Wednesday, November 3, 2021

Kerja Ukur


 PENGENALAN KERJA UKUR




Ukur merupakan salah satu bidang dalam geomatik yang berkaitan dengan kerja pengukuran titik-titiik di atas permukaan bumi bagi menghasilkan rupa bentuk sebenar bumi kawasan tersebut.Apabila titik-titik yang telah diukur itu diplot di atas kertas lukisan dengan menggunakan skala yang sesuai bentuk muka bumi semula jadi seperti bukit, tasik,sungai dan bekas lombong dapat di hasilkan dalm bentuk pelan atau peta.

            Maklumat yang jelas hasil kerja pengukuran ini digunakan dalam kerja perancangan dan pengawasan projek kejuruteraan awam seperti jalan raya, landasan kereta api,empangan,stesen janakuasa,lapangan terbang dan sebagainya.Ukur kejuruteraan merupakan asas yang sangat penting dalam semua kerja rekabentuk kejuruteraan awam.Semua pengukuran di buat berpandukan tanda-tanda ukur yang sah seperti tanda sempadan,tanda ukur kawalan,batu aras dan sebagainya.
           
 Terdapat 3 peringkat dalam kerja pengukuran tanah.

Pada peringkat pertama,sebelum memulakan sesuatu projek pembinaan juruukur perlu membuat tinjauan awal ke kawasan projek bagi mendapat gambaran awal keseluruhan kawasan.Hasil tinjauan ini,juruukur dapat membuat perancangan serta mengenalpasti keperluan terhadap kerja mengukur.

Pada peringkat kedua pula, juruukur akan membuat cerapan dan pengukuran sebenar. Peringkat ketiga ialah peringkat mempersembahkan hasil kerja ukur. 

Pada peringkat ini, semua maklumat atau data yang diambil semasa membuat cerapan dan pengukuran sebenar akan di persembahkan dalam bentuk yang diperlukan seperti buku kerja luar,lampiran proses hitungan,pelan atau peta.




TUJUAN KERJA UKUR


Tujuan utama kerja ukur adalah untuk mendapatkan data daripada muka bumi bagi:

  i.        Menghasilkan pelan, keratan rentas dan keratan membujur kawasan projek yang akan di bina.

 ii.        Menentukan sempadan dan keluasan tapak kawasan yang akan diukur bagi tujuan menentukan hak milik tapak dan kelulusan memasuki tapak.

  iii.        Menentukan isipadu kerja tanah yang terlibat dalam pembinaan.

   iv.        Memastikan projek yang akan di bina berada di kedudukan yang betul.

  v.        Mendapatkan profil tanah kawasan berkenaan dan seterusnya menentukan pemotongan atau penambakan yang perlu di lakukan.

 vi.        Menentukan aras tapak, aras lantai serta kedudukan pembinaan seperti kecerunan saliran dan sebagainya.

   vii.        Merekodkan kedudukan akhir binaan termasuk sebarang pembinaan.



Jenis-jenis kerja ukur
 
1. Ukur Rantai - Ukur rantai ialah satu kaedah mengukur jarak lelurus   menggunakan rantai ukur sebagai alat utama.Ukur rantai merupakan satu kaedah mengukur yang paling mudah kerana peralatan untuk kaedah ini mudah dikendalikan.Walau bagaimanapun,kaedah ini hanya sesuai untuk mengambil ukuran bagi kawasan yang kecil, rata dan lapang.


2 Ukur Meja -  Ukur meja ialah satu kaedah mengukur menggunakan meja ukur untuk mengambil butiran.Melalui kaedah ini, pelan dapat dihasilkan dengan cepat dan mudah kerana butiran yang diplotkan serentak semasa kerja ukur dijalankan.


3. Ukur Kompas - Ukur kompas merupakan satu kaedah mengukur jarak dan bearing bagi menghasilkan pelan.Kaedah ini menggunakan kompas prisma sebagai alat utama untuk mendapatkan bearing, garisan trabas dan kedudukan objek.Jarak antara stesen dan jarak objek dari stesen diukur dengan menggunakan sama ada rantai ukur atau pita ukur.


4 Ukur Aras - Ukur aras ialah kaedah mengukur untuk menentukan ketinggian sesuatu titik di atas permukaan bumi dari datum.Tujuannya adalah untuk mendapatkan profil bumi kawasan ukur dengan melukis pelan keratan rentas dan membujur ini, aras formasi tapak berkenaan dapat ditentukan dan 


5. Ukur Teodolit - Ukur teodolit digunakan untuk mengukur sudut ufuk dan sudut pugak dari stesen ukur ke butiran dengan tepat.Pengukuran sudut ufuk boleh dibuat dengan menggunakan penyilang ufuk dan sudut pugak menggunakan penyilang pugak. Alat teodolit mempunyai teropong yang dipasang di atas skala bulatan ufuk.Skala ini mempunyai bacaan sudut dalam darjah, minit dan saat.

6.Ukur Udara - Ukur udara ialah satu kaedah mengambil ukuran yang tepat menggunakan gambar yang diambil dari udara.Gambar ini dipanggil foto udara.Kegunaannya adalah untuk menghasilkan peta topografi atau pelan.

 7 Pederiaan Jauh - Penderiaan jauh merupakan satu kaedah mendapatkan data objek yang berada di permukaan bumi atau diruang udara.Alat penderia ini digunakan untuk mengukur interaksi antara objek dengan pancaran elektromagnetik.Pengimbas dilengkapkan pada satelit dan pancaran satelit ini dapat diterima dan di rakan oleh stesen di bumi.Data digital yang dirakam distesen akan dianalisis dan diproses dengan menggunakan komputer untuk menghasilkan gambaran kawasan dipermukaan bumi. Kaedah ini mempermudah dan mempercepatkan kerja penyediaan peta topografi.
 
 

UKUR ARAS 01 : PENGENALAN UKUR ARAS


     



   


Ukur Rantai

Ukur rantai merupakan satu keadah pengukuran yang paling mudah untuk mengukur jarak lelurus di atas tanah bagi kawasan yang rata.  Ukur rantai sering digunakan bagi kerja-kerja pengukuran kawasan yang kecil tetapi perlu dihasilkan dalam skala yang besar dengan butiran mudah tetapi lengkap.  

Ukur ini tidak sesuai digunakan kawasan yang luas atau sukar dimasuki seperti hutan atau paya.

Prinsip Asas Ukur Rantai 

Prinsip asas ukur rantai ini ialah penigasegian.  Sesuatu kawasan yang hendak diukur dibahagikan kepada beberapa segi tiga.