Pages

Tuesday, February 24, 2015

Mengawal masa dalam pembinaan



Mengawal masa dalam pembinaan

Masa adalah faktor yang amat penting untuk melaksana dan menyiapkan sesuatu kerja. Tanpa penjadualan masa yang baik, tidak mungkin sesuatu kerja itu dapat disiapkan dalam tempoh masa yang dikehendaki. Di dalam satu tempoh pembinaan yang mengambil masa yang telah ditetapkan, hendaklah ditetapkan jangkamasa-jangkamasa yang tertentu untuk melaksana dan menyiapkan setiap aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam pembinaan tersebut.

Sebagai contoh: Untuk membina sebuah rumah kediaman dalam tempoh lima bulan, maka hendaklah diberi masa untuk menyiapkan setiap aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan seperti kerja-kerja penggalian, kerja konkrit, kerja bumbung dan sebagainya. Setiap aktiviti ini perlulah ditetapkan masa agar ianya dapat disiapkan di dalam tempoh masa yang dikehendaki.

Setelah tempoh untuk menyiapkan sesuatu aktiviti ditetapkan, maka dapatlah difikirkan kaedah mana untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Jumlah pekerja serta peralatan dan  mesin yang digunakan boleh mempengaruhi tempoh masa yang ditetapkan.

Bagi memastikan kerja dapat disiapkan dalam masa yang dikehendaki, pemantauan terhadap pekerja juga hendaklah dilakukan. Ini adalah untuk memastikan pekerja menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka mengikut jumlah jam bekerja sehari dengan upah yang diberikan.


Pemantauan Dan Kawalan Projek Menggunakan Kaedah CPM

Kaedah aliran genting atau ‘critical path method’ (CPM) diperlukan sekiranya dirasai kerja-kerja pembinaan akan berlanjutan dan tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang dikehendaki. Melalui kaedah ini, perancangan boleh dibuat untuk mengatasi masalah tersebut.


Rajah-rajah rangkaian ‘critical path method’ (CPM)

Terdapat dua jenis utama rajah rangkaian CPM : rajah panah dan rajah ‘precedence’ (yang terdahulu). Latihan ini akan membincangkan proses perajahan secara logik terhadap panah-panah dan rajah-rajah terdahulu serta kaedah-kaedah asas bagi menentukan aktiviti-aktiviti projek.

Fasa pertama bagi CPM adalah perancangan. Sesuatu projek mestilah dipecahkan ke dalam aktiviti-aktiviti yang memakan masa.

Aktiviti adalah apa-apa elemen projek yang memerlukan masa penyiapan projek ataupun satu tugasan yang harus dicapai. Ini adalah satu langkah kerja yang dikenalpasti di dalam keseluruhan projek.
 

Sejauh mana dan setakat mana projek boleh dipecahkan kepada aktiviti-aktiviti banyak bergantung kepada pertimbangan-pertimbangan praktikal. Faktor-faktor berikut haruslah diambil kira semasa mendefinasikan aktiviti-aktiviti ini :

a.      Kawasan tanggungjawab yang berbeza, seperti kerja sub kontrak yang mana ianya berasingan secara langsung dari kerja yang dijalankan oleh kontraktor utama.
b.      Kategori kerja yang dikenalpasti dijalankan dan mengikut keperluan tukang atau geng kerja.
c.      Kategori kerja yang dikenalpasti dijalankan dan mengikut keperluan loji.
d.      Kategori kerja yang dikenalpasti mengikut bahan-bahan utama seperti konkrit, kayu atau besi.
e.      Pecahan-pecahan kecil yang boleh dikenalpasti secara jelas bagi kerja-kerja struktur seperti dinding, lantai, tiang dan rasuk (beam).
f.       lokasi kerja di dalam projek , yang memerlukan masa-masa yang berbeza bagi geng-geng kerja melaksanakannya.
g.      Pecahan tuan punya projek bagi tujuan penawaran atau bayaran.
h.      Pecahan kontraktor bagi tujuan anggaran dan perakaunan kos.
i.        Penghantaran bahan-bahan dan loji
j.        Kelambatan disebabkan cuaca, penghantaran bahan binaan atau mogok.
k.      Pemberian masa bagi pengerasan konkrit.

Aktiviti yang dipilih mungkin mewakili sebahagian besar ataupun langkah-langkah kecil berdasarkan kepada perincian yang diperlukan. Sebagai contoh, lantai konkrit mungkin sebagai satu aktiviti ataupun ianya boleh dipecahkan ke dalam beberapa aktiviti-aktiviti seperti memasang ‘formwork’, meletak besi tetulang, menuang konkrit, kemasan, pengerasan dan membentuk formwork.

Di dalam rajah rangkaian panah, symbol-simbol berikut menggambarkan satu aktiviti.








Setiap aktiviti boleh diterangkan mengikut nombor titiknya (20-25), tempoh (3) dan penerangan (tuang konkrit). Disebabkan setiap aktiviti didefinasikan, hubungan-hubungan urutan di antara aktiviti-aktiviti telahpun ditentukan. Hubungkaitan ini akan digunakan bagi melengkapkan rajah rangkaian logic.

Rajah rangkaian logic adalah intepretasi urutan-grafikal bagi tugasan yang diperlukan bagi menyiapkan projek

Rajah-rajah rangkaian menunjukkan hubungan serta saling memerlukan di antara satu tugasan dengan tugasan yang lain. Terdapat dua jenis utama rajah-rajah ini: anak panah dan yang terdahulu

Cara menulis bagi aktiviti di dalam rajah yang terdahulu  (precedence diagram) adalah seperti berikut:

Nombor aktiviti
Penerangan aktiviti
Tempoh aktiviti

Contoh:
100
Penuangan konkrit
3

Pada asasnya, rajah panah adalah peristiwa di atas panah dan rajah yang terdahulu adalah peristiwa di atas peristiwa di atas nod-nod.

Dua lagi definasi mungkin berguna di dalam memahami rajah-rajah rangkaian.

Peristiwa adalah satu batu tanda di dalam rajah anak panah atau satu aktiviti di dalam rajah: precedence”

Contoh:
Tuang konkrit









Aktivitinya ialah “tuang konkrit”. Di titik 25, peristiwanya ialah “konkrit telah siap dituang”

Tempoh bagi sesuatu aktiviti adalah masa bagi menyiapkan aktiviti tersebut

Tempoh adalah berdasarkan anggaran-anggaran dan boleh dinyatakan dalam apa jua unit masa yang berkaitan.

Bagi membentuk rajah rangkaian asas, beberapa panduan mungkin berguna

Peraturan-peraturan rajah rangkaian masa

-       Anak panah bergerak ke kanan
-       Apabila menomborkan titik-titik, pastikan nombor di hujung kepala anak panah adalah sentiasa lebih besar dari nombor do ekor anak panah.
-       Unjukkan hubungkaitan aktiviti yang betul (tidak lebih dan tidak kurang).
-       Anak panah menunjukkan arah pergerakan masa.
-       Panjang aktiviti anak panah tidaklah bergantung kepada tempohnya.
-       Gunakan “dummies” di dalam rajah anak panah bagi menunjukkan hubungkait yang betul.
-       Jangan membengkok dan membujurkan anak panah.
-       Gunakan perihal kerja dengan betul.
-       Gunakan titik anak panah yang terserlah.

Adalah mustahak supaya rajah-rajah anak panah dan “precedence” ini dilukis secara tertib dan jelas agar apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya dapat disalurkan dengan efektif dan tanpa apa-apa kekeliruan.

Di dalam hal-hal yang lebih praktikal, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bersama beberapa item asas yang yang diambil kira di dalam penyediaan rajah rangkaian CPM.


Langkah-langkah di dalam Penjadualan Aliran Genting

1.      Menyediakan senarai aktiviti-aktiviti projek
2.      Menganggarkan tempoh bagi setiap aktiviti
3.      Menentukan aktiviti-aktiviti yang mana saling mendahului yang lain.
4.  Melukis rajah rangkaian atau anak panah dengan aktiviti-aktiviti serta peristiwa-peristiwa dihubungkaitkan secara betul dan logik.
5.      Letakkan nombor pada peristiwa-peristiwa, serta memastikan bahawa nombor di kepala anak panah lebih besar dari nombor di ekor anak panah.
6.    Sediakan carta dengan garisan-garisan menegak dan mendatar yang mana disenaraikan di setiap aktiviti, bersama nombor yang diberikan, tarikh permulaan terawal, tarikh penyiapan terawal, tarikh siap terakhir dan jumlah ‘float’
7.      Tentukan aktiviti-aktiviti di dalam aliran genting.


Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan.

1.      Susunatur rajah adalah mengikut citarasa pengguna dan haruslah dikaji oleh individu yang akan bertanggungjawab terhadap projek.
2.      Rajah CPM mestilah memenuhi pelan-pelan dan spesifikasi, serta apa-apa halangan dari segi penghantaran bahan-bahan ataupun keperluan apa-apa logi khas.
3.      Pilihan aktiviti-aktiviti (prosedur bagi memecahkan item-item kerja) haruslah dipertimbangkan masa-masa berikut : tarikh milik tapak, tarikh mula, tarikh siap. Tempoh aktiviti.
4.      Dimasukkan sebagai satu aktiviti apa-apa item kerja yang memerlukan satu atau lebih perkara berikut :  Masa secukupnya, kos, logi, bahan-bahan atau jenis pemburuhan.
5.      Mestilah dikira tujuan penggunaan rajah kerja CPM supaya dapat menentukan tahap kesukaran atau keperincian yang terlibat.


Pengiraan-pengiraan masa CPM

Objektif rangkaian CPM adalah bagi memberi maklumat tentang ketetapan masa setiap aktiviti di dalam projek. Terdapat empat persoalan yang ditanya tentang sesuatu aktiviti.

  • Bilakah masa yang paling awal aktiviti tersebut boleh mula?
  • Bilakah masa yang paling awal aktiviti tersebut boleh siap?
  • Bilakah masa yang paling lambat aktiviti tersebut boleh mula?
  • Bilakah masa yang paling lambat aktiviti tersebut boleh siap?

Pengiraan-pengiraan masa bagi rangkaian CPM memberi maklumat ini. Bagi setiap aktiviti, empat jenis masa dikira: MULA AWAL, MULA AKHIR, SIAP AWAL dan SIAP AKHIR. Terma-terma ini didefidasikan seperti berikut:


MULA AWAL bagi sesuatu aktiviti adalah tarikh terawal bagi aktiviti tersebut bermula. Ianya bergantung kepada penyiapan aktiviti-aktiviti yang sebelum darinya.
SIAP AWAL bagi sesuatu aktiviti adalah tarikh terawal bagi aktiviti tersebut berakhir.
SIAP AWAL = MULA AWAL + TEMPOH atau SA = MA + T
MULA AKHIR bagi sesuatu aktiviti adalah tarikh terakhir bagi aktiviti tersebut boleh mula tanpa melambatkan penyiapan keseluruhan projek.
SIAP AKHIR bagi sesuatu aktiviti adalah tarikh terakhir bagi aktiviti tersebut boleh siap tanpa melambatkan penyiapan keseluruhan projek
SIAP AKHIR = MULA AKHIR + TEMPOH atau SAKR = MAKR + T

Rajah di bawah menunjukkan terma-terma ini secara grafik. Setiap aktiviti boleh diletakkan di dalam jenis hubungan ini. (Catitan: Tiada terdapat hubungan di antara SIAP AWAL dan MULA AKHIR) Sekiranya semua aktiviti diletakkan di posisi MULA AWAL, maka ini akan dikenali sebagai jadual SIAP AWAL. Sekiranya semua aktiviti diletakkan di posisi MULA AKHIR, maka ini akan dipanggil sebagai jadual MULA AKHIR.






 







  

Terdapat dua lagi terma-terma yang harus didefinasikan dan difahami sebelum menyelesaikan masalah praktikan, terma-terma itu iaitu, JUMLAH FLOAT dan FLOAT PERCUMA didefinasikan sebagai masa-masa kelambatan yang dibenarkan bagi aktiviti-aktiviti tidak kritikal.

JUMLAH FLOAT bagi sesuatu aktiviti adalah jumlah masa yang mana aktiviti tersebut boleh dilambatkan tanpa mengganggu tempoh projek atau tarikh penyiapan projek.

JUMLAH FLOAT = MULA AKHIR – MULA AWAL = SIAP AKHIR – SIAP AWAL
 atau
JF = MAKR – MA = SAKR – SA

FLOAT PERCUMA bagi sesuatu aktiviti adalah jumlah masa yang mana aktiviti tersebut boleh dilambatkan tanpa mengganggu permulaan awal aktiviti berikutnya.

FLOAT PERCUMA = MULA AWAL (aktiviti berikut) – SIAP AWAL (aktiviti berkenaan)
 atau
FP = MA (ab) – SA (ak)

Terma-terma ini ditunjukkan di dalam rajah 1 secara grafik. Kini, terma-terma asas pengiraan sudah didefinasikan dan akan menjadi lebih jelas melalui latihan masalah seperti di rajah 2.

Pengiraan masa pertama dibuat secara menyerah pengiraan ke hadapan yang mana akan menentukan tempoh bagi penyiapan projek. Tempoh jangkauan masa didpati dengan melalui rangkaian tersebut bagi mendapat satu rantaian aktiviti berterusan, yang bermula di titik pertama dan mengambil jumlah masa yang paling lama. Bagi kaedah serahan kehadapan ini, terdapat dua (2) peraturan asas.

Pengiraan serahan kehadapan

  • Bagi setiap aktiviti, tambah MULA AWAL bagi aktiviti berkenaan kepada TEMPOH dan letakkannya di bawah titik di kepala anak panah.
  •  Bagi titik-titik yang mana dua atau lebih aktiviti memasuki satu titik, pilih yang TERBESAR di antara nombor-nombor. Ini adalah masa-masa SIAP AWAL bagi aktiviti-aktiviti sebelumnya.

Masa permulaan bagi aktiviti pertama adalah “0”. Pengiraan serahan kehadapan adalah seperti di rajah 3. Ini memberitahu kita bahawa tempoh projek adalah bersamaan 17 unit masa. MULA AWAL dan SIAP AWAL boleh dikira bagi setiap aktiviti juga. MA bagi setiap aktiviti adalah nombor di bawah titik di ekor panah aktiviti dan dari definasi: SA = MA + T. Carta 1 adalah carta yang dibangunkan dari rajah 3 dan hubungan SA = MA + T. langkah seterusnya adalah pengiraan serahan kebelakang. Terdapat beberapa peraturan di dalam serahan kebelakang ini.

Pengiraan serahan kebelakang

  • Bagi setiap aktiviti, tolak TEMPOH aktiviti dari SIAP AKHIR. Di dalam carta, SIAP AKHIR adalah nombor di atas titik pada kepala anak panah aktiviti.
  •  Bagi titik-titik yang mana dua atau lebih aktiviti memasuki satu titik, pilih yang TERKECIL di antara nombor-nombor. Nombor ini akan menjadi SIAP AKHIR bagi seterusnya. Aktiviti-aktiviti dan MULA AKHIR bagi aktiviti seterusnya.


Aliran Genting (Critical Path)

Definasi terakhir bagi pengiraan masa adalah definasi aliran genting atau kritikal

ALIRAN GENTING di dalam rangkaian anak panah adalah jalan atau aliran terpanjang sekali. Semua aktiviti di atas aliran kritikal ini tidak mempunyai masa float.


Nama aliran kritikal datang dari maksud mana setiap aktiviti di atas aliran ini mestilah disiapkan dalam masanya atau tempoh penyiapan projek akan menjadi lambat. Kadang-kala, aliran ini ditandakan dengan garisan yang dihitamkan tebal.



  
AKTIVITI
I
j
T
MA
SA
A
1
2
2
0
2
B
2
3
3
2
5
C
2
4
5
2
7
D
4
5
0
7
7
E
4
6
3
7
10
F
5
7
3
9
12
G
6
8
2
10
12
H
7
9
1
12
13
I
8
9
2
12
14
J
9
10
3
14
17

Carta 1



Pengiraan masa bagi rajah “precedence” adalah sama seperti yang dilakukan ke atas rajah anak panah dengan sedikit pengubahsuaian. Sebagai contoh, rajah-rajah anak panah sebelum iniditunjukkan sebagai pengiraan masa rajah “precedence” kecuali beberapa perbezaan.

Bagi penyerahan ke hadapan, masa SA dibawa dari bucu bawah kanan aktiviti sebelumnya ke bucu bawah kanan aktiviti berikut tanpa apa-apa pindaan. Jadi, MULA AWAL bagi aktiviti-aktiviti berikutnya adalah sama dengan MULA AWAL aktiviti-aktiviti sebelumnya.

Bagi penyerahan ke belakang, SAKR dibawa dari bucu atas aktiviti berikutnya ke bucu atas kanan aktiviti sebelumnya tanpa apa-apa pindaan. Jadi, SIAP AKHIR  bagi aktiviti-aktiviti sebelumnya adalah sana dengan MULA AWAL aktiviti-aktiviti berikutnya.












 































No comments:

Post a Comment