Mengawal
masa dalam pembinaan
Masa adalah faktor yang
amat penting untuk melaksana dan menyiapkan sesuatu kerja. Tanpa penjadualan
masa yang baik, tidak mungkin sesuatu kerja itu dapat disiapkan dalam tempoh
masa yang dikehendaki. Di dalam satu tempoh pembinaan yang mengambil masa yang
telah ditetapkan, hendaklah ditetapkan jangkamasa-jangkamasa yang tertentu
untuk melaksana dan menyiapkan setiap aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam
pembinaan tersebut.
Sebagai contoh: Untuk
membina sebuah rumah kediaman dalam tempoh lima bulan, maka hendaklah diberi masa untuk
menyiapkan setiap aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan seperti kerja-kerja
penggalian, kerja konkrit, kerja bumbung dan sebagainya. Setiap aktiviti ini
perlulah ditetapkan masa agar ianya dapat disiapkan di dalam tempoh masa yang
dikehendaki.
Setelah tempoh untuk
menyiapkan sesuatu aktiviti ditetapkan, maka dapatlah difikirkan kaedah mana
untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Jumlah pekerja serta peralatan dan mesin yang digunakan boleh mempengaruhi
tempoh masa yang ditetapkan.
Bagi memastikan kerja
dapat disiapkan dalam masa yang dikehendaki, pemantauan terhadap pekerja juga
hendaklah dilakukan. Ini adalah untuk memastikan pekerja menjalankan
tanggungjawab yang diberikan kepada mereka mengikut jumlah jam bekerja sehari
dengan upah yang diberikan.
Pemantauan
Dan Kawalan Projek Menggunakan Kaedah CPM
Kaedah aliran genting
atau ‘critical path method’ (CPM) diperlukan sekiranya dirasai kerja-kerja
pembinaan akan berlanjutan dan tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang
dikehendaki. Melalui kaedah ini, perancangan boleh dibuat untuk mengatasi
masalah tersebut.
Rajah-rajah
rangkaian ‘critical path method’ (CPM)
Terdapat dua jenis
utama rajah rangkaian CPM : rajah panah dan rajah ‘precedence’ (yang
terdahulu). Latihan ini akan membincangkan proses perajahan secara logik
terhadap panah-panah dan rajah-rajah terdahulu serta kaedah-kaedah asas bagi
menentukan aktiviti-aktiviti projek.
Fasa pertama bagi CPM
adalah perancangan. Sesuatu projek mestilah dipecahkan ke dalam
aktiviti-aktiviti yang memakan masa.
|
Sejauh mana dan
setakat mana projek boleh dipecahkan kepada aktiviti-aktiviti banyak bergantung
kepada pertimbangan-pertimbangan praktikal. Faktor-faktor berikut haruslah
diambil kira semasa mendefinasikan aktiviti-aktiviti ini :
a.
Kawasan tanggungjawab yang berbeza, seperti
kerja sub kontrak yang mana ianya berasingan secara langsung dari kerja yang
dijalankan oleh kontraktor utama.
b.
Kategori kerja yang dikenalpasti dijalankan
dan mengikut keperluan tukang atau geng kerja.
c.
Kategori kerja yang dikenalpasti dijalankan
dan mengikut keperluan loji.
d.
Kategori kerja yang dikenalpasti mengikut
bahan-bahan utama seperti konkrit, kayu atau besi.
e.
Pecahan-pecahan kecil yang boleh dikenalpasti
secara jelas bagi kerja-kerja struktur seperti dinding, lantai, tiang dan rasuk
(beam).
f.
lokasi kerja di dalam projek , yang
memerlukan masa-masa yang berbeza bagi geng-geng kerja melaksanakannya.
g.
Pecahan tuan punya projek bagi tujuan
penawaran atau bayaran.
h.
Pecahan kontraktor bagi tujuan anggaran dan
perakaunan kos.
i.
Penghantaran bahan-bahan dan loji
j.
Kelambatan disebabkan cuaca, penghantaran
bahan binaan atau mogok.
k.
Pemberian masa bagi pengerasan konkrit.
Aktiviti yang dipilih
mungkin mewakili sebahagian besar ataupun langkah-langkah kecil berdasarkan
kepada perincian yang diperlukan. Sebagai contoh, lantai konkrit mungkin
sebagai satu aktiviti ataupun ianya boleh dipecahkan ke dalam beberapa
aktiviti-aktiviti seperti memasang ‘formwork’, meletak besi tetulang, menuang
konkrit, kemasan, pengerasan dan membentuk formwork.
Di dalam rajah
rangkaian panah, symbol-simbol berikut menggambarkan satu aktiviti.
Setiap aktiviti boleh
diterangkan mengikut nombor titiknya (20-25), tempoh (3) dan penerangan (tuang
konkrit). Disebabkan setiap aktiviti didefinasikan, hubungan-hubungan urutan di
antara aktiviti-aktiviti telahpun ditentukan. Hubungkaitan ini akan digunakan
bagi melengkapkan rajah rangkaian logic.
Rajah rangkaian logic adalah intepretasi
urutan-grafikal bagi tugasan yang diperlukan bagi menyiapkan projek
|
Rajah-rajah rangkaian
menunjukkan hubungan serta saling memerlukan di antara satu tugasan dengan
tugasan yang lain. Terdapat dua jenis utama rajah-rajah ini: anak panah dan
yang terdahulu
Cara menulis bagi
aktiviti di dalam rajah yang terdahulu
(precedence diagram) adalah seperti berikut:
Nombor aktiviti
Penerangan
aktiviti
|
Tempoh aktiviti
Contoh:
100
Penuangan
konkrit
|
3
Pada asasnya, rajah
panah adalah peristiwa di atas panah dan rajah yang terdahulu adalah peristiwa
di atas peristiwa di atas nod-nod.
Dua lagi definasi
mungkin berguna di dalam memahami rajah-rajah rangkaian.
Peristiwa
adalah satu batu tanda di dalam rajah anak panah atau satu aktiviti di dalam
rajah: precedence”
|
Contoh:
Tuang konkrit
Aktivitinya ialah
“tuang konkrit”. Di titik 25, peristiwanya ialah “konkrit telah siap dituang”
Tempoh
bagi sesuatu aktiviti adalah masa bagi menyiapkan aktiviti tersebut
|
Tempoh adalah
berdasarkan anggaran-anggaran dan boleh dinyatakan dalam apa jua unit masa yang
berkaitan.
Bagi membentuk rajah
rangkaian asas, beberapa panduan mungkin berguna
Peraturan-peraturan
rajah rangkaian masa
-
Anak panah bergerak ke kanan
-
Apabila menomborkan titik-titik, pastikan
nombor di hujung kepala anak panah adalah sentiasa lebih besar dari nombor do
ekor anak panah.
-
Unjukkan hubungkaitan aktiviti yang betul
(tidak lebih dan tidak kurang).
-
Anak panah menunjukkan arah pergerakan masa.
-
Panjang aktiviti anak panah tidaklah
bergantung kepada tempohnya.
-
Gunakan “dummies” di dalam rajah anak panah
bagi menunjukkan hubungkait yang betul.
-
Jangan membengkok dan membujurkan anak panah.
-
Gunakan perihal kerja dengan betul.
-
Gunakan titik anak panah yang terserlah.
Adalah mustahak
supaya rajah-rajah anak panah dan “precedence” ini dilukis secara tertib dan
jelas agar apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya dapat disalurkan dengan
efektif dan tanpa apa-apa kekeliruan.
Di dalam hal-hal yang
lebih praktikal, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bersama beberapa
item asas yang yang diambil kira di dalam penyediaan rajah rangkaian CPM.
Langkah-langkah
di dalam Penjadualan Aliran Genting
1.
Menyediakan senarai aktiviti-aktiviti projek
2.
Menganggarkan tempoh bagi setiap aktiviti
3.
Menentukan aktiviti-aktiviti yang mana saling
mendahului yang lain.
4. Melukis rajah rangkaian atau anak panah
dengan aktiviti-aktiviti serta peristiwa-peristiwa dihubungkaitkan secara betul
dan logik.
5.
Letakkan nombor pada peristiwa-peristiwa,
serta memastikan bahawa nombor di kepala anak panah lebih besar dari nombor di
ekor anak panah.
6. Sediakan carta dengan garisan-garisan menegak
dan mendatar yang mana disenaraikan di setiap aktiviti, bersama nombor yang
diberikan, tarikh permulaan terawal, tarikh penyiapan terawal, tarikh siap
terakhir dan jumlah ‘float’
7.
Tentukan aktiviti-aktiviti di dalam aliran
genting.
Perkara-perkara
yang perlu dipertimbangkan.
1.
Susunatur rajah adalah mengikut citarasa
pengguna dan haruslah dikaji oleh individu yang akan bertanggungjawab terhadap
projek.
2.
Rajah CPM mestilah memenuhi pelan-pelan dan
spesifikasi, serta apa-apa halangan dari segi penghantaran bahan-bahan ataupun
keperluan apa-apa logi khas.
3.
Pilihan aktiviti-aktiviti (prosedur bagi
memecahkan item-item kerja) haruslah dipertimbangkan masa-masa berikut : tarikh
milik tapak, tarikh mula, tarikh siap. Tempoh aktiviti.
4.
Dimasukkan sebagai satu aktiviti apa-apa item
kerja yang memerlukan satu atau lebih perkara berikut : Masa secukupnya, kos, logi, bahan-bahan atau
jenis pemburuhan.
5.
Mestilah dikira tujuan penggunaan rajah kerja
CPM supaya dapat menentukan tahap kesukaran atau keperincian yang terlibat.
Pengiraan-pengiraan
masa CPM
Objektif rangkaian
CPM adalah bagi memberi maklumat tentang ketetapan masa setiap aktiviti di
dalam projek. Terdapat empat persoalan yang ditanya tentang sesuatu aktiviti.
- Bilakah masa yang paling awal aktiviti tersebut boleh mula?
- Bilakah masa yang paling awal aktiviti tersebut boleh siap?
- Bilakah masa yang paling lambat aktiviti tersebut boleh mula?
- Bilakah masa yang paling lambat aktiviti tersebut boleh siap?
Pengiraan-pengiraan
masa bagi rangkaian CPM memberi maklumat ini. Bagi setiap aktiviti, empat jenis
masa dikira: MULA AWAL, MULA AKHIR, SIAP AWAL dan SIAP AKHIR. Terma-terma ini
didefidasikan seperti berikut:
MULA AWAL bagi sesuatu aktiviti
adalah tarikh terawal bagi aktiviti tersebut bermula. Ianya bergantung kepada
penyiapan aktiviti-aktiviti yang sebelum darinya.
|
SIAP AWAL bagi sesuatu aktiviti
adalah tarikh terawal bagi aktiviti tersebut berakhir.
SIAP
AWAL = MULA AWAL + TEMPOH atau SA = MA + T
|
MULA AKHIR bagi sesuatu aktiviti
adalah tarikh terakhir bagi aktiviti tersebut boleh mula tanpa melambatkan
penyiapan keseluruhan projek.
|
SIAP AKHIR bagi sesuatu aktiviti
adalah tarikh terakhir bagi aktiviti tersebut boleh siap tanpa melambatkan
penyiapan keseluruhan projek
SIAP
AKHIR = MULA AKHIR + TEMPOH atau SAKR = MAKR + T
|
Rajah di bawah
menunjukkan terma-terma ini secara grafik. Setiap aktiviti boleh diletakkan di
dalam jenis hubungan ini. (Catitan: Tiada terdapat hubungan di antara SIAP AWAL
dan MULA AKHIR) Sekiranya semua aktiviti diletakkan di posisi MULA AWAL, maka
ini akan dikenali sebagai jadual SIAP AWAL. Sekiranya semua aktiviti diletakkan
di posisi MULA AKHIR, maka ini akan dipanggil sebagai jadual MULA AKHIR.
Terdapat dua lagi
terma-terma yang harus didefinasikan dan difahami sebelum menyelesaikan masalah
praktikan, terma-terma itu iaitu, JUMLAH FLOAT dan FLOAT PERCUMA didefinasikan
sebagai masa-masa kelambatan yang dibenarkan bagi aktiviti-aktiviti tidak
kritikal.
JUMLAH FLOAT bagi
sesuatu aktiviti adalah jumlah masa yang mana aktiviti tersebut boleh
dilambatkan tanpa mengganggu tempoh projek atau tarikh penyiapan projek.
JUMLAH FLOAT = MULA AKHIR – MULA
AWAL = SIAP AKHIR – SIAP AWAL
atau
JF = MAKR – MA = SAKR – SA
|
FLOAT PERCUMA bagi
sesuatu aktiviti adalah jumlah masa yang mana aktiviti tersebut boleh
dilambatkan tanpa mengganggu permulaan awal aktiviti berikutnya.
FLOAT PERCUMA = MULA AWAL (aktiviti
berikut) – SIAP AWAL (aktiviti berkenaan)
atau
FP = MA (ab) – SA (ak)
|
Terma-terma ini
ditunjukkan di dalam rajah 1 secara grafik. Kini, terma-terma asas pengiraan
sudah didefinasikan dan akan menjadi lebih jelas melalui latihan masalah
seperti di rajah 2.
Pengiraan masa
pertama dibuat secara menyerah pengiraan ke hadapan yang mana akan menentukan
tempoh bagi penyiapan projek. Tempoh jangkauan masa didpati dengan melalui
rangkaian tersebut bagi mendapat satu rantaian aktiviti berterusan, yang
bermula di titik pertama dan mengambil jumlah masa yang paling lama. Bagi
kaedah serahan kehadapan ini, terdapat dua (2) peraturan asas.
Pengiraan serahan
kehadapan
|
Masa permulaan bagi
aktiviti pertama adalah “0”. Pengiraan serahan kehadapan adalah seperti di
rajah 3. Ini memberitahu kita bahawa tempoh projek adalah bersamaan 17 unit
masa. MULA AWAL dan SIAP AWAL boleh dikira bagi setiap aktiviti juga. MA bagi
setiap aktiviti adalah nombor di bawah titik di ekor panah aktiviti dan dari
definasi: SA = MA + T. Carta 1 adalah carta yang dibangunkan dari rajah 3 dan
hubungan SA = MA + T. langkah seterusnya adalah pengiraan serahan kebelakang.
Terdapat beberapa peraturan di dalam serahan kebelakang ini.
Pengiraan serahan
kebelakang
|
Aliran
Genting (Critical Path)
Definasi terakhir
bagi pengiraan masa adalah definasi aliran genting atau kritikal
ALIRAN
GENTING di dalam rangkaian anak panah adalah jalan atau aliran terpanjang
sekali. Semua aktiviti di atas aliran kritikal ini tidak mempunyai masa
float.
|
Nama aliran kritikal
datang dari maksud mana setiap aktiviti di atas aliran ini mestilah disiapkan
dalam masanya atau tempoh penyiapan projek akan menjadi lambat. Kadang-kala,
aliran ini ditandakan dengan garisan yang dihitamkan tebal.
AKTIVITI
|
I
|
j
|
T
|
MA
|
SA
|
A
|
1
|
2
|
2
|
0
|
2
|
B
|
2
|
3
|
3
|
2
|
5
|
C
|
2
|
4
|
5
|
2
|
7
|
D
|
4
|
5
|
0
|
7
|
7
|
E
|
4
|
6
|
3
|
7
|
10
|
F
|
5
|
7
|
3
|
9
|
12
|
G
|
6
|
8
|
2
|
10
|
12
|
H
|
7
|
9
|
1
|
12
|
13
|
I
|
8
|
9
|
2
|
12
|
14
|
J
|
9
|
10
|
3
|
14
|
17
|
Carta 1
Pengiraan masa bagi
rajah “precedence” adalah sama seperti yang dilakukan ke atas rajah anak panah
dengan sedikit pengubahsuaian. Sebagai contoh, rajah-rajah anak panah sebelum
iniditunjukkan sebagai pengiraan masa rajah “precedence” kecuali beberapa
perbezaan.
Bagi penyerahan ke
hadapan, masa SA dibawa dari bucu bawah kanan aktiviti sebelumnya ke bucu bawah
kanan aktiviti berikut tanpa apa-apa pindaan. Jadi, MULA AWAL bagi
aktiviti-aktiviti berikutnya adalah sama dengan MULA AWAL aktiviti-aktiviti
sebelumnya.
Bagi penyerahan ke
belakang, SAKR dibawa dari bucu atas aktiviti berikutnya ke bucu atas kanan
aktiviti sebelumnya tanpa apa-apa pindaan. Jadi, SIAP AKHIR bagi aktiviti-aktiviti sebelumnya adalah sana dengan MULA AWAL
aktiviti-aktiviti berikutnya.
No comments:
Post a Comment