Monday, October 22, 2012

Paip Salir



Rajah menunjukkan bagai sisa air buangan di salur ke paip salir  

Paip salir ialah paip yang dipasang di bawah tanah dan berfungsi sebagai menyalirkan najis dan air sisa serta air permukaan dari sesebuah banguna.  Sistem paip salir mempunyai ciri-ciri dan kaedah pemasangan yang berbeza daripada system paip lekapan.

Oleh sebab di tanam dalam tanah, maka paip salir memerlukan bahan yang tahan asak dan tahan kepada tekanan kerana sentiasa terdedah kepada beban, terutama jika terdapat kenderaan yang lalu di atasnya.  Kebanyakkan paip salir yang dipadang di dalam tanah utnuk menyalirkan najis dan sisa terdiri daripada paip tanah liat dan paip besi tuang.

Jenis-jenis paip salir
1. Paip tanah liat
2. Paip besi tuang
3. Paip PVC
4. Paip uPVC
5. Paip gentian
6. Paip konkrit 



      
Paip tanah liat 

  
Paip besi tuang 



   
Paip pvc 

  
Paip konkrit

  
Paip uPVC  







Paip yang diperbuat daripada gentian kaca, konkrit dan uPVC juga digunakan. Paip jenis ini sesuai digunakan sebagai paip salir terutama di kawasan tanah berasid atau kumbahan berasid.
Ciri-cirinya:
1.Harganya murah,
2.tahan lasak,
3. tahan hakisan,
4.mudah dipasang,
5. mudah dipotong
6. mudah disambung.

Paip besi tuang diperbuat daripada besi melalui proses penuangan di kilang.  Paip jenis ini lebih kukuh daripada paip tanah liat serta mempunyai sambungan yang lebih kukuh.  Paip besi tuang sesuai digunakan di dalam tanah liat yang tidak stabil tetapi kurang seseuai digunakan dalam tanah yang berpaya dan mengandungi sulfat yang tinggi.

 Prinsip pemasangan paip salir

1. Mutu
 Paip salir yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri kekuatan dan ketahanlasakan yang tinggi.  Ketahanlasakannya bergantung kepada mutu bahan paip yang digunakan. Paip yang bermutu akan menghasilkan sistem paip salir yang tahan lama.  Selain daripada kedalaman adalah mencukupi bagi menggelakkan paip mengalami kerosakan jika ada objek berat di atas permukaan tanah. Selain sambungan yang dilakukan hendaklah sempurna.


2. Kedap air 
Paip salir dianggap mencapai tahap kualiti pemasangan yang baik jika paip salir berkeadaan kedap air.  Kedap air bererti air dari luar tidak dapat masuk ke dalam paip salir.  Najis dan air sisa pula tidak boleh keluar dair paip salir serta mencemarkan persekitaran.  Paip salir hendaklah dipasang oleh pekerja mahir bagi memastikan sambungan paip berada dalam kedap air.

3. Kecerunan
    Kecerunan merupakan factor penting bagi pemasang paip di bawah permukaan tanah kerana proses rawatan berlaku dalam paip salir.  Kecerunan paip salir hendaklah mengikut cerun yang disaran dalam piawai pemasangan.  Tujuan ialah supaya pepejal dalam kumbahan tidak mengenap ke dasar paip lalu menyebabkan kumbahan tersekat atau paip tersumbat .
Jika kecerunancerun paip terlalu landau, kumbahan akan disalirkan dengan perlahan.  Pepejal yang terkandung dalam kumbahan akan tertinggal di dasar paip.
Paip juga tidak boleh dipasang terlalu curam untuk mengelakkan daripada mengorek tanah terlalu dalam ketika memasang paip. Paip salir juga akan terhakis jika dibina terlalu curam 
disebabkan kelajuan kumbahan.



   


4. Kelurusan
Penyaliran kumbahan akan lebih berkesan jika paip disambung dalam keadaan lurus dari titik kepada satu titik yang lain. Liku pada paip salir perlu dikurangkan dan hanya dibuat dalam keadaan tertentu sahaja. Liku diperlukan apabila paip perlu dibengkokkan untuk disambung kepada paip salir yang lain.  Pemasangan lurus juga mengurangkan kerja senggaraan.

5.  Pengalihudaraan
 Pengalihudaraan dalam paip salir diperlukan supaya sebarang gais yang terhasil tidak terkumpul.  Gas yang terkumpul dalam paip salir akan menyebabkan tekanan udara turun dan naik.  Untuk menghindarkannya, proses pengalihudaraan yang berkesan sangat diperlukan.  Pengalihudaraan ke atas paip salir dipastikan berlaku dengan memasang paip tumpu bolong hendaklah berada setinggi kurang dari 900 mm di atas sebarang tingkap atau lubang udara bangunan, serta jarak 3 m dari mana-mana cucur atap bangunan, tingkap atau lubang udara bangunan.
Bahagian atas paip bolong hendaklah ditutup dengan bebola dawai bagi mengelakkan sampah masuk ke dalam paip.



Memasang Paip Pembentung - Kaedah Papan Tolok

 

 Langkah kerja.

1. Menyiapkan papan yang dipotong mengikut kecerunan yang dikehendaki.
2. Kerja mengali dilakukan mengikut kecerunan.
3. Papan tolok digunakan pada tiap-tiap sambungan.
4. Paip pemebentung dilaraskan sehingga aras spirit  ditempatkan di atas papan tolok itu menjadi rata.
5. Setiap sambungan paip tersebut akan disambung dengan gasket dan ditutup dengan mortar.
5. Cara ini digunakan untuk memasang saluran yang pendek. Bagaimanapun kaedah ini tidak sesuai untuk pemasangan paip pembentung jarak yang panjang.

  





  


Bahan dan alatan
1. paip salir tanah liat
2. Penggali
3. Cangkul
4. Pita ukur 
5. Aras spirit 

Terdapat 2 kaedah memasang paip pembentung.
1. Kaedah menggunakan papan tolok.
2. Kaedah menggunakan rod aras

No comments:

Post a Comment