Thursday, April 23, 2015

Kerosakan jalanraya dan kaedah penyelenggaraan



Jenis turapan
Jenis turapan di Malaysia terbahagi kepada 2:
1.  Turapan lentur
2.  Turapan tegar

1.    Turapan lentur

Turapan lentur mempunyai  lapisan turapan yang bersifat elastic, iaitu boleh melentur apabila menerima beban dan kembali semula kepada profil asal apabila beban tidak dikenakan.



Antara sifat lentur adalah seperti:
a.    Bersifat elastic
b.    Menggunakan bahan berbitumen
c.    Kerja penyelenggaraan mudah
d.    Tidak memerlukan sambungan
e.    Kedap air

Bahan yang digunakan untuk lapisan ini ialah bitumen, batu baur dan bahan pengisi.  Bitumen berfungsi sebagai perekat batu baur. Manakala batu baur sebagai penanggung beban lalu lintas dan mengagihkan beban terus ke lapisan tanah.

Bitumen yang digunakan ialah asphalt atau tar.  Bahan pengisi bertujuan mengisi ronga-ronga antara batu baur dan biasa terdiri serbuk batu kapur dan simen Portland.

Faktor penyebab keroskan turapan lentur
1.    Faktor cuaca – panas dan hujan yang berpanjangan.
2.    Kualiti pembinaan – tidak mengikut piawaian yand dikehendaki
3.    Beban kenderaan – kenderaan yang melebihi muatan

Jenis kerosakan:
1.    Lopak
2.    Retakan
3.    Perubahan bentuk permukaan
4.    Kecacatan permukaan
5.    Kecacatan bahu dan bucu
  
Kerosakan

Kaedah penyelenggaraan
Kerja yang terlibat
Lopak
Retakan
Kecacatan permukaan
Kecacatan bahu dan bucu jalan

Penstoran semula
Penampalan
Kedap keretakan
Pembinaan lapisan haus
Pembinaan lapisan haus
Penampalan
Kerosakan lapisan turapan yang melibatkan kawasan yang luas

Pembinaan semula permukaan
Pembinaan lapisan turapan
-          lapisan pengikat
-          lapisan haus

Kerosakan struktur jalan

Pembinaan semula


Pembinaan struktur dan turapan jalan


a. Penampalan:



b. Kedap keretakan - kaedah ini dilakukan dengan mencurah cairan bitumen di atas retakan tersebut.


c. Pembinaan lapisan haus – dilakukan dengan cara menurap nipis lapisan haus di atas permukaan jalan raya sedia ada.

 2. Turapan tegar

Turapan tegar merupakan papak konkrit yang tidak akan melentur walaupun dikenakan baben trafik.

Antara ciri turapan tegar ialah:
i.              Papak konkrit bersifat tegar
ii.             Papak konkrit dibina berpetak dan bersambung
iii.            Mempunyai kebolehkhidmatan yang panjang
iv.           Kerja penyenggaraan sukar dilakukan dan melibatkan kos yang tinggi

Bahan yang digunakan untuk membina turapan tegar ialah konkrit, tetulang dan bahan kedap sambungan.

Faktor yang menyebabkan kerosakan turapan tegar ialah cuaca, kualiti pembinaan dan beban trafik.

Antara keroskan yang berlaku
11. Kerosakan sambungan
22. Serpihan
33. Retakan
44. Mendapan
55. Kecacatan permukaan

1.    Kerosakan sambungan
Ia berpunca dari terikan yang berlebihan atau faktor cuaca yang menyebabkan bahan kedap sambungan hilang sifat elastic. Kerosakan ini boleh menyebabkan kemasukan air yang menyebabkan bar penerap dan bar pengikat berkarat.

Kerja penyelenggaran yang dilakukan ialah dengan mengantikan bahan kedap sambungan tersebut.



2.    Serpihan
Serpihan biasa berlaku di bucu dan di tepi papak konkrit.  Kerosakan ini mungkin disebabkan oelh beban trafik atau kualiti konkrit dan mutu kerja rendah. Ini menyebabkan kemasukan air dan menyebabkan bar pengikat berkarat.

Kerja penyelenggaraan dilakukan dengan cara memotong bahagian papak yang rosak dan menampal dengan konkrit yang baru.



3.    Retakan
Retakan mungkin berlaku akibat trafik yang berlebihan atau kualiti kerja yang rendah.
Kaedah penyelenggaraan yang dilakukan dengan cara memotong kawasan yang retak dan menggantikan dengan papak konkrit yang baru atau dengan pracampuran bitumen.

4.    Mendapan kebezaan
Baban trafik yang berlebihan akan menyebabkan berlaku mendapan pada papak.

Kerja penyelenggaraan dilakukan dengan cara membuat tindihan bahagian atas permukaan dengan bitumen atau konkrit.

5.    Kecacatan permukaan
Kecacatan permukaan sering berlaku adalah seperti permukaan jalan yang licin dan tidak sekata. Ini mengurangkan daya geseran dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Penyelenggaraan dilakukan dengan mencanai permukaan konkrit untuk mendapatkan tekstur permukaan yang kasar dan berkualiti


No comments:

Post a Comment