Social Icons

Pages

Wednesday, June 12, 2013

Kerja Bata


Dalam kerja bata, terdapat tiga bahan penting yang diperlukan iaitu antaranya :

1. Simen - simen hendaklah daripada jenis simen Portland 
               biasa.
2. Pasir   - pasir untuk penghasilan motar hendaklah daripada 
                jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas 
                daripada sebarang selaput atau kotoran lain.
3. Motar - motar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen 
                dan 6 bahagian pasir dan dicampur dengan 
                bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah 
                digunakan mengikut piawai yang ditetapkan. 
Bahan-bahan ini hendaklah disukat dengan menggunakan kotak sukatan serta hendaklah dibancuh di atas papan pelantar yang bersih atau menggunakan alat pembancuh jentera.


Apa itu Bata?? 
Bata merupakan salah satu bahan utama dalam pembinaan bangunan.Bahan-bahanya terdiri daripada :

  •          Tanah liat
  •          Pasir dan Simen
  •          Pasir dan Kapur



Bata berbentuk segiempat bujur, dibuat daripada bahan tak organik yang keras dan lasak. Saiz dan beratnya direka supaya mudah dipegang dengan sebelah tangan. Ukuran panjang 2 kali ukuran lebarnya, campur dengan tebal 1 lapisan ikatan mortar, ukuran tebalnya ialah lebih kurang 2/3 ukuran lebarnya. Pelbagai jenis dan bentuk, bergantung kepada jenis dan punca bahan mentah, cara pengilangan dan kegunaannya.
Saiz piawan bagi bata adalah seperti di bawah:



Bata yang baik hendaklah mempunyai sifat-sifat seperti berikut:

  • Pembakaran bata hendaklah mencukupi dan seimbang iaitu warnanya merah tua,berbunyi ketukan besi jika diketukkan satu sama lain. 
  • Saiz bata mestilah lebih kurang sama dan seragam iaitu 216 mmx 103 mm x 65 mm. 
  • Bentuknya hendaklah bersegi tepat dan permukaannya lurus dan rata. 
  • Permukaan bata tidak retak. 
  • Kadar resapan air tidak melebihi 1/6 isipadu bata.      


            Jenis-jenis Bata


            • Bata merupakan salah satu bahan binaan yang terpenting dalam sesuatu projek pembinaan.
            • Terdapat berbagai-bagai jenis bata yang digunakan mengikut tujuan sesuatu pembinaan. Jenis-jenis bata yang.
            • Oleh itu adalah penting untuk mengetahui jenis-jenis batu bata dan kegunaannya.
            • Jenis-jenis bata yang biasa terdapat di Malaysia terdiri daripada:  

            (i)           Batu Bata Tanah Liat
            -       Bata tanah liat adalah paling meluas digunakan.
            -       Batu bata yang terbuat dari tanah liat
            -        Terdapat 3 kategori dalam bata tanah liat iaitu
            (a)  Bata Biasa @ common brick
            ·         Sesuai digunakan untuk kegunaan am.
            ·         Tidak mempunyai rupabentuk permukaan yang menarik dan biasanya digunakan untuk dinding-dinding sekatan yang akan ditutupi dengan lapisan lepa, rough cast, tiling atau untuk kegunaan lain yang rupa permukaannya tidak begitu mustahak.


            (b)  Bata Muka @ facing brick
            ·         Bata jenis ini mempunyai kemasan pada permukaannya samada bertekstur, berpasir atau licin serta mempunyai warna atau corak yang sama.
            ·         Bata jenis ini tidak perlu dilepa (plaster) dan digunakan untuk membina kerja-kerja kecantikkan yang menunjukkan permukaan  batu-bata yang menarik.
            ·         Bata jenis ini juga tahan lasak terhadap keadaan cuaca



            (c)  Bata Kejuruteraan @ engineering brick
            ·         Bata kejuruteraan ialah bata yang padat
            ·         Bata jenis ini digunakan untuk pembinaan-pembinaan seperti:
            - Tembok penahan
            - Dinding atau tembok-sambut yang
            - menanggung beban
            - Tembok-landas dan tembok-sambut jambatan
            - Pembentungan bata
            - Bentuk-bentuk dinding lain yang mungkin terdedah kepada tindakan asid dan hakisan


            (ii)           Batu Bata Api
            -       Bata api ialah jenis bata khusus, yang digunakan untuk mengalas atau melapik lubang cerobong, dandang dan tanur, atau kerja-kerja lain di mana keadaan tahan haba diperlukan.
            -       Bata ini dibuat daripada tanah liat sabak yang haba atau suhu yang tinggi.

              
            (iii)           Batu Bata Pasir Kapur (kalsium silikat)
            -       Bata ini diperbuat daripada bahan campuran kapur dengan pasir dan sedikit air
            -       Antara kegunaan bata ini ialah:
            ·         Sesuai digunakan dalam kerja yang memerlukan kuatan yang tinggi atau sentiasa terendam di dalam air
            ·         Bata bangunan bagi kerja memagar disebelah luar
            ·         Bata yang diikat dengan motar



            Kemasan Bata


            ·         Terdapat pelbagai jenis kemas ikat yang digunakan dalam kerja-kerja kemasan penerapan bata. Antara jenis kemas ikat yang biasa digunakan ialah:


                 
                  

            Penyediaan Mortar



            • Mortar adalah bahan yang penting dalam kerja-kerja pembinaan yang menggunakan batu bata ataupun blok.
            •  Tujuan : mengikat ataupun bahan pelekat untuk kerja-kerja ikatan bata.
            •  Mortar adalah hasil campuran simen atau kapur atau kedua-duanya sekali dengan pasir pada kadar tertentu.
            • Kegunaan utama mortar ialah untuk mengikat batu-bata atau blok dan kerja-kerja melepa pada dinding dan lain-lain kerja yang berkaitan.






            Sifat-sifat motar yang baik adalah seperti berikut: 





            Terdapat beberapa jenis motar yang biasa digunakan di Malaysia adalah seperti berikut:



            Berikut adalah jenis-jenis motar serta kegunaannya:

            Berikut adalah jenis-jenis motar serta kegunaannya:





            Jenis-jenis Ikatan Bata

            Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan.Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata.   

            Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah:
               Selain daripada ikatan di atas terdapat juga beberapa ikatan lain yang sering digunakan dalam kerja membina tembok, sila rujuk link berikutnya:




              Prinsip-prinsip Ikatan Bata

              (i) Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah: 
                   (a)  Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk 
                         mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus 
                         baik dipermukaan mahupun di dalam tembok
                    (b) Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli 
                         rekabentuk. 
              (ii) Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan 
                   tembok yang dibina. 
              (iii) Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk 
                    pada permukaan tembok
              (iv) Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan 
                     tegaknya berterusan (tidak berlekap), kekuatan dan 
                     kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang 
                     berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam 
                     segala kerja bata. 
              (v)  Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok 
                    yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah. 
                    Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat 
                    jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD


                    
                   (vi) Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, 
                        misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar 
                        bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala 
                        tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali
                        tembok satu bata. 
                (vii) Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah 
                      digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan.
                 Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan 
                       bata digunakan untuk mencegah sambungan yang terus 
                       menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok 
                       persimpangan. 

                   (ix) Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas 
                       digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata :
                 
                 

                 

              Kerja Bata Bertetulang


              Kegunaan tetulang dalam kerja bata ialah untuk:
                       1.     Menambah kekuatan sisi tembok bata
                       2.    Mengelakkan dari kegagalan tembok menerima beban tegangan.
              Antara jenis-jenis tetulang bata yang biasa digunakan ialah:








                   
                


              No comments:

              Post a Comment

               
               
              Blogger Templates