Luas tembok
1 m persegi
Tebal tembok
½ bata
1 bata
1 ½ bata
2 bata
Bil. Bata
60
120
180
240

Jadual bilangan bata

Contoh pengiraan bata :

Bina sebuah tembok ½ bata tebal, 8 m panjang dan 3 m tinggi?

Jawapan :

Luas tembok               = Panjang x Tinggi
                        = 8 m x 3 m
                        = 24 m²
Bilangan bata              = Luas tembok x Jumlah bata dalam 1 m²
                        = 24 x 60
= 1440 Biji

Contoh 2: Pengiraan jubin

Saiz jubin 8”x8” dipasang pada lantai dengan keluasan 25m². Kira jumlah jubin yang diperlukan dan sekiranya upah pemasangan RM1.80 sekaki persegi. Berapakah jumlah kos untuk upah kerja?

Maklumat

- Luas lantai     25m²
- Saiz jubin      8”x8”
- Upah                         RM 1.80 / ka²

Pengiraan

·         Jumlah jubin:         Saiz jubin 8”x8”           = 64in² @ 0.4ka² @ 0.04m²
                                    Jumlah jubin 8”x8”      = jumlah luas lantai    
                                                                                 luas sekeping jubin              
                                                                              = 625 pcs
·         Jumlah kos:          Luas lantai                   = 25m² @  269.1ka²
Jumlah kos                 = 269.1ka² x RM 1.80
                                    = RM 484.38 @ RM 500.00

Contoh 3: Anggaran Konkrit

Konkrit dihitung dalam meter padu (m³) dan segala ukuranya adalah dalam meter (m). Isipadu konkrit dikira mengikut lebar x panjang x tebal. Bahan-bahan yang dijadikan konkrit iaitu simen, pasir dan batu baur, juga dianggarkan dalam meter padu. Simen juga boleh dihitung dalam bilangan beg berdasarkan 1 beg = 50 kg = 0.035 .

Simen
Nisbah bancuhan
Konkrit (m³)
1
1 : 2 : 4
0.151
1
1 : 2½ : 5
0.176
1
1 : 3 : 6
0.203
1
1 : 4 : 7
0.262
Jadual Nisbah bancuhan konkrit

Konkrit ini hendaklah dibancuh dengan mesin penggaul. Bancuhan yang dilakukan dengan tangan dikehendaki 10% simen tambahan untuk mencapai kekuatan yang sama.

Contoh pengiraan konkrit :

Anggarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membina  lantai konkrit 4 m x 5 m x 100 mm tebal. Nisbah bancuhan konkrit ialah 1:2:4.

Jawapan :

Isipadu konkrit padat               =          4 x 5 x 100
                                                          1000
=          2.0

Isipadu bahan-bahan kering   =          2.0 x 1.5
                                    =          3.0 m³

Isipadu simen                          =          3.0 x 1
                                                 (1+2+4)
=          0.43 m³

Bilangan beg simen                =          0.43
                                                0.035
                                    =          12.3 (13 beg)

Isipadu pasir                            =          3.0 x 2
                                               (1+2+4)
                                    =          1.72 m³



1.0  Kerja awalan (preliminaries)

Untuk membina sesebuah bangunan, berbagai kerja harus dilakukan dan setiap kerja hendaklah diaturkan supaya dapat dilaksanakan kerja-kerja pembinaan dengan licin dan pembinaan dapat disiapkan dalam tempoh perjanjian dengan pelanggan. Kerja awalan adalah satu kerja yang dilakukan sebelum sebarang kerja yang berkaitan dengan pembinaan bagi sesebuah struktur bangunan. Kerja-kerja awalan terbahagi kepada beberapa bahagian:-


1.1 Perancangan
     
Setiap aktiviti kerja pembinaan memerlukan masa dan sumber-sumber pembinaan seperti pekerja, loji dan bahan. Masa merupakan satu faktor penting dalam projek pembinaan. Matlamat perancangan projek binaan adalah untuk menyiapkan projek tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.


1.1.1 Perlaksanaan kerja

Sebarang projek pembinaan boleh dianggap sebagai satu himpunan kerja. Aktiviti tersebut termasuklah penyediaan tapak, kerja tanah, kerja struktur asas dan kerja-kerja “setting out”. Setiap kerja memerlukan masa dan sumber pembinaan iaitu pekerja, loji dan bahan. Masa merupakan faktor penting dalam sektor pembinaan. Matlamat perancangan projek pembinaan adalah siap dan berkualiti. Namun demikian perancangan haruslah mengambil kira sumber pekerja, loji supaya kos yang terlibat dapat dihadkan. Dengan itu, sebarang teknik perancangan adalah bertujuan menyusun semua kerja supaya projek dapat dilaksanakan mengikut jadual atau turutan dalam kritikan (path method) apa yang lebih penting adalah memastikan bahawa susunan tersebut mesti mencapai matlamat perancangan, iaitu menyiapkan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.


1.1.2 Penglibatan kakitangan tapak  
           
Kakitangan tapak seperti pengurus atau jurutera tapak, penyelia, kepala tukang dan lain-lain hendaklah mengambil bahagian dalam proses perancangan daripada peringkat permulaan lagi.
           

1.1.3 Pengetahuan tentang teknik

Kakitangan yang ditugaskan untuk merancang dan melaksanakan aturcara hendaklah mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang kaedah dan teknik yang hendak digunakan.
                       

1.1.4 Kesesuaian teknik

Carta bar sesuai untuk projek yang kecil dan sederhana saiznya. Analisis rangkaian pula sesuai untuk projek yang besar dan kompleks. Manakala garisan perseimbangan sesuai untuk kerja binaan yang berulangan seperti tingkat-tingkat lantai dalam bangunan tinggi atau unit-unit rumah dalam projek perumahan yang besar.



1.1.5 Kaedah dan alat-alat pembinaan 

Perancangan khidmat binaan yang mencukupi dan berkesan memerlukan  pengetahuan lengkap mengenai kaedah, alat-alat dan loji-loji pembinaan yang disarankan. Bentuk khidmat yang boleh diberikan oleh kemudahan-kemudahan ini mustahak diketahui dengan jelas. Operasi yang terus-menerus tanpa sebarang gangguan daripada kemudahan-kemudahan ini adalah perlu, terutamanya dalam sesuatu projek yang besar. Penyelarasan berbagai-bagai fasa pembinaan perlu dirancang dan perlu diikuti kerana sebarang gangguan yang terjadi akan mengakibatkan  penangguhan yang serius dan loji serta buruh-buruh di tapak bina menjadi tidak prodaktif.


1.1.6 Buruh

Pengambilan pelbagai kategori dan bilangan buruh mahir dan tidak mahir memerlukan perancangan dan pemikiran yang teliti. Untuk kebanyakan projek binaan yang besar, adalah perlu mengambil dan mengekalkan sebilangan buruh tetap sepanjang jangka masa pembinaan; buruh sementara di ambil apabila difikirkan perlu. Kemudahan-kemudahan seperti tempat tinggal, bekalan air, tempat memasak, tempat rehat, khidmat kesihatan dan kumbahan hendaklah di sediakan bagi mewujudkan suasana yang selesa dan tenaga kerja yang sihat dan cekap. Peraturan tempatan bersabit dengan perjawatan buruh mesti di ikuti, seperti masa kerja, kadar gaji, elaun lebih masa, sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (K.W.S.P.), Pampasan pekerja, SOCSO dan lain-lain lagi.  


1.1.7 Keselamatan

Semua pekerja mestilah mengikuti peraturan keselamatan piawai semasa mengendali logi dan alat ditapak bina dan mesti mempunyai kelayakan yang sesuai, terutamanya untuk mengendalinya jentera elektrik dan janakuasa. Pekerja-pekerja di tapak bina yang besar mestilah dibekalkan dan memakai topi keledar dan but. Pengawasan khusus mesti dikuatkuasakan untuk kerja-kerja meletup, penggalian dalam, kerja penerowongan, bangunan tinggi, dan kerja-kerja di sungai atau laut. Keselamatan terhadap bahaya kebakaran perla juga diperhatikan. Bagi melindungi  kaum pekerja apabila berlaku kemalangan, selalunya mereka perlu diinsurankan melalui Polisi Insurans pampasan pekerja seperti yang dikehendaki dalam syarat-syarat kontrak (Contract Conditions). Loji-loji dan alat-alat juga perlu diinsurankan sebagai langkah perlindungan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan.           


1.1.8 Kemudahan bekalan

Kemudahan-kemudahan berikut selalunya diperlukan ditapak bina iaitu bekalan elektrik, air, dan kemudahan telefon. Kemudahan ini amat penting dalam membantu perjalanan kerja di tapak bina kerana dengan adanya kemudahan ini kerja-kerja di tapak bina dapat berjalan dengan lancar. Contohnya: bekalan air diperlukan untuk minum, memasak, membasuh, penyejukan, pengalih haba (radiator), menggaul konkrit, memadam kebakaran dan lain-lain lagi.


1.2 Pembersihan tapak

Kerja pembersihan tapak melibatkan kerja-kerja pembuangan pokok, batu-batan, sampah-sarap, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Segala barang buangan mestilah dibuang jauh daripada tapak bina. Bahan ini boleh menyebabkan kerosakan seperti pemendekan, keretakan dan sebagainya. Kawasan pembinaan hendaklah dibersihkan dahulu daripada segala tumbuhan yang terdapat di sekitarnya. Tumbuhan-tumbuhan ini dibersihkan dengan menggunakan jentolak. Kerja ini dilakukan dengan teliti untuk memastikan ianya tidak tertinggal seperti akar-akar yang boleh tumbuh semula.

Tinggalan binaan lama seperti bangunan separuh kekal yang dibina daripada konkrit dan kayu. Sementara itu, batu-batu besar perlu dikeluarkan jika terdapat di tapak. Kaedah letupan juga mungkin digunakan jika jentolak gagal untuk mengalihkan batu tersebut. Kerja meletupkan dan membersihkan batu ini juga biasanya diserahkan kepada kontraktor kecil yang pakar dalam bidang ini.


1.3 Kerja meroboh

Kerja-kerja meroboh dilakukan apabila terdapat bangunan lama dikawasan pembinaan yang hendak dirancang. Kerja meroboh dilakukan dengan menggunakan jentera berat seperti excavator.


1.4 Kerja setting out
Kerja “setting out” dilakukan oleh Juru Ukur yang berpengalaman. Kerja ini merangkumi:-
a.    Mendapatkan plan dari Jabatan Ukur.
b.    Mencari batu sempadan.
c.    Kerja ukur aras.
d.    Mengenal pasti kerja penambakan dan pemotongan (cut and fill).
e.    Mengukur blok bangunan.
f.     Menanda sempadan bagi bangunan yang akan dibina.
g.    Ukuran blok bagi menanda ‘point’ bagi tiang untuk bangunan.


1.5 Mengenal pasti kedudukan batu dan garis sempadan

Berpandukan pelan kerja ukur (survey plan) yang biasa disediakan oleh juru ukur yang bertauliah dan berlesen, akan dapat menentukan kedudukan tapak dan aspek teknikal yang mana di dalam pelan tersebut telah ditetapkan segala maklumat-maklumat berkaitan.


1.6 Kerja pembuangan ‘top soil
Selepas kerja pembersihan, tanah atas dibuang kerana kekuatan tanah adalah lemah. Pembuangan top soil dibuat dengan menggunakan excavator. Lapisan tanah yang di buang setebal 6 inci. Tanah subur akan digunakan untuk kerja-kerja penanaman rumput apabila kerja pembersihan siap.


1.7 Kerja korekan dan tambakan
Kerja ini biasanya dibuat ke atas kawasan rendah. Tanah mestilah tidak bercampur dengan ‘top soil’ atau sampah sarap. Pemadatan mestilah melebihi paras yang dikehendaki kerana tanah akan mendap.


1.8 Merancang tanda tapak

Sebelum kerja-kerja pembinaan sesebuah bangunan dapat dijalankan, tapaknya mestilah dikenal pasti, sempadannya ditentukan dan kawasanya dibersihkan. Ini adalah untuk mengetahui garisan bangunan dan memudahkan kerja-kerja penanda bagi lubang asas. Kerja menanda kedudukan bangunan dikenali sebagai merancang tanda tapak. Ia melibatkan kerja-kerja seperti berikut:-


1.8.1 Mentafsir pelan tapak

Pelan tapak bangunan mestilah diteliti untuk mengetahui kehendak-kehendak  arkitek sebelum merancang tanda dimulakan. Ia memberi bantuan dalam perancangan yang lebih berkesan dan menguntungkan. Pentafsir hendaklah mengambil kira pekara-pekara berikut:
a.    Skala, anak panah utara, aras datum, tarikh ukur tanah
b.    Garisan semapadan
c.    Kedudukan bangunan dan struktur lain seperti asas, tembok, pagar, tangga, dan lain-lain.
d.    Keadaan jiran bangunan, jalan, saliran air dan sebagainya.
e.    Kedudukan sungai, paya, lombong dan lain-lain lagi yang berdekatan.
f.     Kemudahan-kemudahan paip air, bekalan elektrik, telefon, paip gas, pembentung awam dan sebagainya.
g.    Kontur dan kecerunan tanah tapak.


1.8.2 Mengaras

Tapak bangunan perlu diaras terlebih dahulu untuk mengetahui berapa banyak tanah yang hendak dipotong  atau ditambah untuk menentukan pemandangan daratan. Pengaras ini biasanya dilakukan oleh juru ukur menggunakan alat laras bersama stafnya.










1.9 Susun atur tapak bina

Susun atur tapak harus dibuat untuk menempatkan kedudukan pejabat, rumah kongsi, tempat letak loji dan lain-lain lagi.

1.9.1 Kedudukan pejabat tapak dan kongsi pekerja

-     Kedudukan pejabat harus diatur agar senang dimasuki oleh mereka yang terlibat.
-     Sebaik-baiknya berdekatan jalan masuk
-     Saiz dan reka bentuk pejabat tapak bergantung kepada saiz projek.
-     Keperluan kongsi bergantung kepada jumlah pekerja-pekerja.
           
1.9.2 Tempat letak kereta

-     Tempat letak kereta diperlukan oleh kakitangan tapak. Biasanya, ia ditempatkan berdekatan dengan pejabat tapak.
-     Selain itu, tempat letak kereta juga perlu untuk pihak-pihak lain yang berurusan dengan projek tersebut seperti pembekal bahan, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain.

1.9.3 Setor tapak dan kantin

-     Setor-setor harus terkawal dan terletak berdekatan pejabat tapak.
-     Lazimnya dibuat daripada bangsal kayu berkunci.
-     Kantin dan kemudahan kebajikan juga perlu dibina.

1.9.4 Lokasi sesalur bekalan perkhidmatan tapak bina

-     Sambungan sesalur paip air untuk kegunaan pejabat tapak, kongsi, dan stand pipes” untuk membancuh konkrit dan mortar.
-     Perkhidmatan telefon sementara untuk kegunaan pejabat dan pekerja.
-     Bekalan elektrik sementara untuk kegunaan pejabat, kongsi, setor dan sebagainya.

1.9.5 Jalan masuk

-     Jalan masuk dan jalan keluar sebaiknya satu laluan sahaja.
-     Papan tanda petujuk bagi memudahkan pergerakan kenderaan dan logi.
-     Pastikan kedudukan kemudahan seperti paip air, peparit dan jarak dengan binaan tidak menghalang pergerakan loji-loji.

1.9.6 Pagar “hoarding”

-     Untuk melindungi kawasan projek dan keselamatan orang awam.
-     Pagar boleh dibuat menggunakan dawai berangkai, papan beserta “mesh reinforcement” jenis febrik diantara dua muka, bingkai kayu dengan permukaan plywood dan sebagainya.



1.9.7 Papan tanda pembinaan
-     Kontraktor hendaklah mengadakan, mendirikan, mengecat dan menyenggara satu papan tanda di dalam Bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan yang berkenaan atau seperti yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.
-     Papan tanda hendaklah didirikan di tempat yang nyata di tapak bina seperti yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa.



2.0  Pembinaan struktur

Struktur merupakan bahagian terpenting dalam sesebuah bangunan kerana ia perlu menanggung beban utama seperti beban mati, beban kenaan dan beban daripada tindakan daya-daya luaran seperti angin. Oleh itu, pembinaannya mestilah kukuh dan kuat bagi menjamin ketahanan dan keselamatan penggunaanya.


2.1 Asas

Asas merupakan unsur bangunan yang terletak di bawah sekali yang berperanan untuk memindahkan segala beban bangunan ke lapisan tanah di bawahnya dengan selamat. Binaan asas perlu mengambil kira bukan sahaja beban yang digalasnya tetapi juga keadaan tanah. Asas mengandungi struktur bangunan di bawah tanah termasuk penapak dan cerucuk digunakan. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan tindakan khusus supaya cukup kukuh dan  kekal untuk menanggung segala beban di atasnya.

Oleh sebab asas terletak di dalam tanah, ia perlu kukuh dan dapat berfungsi selagi bangunan yang digalasnya masih berguna. Asas perlu dibina dengan kukuh dan tahan lama walaupun asas terletak dalam tanah yang mungkin mengandungi air dan bahan kimia. Sebarang kegagalan asas akan memberi kesan terhadap struktur bangunan dan seterusnya bahagian-bahagian yang lain.


2.1.1    Fungsi Asas

a)    Mengagih beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tanah yang lebih luas.
b)    Menghindari daripada kerosakan dari bahan sulfat dan bahan lain.
c)    Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.
d)    Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu.
e)    Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya.
f)     Menghindari daripada kerosakan dari bahan sulfat dan bahan lain.

2.1.2      Faktor Yang Mempengaruhi Rekabentuk Dan Saiz Asas

a)    Keadaan fizikal tanah, keupayaan tanggungan galas
b)    Beban bangunan termasuk beban hidup, beban mati dan beban angin.
c)    Ekonomi - perbandingan kos di antara jenis-jenis asas yang boleh digunakan.
d)    Sifat dan jenis bangun

.
2.1.3      Jenis-jenis asas

Asas dapat diperoleh dalam berbagai-bagai bentuk mengikut keperluan dan kesesuaian. Antara jenis-jenis utama yang biasa digunakan ialah asas pad, asas jalur, asas rakit dan asas cerucuk.





 









Jenis-jenis asas


2.1.3.1        Asas Pad

Asas pad merupakan jenis asas yang biasa digunakan untuk binaan rumah atau bangunan satu tingkat dan dua tingkat. Semua beban bangunan akan dipindahkan ke tanah melalui tiang dan seterusnya melalui asas pad. Jumlah beban yang lebih besar memerlukan saiz asas pad yang lebih besar juga. Ketebalan asas pad bertambah mengikut pertambahan keluasannya.

Asas pad biasanya dibina daripada konkrit bernisbah 1:2:4 - 20 mm. Keluli tetulang digunakan untuk memperkukuhkan binaan dan jenis tetulang yang digunakan ialah bar tegangan tinggi.

Proses Pembinaan Asas Pad

1.      Penandaan dibuat dengan site rail untuk menentukan kedudukan asas.
2.      Kerja pengorekan akan dilakukan.
3.      Kerja pemasangan kotak bentuk.
4.      Lean konkrit ( sebelum perletakkan besi ) ditempat ke dalam kotak bentuk dengan penutup  konkrit.
5.      Tetulang untuk stump dipasang pada tetulang asas.
6.      Pengikat dipasang pada tetulang stump.
7.      Konkrit dituang dan dipadat.
8.      Kotak bentuk akan  dibuka selepas 4 atau 5 hari

2.1.3.2    Asas Jalur

Asas jalur digunakan dalam bangunan yang mempunyai struktur dinding galas beban. Daripada struktur ini, semua beban bangunan iaitu beban mati, beban hidup dan beban angin dipindahkan menerusi dinding. Oleh sebab itu, asas jalur perlu dibina di bawah sepanjang dinding galas beban.

Asas jalur biasanya dibina daripada konkrit bernisbah 1:3:6 – 40 mm. Asas jalur dibahagikan kepada  tiga jenis iaitu:

Asas jalur biasa           - digunakan untuk bangunan setingkat dan dua tingkat.
- tanah mestilah kukuh dan tidak mengecut.
Asas jalur lebar           - diperlukan apabila keupayaan galas beban tanah rendah.
                        - biasanya asas jalur lebar dibina mengunakan tetulang.
Asas jalur dalam         - digunakan pada tanah yang mengandungi kelodak.
- juga digunakan pada tanah liat yang mengecut dan mengembang.
- asas ini lebih teguh dan menjimatkan.
- asas ini mempunyai kelebaran yang lebih daripada tebal dinding.

Proses pembinaan asas jalur
1. Pengorekan peparit - menggunakan pengorek kaut.
                                    - saiz parit mestilah betul seperti yang
                                       dikehendaki.
                                    - sisi korekan perlu teguh dan rata.
2. Kerja konkrit            - konkrit yang digunakan ialah konkrit siap campur.
                                    - permukaan atas konkrit perlu diratakan.


2.1.2.3 Asas Rakit

Asas rakit dibina meliputi keseluruhan atau sebahagian asas tapak. Beban
bangunan akan dipindahkan menerusi lantai, asas rakit dan seterusnya ke lapisan tanah. Penggunaan asas rakit adalah lebih murah jika dibandingkan dengan penggunaan asas pad yang meliputi 80% daripada keluasan tapak sesuatu bangunan. Asas rakit dibahagikan kepada tiga mengikut reka bentuk dan binaan iaitu:

Papak padu  - terdiri daripada papak konkrit padu bertetulang
-  papak yang lebih tebal diperlukan untuk bangunan yang lebih
   besar.
- papak ini diperkuatkan dengan keluli tetulang.                 
Rasuk dan papak - lebih ekonomi sekiranya ketebalan papak melebihi 305mm.
Bersel - tebal asas melebihi 1m.
                             - diperlukan sekiranya ketegaran yang lebih besar bagi mengelak enapan.




2.1.2.4 Asas Cerucuk

Asas cerucuk merupakan sejenis asas yang memindahkan beban ke lapisan tanah yang lebih dalam menerusi cerucuk di dalam tanah. Salah satu cerucuk yang biasa digunakan ialah cerucuk terhentak konkrit pratuang. Cerucuk tersebut akan dihentak mengikut kehendak lukisan dan penentuan yang telah ditetapkan. Setiap lebihan cerucuk yang telah ditandakan dengan garis merah perlu dipotong untuk pembinaan tukup cerucuk (pile cap).        

                 
2.2 Rasuk Bawah
           
            Rasuk bawah (ground beam)  merupakan struktur yang paling bawah selepas penapak. Pembinaannya mestilah kukuh kerana ia perlu menanggung beban untuk dipindahkan ke bumi melalui tapak asas dan cerucuk.


2.2.1 Proses dan kaedah pembinaan

            Kotak bentuk boleh dibina terus di atas tanah setelah kerja pengorekan peparit untuk rasuk bawah siap.
            Setelah kesemua papan dinding rasuk dipasangkan, kayu yang panjang saiz 1”x2” hendaklah dipakukan di bawah sisi papan dinding rasuk untuk mengapit atau mengunci papan dinding rasuk supaya ia tidak pecah apabila konkrit dituangkan ke dalam kotak bentuk rasuk.

Setelah kotak bentuk siap dibina, kerja-kerja seterusnya boleh dimulakan iaitu:
-          Kerja meletakkan besi tetulang ke dalam acuan boleh dibuat setelah acuan tersebut dipastikan benar-benar kukuh.
-          Pastikan kedudukan tetulang tidak bersentuhan dengan acuan dengan menggunakan peruang (spacer).
-          Dengan nisbah bancuhan konkrit 1:2:4, kerja dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa orang pekerja konkrit.
-          Mesin yang digunakan ialah mesin pembacuh simen (mixer), dan peralatan mesin penggetar. 


2.3 Tiang

Tiang juga tergolong dalam kumpulan superstructure yang perlu menanggung atau menatang tiga beban utama iaitu beban mati, beban kenaan dan beban daripada tindakan daya-daya angin.


2.3.1 Proses dan kaedah pembinaan

Pada permulanya, papan lapis yang digunakan untuk membuat kotak bentuk tiang yang mempunyai lebar dan tinggi dilekatkan untuk tiga sisi pertama bersama dengan kayu tupang dan perembat yang diletakkan pada jarak yang berubah-ubah mengikut ketinggian tiang. Sisi tadi dikenali sebagai pendinding (sheeting). Pendinding atau ‘sheeting’ yang digunakan biasanya berukuran setebal 25 mm.
Papan-papan ini dipasang bersama-sama pengikat ‘cleats’. Setelah ketiga-tiga sisi tadi siap dipasang, ia diletakkan di tempat yang telah ditentukan. Selepas itu, sisi yang satu lagi didirikan dan dipasang selari dengan pendinding yang menjadikannya seperti anak tangga. Perembat dipasang melalui anak tangga ini dan ikatan ahli-ahli struktur ini dikuatkan lagi dengan penggunaan baji di antaranya.  Setelah kesemua acuan kotak bentuk tiang didirikan, ia haruslah ditimbang untuk menentukan ketegakkan kotak bentuk tiang yang telah dibina dengan menggunakan alat penimbang. Langkah-langkah untuk menentukan ketegakkan kotak bentuk tiang adalah seperti berikut:
Alat penimbang diletakkan secara menegak pada sisi kotak bentuk tiang. Pelambab yang diikat pada alat penimbang tiang, dibiarkan tidak bergerak untuk mengetahui benang betul-betul teletak pada bahagian yang ditanda pada kotak bentuk tiang.
Jika kedudukan alat penimbang tidak tepat, acuan tersebut handaklah digerakkan kekiri ataupun kekanan sehigga benag itu betul-betul berada pada bahagian yang ditanda. Kemudian, kotak bentuk tiang hendaklah diteguhkan dengan menggunakan kayu yang berukuran 1”x 2” sebagai kayu penumpang. Ia dilakukan pada kedua-dua belah sisi kotak bentuk yang berlainan arah.
Ujian ketegakkan atau pemusatan kotak bentuk tidaklah dilakukan pada kesemua tetapi dilakukan pada tiang yang berada pada penjuru sesuatu bangunan. Bagi tiang yang lain, ia dilakukan dengan menggunakan benang. Dengan menggunakan kayu yang panjang, penupang dibuat pada kesemua tiang dengan sambung menyambung.

Setelah kotak bentuk siap dibina, kerja-kerja seterusnya boleh dimulakan iaitu:
-          Pastikan kedudukan tetulang tidak bersentuhan dengan acuan dengan menggerak-gerak besi semasa menuang konkrit.
-          Dengan nisbah bancuhan konkrit 1:2:4, kerja dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa orang pekerja konkrit.
-          Mesin yang digunakan ialah mesin pembacuh simen (mixer), dan peralatan mesin penggetar. 


2.4 Lantai

            Lantai ialah permukaan dasar bangunan yang menerima segala aktiviti penghuni dan beban-beban yang lain. Pembinaan lantai hendaklah menjamin keselematan dan keselesaan penghuninya. Oleh sebab itu beberapa ciri utama patutlah dipertimbangkan:

a.    Lantai yang kukuh menjamin kestabilannya dan menghalang berlakunya keretakan.
b.    Keupayaan menanggung beban hidup dan beban mati serta menahan segala tekanan yang diterima oleh lantai.
c.    Lantai hendaklah berupaya menentang resapan air dan mencegah kelembapan berlaku di dalam bangunan.
d.    Aspek selesa termasuklah panas atau sejuk, bunyi (penebatan suara), licin tanpa gelincir dan seronok mata memandang.


2.4.1 Proses dan kaedah pembinaan

Lantai yang dibina biasanya terdiri daripada lapisan asas, lapisan pasir, lapisan konkrit dan kemasan.
     

      2.4.1.1 Lapisan asas
            Terdiri daripada batu kelikir, bata-bata pecah yang dimampatkan. Lapisan asas ini berfungsi mengurangkan kenaikan air yang akan melembapkan lapisan tapak di samping menaikkan aras lantai untuk menerima tapak konkrit. Tebal lapisan asas berubah daripada 100 mm hingga 300 mm. Bahan-bahan yang digunakan sebaiknya bersih daripada sampah sarap dan tidak mengandungi tanah supaya kenaikan air melalui tindakan rerambut dapat dicegah.  

2.4.1.2 Lapisan pasir      
            Lapisan pasir ditaburkan di atas lapisan asas supaya mendapatkan permukaan yang rata dan mampat untuk menerima lapisan konkrit.

2.4.1.3 Lapisan tapak konkrit
            Tapak konkrit terdiri daripada bancuhan konkrit 1:3:6 atau 1:2:4 ditempatkan di atas lapisan pasir. Lapisan konkrit ini ditempatkan di atas lapisan pasir. Lapisan konkrit ini merupakan dasar lantai bawah padu untuk menerima sebarang kemasan yang akan dibuat pada permukaannya. Tebal konkrit ini biasanya dari 100 mm hingga 150 mm bergantung kepada jenis tanah dan beban yang akan ditanggung. Tetulang daripada besi jejaring atau bar keluli boleh digabungkan dalam pembinaan lantai konkrit ini jika keadaan memerlukannya.

2.4.1.4 Lapisan kalis lembap
            Lapisan ini berfungsi mencegah kenaikan air ke atas permukaan lantai. Biasanya lapisan ini disertakan dalam lapisan tapak konkrit. Lapisan tapak konkrit setebal 75 mm sebagai lapisan pertama. Setelah lapisan ini betul-betul kering, minyak bitumin atau tar yang telah dimasak dicurahkan ke atasnya sebagai lapisan kalis lembap. Tunggu sehingga lapisan bitumin ini mengeras, barulah dicurahkan lapisaan konkrit kedua setebal 75 mm.

2.4.1.5 Kemasan lantai
            Banyak jenis kemasan lantai yang boleh digunakan dalam pembinaan lantai berdasarkan kepada ciri-ciri yang dikehendaki. Antara yang biasa digunakan ialah lepa simen.
            Kemasan lepa simen portland biasa ataupun berwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan seperti rumah-rumah kediaman kos rendah. Permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.
           

2.5 Rasuk Bumbung

            Rasuk bumbung (roof beam) merupakan struktur yang berada di atas selepas tiang (column). Pembinaannya mestilah kukuh kerana ia perlu menanggung beban untuk dipindahkan ke bumi melalui tiang, tapak asas dan cerucuk.


2.2.1 Proses dan kaedah pembinaan

Sebelum kerja pemasangan kotak bentuk rasuk dijalankan, tukang kayu akan memotong papan lapis untuk pembinaan penapak dan dinding rasuk yang telah siap dibuat.  Kemudian, barulah kerja pemasangan kotak bentuk dilakukan.
Penapak (taipan) hendaklah diletakkan di atas kepala tiang dan kayu tupang hendaklah dipasangkan di bawah penapak sebagai penyokong dan penyangga penapak.  Jarak pemasangan kayu tupang adalah  lebih kurang 0.3 m di antara satu sama lain. Setelah penapak dipasang pada semua tiang, benang hendaklah ditarik dari penjuru tiang bangunan ke penjuru tiang bangunan untuk memastikan penapak telah dipasangkan tidak rata dan lurus, kayu tupang akan diketuk untuk menaikkan atau menurunkan panapak supaya dalam keadaan rata dan lurus mengikut benang yang ditarik.
            Kemudian, barulah kedua-dua papan dinding rasuk akan dipasang di sebelah penapak. Setelah kesemua papan dinding rasuk dipasangkan, kayu yang panjang saiz 1” x 2” hendaklah dipakukan di bawah sisi papan dinding rasuk untuk mengapit atau mengunci papan dinding rasuk supaya ia tidak pecah apabila konkrit dituangkan ke dalam kotak bentuk rasuk. Bagi menguatkan lagi kotak bentuk rasuk, kayu jermang hendaklah dipasangkan 45ยบ ufuk pada sisi luar kotak bentuk rasuk. Kemudian, kayu-kayu penebat dipakukan di setiap kayu tupang bagi mengelakkan ia bergerak atau berganjak.

Setelah kerja tiang siap dilakukan, persiapan untuk kerja-kerja roof beam dijalankan.
-          Kerja meletakkan besi tetulang ke dalam acuan boleh dibuat setelah acuan dipastikan benar-benar kukuh.
-          Pastikan kedudukan tetulang tidak bersentuhan dengan acuan dengan menggunakan peruang (spacer).
-          Dengan nisbah bancuhan konkrit 1:2:4, kerja dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa orang pekerja konkrit.
-          Mesin yang digunakan ialah mesin pembacuh simen (mixer), dan peralatan mesin penggetar. 


2.6 Bumbung

            Bumbung merupakan satu lagi bahagian yang terpenting bagi satu-satu bahagian bangunan kerana fungsinya untuk melindungi penghuni daripada hujan, panas dan cahaya matahari.
            Bumbung ialah bahagian atas sekali bagi satu struktur bangunan. Bumbung memberi perlindungan dari angin, panas dan hujan. Bumbung hendaklah mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan kerana ia akan dibina  untuk menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan juga kemasannya. Pemilihan jenis bumbung adalah berdasarkan ciri-ciri berikut:
a)        rekabentuk
b)        kekuatan
c)        ketahanan
d)        bahan penetap
e)        perintang api
f)         perintang cuaca


2.6.1 Jenis bumbung

Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bumbung rata dan bumbung curam.

Bumbung rata biasanya merujuk kepada bumbung yang mempunyai kecerunan kurang daripada 10˚. Bumbung curam mempunyai kecerunan melebihi 10˚ dari garisan ufuk. Bumbung curam didapati dalam berbagai rekabentuk, antaranya ialah:
a)        bumbung tebeng layar
b)        bumbung limas
c)        bumbung gambriel
d)        bumbung layang
e)        bumbung mansard
f)         bumbung limas belanda
g)        bumbung pisang sesikat
h)        bumbung minangkabau


2.6.2 Jenis bumbung

Jenis bumbung yang harus dibuat untuk sesuatu bangunan itu bergantung kepada beberapa fakta seperti:
a)       Saiz dan bentuk bangunan
Bangunan-bangunan yang mempunyai bentuk sederhana adalah sesuai dengan jenis bumbung curam
b)      Rupabentuk
Nilai-nilai semulajadi menentukan bahawa bumbung curam adalah lebih sesuai untuk bangunan-bangunan kecil, sementara bumbung rata sesuai bagi bangunan yang besar.
c)       Segi ekonomi
Langkah-langkah ekonomi sama ada pembinaan atau belanja penyelanggaraan dari masa ke semasa hendaklah difikirkan apabila menentukan jenis bumbung.
d)      Fungsi
Selain daripada yang diatas faktor-faktor kemudahan ruang bumbung, keupayaan sebagai bahagian pelindung dari cuaca.


1.0  KERJA PEMBINAAN

Kerja-kerja pembinaan seterusnya melibatkan kerja seperti mengikat bata,
mamasang jenang pintu dan tingkat, melepa, siling dan sebagainya.   
3.1 Kerja-kerja bata
Bata merupakan bahan yang diperbuat daripada tanah liat. Batu bata yang diperbuat sama ada dengan menggunakan tangan atau mesin. Jenis bata merangkumi seperti bata biasa, bata permukaan dan bata kejuruteraan. Jenis ikatan bata pula merangkumi ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Flemish, ikatan inggeris dan ikatan tembok penahan.
Ciri-ciri bata yang baik
          i.    Bata terdiri daripada bentuk yang tetap.
         ii.    Bata mestilah mempunyai ukuran yang segaya.
        iii.    Mempunyai permukaan segiempat tepat yang licin.
       iv.    Penyerapan bata hendaklah tidak melebihi 15% beratnya.

      Prinsip-prinsip utama dalam mengikat bata ialah:
  1. Mengadakan ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus, baik di permukaan mahupun di dalam tembok.
  2. Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang di bina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok.

3.1.1 Kaedah kerja
a.    Bata dan papan motar hendaklah ditempatkan dengan jaraknya lebih kurang 600 mm dari garisan tembok supaya bata dan motar senang diambil dan tidak menganggu kerja lain semasa membina tembok.
b.    Kedua-dua penjuru tembok hendaklah didirikan serentak. Dalam pembinaan tembok penjuru ini, tiga perkara hendak dikawal ialah: tegak, rata dan mengikut tolok iaitu tinggi setiap lapisan bata. Adalah dinasihatkan supaya penjuru penjuru ini dibina sepanjang 4 bata dan setinggi 6 lapis secara bertingkat-tingkat kerana cara begini lebih senang menyambung kerja pada masa lain. Tinggi setiap lapisan bata hendaklah ditetapkan mengikut tolok lapis, satu alat yang dibuat daripada kayu lurus sepanjang satu tingkat bangunan, ditandakan jarak tiap-tiap lapisan bata, kedudukan tingkap/pintu, dan ambang.
c.    Apabila membina tembok melebihi 1.5 m panjang, benang dan pin hendaklah digunakan untuk mendapatkan kelurusan tembok. Jika tembok penjuru sudah kukuh, blok sudut dan benang boleh juga digunakan dengan berkesan. Semasa menggunakan benang dalam kerja mengikat bata, pastikan sisi bata tidak terkena pada benang supaya kelurusannya tidak terjejas. Jika panjang tembok melebihi 9 m, satu alat bernama plat lampu (plat tingle) perlu digunakan untuk menyangga benang di tengah-tengah supaya benang tidak melengkung. Apabila panjang tembok melebihi 12m, adalah lebih berkesan jika sebahagian tembok dipertengahannya didirikan serentak dengan tembok penjuru untuk menjadi panduan.
d.    Perhatian harus diambil untuk memastikan suya tembok yang tinggi tidak dibinakan sekaligus untuk mencegah mendapan berlaku. Cara membina tembok tinggi ialah selepas tiap-tiap 1:2 m pembinaan ditangguhkan sehingga hari keesokannya memberi masa untuk pengerasan motar.

3.1.2 Kerja-kerja bata bertetulang
Kerja-kerja bata bertetulang biasanya dilakukan di dinding-dinding bangunan. Ianya digunakan untuk menambahkan lagi kekuatan dalam penyambungan batu bata. Tetulang dan exmet digunakan untuk tiap-tiap lapisan ketiga atau ke empat.

3.1.3 Dinding
Dinding adalah satu struktur yang biasa dalam keadaan pugak sebagai pembahagian bangunan-bangunan kepada ruang-ruang atau pun bilik-bilik.
     
Fungsi-fungsi dinding
                                  i.    Menyokong lantai bahagian atas dan bumbung termasuk beban tindihan.
                                 ii.    Merintang ketelusan lembapan.
                                iii.    Menyediakan tebatan haba yang cukup.
                               iv.    Menyediakan tebatan bunyi yang meluas.
                                v.    Memberikan rintangan kebakaran yang cukup.
                               vi.    Cantik dipandang dan meluas untuk menerima tingkap dan pintu.

Faktor-faktor keperluan bagi dinding
                                  i.    Kekuatan dan kestabilan.
                                 ii.    Rintangan kepada ketelusan kelembapan.
                                iii.    Tebatan haba.
                               iv.    Rintangan kebakaran.
                                v.    Rintangan bunyi.

3.2 Pemasangan tingkap dan pintu.

Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada tembok. Pembinaan tingkap
terdiri daripada dua bahagian utama, kerangka tingkap dan daun tingkap. Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membina tingkap ialah kayu, logam, dan untuk panel digunakan kaca ataupun papan kayu. Tingkap merupakan komponen mustahak dalam pembinaan tembok.
Pintu merupakan suatu bahagian bangunan yang sangat penting. Pintu ialah
suatu bukaan pada tembok bagi membolehkan laluan keluar dan masuk ke dalam sebuah bangunan atau di antara bilik di dalam bangunan.

3.2.1 Kaedah pemasangan kerangka tingkap
Kaedah memasang kerangka tingkap adalah hampir sama dengan kaedah
memasang kerangka pintu. Ia dapat dipasang serentak semasa pembinaan tembok atau dipasang setelah tembok siap dibina. Untuk kaedah bina dalam, kerangka diletakkan pada tempat bukaan yang tertentu, diuji ketegakan dan kekukuhan kedudukannya dengan memasang topang sementara. Penambat keluli dipaku kepada tiang jenang dan diunjur ke dalam tembok pada tiap-tiap lapisan bata yang ketiga atau kelima.

3.2.2 Kaedah pemasangan kerangka pintu 
Kaedah ini boleh dilakukan dengan pembinaan tembok, dikenal sebagai
bina dalam atau dipasang setelah tembok siap dibina. Dalam pemasangan bina dalam, kerangka pintu diletak pada tempat bukaan yang tertentu sebelum tembok bata dibina. Pastikan ketegakan dan dikukuhkan kedudukannya dengan memasang topang sementara. Semasa pembinaan tembok dijalankan, penambat keluli perlu dipasangkan kepada permukaan belakang tiang jenang pada tiap-tiap lapisan bata ketiga atau kelima supaya dapat menetap dan mengukuhkan kerangka itu.


2.0  KEMUDAHAN BANGUNAN

            Kemudahan bangunan adalah satu aspek yang sangat penting dalam perusahaan bangunan. Bangunan yang tidak dilengkapi dengan kemudahan asas seperti air, elektrik boleh dikatakan tidak sesuai untuk diduduki. Kelengkapan servis ini bertujuan menjamin kebersihan dan keselesaan alam sekitar. Kemudahan-kemudahan bangunan yang lain termasuklah saluran pembentungan dan kemudahan menyalurkan air kotor dari tandas dan dapur serta air hujan.

4.1 Sistem Bekalan Air Dalam Bangunan

Air dalam paip servis dialirkan terus dan dinaikkan ke tangki simpanan yang biasanya terletak di tempat yang tinggi supaya mendapat tekanan yang memuaskan semasa digunakan. Biasanya tangki simpanan diletakan di atas siling di bawah bumbung rumah. Air dalam tangki simpanan diagih melalui paip agihan ke tandas, bilik mandi dan tempat mencuci dalam rumah tersebut. Didapati bahawa air dari tangki simpanan adalah tidak berapa bersih kerana kotoran yang terdapat di dalam tangki simpanan tersebut. Oleh sebab itu, air dari tangki tidak sesuai digunakan untuk memasak atau minuman. Untuk tujuan tersebut, satu saluran paip berasingan dipasangkan dengan menggunakan sambungan “tee” dari paip servis ke dapur. Dengan ini air untuk kegunaan ke dapur adalah bekalan terus dari paip induk dan bukan dari tangki simpanan.

4.2 Sistem Bekalan Elektrik Dalam Bangunan

Untuk kegunaan kediaman, pihak berkuasa TNB biasanya membekalkan satu bekalan arus ulang-alik 240 V fasa tunggal dengan menyambung kabel pada tiang-tiang elektrik ke bangunan tersebut. Arus elektrik akan mengalir dari terminal ini ke fius perkhidmatan dan meter. Tiap-tiap pemasangan elektrik mengandungi dua bahagian iaitu litar utama dan litar akhir litar utama merujuk kepada bahagian litar yang mengandungi alat kawalan utama seperti fius perkhidmatan, meter, suis utama, pemutus litar bocor ke bumi dan papan fius agihan. Litar akhir bermula dengan daripada fius dalam papan agihan dan tamat pada keluaran kuasa pemegang lampu, ros siling dan soket. Tiap-tiap litar mempunyai pelindungan (fius / pemutus litar), bahan tara (kabel, alat kawalan) dan keluaran (soket, pemegang lampu, ros siling).
                       
4.3 Tangki Najis Dan Sistem Pembuangan

Tangki najis ialah satu loji memproses sisa kumbahan dari kediaman. Air lebihan (air bersih) akan dialirkan keluar ke longkang manakala sisa pepejal dan bahan tidak larut yang tertinggal akan disedut pada satu-satu masa.

4.3.1 Ciri-ciri (Tangki najis umum)

Tangki najis jenis umum merupakan jenis yang biasa digunakan pada kebanyakan rumah kediaman yang besar. Antara ciri-ciri termasuklah:
§  berbentuk 4 segi tepat
§  terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu
-          tangki pemendapan
-          tangki penapisan
-          tangki pengumpulan air bersih
§  dibina dalam tanah
§  mempunyai sistem pengaliran udara bagi membolehkan gas metana dibebaskan
§  mempunyai penutup yang boleh dibuka

4.3.2 Kaedah pembinaan

Kaedah pembinaan tangki najis terbahagi kepada 2 iaitu menggunakan batu-bata dan menggunakan konkrit bertetulang.

1)    Kenal pasti lokasi berpandukan site lay-out
2)    Tentukan jenis binaan dan saiz
3)    Kerja penggalian (jarak kedalaman ditentukan merujuk kepada working drawing)
4)    Lepa konkrit setebal 2” –  4”
5)    Letak tetulang dan konkrit lantai
6)    Bina dinding bata
            Batu-bata
-          menggunakan ikatan jenis Double English Bond 
-          letak exmet pada setiap 3 atau 4 lapisan
-          mestilah kemas
Konkrit bertetulang
-          bina acuan dan siapkan tetulang
-          pasang tetulang
-          tuang konkrit
-          buka acuan setelah cukup masa
7)    Lepa dinding termasuk simen minyak
8)    Simen render untuk kemasan lantai
9)    Bina penutup berpandukan reka bentuk tangki najis

3.0  KEMASAN

Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja-kerja penghabisan bagi menentukan kecantikannya dan keunikan pada sesebuah bangunan atau struktur-struktur yang di bina. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan pada sesebuah bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan kosnya. Pemilihan bagi sesuatu jenis kemasan perlulah dijalankan dengan cermat supaya mendapat mutu kemasan yang memuaskan serta berkualiti di samping dapat menjimatkn kosnya. Secara amnya, kebanyakan bangunan bata dan konkrit dikemaskan dengan cat.
Dalam sesuatu projek yang telah dijalankan di sini, kerja-kerja kemasan pada bangunan sekolah turut dijalankan apabila hampir kesemua kerja-kerja utama selesai dijalankan. Kemasan yang dilaksanakan adalah meliputi seperti kemasan bumbung, kemasan dinding, kemasan lantai dan juga kerja-kerja mengecat.

4.1 Kemasan Bumbung

Bumbung yang direka perlu dikemaskan dengan bahan kemasan yang sesuai untuk mendapatkan kesesuaian dengan pembinaannya. Terdapat pelbagai jenis bahan kemasan bumbung untuk digunakan pada berbagai jenis bumbung. Setiap bahan yang digunakan untuk kemasan bumbung ini di pilih bergantung kepada taraf bangunan itu.

Kemasan pada bumbung dimulakan dengan kerja-kerja pemasangan kerangka bumbung yang terdiri daripada kayu keras dari kumpulan A. Kayu yang digunakan untuk kerangka bumbung ini adalah dari jenis kayu keranji dan kayu kekatong. Setelah kerangka bumbung siap dipasang, sejenis lapisan zink akan dipasang sebagai pelindung atau penebat pada bumbung. Zink yang digunakan yang digunakan adalah dari jenis  John Lysight Trimdeck ’ yang mempunyai tebal 0.5 mm. Kemudiannya, bumbung akan dipasangkan. Bumbung yang digunakan ialah daripada jenis bumbung atap genting konkrit.
Lazimnya, kerja-kerja pemasangan bumbung mengambil masa selama 4 hari. Namun, kerja-kerja ini bergantung kepada saiz bangunan yang di bina serta ketinggian kerja yang ditunjukkan. Setelah siap pemasangan bumbung, bagi menutupi kerangka bumbung di bahagian dalamnya, siling jenis asbestos dipasang. Untuk menutup garisan di antara satu siling dengan siling yang lain, jejalur kayu digunakan. Sebagai kemasan pada lapisan siling ini, cat disapukan pada keseluruhan permukaan siling. Kebiasaannya, cat yang digunakan adalah berwarna putih yang melambangkan kebiasaan warna pada bangunan sekolah.

4.2 Kemasan Siling
Siling dibina untuk melindungi jermang bumbung dan sebagainya daripada penglihatan mata kasar. Selain daripada itu, ianya juga dapat menahan sedikit sebanyak haba yang dapat menembusi bumbung.
Siling yang digunakan dalam penyediaan bangunan sekolah ini ialah siling gantung di mana ianya merupakan siling yang tidak menerima sokongan daripada dinding. Ia juga dikenali sebagai siling palsu. Fungsi-fungsi siling gantung ini ialah:
รผ  Mewujudkan ruang antara siling bumbung dan lantai siling gantung.ruang ini boleh dimuatkan dengan paip air, pendawaian, sistem pencegah kebakaran, alat hawa dingin dan sebagainya. Jenis siling gantung bergantung kepada arah susunan alat kemudahan bangunan. Setiap jenis siling gantung perlu di adakan sekurang-kurangnya satu panel yang boleh dibuka. Sekiranya terdapat banyak panel yang boleh dibuka, rekabentuk menjadi tidak ekonomi dan siling akan rosak.
รผ  Oleh kerana siling digantung daripada struktur utama, berat binaan hendaklah di hadkan kepada berat minimum. Tetapi ia mestilah kuat untuk menanggung berat beban daripada alat-alat kemudahan yang dikenakan.
รผ  Siling gantung boleh dijadikan permukaan penyerap bunyi jika ia mempunyai permukaan yang kasar. Siling ini tidak mempunyai penebat yang tinggi. Jika sekiranya ada dinding dalam yang di bina terus hingga ke lantai siling gantung, bunyi boleh bergerak daripada bilik ke bilik yang lain melalui siling ini.
รผ  Dalam pembinaan siling, bahan yang digunakan hendaklah dapat memberi rintangan api. Tujuannya ialah supaya ianya tidak merebakkan kebakaran ke bangunan-bangunan yang lain.
Bahan-bahan yang digunakan untuk siling ialah kepingan simen asbestos, kepingan plywood dan juga kepingan papan lembut. Pemasangan siling gantung ini dijalankan dengan satu pengikat yang boleh diubah mengikut kesesuaian ketinggian bumbung di gantung daripada kasau bumbung. Pada penghujung pengikat itu, di dapati klip untuk mengikat alang siling. Saluran Furning (Furning Channel) di pasang merentangi alang siling dan akhir sekali kemasan siling dipasangkan.

4.3 Kemasan Dinding
Dinding yang diikat dengan batu bata akan di lapisi dengan lepa simen setebal 20 mm. Kemasan lepa simen Portland biasa atau pun simen berwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan sesebuah bangunan. Kemasan jenis ini boleh di buat secara ‘monolithic’ iaitu di buat sekaligus semasa lapisan konkrit di tempatkan atau pun sebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya di licinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras. Lapisan ini biasanya akan di cat dengan satu lapisan alkali ‘resting primer’ dan diikuti dengan dua lapisan cat emulsi.
Kemasan dinding pada bahagian dalam tandas pula, menggunakan jubin gilap yang bersaiz 108 x 108 mm. Ianya diperbuat daripada tanah liat, pasir dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia adalah keras dan kalis air serta mempunyai sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas. Jubin ini dihasilkan dalam beberapa saiz dan warna secara homogen atau pun bergris pada permukaannya sahaja. Pembinaan jubin ini dilakukan pada dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen dan di celah-celah sambunagan di antara jubin-jubin ini diisikan dengan simen putih atau simen berwarna.


4.4 Kemasan Lantai
Lantai untuk keseluruhan bangunan adalah menggunakan lepa simen juga di mana ianya di plaster setebal 20 mm. Tetapi pada lantai di bahagian dalam tandas pula, ianya menggunakan mozek separuh gilap. Ianya diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ianya merupakan jubin yang berukuran saiz di antara 20 mm dan 50 mm panjang serta lebar. Manakala ketebalannya ialah di antara 5 mm dan 7 mm. Bentuk mozek ini adalah segiempat sama, segiempat tepat dan segienam. Ianya diperbuat daripada campuran seramik, kaca dan marmar dan juga mozek-mozek ini berbentuk kecil, disusun dan dilekatkan di atas kepingan-kepingan kertas yang lebih besar sehingga 800 mm. Kemasan mozek dibina di atas lepaan simen pasir 1 : 3 dan tebal lepaan yang dibina ialah 9 mm.

4.4.1 Lepa simen

Kemasan lepa Simen Portland Biasa ataupun simen berwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasan yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan. Jenis kemasan ini boleh di buat secara ‘monolithic ’ iaitu di perbuat sekali gus semasa lapisan konkrit di tempatkan atau pun sebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.

4.4.2  Mozek

Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ianya merupakan kepingan jubin kecil di susun dengan berbagai-bagai reka bentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dan pada saiz sebesar 300 mm x 300 mm. Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen untuk melekatkan mozek di dasar konkrit. Di celah-celah sambungan di antara mozek-mozek ini diisikan dengan bancuhan simen dan pasir halus.

 

4.5 Kerja-kerja Mengecat
Cat ialah bahan sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahaan pembinaan untuk memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, lepa, konkrit, batu bata dan lain-lain lagi.
Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi. Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi kalisan dan kelicingan. Pelarut pula berfungsi untuk mengurangkan kelikatan cat serta memberi kesenangan kerja semasa mengecat. Pelarut yang sering di dapati ialah turpentin dan spirit putih. Jenis cat yang digunakan dalam pembinaan ini ialah cat minyak.
Fungsi-fungsi cat ialah :
i)          Melindungi bahan-bahan perusahaan seperti yang tersebut di atas daripada kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan sebagainya.
ii)             Untuk mencantikkan pemandangannya.
iii)            Untuk memudahkan proses pembersihan permukaannya.

4.5.1 Cat minyak

Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat, biasanya 3 lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna. Cat lapisan alas mengandungi minyak linseed, plumbum putih dan minyak pengeringan yang bermutu. Dan cat lapisan kemasan pula mengandungi minyak varnis, pewarna dan pelarut yang sesuai seperti turpentin. Alat-alat yang digunakan untuk mengecat ialah berus, penggelek cat dan juga penyembur.

4.5.2 Cara-cara mengecat

                       
            Kerja mengecat perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna bermula dari persediaan permukaan untuk dicat sehinggalah proses pengeringan.
          Persediaan Permukaan
Ini merupakan langkah pertama untuk menjamin kejayaan mengecat. Persediaan ini untuk menentukan permukaan yang akan di cat itu licin, bersih, kering dan stabil.
          Bancuhan Cat
Kebanyakan cat yang telah lama di simpan hendaklah di kacau dengan betul sebelum boleh digunakan. Perhatian hendaklah di ambil untuk mengeluarkan lapisan atas yang telah keras sebelum di kacau supaya bahagian yang telah keras itu tidak bercampur dengan cat. Jika cat itu kotor, ia boleh ditapis dengan menggunakan kain yang nipis.
          Melarut
Cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya mudah di sapu atau di sembur.
          Keadaan Yang Sesuai Untuk Mengecat
Keadaan cuaca yang sesuai semasa kerja-kerja mengecat hendaklah panas, kering dan tidak berhabuk.

          Mengecat Lapisan Asas.
Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya dapat membina satu lapisan yang kuat untuk menerima lapisan-lapisan yang selanjutnya.
          Penutup
Lubang paku, keretakan dan tanda-tanda lain hendaklah di tutup selepas cat lapisan asas. Ini kerana lapisan asas mencegah resapan yang berlebihan daripada bahan-bahan penutup.
          Mengecat Lapisan Alas
Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan lapisan-lapisan kemasan.
          Mengecat Lapisan Kemasan Atau Lapisan Penghabisan
Memberi lapisan yang berkilat dan licin. Cat licin adalah lebih lama tahannya jika digunakan untuk mengecat permukaan luar, manakala cat pudar lebih sesuai digunakan untuk kemasan tembok dalam kerana kurangnya pemantulan cahaya.
 

4.0  KERJA PEMBERSIHAN TAPAK

            Setelah semua kerja-kerja binaan selesai, pembersihan tapak projek perlu dilakukan. Ini untuk memastikan segala kerja yang dibuat dapat siap dengan sempurna ketika penyerahan projek tersebut kepada klien. Di antara kawasan yang menjadi tempat banyaknya kerja-kerja binaan yang perlu dibersihkan ialah kawasan jalan masuk utama, tempat padang permainan dan kemudahan asas lain. Setelah kerja ini semuanya selesai barulah penyerahan projek tersebut dapat diberikan kepada pihak klien dengan sempurna.



KESIMPULAN

            Bagi menjalankan sesuatu kerja-kerja pembinaan walaupun ianya adalah sebuah rumah yang kecil, amat penting terlebih dahulu menyediakan kertas kerja untuk perancangan projek seperti carta bar. Carta bar ini penting kerana sebarang teknik perancangan adalah bertujuan menyusun semua kerja supaya projek dapat dilaksanakan mengikut jadual atau turutan dan apa yang lebih penting adalah memastikan bahawa susunan tersebut mesti mencapai matlamat perancangan, iaitu menyiapkan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan. Di samping itu aktiviti-aktiviti dalam setiap peringkat kerja adalah berbeza-beza mengikut keperluan projek dan keadaan tapak.






3 comments:

  1. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete
  2. Tkasih atas makluman memang saya ada contact beliau.

    ReplyDelete