Saturday, November 9, 2019

Bumbung

Bumbung adalah merupakan satu daripada bahagian-bahagian yang terpenting bagi satu-satu bahagian bangunan kerana ia digunakan untuk melindungi penghuninya daripada hujan, panas dan cahaya matahari. Untuk bangunan tropika, bumbung mestilah dibina dengan mengambil kira iklim serantau untuk mendapatkan bangunan yang selesa diduduki.

Pemilihan jenis bumbung adalah berdasarkan ciri-cirinya yang berikutnya.

1. Rekabentuk
2. Kekuatan
3. Ketahanan
4. Bahan penetap
5. Perintang api
6. Perintang cuaca


Jenis bumbung

Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bumbung rata dan bumbung curam.

Bumbung rata biasanya merujukkan kepada bumbung yang mempunyai kecerunan kurang daripada 10º. kerangka bumbung rata terdiri daripada kayu, besi, rasuk konkrit atau papak konkrit dan ditutup dengan bahan yang kalis air seperti kepingan asbestos, zink, besi bergalvani, aspaft, kuprum dan sebagainya. kasaunya merentang antar tembok, rasuk ataupun kekuda dengan jarak 2-4 meter dari tengah ke tengah untuk menyokong gulung-gulung.

Bumbung curam menpunyai kecerunan melebihi 10º dari garisan ufuk. Bumbung curam didapati dalam berbagai rekabentuk, antaranya ialah :

  1. Bumbung tebeng layar
  2. Bumbung limas
  3. Bumbung Gambriel
  4. Bumbung layang
  5. Bumbung Mansard
  6. Bumbung limas Belanda
  7. Bumbung pisang sesikat
  8. Bumbung minangkabau


Penentuan jenis bumbung:-


Jenis bumbung yang harus dibuat untuk sesuatu bangunan itu bergantung kepada beberapa faktar seperti:- 

a. Saiz dan bentuk bangunan
    Bangunan-bangunan yang mempunyai bentuk sederhana adalah sesuai dengan jenis 
    bumbung curam.

b. Rupabentuk
    Nilai-nilai semulajadi menentukan bahawa bumbung curam adalah lebih sesuai untuk 

    bangunan-bangunan kecil, sementara bumbung rata adalah sesuai bagi bangunan yang besar.

c. Segi ekonomi
    Langkah-langkah ekonomi sama ada pembinaan atau belanja penyelenggaraan dari
    masa ke semasa hendaklah difikirkan apabila menentukan jenis bumbung.

d. Selain daripada yang diatas faktor-faktor kemudahan ruang bumbung, keupayaan
    sebagai bahagian pelindung dari cuaca.




ISTILAH-ISTILAH BINAAN BUMBUNG 

Penutup bumbung (Atap)
Bahagian yang paling atas dalam sesuatu binaan bumbung yang bertugas sebagai pelindung, penebat dan bahan kalis air. Bahan-bahan yang biasanya digunakan ialah seperti papan cam, genting rata, genting lengkung S, kepingan logam, kepingan bergelugur dan lain-lain lagi.

Perabung
Ia merentang dibahagian atas dalam pembinaan kerangka bumbung dan berfungsi untuk menyokong kayu kasau dengan kasau limas dan dan juga kasau lurah.

Kasau (Common Rafter)
Kasau ini dipasang diantara perabung dengan tutup tiang. Ia berfungsi untuk menyokong beroti, gulung-gulung dan papan cantik.

Kasau betina
Bahagian ini seolah-olah gelegar tetapi ianya diletak dalam keadaan condong. Ia direntang dari tulang bumbung pada bahagian atas dengan plat tembok di bahagian bawah.


Pengenalan bumbung mengikut struktur pembinaan

Struktur pembinaan bumbung boleh dibahagikan kepada empat jenis bumbung.

1. Bumbung selapis
2. Bumbung dua lapis
3. Bumbung tiga lapis
4. Bumbung kekuda


Bumbung dua lapis

     Pembinaan bumbung dengan kasau saiz biasa jika jarak rentang melebihi lima meter. Kasau ini kemudian melendut dan menganjal apabila berlaku sebarang gegaran. Oleh itu gulung-gulung digunakan untuk mengatasi kemungkinan tersebut. Gulung-gulung ini disanggga dihujungnya oleh topang yang diletakkan diatas tembok sesekat atau pada gelegar-gelegar siling. Topang-topang ini boleh dipasangkan secara serong kepada gelegar siling jika jarak rentang bangunan itu panjang


CIRI-CIRI PEMBINAAN BUMBUNG


Perintang cuaca

Biasanya bumbung direka dan dibena berbentuk curam. Ia direka begitu rupa supaya dapat melindungi bahagian-bahagian bangunan yang dibawahnya daripada dedahan cuaca seperti hujan, panas, angin dan sebagainya.


Kekuatan

Sesuatu binaan bumbung hendaklah mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menyokong beban sendiri dan beban tindihan dari penutupnya. Selain daripada itu faktor-faktor lain seperti tekanan angin dan beban-beban sampingan yang mungkin mendatang hendaklah diambil kira apabila merancang rekabentuk sesuatu binaan bumbung.     


Ketahanan

Apabila membina bumbung hendaklah ditentukan binaan itu bolah tahan lama. Rangkanya hendaklah dibina dari bahan-bahan yang baik dan terjamin supaya ia boleh digunakan bertahun-tahun tanpa perlu membuat sebarang gantian. Penutup-penutup bumbung juga hendaklah dipilih daripada bahan-bahan yang tahan lasak supaya tidak mudah dirosakkan oleh pencemaran udara kasar.
Bahan penebat

Keupayaan sesuatu bumbung sebagai bahan penebat hendaklah dikaji apabila merekabentuk sesuatu bumbung. Ia hendaklah berkemamapuan menahan haba yang berlebihan daripada menembusi kebahagian dalam bangunan. Tetapi sebaliknya ia hendaklah berupaya mengekalkan bahan yang normal untuk memberi keselesaan udara didalam bangunan.


Perintang api

Pada setengah-setengah bumbung terutama sekali bumbung rumah deret dan rumah-rumah  berbandung, struktur binaannya  hendaklah disertakan dengan langkah-langkah perintang api.


Rupabentuk 

Jalinan sesuatu rekabentuk bumbung membawa pengaruh yang besar kepada bangunan. Ini termasuklah faktor-faktor seperti curam bumbung, jenis penutup yang digunakan dan juga warna bahan penutup bumbung itu.


 
Cucur atap (Bumbung)

Cucur atap ialah bahagian yang terendah sekali dalam sesuatu binaan bumbung. Bahagian ini disebut juga sebagai ekor bumbung. Ia samada dibina samarata dengan permukaan luar tembok atau diunjurkan keluar daripada permukaan tembok. Ia lebih dikenali dengan nama cucur bumbung.


Cucur rata
Dalam pembinaan cucur rata ekor bumbung dibuat hampir samarata atau diujurkan sedikit dari permukaan tembok. Binaan cara ini dapat mengurangkan perbelanjaan sama ada dari segi kos pembinaan atau pembelian bahan-bahan binaan. Jika dipandang dari hujung bangunan ekor kasau-kasau dikerat samarata dengan permukaan tembok. Sekeping papan tumpu kasau 25mm tebal dipasang dengan skru atau memaku pada ekor-ekor kasau itu untuk mengemaskan binaannya.


Cucur terunjur terbuka
Cucur bumbung yang dibina terunjur dari permukaan tembok adalah lebih baik kerana ia dapat memberi perlindungan kepada permukaan tembok disamping dapat menghasilkan pemandangan yang lebih cantik kepada sesuatu bangunan. Unjuran cucur dibuat dengan mengerat ekor-ekor kasau jauh dari permukaan tembok. Papan tumpu kasau kemudian dipasang untuk menutupi ekor-ekor kasau untuk mengemaskan binaannya.

Untuk mengelakkan tiupan angin daripada masuk ke dalam bangunan melalui bawah bumbung, ruang antara kasau-kasau ditutup dengan binaan perintang angin yang terdiri daripada kerja bata yang dibina sesudah kasau-kasau siap dipasang. Perintang angin ini dibina sehingga ke paras bahagian bawah penutup bumbung.

 Cucur terunjur bertutup
Pada setengah-setengah bangunan binaan cucur yang terbuka akan memperlihatkan ketidak kemasan dan akan kelihatan seolah-olah bangunan itu belum siap pembinaannya. Untuk mengemaskannya bahagian bawah kasau-kasau ditutup dengan papan atau bahan-bahan lain seperti kepingan asbestos dan kayu-kayu jalur. Penutup bawah cucur sama ada dipasang terus pada bahagian kasau-kasau atau kepada kayu-kayu pendakap jika suatu penutup yang aras diperlukan. 








PENUTUP BUMBUNG

Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang kalis air. Bahan-bahan yang digunakan adalah mengikut jenis dan kecerunan bumbung. Pada dasarnya penutup bumbung dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bumbung rata dan bumbung curam.

Bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk menutup bumbung rata ialah lapisan bitumen, kepingan logam yang terdiri daripada kupram, plumbum, tembaga, zink dan aluminium, kepingan asbestos, plastik dan papak konkrit. Di antara kepingan asbestos bergelugur merupakan jenis penutup bumbung yang banyak digunakan terutamanya untuk membina rumah kediaman kos rendah, gudang dan bangunan-bangunan perindustrian.Kepingan asbestos boleh didapati dalam berbagai-bagai saiz, umpamanya 1.2 m, 1.5 m, 1.8 m, 2.1 m, 2.4 m, 2.7 m, 3.0 m hingga 3.3 m. Tebalnya ialah 5mm bagi kepingan yang bergelugur kecil dan 6mm bagi kepingan yang bergelugur besar. Kepingan ini hendaklah dipasangkan dengan kecerunan 25 darjah keatas dan lekap hujungnya 150mm.

Kecerunan yang kurang daripada 25 darjah boleh dilakukan dengan menambahkan lekap hujungnya ke 300mm. Bagi pembinaan di kawasan yang selalu mengalami cuaca buruk, lekap ini perlu ditutup dengan mamah (mastic) supaya air tidak meresap ke dalam. Kepingan asbestos ini dipasangkan pada gulung-gulung dan disokong oleh kasau-kasau.



Pemasangan kepingan asbestos biasanya dilakukan dengan paku payung dilapikkan dengan sesendal mamah untuk mencegah resapan air hujan. Skru bumbung juga digunakan. Apabila kasau dan gulung-gulungnya terdiri daripada keluli, bolt cangkuk adalah diperlukan dalam pemasangannya.

Bahan-bahan tradisi yang digunakan bagi penutup bumbung curam ialah genting tanah liat, kepingan batu (slat) dan kepingan papan. Kini genting konkrit dan bahan-bahan ciptaan baru banyak digunakan. Kegunaan bahan-bahan ini membolehkan rekaan bentuk bumbung diperluaskan disamping mengawal ekonomi pembinaannya.
 
Antara jenis genting yang biasa digunakan ialah genting manca curam, genting biasa, genting roman, genting roman kembar, genting manca S, genting manca rata dan sebagainya. Genting ini jika menghasilkan daripada konkrit boleh didapati dalam beraneka warna dan alat tambah. Genting ini hendaklah dipasang dengan curam yang secukupnya untuk mencegah kebocoran apabila hujan lebat. Kecerunan yang minimum berbeza-beza dari 30 darjah dan 45 darjah bergantung kepada jenis genting tetapi kecerunan 50 darjah 55 darjah biasa digunakan kerana ia memberi aliran  air hujan yang lebih berkesan.

Genting ini hendaklah dipasangkan pada bahagian atas beroti dengan tolok yang tertentu  mengikut jenis genting yang digunakan. Tolok ialah jarak beloti diantara tetengah dengan tetengah yang bersamaan dengan:-

     Panjang genting - lekap
                                        2 








Reinforced aluminium foil insulation

Bekal dan pasangkan ‘double side aluminium insulation’ di atas kasau dan di bawah jeriau, bermula dari hujung kasau hingga ke bahagian perabung. Bahan perlu dilendutkan kira-kira 75 mm untuk membolehkan air mengalir apabila berlaku kebocoran pada genting bumbung. Selisih pada hujung dan tepi sekurang-kurangnya100mm hingga 150mm.



Rajah - reinforced aluminium foil insulation




to

Bahagian bumbung





No comments:

Post a Comment