Sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, kedudukan
sempadan tapak bina hendaklah terlebih dahulu dikenalpasti (penentuan sempadan).
Ini adalah penting supaya kerja-kerja pembinaan sesebuah bangunan betul-betul
dilakukan di dalam tapak yang dicadangkan dan tidak memasuki ke dalam lot tanah
milik orang lain.
Untuk tujuan ini, kerja-kerja mencari dan menentukan
kedudukan sempadan perlulah dilakukan dengan teliti oleh pekerja yang mahir dan
berpengalaman dengan mengukur dan menanda menggunakan peralatan-peralatan yang
berkaitan seperti pelan, alat ukur, peg penanda, pita pengukur, hammer dan
lain-lain.
Kerja-kerja menentukan sempadan ini dimulakan dengan
mencari batu-batu sempadan yang ditanam berpandukan kepada pelan-pelan tanah /
tapak yang telah disahkan.
Antara masalah yang mungkin timbul semasa mencari
batu sempadan ialah batu sempadan hilang.
Kehilangan ini mungkin disebabkan oleh batu-batu sempadan yang ditanam
dahulu tenggelam akibat pergerakan tanah atau ditutupi oleh akar atau
pokok-pokok yang besar dan juga kemungkinan dialih atau dibuang oleh manusia.
Kerja mengukur tanah perlu dilakukan ke atas
batu-batu sempadan untuk memastikan keluasan sebenar sesebuah lot tanah itu
sama seperti yang terdapat di dalam pelan. Pernah terjadi di mana, batu-batu
sempadan dialih oleh manusia bagi tujuan tertentu sehingga keluasan tanah mungkin
berkurangan atau bertambah daripada keluasan sebenar yang terdapat di dalam
pelan atau geran tanah.
Penandaan peg hendaklah dilakukan pada batu-batu
sempadan yang telah dikenalpasti. Tujuannya ialah untuk memberi penglihatan
yang lebih jelas supaya dapat memudahkan melakukan kerja-kerja seterusnya.
Kayu peg dibuat daripada kayu bersaiz 25mm x 50mm
yang ditajamkan hujungnya bagi memudahkan ianya ditanam di dalam tanam
bersebelahan dengan batu sempadan. Pada hujung satu lagi pula hendaklah
dicatkan dengan warna merah.
Kayu peg hendaklah ditanam lebih dalam supaya ianya
tidak mudah tercabut dan tidak mengganggu kerja-kerja yang akan dilakukan.
Lawatan
/ Tinjauan tapak
Dalam melaksanakan sesebuah projek binaan, seorang
jurutera merupakan orang yang bertanggungjawab untuk merekabentuk dan merancang
asas bangunan. Asas bangunan merupakan satu struktur bangunan yang disokong
oleh tanah. Pihak jurutera tidak boleh menukar atau merubah keadaan tanah yang
sebenar tetapi sebaliknya mereka harus mengetahui keadaan tanah yang sebenar
sebelum merekabentuk asas bangunan.
Tinjauan tapak adalah satu perkara yang penting
sebelum kerja-kerja pembinaan seterusnya dijalankan. Oleh itu, sebelum membuat sebarang
pemilihan, maklumat-maklumat mengenai kawasan cadangan perlu diketahui seperti
dibawah.
1.
Kedudukan tapak bina itu amat penting. Dari faktor ini, kita dapat
mengetahui dari arah manakah matahari naik. Adalah mustahak jika ruang-ruang
dalam bangunan mendapat cahaya matahari.
2.
Pandangan perlu diambil kira. Pandangan yang cantik mendapat harga
pasaran yang baik dan disukai ramai.
3.
Tapak bina itu tidak akan mengalami banjir dalam musim hujan. Elakkan
dari tempat yang rendah yang berhampiran dengan sungai.
4.
Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik dan juga
perhubungan melalui telefon. Di samping itu, adalah penting kemudahan
pengangkutan, pelajaran, membeli-belah, perubatan dan pusat rekreasi perlu juga
disediakan.
5.
Pastikan tapak bina itu adalah daripada tanah asal dan bukan bekas tanah
sawah atau tanah timbun, di mana sampah sarap dibuangkan.
6.
Elakkan dari tempat-tempat kendalian lombong dan lapangan terbang kerana
gegaran mungkin berlaku dan bunyinya yang bising mungkin mengganggu
ketenteraman.
Kepentingan lawatan tapak
Satu
laporan tapak perlu dibuat untuk mengkaji keadaan muka bumi dan keadaan
sekeliling di kawasan tapak projek serta dijadikan sebagai sumber maklumat
untuk melakukan anggaran kos pembinaan.
Laporan
yang lengkap perlulah disediakan berhubung dengan semua perkara yang melibatkan
kos, cara pembinaan dan kedudukan tapak serta keadaan sekeliling.
Perkara-perkara
utama yang perlu diperhatikan semasa lawatan tapak dijalankan adalah :
a.
Kedudukan tapak, berhubung dengan
pengangkutan
b.
Nama pihak berkuasa tempatan
c.
Keterangan mengenai topografi di tapak
d.
Kerja meruntuh dan menjaga persekitaran
e.
Jalan masuk dan kemungkinan susulan tapak
f.
Kaedah tanah berkait dengan kerja-kerja penggalian
g.
Kemudahan pembuangan tanah dan sebagainya
h.
Perkhidmatan air, pembetungan, elektrik,
telefon dan sebagainya
i.
Keselamatan
j.
Keadaan tenaga kerja setempat
k.
Kemudahan mendapat bahan-bahan
l.
Keadaan cuaca
m.
Peraturan-peraturan pihak penguasa seperti
polis, bomba dan majlis tempatan
Lakaran
kasar keadaan di tapak perlu juga dibuat untuk menunjukkan keadaan tapak dan
kemungkinan susunannya.
Pemeriksaan
juga perlu dibuat ke atas perkara-perkara tertentu di tapak dengan mengambil
ukuran dan direkodkan bagi membantu untuk pengiraan anggaran kos.
No comments:
Post a Comment