Social Icons

Pages

Featured Posts

Thursday, August 21, 2014

Kaedah perobohan bangunan

Perobohan bermaksud menarik atau meruntuhkan bangunan.
Definisi lain ialah kemahiran yang tinggi untuk meruntuhkan sesuatu harta benda.
Kerja perobohan merupakan aktiviti yang merbahaya.
Mesti dijalankan atau diawasi oleh seorang yang mahir dalam bidang perobohan.
Sebelum kerja perobohan dilakukan bahan atau peralatan beharga didalam bangunan perlu dipindah dahulu.

Peninjauan 
 Peninjauan ke atas kawasan dan struktur binaan yang akan dirobohkan adalah merupakan satu keperluan. Kajian dan pemeriksaan ke atas bangunan dan struktur mestilah dibuat.Keadaan sambungan dan hubungan dengan bangunan atau struktur berdekatan yang akan memberi kesan kepada perobohan tersebut mesti diberikan perhatian termasuk dinding sekat.

Peninjauan yang dibuat ke atas struktur bangunan
1. Bumbung- perlu dirobohkan dahulu dengan tangan jika bumbungnya berangka.
2. Kerangka utama – permeriksaan samada perobohan yang dirancang tidak akan menyebabkan daya tujuan yang tidak seimbang akan berlaku.
3. Dinding – ketebalan dan keadaan dinding yang hendak dikekalkan perlulah diketahui.
4. Perkara-perkara yang bersangkut dengan kemudahan atau perkhidmatan dalam bangunan perlu diberi perhatian supaya tidak menganggu atau menimbulkan masalah.
5.Kemudahan-kemudahan berikut perlu ditutup, dilindungi atau dialihkan sebelum kerja-kerja perobohan dilakukan.
  Antaranya ialah:
  1. Longkang
  2. Kabel elektrik
  3. Paip induk dan paip perkhidmatan
Jenis perobohan
1. Perobohan penuh
meroboh keseluruhan struktur bangunan

2. Perobohan separa
- Merobohkan bahagian-bahagian  tertentu struktur bangunan sahaja.

Perkara-perkara yang mesti diambil kira semasa perobohan.

1.Kedudukan tapak
Untuk bangunan yang terasing perlu dirobohkan sepenuhnya, jarak bangunan dengan sempadan kawasan yang berhampiran mestilah sekurang-kurangnya dua kali ketinggian bangunan yang dipanggil bangunan tapak. Bagi bangunan yang tidak mencapai had ini dipanggil kawasan terkurung.



2. Jenis struktur
Jenis struktur ialah struktur-struktur yang mempunyai kerangka utama. Contohnya bangunan dua tingkat.

3. Jenis pembinaan
- Bahan-bahan dan cara pembinaan sesuatu struktur contohnya tembok bata, konkrit tuang dahulu serta struktur keluli

Kaedah perobohan bangunan
1.Insani
2.Alatan jentera
3.Bahan letupan

1.    Kaedah insani
Kaedah perobohan dilakuan secara berperingkat dengan menggunakan alat tangan.
Perobohan insani biasa digunakan untuk meroboh bangunan yang tidak mempunyai rangka utama yang diperbuat dari konkrit dan konkrit tetulang.

Kaedah insani
2
     Alatan jentera
Jentera yang digunakan ialah.
a.    Pusher arm – mesin ini dipasang dengan lengan keluli yang mengeluarkan daya tujahan mendatar.
Ketingginan binaan yang dapat dirobohkan oleh jentera ini dari ketinggian ialah 0.6 m jika lebih kaedah insani dilakukan,





 b. Kren dan bebola
Kaedah ini menggunakan bebola besi yang digantungkan pada kren.
Perobohan kaedah ini tidak boleh dilakukan pada bangunan 30 m tinggi.
Kaedah ini lebih murah dan cepat.
Keburukan ialah tidak sesuai  bagi bangunan kawasan terkurung.


  c.Tarikan menggunakan kabelPerobohan jenis serentak.Tuil atau kenderaan berat digunakan sebagai penarik dan kedudukan tidak berganjak dari kedudukan asal.Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang sesuai digunakan untuk kerja perobohan tersebut.Tidak sesuai untuk bangunan atau struktur yang besar.

3.    Kaedah letupan

Teknik perobohan menggunakan bahan letupan amat berkesan jika cara-cara lain tidak sesuai disebabkan bunyi bising yang berpanjangan, peralatan dan bahan yang mahal serta tidak bersesuaian menggunakan jentera berat di kawasan perobohan.
Bahan-bahanyang biasa digunakan ialah nitro glcerine dan amonia nitrate.



Kerja perobohan


Pemilihan kaedah perobohan haruslah mengambil kira saiz, kekuatan dan kedudukan struktur untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja darn orang awam.

Perobohan haruslah dilaksanakan dengan cara tidak menjejaskan kestabilan struktur dan dan struktur bersebelahan, yang mungkin menyebabkan roboh tanpa di rancang.
Kerja perobohan dikawasan awam hendaklah dilakukan di luar waktu puncak.

Kerja perobohan juga tidak boleh dilakukan di waktu cuaca buruk, angin kencang atau ribut yang boleh menyebabkan struktrur roboh.

Kerja persediaan.

Kerja perobohan bermula
1  Semua utiliti haruslah dinyahsambung dengan betul atau dimatikan pada atau di luar sempadan kawasan tapak.
2    
      Zon bahaya di sekitar struktur harusah dipagar secukupnya atau diletakkan tanda amaran.
3  Sebelum kerja perobohan bermula, struktur haruslah bebas daripada apa-apa bahan toksik atau berbahaya ( misalnya asbestos).
4  
    Sekiranya sesuai perancah logam yang dilitupi jarring sisi haruslah dibina sekeliling bangunan atau struktur yang akan dirobohkan.
5    Sebelum kerja perobohan dilaksanakan pastikan bahan-bahan ini ditanggalkan:
i.              kaca pada pintu, tingkap dan sebagainya
ii.             objek cerai
iii.            bahagian terjulur
iv.           bahan boleh meletup, mudah terbakar, toksik dan memudaratkan.

Pelantar tadah untuk operasi perobohan

1  Semasa kerja meroboh bahagian luar dinding yang struktur asalnya melebihi 12.2 meter tinggi, pelantar tadah hendaklah dibina sepanjang permukaan luar dinding tersebut, yang mana perlu menggelakkan kecederaan kepada orang ramai.
2    Pelantar itu hendaklah direka bentuk oleh jurutera professional dan diperakui selamat sebelum dibina dan digunakan peraturan 43(2).  Peraturan-peraturan kilang dan jentera ( kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan1986 ).
3   Pelantar hendaklah dibina dan dipastikan pada jarak tidak melebihi dari 6 meter di bawah tingkat di mana kerja-kerja membuang dinding luar sedang dijalankan.
4    Pelantar tadah tidak boleh digunakan sebagai tempat menyimpan bahan atau sebagai pelantar kerja atau tempat laluan.

Semasa kerja perobohan – peranan pihak kontraktor
11. Menyediakan untuk pekerja dan orang awam, maklumat yang sewajarnya berhubung bahaya keselamatan dan kesihatan semasa kerja perobohan.
22. Mengikut kaedah perobohan yanag disediakan oleh jurutera kerja perobohan / struktrur.
33. Memastikan tapak dalam keadaan selamat dan mematuhi kehendak pelan keselamatan dan kesihatan.
44. Menyediakan pekerja dengan semua kelengkapan pelindung diri ( PPE ) yang sesuai berkaitan risiko keselamatan dan kesihatan yang mereka terdedah.
55. Mengambil langkah yang secukupnya untuk memastikan puing atau kawasan kerja dilembapkan secukupnya untuk memerap debu.


PELETUPAN DAN PENGGUNAAN BAHAN LETUPAN

1.    Kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diperolehi sebelum aktiviti peletupan dilaksanakan.
2.    Bahan letupan tidak boleh dikendalikan atau digunakan kecuali mengikut arahan pembuat.
3.    Semua kerja peletupan dilakukan oleh orang terlatih di bawah kawalan terus orang yang ditetapkan yang mempunyai latihan, pengetahuan atau pengalaman dalam bidang pengangkutan, penyimpanan, pengendalian dan penggunaan bahan letupan.

4.    Sebelum diletupkan pemuanya hendaklah mengambil semua langkah berjaga-jaga
melindungi nyawa dan harta benda seperti batu yang beterbangan, habuk dan gegaran. Notis amaran hendaklah diberi kepada semua penduduk dan mereka dalam kawasan yang berhampiran dengan kendalian letupan itu.

5  Struktur yang ditandakan untuk dirobohkan menggunakan bahan letupan harus dikepung dengan pagar adang dan tanda bahaya yang secukupnya dipamerkan.

6   Sebelum meledak, peletup hendaklah membunyikan amaran yang kuat yang boleh didengar oleh semua orang yang berada di dalam zon bahaya dan mereka itu hendaklah berundur ke jarak yang selamat atau ke tempat perlindungan yang selamat.  Tiada letupan boleh diledak semasa mana-mana orang berada di dalam zon bahaya sebagaimana yang ditentukan oleh peletup.

7.    Kawalan keselamatan, papan tanda dan bendera merah haruslah digunakan sepanjang masa untuk mengelakkan orang yang tidak berkenaan masuk ke kawasan tersebut.
8.  Penghuni bangunan bersebelahan haruslah diberikan surat pekekliling untuk memaklumi mereka tentang kerja-kerja peletupan tersebut dan untuk menjejaskan langkah keselamatan yang diambil.  Orang awam juga haruslah dimaklumkan oleh media tentang penutupan jalan yang berdekatan.
Selepas kerja perobohan dengan kaedah letupan, kawasan dan bangunan di kawasan berdekatan haruslah disahkan selamat oleh orang yang berkelayakan

Wednesday, February 12, 2014

MERANCANG TANDA TAPAK


Sebelum kerja-kerja pembinaan sesebuah pembinaan dapat dijalankan, tapaknya mestilah dikenalpasti, sempadannya ditentukan dan kawasannya dibersihkan. Kerja menanda kedudukan bangunan dikenali sebagai merancang tanda tapak. Istilah-istilah yang berikut sering digunakan dalam kerja merancang tanda tapak :

a.      Garisan bangunan
Garisan luar yang meliputi sesuatu bangunan.

b.      Aras datum
Satu aras yang diambil sebagai panduan untuk menandakan aras yang lain bagi bangunan yang akan didirikan. Di tapak bina, datum ini boleh dibuat dengan membina satu tiang bata yang sementara ataupun menandakan pada binaan berdekatan yang sedia ada.

c.      Batu sempadan
Tiang kecil yang diperbuat daripada konkrit yang ditanam oleh Jabatan Ukur untuk menentukan sempadan sesuatu lot tanah.

d.      Nombor lot
Tiap-tiap satu lot yang telah diukur oleh Jabatan Ukur diberikan satu nombor untuk rujukan

e. Garisan asas
    Garisan yang mana menunjukkan di mana asas bangunan yang dikehendaki.  Garisan ini
    membolehkan lubang asas dikorek.





   Mentafsir pelan tapak

Pelan tapak bangunan hendaklah diteliti untuk mengetahui kehendak-kehendak arkitek sebelum kerja merancang tanda dimulakan. Pengetahuan ini memberi bantuan dalam perancangan yang lebih berkesan dan menguntungkan. Pentafsiran hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang berikut :

a.      Skala, anak panah utara (north arrow), aras datum, tarikh ukur tanah.
b.      Garisan sempadan
c.      Kedudukan bangunan dan struktur lain seperti asas, tembok, pagar, tangga dan sebagainya.
d.      Keadaan jiran – bangunan, jalan, saliran air dan sebagainya.
e.      Kemudahan-kemudahan – paip air, bekalan elektrik, telefon, paip gas, pembetungan awam dan lain-lain.
f.       Kedudukan sungai, paya, lombong dan lain-lain lagi yang berdekatan.
g.      Kontur dan kecerunan tanah tapak.


Mengaras

Tapak bangunan perlu diaraskan terlebih dahulu untuk mengetahui berapa banyak tanah yang hendak dipotong atau ditambah dan juga menentukan pemandangan daratan. Pengarasan ini biasanya dilakukan oleh juru ukur menggunakan alat aras dan stafnya.



Kaedah merancang tanda tapak bangunan

Setelah pelan kedudukan bangunan ditafsirkan, kedudukan ini hendaklah ditandakan pada tapak bina dengan pancang mengikut langkah-langkah seperti berikut :

a.    Menentukan kedudukan batu sempadan dan memastikan arah bangunan. Menetapkan kedudukan garisan bangunan pertama dengan mengukur dari batu sempadan. Garisan ini mestilah sekurang-kurangnya 6 meter dari sempadan yang menghadapi jalan (mengikut syarat bagi kawasan perumahan). Kemudian kedudukan kedua-dua sudut bangi bangunan tersebut, iaitu titik A & B, ditandakan pada garisan pertama ini dengan menggunakan pancang kayu berukuran 50mm x 50mm x 300mm.

b.    Kedudukan yang tepat bagi sudut-sudut bangunan ini dipakukan pada pancang-pancang tersebut di titik A dan B.

c.    Di atas garisan AB tanamkan pancang pada F dengan jarak 3m dari A, dan pakukan pada pancang ini kedudukan tepat 3 m dari A.

d.    Dapatkan kedudukan E dengan menarik pita pengukur dari A dan F supaya jaraknya tepat 4m dari A dan 5m dari F. Sudut EAF adalah sudut tepat 90ยบ (berdasarkan 3,4,5 bagi segitiga bersudut tegak).

e.    Kedudukan titik D didapati dengan menyusul AE dan diukur dengan pita pengukur.

f.     Kedudukan titik C boleh didapati dengan menarik pita pengukur dari D dan B mengikut ukuran DC dan CB. Pancang ditanamkan dan kedudukan C yang tepat dipakukan.

g.    Menguji kejituan kerja merancang tanda dengan mengukur jarak pepenjuru AC dan BD. AC = BD menunjukkan sudut-sudut dalam segiempat ABCD adalah sudut tepat. Cara ini adalah lazim diamalkan. Kaedah lain ialah dengan menggunakan alat aras dan sesiku binaan. Sesiku binaan adalah sesiku yang besar (1.8m x 2.4m, saiznya tidak tetap dan dibuat mengikut keadaan yang memerlukannya). Diperbuat daripada kayu dengan sudut tepat. Alat ini khas dibuat untuk mendapatkan sudut tepat dalam merancang tanda tapak.

 
 Pancang ukur tapak

Selepas kedudukan tembok bangunan ditandakan, tindakan hendaklah diambil untuk mengekalkan tanda-tanda ini. Kaedah yang diamalkan ialah menggunakan pancang ukur tapak seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Kaedah ini membolehkan tanda-tanda kedudukan bangunan dipindahkan kepada pancang ukur tapak semasa kerja-kerja menggali peparit untuk asas dilakukan. Pancang ini didirikan di sekeliling garisan bangunan dengan jarak sekurang-kurangnya 1.2 m dari garisan tersebut. Jarak ini diperlukan supaya pancang yang didirikan itu tidak mengganggu kerja-kerja pembinaaan yang akan dijalankan.

Tanda-tanda kedudukan bangunan dipindahkan ke pancang ukur tapak ini dan juga ditambahkan tanda-tanda kedudukan asas, tembok-tembok sekatan dan sebagainya yang tidak ditanda di atas tapak tadi.

Tanda-tanda ini hendaklah dibuat secara kekal dengan memaku ataupun digergaji supaya tidak mudah hilang. Tanda-tanda kedudukan tembok boleh dibuat mengikut cara garisan tengah ataupun garisan tepi bergantung kepada kehendak spesifikasi.


 

 Pancang ukur tapak boleh dibuat di sekeliling bangunan ataupun pada penjuru-penjuru bangunan sahaja. Bahan yang digunakan tidak semestinya kayu tetapi tembok bata sementara juga boleh digunakan. Pancang ukur tapak ini hendaklah rata untuk memastikan ukuran yang tepat.


Apabila peparit siap digali, kedudukan yang telah ditandakan itu boleh dipindahkan ke tapak dengan menggunakan benang yang diikat pada pancang ukur tapak mengikut tanda-tandanya supaya bersilang. Kedudukannya ditandakan dengan bantuan batu ladung.

Aras yang diperlukan adalah berpandu pada aras datum yang telah ditetapkan. Pemindahan aras dari datum ke bangunan boleh dibuat dengan menggunakan alat aras atau menggunakan hos air dan tandakan kepada pancang yang ditanam ke dalam tanah.


Kaedah memindah aras dengan hos air

Kegunaan hos air sebagai alat aras adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa air mencapai aras yang sama di mana-mana dalam sesuatu kandungan yang sama. Hos air yang lutsinar berisi air merupakan alat yang senang digunakan untuk memindahkan aras dari satu tempat ke satu tempat yang lain di tapak bina.

Saiz hos yang sesuai digunakan berubah dari 5mm diameter hingga 20mm diameter diperbuat daripada getah atau plastik yang lutsinar.

Hos itu hendaklah diisi dengan air terlebih dahulu dan hendaklah dipastikan tiada buih atau ruang-ruang udara yang terdapat di dalamnya. Satu hujungnya diletak dengan tanda A (lihat rajah) yang merupakan aras asal sebagai aras rujukan. Hujung yang satu lagi ditempatkan pada tempat yang hendak disearaskan, misalnya pada titik B. Apabila aliran air di dalam hos berhenti, didapati aras B adalah sama tingginya dengan aras A. Tempat-tempat yang lain boleh juga ditandakan dengan cara yang sama untuk mendapatkan aras yang sama.

Perhatian hendaklah diambil untuk memastikan bahawa ruang udara tidak berlaku dalam hos selepas air diisikan. Kehadiran ruang udara dalam hos mungkin akan mengakibatkan aras yang ditanda itu tidak tepat.



  

KERJA-KERJA PERMULAAN DI TAPAK


PENERANGAN :

Kerja permulaan ialah kerja-kerja awalan yang dilakukan untuk memberikan segala bentuk kemudahan dan keselamatan di tapak bina sebelum kerja-kerja pembinaan sebenar dilakukan. Ianya dijalankan selepas kerja-kerja penyediaan tapak selesai. Kerja-kerja permulaan termasuklah menyediakan :

a.      Pejabat dan tempat tinggal sementara
b.      Bekalan air untuk kerja
c.      Bekalan kuasa elektrik untuk kerja
d.      Jalan-jalan sementara (access road)
e.      Kemudahan telefon
f.       Papan-papan tanda
g.      Lindungan sementara, ‘hoarding’, pagar dawai dan sebagainya.


Laluan sementara

Untuk memudahkan kerja-kerja penghantaran bahan-bahan, peralatan dan sebagainya ke tapak bina. Jalan-jalan sementara hendaklah dibina. Pada kebiasaannya, laluan sementara ini dibina di atas tapak yang telah dikenalpasti sebagai jalan utama menuju ke bangunan tersebut apabila siap nanti.

Pada peringkat permulaan kerja, laluan yang telah dikenalpasti biasanya ditabur batu sebagai asas jalan dan apabila kerja-kerja telah selesai barulah jalan itu disempurnakan.

Walaupun jalan-jalan sementara ini hanya digunakan untuk urusan keluar masuk ke tapak pembinaan sahaja namun ianya hendaklah dijaga dengan elok supaya urusan keluar masuk ke tapak binaan tidak terganggu.

Selain itu jalan yang becak dan berlumpur hendaklah dibaiki segera supaya tidak mengganggu keselesaan pengguna jalanraya dan penduduk di sekitarnya.


Pejabat sementara dan tempat tinggal sementara

Bagi projek besar yang memakan masa agak lama untuk menyiapkannya, pejabat sementara, tempat-tempat tinggal untuk pekerja, kantin, setor untuk menyimpan bahan-bahan binaan, jentera serta peralatan dan tempat berteduh diperlukan.

 
pejabat sementara





 Sekiranya sesebuah projek itu memerlukan pejabat, perkara-perkara berikut perlu dinilai :

a.      Kos permulaan pembinaan pejabat; kos melengkapkan pejabat dengan lantai, dinding, siling dan sebagainya. Kos menghias bahagian dalam pejabat, kos membekal kelengkapan elektrik, bekalan kuasa elektrik dan kos perabot.
b.      Tempoh menggunakan pejabat itu biasanya tujuh tahun. Bagi mendapatkan kos penggunaan setahun, bahagikan kos permulaan dengan tempoh guna.



c.      Kos pengangkutan (dari tapak bina ke tapak bina lain)
d.      Kos membuka semula pejabat apabila projek selesai.

Anggaran perbelanjaan penyediaan bilik rehat pekerja, setor dan tempat berteduh boleh dibuat sama seperti cara di atas.


Lindungan sementara, papan iklan, adangan (hoarding), pagar dawai dan sebagainya

Kuantiti bahan yang digunakan untuk menyediakan kemudahan ini hendaklah dianggarkan dan harga bahan ditentukan mengikut cara yang biasa. Peruntukan hendaklah disediakan untuk membiayai kerja-kerja membuka dan menanggalkan kemudahan ini setelah projek selesai dengan jangkaan pembaziran yang berpatutan.

Di tempat-tempat yang tertentu, papan tanda iklan perlu dipasang. Sebelum itu kontraktor perlu mendapatkan kelulusan bagi meletak dan memasang papan iklan daripada pihak yang berkuasa lebih-lebih lagi jika kedudukan papan iklan di tempat orang lalu lalang.

Papan iklan boleh disediakan tanpa sebarang bayaran jika kontraktor berunding terlebih dahulu dengan syarikat pengiklanan. Sekaligus syarikat itu mengiklankan perkhidmatan syarikatnya. Walau bagaimanapun sebelum hal tersebut dilakukan, kontraktor perlu mendapatkan kebenaran pihak pelanggan atau wakilnya dan kebenaran pihak berkuasa. Di samping itu pihak kontraktor juga perlu menganggarkan kos lampu keselamatan, notis amaran dan sebagainya.


 
contoh adangan  (hoarding)

 
papan iklan 


 Bekalan air

Bagi mendapatkan paip sementara, kontraktor perlu memohon kelulusan daripada Jabatan Bekalan Air dengan menjelaskan bayaran pendahuluan pada kadar yang ditetapkan sebelum bekalan air disediakan. Kadar bayaran yang tertentu juga dikenakan bagi kuantiti air yang digunakan berdasarkan kepada meter yang disediakan. Perbelanjaan lain yang perlu ditanggung oleh kontraktor ialah kos memasang paip, saluran getah dan tempat takungan air sementara di tapak bina.


Lampu dan kuasa untuk kerja

Bekalan kuasa atau elektrik merupakan suatu perkara yang penting perlu diadakan di tapak bina. Kegunaan kuasa ini adalah untuk tujuan mengendalikan peralatan-peralatan mesin dan juga memasang lampu pada waktu malam bagi tujuan keselamatan. Tanpa bekalan elektrik peralatan-peralatan kuasa dan mesin tidak dapat digunakan yang mana akan menjejaskan proses pelaksanaan kerja.

 Untuk menyediakan kemudahan ini, perbelanjaan-perbelanjaan berikut hendaklah diambil kira:

a.      Bayaran yang dikenakan oleh TNB
b.      Kos pendawaian dan pelan kuasa di tapak bina.
c.      Kos lampu
d.      Kos ‘transformer’ untuk menyalurkan bekalan kuasa yang sesuai.
e.      Kos membuka atau menanggalkan kelengkapan elektrik setelah projek siap dan memindahkan kelengkapan itu ke tempat lain. Sekiranya tidak terdapat bekalan elektrik di kawasan tapak bina, perbelanjaan menggunakan generator dan sebagainya perlu diambil kira.


Kemudahan telefon

Kemudahan telefon penting untuk melancarkan kerja-kerja pembinaan. Segala urusan termasuklan membeli bahan-bahan, peralatan dan sebagainya dapat diuruskan dengan lebih cepat. Urusan untuk mendapatkan bekalan telefon sementara boleh dibuat dengan cara  berhubung dengan pihak Telekom. Bayaran pendahuluan dan bayaran pemasangan dikenakan pada kadar yang tertentu.



Susun atur tapak bina

Susun atur tapak harus dibuat untuk menempatkan kedudukan pejabat, rumah kongsi, tempat letak loji dan lain-lain lagi.

Kedudukan pejabat tapak dan kongsi pekerja

-     Kedudukan pejabat harus diatur agar senang dimasuki oleh mereka yang terlibat.
-     Sebaik-baiknya berdekatan jalan masuk
-     Saiz dan reka bentuk pejabat tapak bergantung kepada saiz projek.
-     Keperluan kongsi bergantung kepada jumlah pekerja-pekerja.

Tempat letak kereta

-     Tempat letak kereta diperlukan oleh kakitangan tapak. Biasanya, ia ditempatkan berdekatan dengan pejabat tapak.
-     Selain itu, tempat letak kereta juga perlu untuk pihak-pihak lain yang berurusan dengan projek tersebut seperti pembekal bahan, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain.

Setor tapak dan kantin

-     Setor-setor harus terkawal dan terletak berdekatan pejabat tapak.
-     Lazimnya dibuat daripada bangsal kayu berkunci.
-     Kantin dan kemudahan kebajikan juga perlu dibina.






Lokasi sesalur bekalan perkhidmatan tapak bina

-     Sambungan sesalur paip air untuk kegunaan pejabat tapak, kongsi, dan stand pipes” untuk membancuh konkrit dan mortar.
-     Perkhidmatan telefon sementara untuk kegunaan pejabat dan pekerja.
-     Bekalan elektrik sementara untuk kegunaan pejabat, kongsi, setor dan sebagainya.

Jalan masuk

-     Jalan masuk dan jalan keluar sebaiknya satu laluan sahaja.
-     Papan tanda petujuk bagi memudahkan pergerakan kenderaan dan logi.
-     Pastikan kedudukan kemudahan seperti paip air, peparit dan jarak dengan binaan tidak menghalang pergerakan loji-loji.

Pagar “hoarding”

-     Untuk melindungi kawasan projek dan keselamatan orang awam.
-     Pagar boleh dibuat menggunakan dawai berangkai, papan beserta “mesh reinforcement” jenis febrik diantara dua muka, bingkai kayu dengan permukaan plywood dan sebagainya.

Papan tanda pembinaan
-     Kontraktor hendaklah mengadakan, mendirikan, mengecat dan menyenggara satu papan tanda di dalam Bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan yang berkenaan atau seperti yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.
-     Papan tanda hendaklah didirikan di tempat yang nyata di tapak bina seperti yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa.


 
 
Blogger Templates