Pengenalan
Proses pembinaan
bangunan meliputi segala aktiviti yang dilakukan di tapak binaan untuk memenuhi
segala kehendak lukisan dan penentuan yang terkandung dalam sesuatu dokumen
kontrak binaan.
Sebelum memulakan
kerja-kerja binaan di tapak, kontraktor perlu menyediakan perancangan kerja
yang lengkap. Proses pembinaan bangunan melibatkan banyak jenis kerja yang
memerlukan kemahiran yang berlainan. Oleh itu perancangan kerja perlu dibuat
untuk mengawasi kemajuan kerja dan membandingkan kemajuan kerja di tapak dengan
kemajuan yang sepatutnya dicapai.
Kaedah-kaedah
pembinaan bangunan
Sebelum kerja-kerja
sesebuah bangunan dapat dijalankan, tapaknya mestilah dikenal pasti,
sempadannya ditentukan dan kawasannya dibersihkan. Kerja menandakan kedudukan
bangunan dikenali sebagai merancang tanda.
Pelan tapak bangunan
mestilah diteliti untuk mengetahui kehendak-kehendak arkitek sebelum merancang
tanda dimulakan. Tapak bangunan perlu diaras terlebih dahulu untuk mengetahui
berapa banyak tanah yang perlu dipotong atau ditambah dan juga menentukan
pemandangan daratan. Pengarasan ini biasanya dilakukan oleh juru ukur
menggunakan alat laras dan stafnya. Setelah pelan kedudukan bangunan
ditafsirkan, kedudukan ini hendaklah ditanda pada tapak bina dengan pancang
pada kedudukan yang tertentu.
Setelah kedudukan
tembok bangunan ditandakan, tindakan harus diambil untuk mengekalkan
tanda-tanda ini. Pancang didirikan di sekeliling garisan bangunan dengan jarak
sekurang-kurangnya 1.2m dari garisan tersebut. Jarak ini diperlukan supaya
pancang tidak menjadi halangan semasa kerja pembinaan dijalankan. Tanda-tanda
ini hendaklah dibuat secara kekal dengan memaku ataupun menggergaji supaya
tidak mudah hilang. Pancang ukur boleh dibuat di sekeliling bangunan ataupun
pada penjuru-penjuru bangunan sahaja.
Proses penyediaan dokumen tender
Untuk membuat
dokumen tender. Ia perlu melalui beberapa prosedur yang patut dipatuhi. Setelah
pihak guaman berpuas hati terhadap prosedur kerja, tender akan dikeluarkan
untuk memilih kontraktor yang layak bagi melakukan kerja. Pelawaan untuk
memasuki tender ini hanya kepada kontraktor yang layak sahaja. Amnya tender
bolehlah diertikan sebagai “satu kenyataan yang dicadangkan kepada pihak
lain untuk melaksanakan kerja disamping mendapat persetujuan daripada pihak
yang membuat cadangan”.
Proses ini
mungkin memakan masa yang lama kerana ia akan melalui banyak proses sebelum
seseorang kontraktor yang benar-benar layak dipilih. Apabila dokumen tender
telah siap disempurnakan, proses menjemput penawaran.
Dokumen tender
mestilah memenuhi keperluan asas seperti berikut:
i.
Peruntukan-peruntukan di
dalam dokumen tender mestilah menjadi asas bagi satu kontraktor yang boleh
dilaksanakan oleh kontraktor-kontaktor tidak boleh diberikan tugas yang
mustahil untuk dilakukan
i.
Peruntukan di dalam
dokumen tender mestilah menggambarkan perolehan mengikut tatacara yang
dituliskan oleh kerajaan dan mestilah merangkumi dasar-dasar kerajaan yang
terbaru.
ii. Kerja yang ditentukan mestilah memenuhi kehendak-kehendak yang nyata dan
lain Jabatan / Kementerian Pelanggang.
iii. Kerja untuk dilaksanakan mestilah didefinasikan dan ditentukan dengan jelas
dan tepat, dokumen tender mestilah bebas dari sebarang kesamaran dan
percanggahan.
iv. Kerja yang ditentukan mestilah memenuhi kehendak-kehendak JKR dari segi
standart rekabentuk dan pembinaan.
Peringkat Penyediaan Dokumen Tender
Terdapat dua
peringkat utama di dalam proses menender itu:
1) Pra tawaran (Pra-tendering)
2) Selepas tawaran (post-tendering)
Dalam peringkat
pra tawaran, terdapat beberapa pekara iaitu:
1) Anggaran dan kajian mungkinan
2) Penyediaan dokumen tender
3) Memanggil tender
4) Pembukaan dan penutup tender (tawaran)
Dalam peringkat ‘post’ tender ;
1) Penilaian tawaran - tidak semestinya tawaran yang paling rendah akan
dipilih
2) Membuat laporan tawaran - Penerimaan
terletak di tangan pelanggan itu sendiri.
3) Penerimaan dan penolakan tawaran
a) Untuk layak tender,
kontraktor-kontraktor mestilah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
dan juga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kerja pembinaan
diserahkan kepada kontraktor dengan satu ikatan.
b)
Penyediaan dokumen
tender akan dikeluarkan apabila pihak
majikan selesai memberi komen dan penelitian dan penyediaan yang menepati
kehendak majikan.
c)
Penyediaan dokumen
tawaran disediakan oleh Juru Ukur Bahan dimana ia mengandungi borang tawaran (Form Of Tender) termasuk spesifikasi dan
syarat-syarat am kontrak.
Jenis Tawaran
Ada beberapa
jenis tawaran / tender yang biasa digunakan di dalam negara kita. Di antara
ialah seperti tawaran terbuka, tawaran terhad atau terpilih, tawaran
perundingan dan tawaran pra kelayakan. Biasannya JKR akan mengeluarkan tawaran
di papan-papan tender JKR atau pun di meja perundingan.
Dokumen Tawaran
Dokumen tawaran
ialah dokumen yang disediakan adalah untuk kegunaan pemborong binaan bagi
meletakkan harga tawarannya.
Proses Jemputan Dan Pemilihan Tawaran
1. Penutupan tawaran - dokumen tawaran yang telah diisi dan dipenuhkan
hendaklah dimasukan ke dalam peti tawaran sebelum tarikh tutup tawaran dan
tertakluk kepada jenis tawaran tersebut.
2. Penerimaan tawaran - semua tawaran akan dibuka oleh jawatankuasa pembukaan tawaran dan disenarai mengikut
harga tawaran. Kesemua tawaran ini akan diserah kepada cawangan-cawangan atau
pengarah yang bertangungjawab memanggil tawaran tersebut.
3. Borang penerimaan tawaran:- dalam borang penerimaan tawaran, biasanya mengandungi
butir-butir berikut:
a) Butir-butir mengenai kontrak
b) Harga tawaran diterima
c) Tarikh permulaan kerja
d) Jumlah wang cagaran prestasi yang dikehendaki
e) Polisi-polisi insurans yang perlu diambil
Sebaik sahaja
kontraktor yang berjaya itu menerima surat penerimaan tawaran, maka ikatan
perjanjian kontrak pun terjalin.
Estimate
Contoh 1: Anggaran
Bata
Bilangan bata
yang diperlukan dalam pembinaan tembok bangunan dihitung berdasarkan kepada
luas permukaan 1 meter persegi dan ½ tebal bata.
1 meter persegi = 1000
mm x 1000 mm
Muka sisi bata = 225
mm x 75 mm
Bilangan bata = 1000
x 1000 / 225 x 75 = 59.259
= 60 biji bata.
Luas tembok
|
1 m persegi
|
|||
Tebal tembok
|
½ bata
|
1 bata
|
1 ½ bata
|
2 bata
|
Bil. Bata
|
60
|
120
|
180
|
240
|
Jadual bilangan bata
Contoh pengiraan bata :
Bina sebuah
tembok ½ bata tebal, 8 m panjang dan 3 m tinggi?
Jawapan :
Luas tembok = Panjang x Tinggi
= 8 m x 3 m
= 24 m²
Bilangan bata = Luas tembok x Jumlah bata dalam
1 m²
= 24 x 60
= 1440 Biji
Contoh 2: Pengiraan jubin
Saiz jubin 8”x8”
dipasang pada lantai dengan keluasan 25m². Kira jumlah jubin yang diperlukan
dan sekiranya upah pemasangan RM1.80 sekaki persegi. Berapakah jumlah kos untuk
upah kerja?
Maklumat
- Luas lantai 25m²
- Saiz jubin 8”x8”
- Upah RM 1.80 / ka²
Pengiraan
·
Jumlah jubin: Saiz jubin 8”x8” = 64in² @ 0.4ka² @ 0.04m²
Jumlah
jubin 8”x8” = jumlah luas lantai
luas sekeping jubin
=
625 pcs
·
Jumlah kos: Luas
lantai = 25m² @ 269.1ka²
Jumlah kos =
269.1ka² x RM 1.80
=
RM 484.38 @ RM 500.00
Contoh 3: Anggaran
Konkrit
Konkrit dihitung
dalam meter padu (m³) dan segala ukuranya adalah dalam
meter (m). Isipadu konkrit dikira mengikut lebar x panjang x tebal. Bahan-bahan
yang dijadikan konkrit iaitu simen, pasir dan batu baur, juga dianggarkan dalam
meter padu. Simen juga boleh dihitung dalam bilangan beg berdasarkan 1 beg = 50
kg = 0.035 m³.
Simen
|
Nisbah
bancuhan
|
Konkrit
(m³)
|
1
|
1 : 2 :
4
|
0.151
|
1
|
1 : 2½ :
5
|
0.176
|
1
|
1 : 3 :
6
|
0.203
|
1
|
1 : 4 :
7
|
0.262
|
Jadual Nisbah bancuhan konkrit
Konkrit ini hendaklah
dibancuh dengan mesin penggaul. Bancuhan yang dilakukan dengan tangan
dikehendaki 10% simen tambahan untuk mencapai kekuatan yang sama.
Contoh
pengiraan konkrit :
Anggarkan bahan-bahan
yang diperlukan untuk membina lantai
konkrit 4 m x 5 m x 100 mm tebal. Nisbah bancuhan konkrit ialah 1:2:4.
Jawapan :
Isipadu konkrit padat = 4
x 5 x 100
1000
= 2.0 m³
Isipadu
bahan-bahan kering = 2.0 x 1.5
= 3.0
m³
Isipadu simen = 3.0 x 1
(1+2+4)
= 0.43 m³
Bilangan beg
simen = 0.43
0.035
= 12.3 (13 beg)
Isipadu pasir = 3.0 x 2
(1+2+4)
= 1.72 m³
1.0
Kerja
awalan (preliminaries)
Untuk
membina sesebuah bangunan, berbagai kerja harus dilakukan dan setiap kerja
hendaklah diaturkan supaya dapat dilaksanakan kerja-kerja pembinaan dengan
licin dan pembinaan dapat disiapkan dalam tempoh perjanjian dengan pelanggan. Kerja awalan adalah satu kerja yang dilakukan sebelum
sebarang kerja yang berkaitan dengan pembinaan bagi sesebuah struktur bangunan.
Kerja-kerja awalan terbahagi kepada beberapa bahagian:-
1.1
Perancangan
Setiap aktiviti kerja
pembinaan memerlukan masa dan sumber-sumber pembinaan seperti pekerja, loji dan
bahan. Masa merupakan satu faktor penting dalam projek pembinaan. Matlamat
perancangan projek binaan adalah untuk menyiapkan projek tersebut dalam jangka
masa yang ditetapkan.
1.1.1
Perlaksanaan kerja
Sebarang projek
pembinaan boleh dianggap sebagai satu himpunan kerja. Aktiviti tersebut
termasuklah penyediaan tapak, kerja tanah, kerja struktur asas dan kerja-kerja
“setting out”. Setiap kerja
memerlukan masa dan sumber pembinaan iaitu pekerja, loji dan bahan. Masa
merupakan faktor penting dalam sektor pembinaan. Matlamat perancangan projek
pembinaan adalah siap dan berkualiti. Namun demikian perancangan haruslah
mengambil kira sumber pekerja, loji supaya kos yang terlibat dapat dihadkan.
Dengan itu, sebarang teknik perancangan adalah bertujuan menyusun semua kerja
supaya projek dapat dilaksanakan mengikut jadual atau turutan dalam kritikan (path method) apa yang lebih penting
adalah memastikan bahawa susunan tersebut mesti mencapai matlamat perancangan,
iaitu menyiapkan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.
1.1.2 Penglibatan
kakitangan tapak
Kakitangan tapak
seperti pengurus atau jurutera tapak, penyelia, kepala tukang dan lain-lain
hendaklah mengambil bahagian dalam proses perancangan daripada peringkat
permulaan lagi.
1.1.3 Pengetahuan
tentang teknik
Kakitangan yang ditugaskan
untuk merancang dan melaksanakan aturcara hendaklah mempunyai pengetahuan yang
mencukupi tentang kaedah dan teknik yang hendak digunakan.
1.1.4 Kesesuaian
teknik
Carta bar sesuai
untuk projek yang kecil dan sederhana saiznya. Analisis rangkaian pula sesuai
untuk projek yang besar dan kompleks. Manakala garisan perseimbangan sesuai
untuk kerja binaan yang berulangan seperti tingkat-tingkat lantai dalam
bangunan tinggi atau unit-unit rumah dalam projek perumahan yang besar.
1.1.5 Kaedah dan alat-alat pembinaan
Perancangan
khidmat binaan yang mencukupi dan berkesan memerlukan pengetahuan lengkap mengenai kaedah,
alat-alat dan loji-loji pembinaan yang disarankan. Bentuk khidmat yang boleh
diberikan oleh kemudahan-kemudahan ini mustahak diketahui dengan jelas. Operasi
yang terus-menerus tanpa sebarang gangguan daripada kemudahan-kemudahan ini
adalah perlu, terutamanya dalam sesuatu projek yang besar. Penyelarasan
berbagai-bagai fasa pembinaan perlu dirancang dan perlu diikuti kerana sebarang
gangguan yang terjadi akan mengakibatkan
penangguhan yang serius dan loji serta buruh-buruh di tapak bina menjadi
tidak prodaktif.
1.1.6 Buruh
Pengambilan
pelbagai kategori dan bilangan buruh mahir dan tidak mahir memerlukan
perancangan dan pemikiran yang teliti. Untuk kebanyakan projek binaan yang
besar, adalah perlu mengambil dan mengekalkan sebilangan buruh tetap sepanjang
jangka masa pembinaan; buruh sementara di ambil apabila difikirkan perlu.
Kemudahan-kemudahan seperti tempat tinggal, bekalan air, tempat memasak, tempat
rehat, khidmat kesihatan dan kumbahan hendaklah di sediakan bagi mewujudkan
suasana yang selesa dan tenaga kerja yang sihat dan cekap. Peraturan tempatan
bersabit dengan perjawatan buruh mesti di ikuti, seperti masa kerja, kadar gaji,
elaun lebih masa, sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (K.W.S.P.),
Pampasan pekerja, SOCSO dan lain-lain lagi.
1.1.7 Keselamatan
Semua pekerja
mestilah mengikuti peraturan keselamatan piawai semasa mengendali logi dan alat
ditapak bina dan mesti mempunyai kelayakan yang sesuai, terutamanya untuk
mengendalinya jentera elektrik dan janakuasa. Pekerja-pekerja di tapak bina
yang besar mestilah dibekalkan dan memakai topi keledar dan but. Pengawasan
khusus mesti dikuatkuasakan untuk kerja-kerja meletup, penggalian dalam, kerja
penerowongan, bangunan tinggi, dan kerja-kerja di sungai atau laut. Keselamatan
terhadap bahaya kebakaran perla juga diperhatikan. Bagi melindungi kaum pekerja apabila berlaku kemalangan,
selalunya mereka perlu diinsurankan melalui Polisi Insurans pampasan pekerja
seperti yang dikehendaki dalam syarat-syarat kontrak (Contract Conditions). Loji-loji dan alat-alat juga perlu
diinsurankan sebagai langkah perlindungan sekiranya berlaku kerosakan atau
kehilangan.
1.1.8 Kemudahan
bekalan
Kemudahan-kemudahan
berikut selalunya diperlukan ditapak bina iaitu bekalan elektrik, air, dan
kemudahan telefon. Kemudahan ini amat penting dalam membantu perjalanan kerja
di tapak bina kerana dengan adanya kemudahan ini kerja-kerja di tapak bina
dapat berjalan dengan lancar. Contohnya: bekalan air diperlukan untuk minum,
memasak, membasuh, penyejukan, pengalih haba (radiator), menggaul konkrit, memadam kebakaran dan lain-lain lagi.
1.2
Pembersihan tapak
Kerja pembersihan
tapak melibatkan kerja-kerja pembuangan pokok, batu-batan, sampah-sarap,
tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Segala barang buangan mestilah dibuang jauh
daripada tapak bina. Bahan ini boleh menyebabkan kerosakan seperti pemendekan,
keretakan dan sebagainya. Kawasan pembinaan hendaklah dibersihkan
dahulu daripada segala tumbuhan yang
terdapat di sekitarnya. Tumbuhan-tumbuhan ini dibersihkan dengan menggunakan
jentolak. Kerja ini dilakukan dengan teliti untuk memastikan ianya tidak
tertinggal seperti akar-akar yang boleh tumbuh semula.
Tinggalan binaan
lama seperti bangunan separuh kekal yang dibina daripada konkrit dan kayu.
Sementara itu, batu-batu besar perlu dikeluarkan jika terdapat di tapak. Kaedah
letupan juga mungkin digunakan jika jentolak gagal untuk mengalihkan batu
tersebut. Kerja meletupkan dan membersihkan batu ini juga biasanya diserahkan
kepada kontraktor kecil yang pakar dalam bidang ini.
1.3 Kerja meroboh
Kerja-kerja
meroboh dilakukan apabila terdapat bangunan lama dikawasan pembinaan yang
hendak dirancang. Kerja meroboh dilakukan dengan menggunakan jentera berat
seperti excavator.
1.4 Kerja setting out
Kerja “setting out” dilakukan
oleh Juru Ukur yang berpengalaman. Kerja ini merangkumi:-
a. Mendapatkan plan dari Jabatan Ukur.
b. Mencari batu sempadan.
c. Kerja ukur aras.
d. Mengenal pasti kerja penambakan dan pemotongan (cut and fill).
e. Mengukur blok bangunan.
f. Menanda sempadan bagi bangunan yang akan dibina.
g. Ukuran blok bagi menanda ‘point’
bagi tiang untuk bangunan.
1.5
Mengenal pasti kedudukan batu dan garis sempadan
Berpandukan pelan
kerja ukur (survey plan) yang biasa
disediakan oleh juru ukur yang bertauliah dan berlesen, akan dapat menentukan
kedudukan tapak dan aspek teknikal yang mana di dalam pelan tersebut telah
ditetapkan segala maklumat-maklumat berkaitan.
1.6 Kerja pembuangan ‘top soil’
Selepas kerja pembersihan, tanah atas dibuang kerana kekuatan tanah adalah
lemah. Pembuangan top soil dibuat dengan menggunakan excavator. Lapisan tanah
yang di buang setebal 6 inci. Tanah subur akan digunakan untuk kerja-kerja
penanaman rumput apabila kerja pembersihan siap.
1.7 Kerja korekan dan tambakan
Kerja ini biasanya dibuat ke atas kawasan rendah. Tanah mestilah tidak
bercampur dengan ‘top soil’ atau
sampah sarap. Pemadatan mestilah melebihi paras yang dikehendaki kerana tanah
akan mendap.
1.8 Merancang
tanda tapak
Sebelum kerja-kerja pembinaan sesebuah bangunan dapat dijalankan, tapaknya
mestilah dikenal pasti, sempadannya ditentukan dan kawasanya dibersihkan. Ini
adalah untuk mengetahui garisan bangunan dan memudahkan kerja-kerja penanda
bagi lubang asas. Kerja menanda kedudukan bangunan dikenali sebagai merancang
tanda tapak. Ia melibatkan kerja-kerja seperti berikut:-
1.8.1 Mentafsir
pelan tapak
Pelan tapak
bangunan mestilah diteliti untuk mengetahui kehendak-kehendak arkitek sebelum merancang tanda dimulakan. Ia
memberi bantuan dalam perancangan yang lebih berkesan dan menguntungkan.
Pentafsir hendaklah mengambil kira pekara-pekara berikut:
a. Skala, anak panah utara, aras datum, tarikh ukur tanah
b. Garisan semapadan
c. Kedudukan bangunan dan struktur lain seperti asas, tembok, pagar, tangga,
dan lain-lain.
d. Keadaan jiran bangunan, jalan, saliran air dan sebagainya.
e. Kedudukan sungai, paya, lombong dan lain-lain lagi yang berdekatan.
f. Kemudahan-kemudahan paip air, bekalan elektrik, telefon, paip gas,
pembentung awam dan sebagainya.
g. Kontur dan kecerunan tanah tapak.
1.8.2 Mengaras
Tapak bangunan perlu diaras terlebih dahulu untuk mengetahui berapa banyak
tanah yang hendak dipotong atau ditambah
untuk menentukan pemandangan daratan. Pengaras ini biasanya dilakukan oleh juru
ukur menggunakan alat laras bersama stafnya.
1.9
Susun atur tapak bina
Susun atur tapak
harus dibuat untuk menempatkan kedudukan pejabat, rumah kongsi, tempat letak
loji dan lain-lain lagi.
1.9.1 Kedudukan
pejabat tapak dan kongsi pekerja
-
Kedudukan pejabat harus diatur agar senang
dimasuki oleh mereka yang terlibat.
-
Sebaik-baiknya berdekatan jalan masuk
-
Saiz dan reka bentuk pejabat tapak bergantung
kepada saiz projek.
-
Keperluan kongsi bergantung kepada jumlah
pekerja-pekerja.
1.9.2 Tempat letak
kereta
-
Tempat letak kereta diperlukan oleh
kakitangan tapak. Biasanya, ia ditempatkan berdekatan dengan pejabat tapak.
-
Selain itu, tempat letak kereta juga perlu
untuk pihak-pihak lain yang berurusan dengan projek tersebut seperti pembekal
bahan, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain.
1.9.3 Setor tapak
dan kantin
-
Setor-setor harus terkawal dan terletak
berdekatan pejabat tapak.
-
Lazimnya dibuat daripada bangsal kayu
berkunci.
-
Kantin dan kemudahan kebajikan juga perlu
dibina.
1.9.4 Lokasi
sesalur bekalan perkhidmatan tapak bina
-
Sambungan sesalur paip air untuk kegunaan
pejabat tapak, kongsi, dan “stand pipes” untuk membancuh konkrit dan
mortar.
-
Perkhidmatan telefon sementara untuk kegunaan
pejabat dan pekerja.
-
Bekalan elektrik sementara untuk kegunaan
pejabat, kongsi, setor dan sebagainya.
1.9.5 Jalan masuk
-
Jalan masuk dan jalan keluar sebaiknya satu
laluan sahaja.
-
Papan tanda petujuk bagi memudahkan
pergerakan kenderaan dan logi.
-
Pastikan kedudukan kemudahan seperti paip
air, peparit dan jarak dengan binaan tidak menghalang pergerakan loji-loji.
1.9.6 Pagar
“hoarding”
-
Untuk melindungi kawasan projek dan
keselamatan orang awam.
-
Pagar boleh dibuat menggunakan dawai
berangkai, papan beserta “mesh reinforcement” jenis febrik diantara dua
muka, bingkai kayu dengan permukaan plywood dan sebagainya.
1.9.7 Papan tanda pembinaan
- Kontraktor hendaklah mengadakan, mendirikan, mengecat dan menyenggara satu
papan tanda di dalam Bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan
yang berkenaan atau seperti yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.
- Papan tanda hendaklah didirikan di tempat yang nyata di tapak bina seperti
yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa.
2.0 Pembinaan struktur
Struktur
merupakan bahagian terpenting dalam sesebuah bangunan kerana ia perlu
menanggung beban utama seperti beban mati, beban kenaan dan beban daripada
tindakan daya-daya luaran seperti angin. Oleh itu, pembinaannya mestilah kukuh
dan kuat bagi menjamin ketahanan dan keselamatan penggunaanya.
2.1 Asas
Asas merupakan
unsur bangunan yang terletak di bawah sekali yang berperanan untuk memindahkan
segala beban bangunan ke lapisan tanah di bawahnya dengan selamat. Binaan asas
perlu mengambil kira bukan sahaja beban yang digalasnya tetapi juga keadaan
tanah. Asas mengandungi struktur bangunan di bawah tanah termasuk penapak dan
cerucuk digunakan. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan tindakan khusus
supaya cukup kukuh dan kekal untuk
menanggung segala beban di atasnya.
Oleh sebab asas
terletak di dalam tanah, ia perlu kukuh dan dapat berfungsi selagi bangunan
yang digalasnya masih berguna. Asas perlu dibina dengan kukuh dan tahan lama
walaupun asas terletak dalam tanah yang mungkin mengandungi air dan bahan kimia.
Sebarang kegagalan asas akan memberi kesan terhadap struktur bangunan dan
seterusnya bahagian-bahagian yang lain.
2.1.1 Fungsi
Asas
a) Mengagih beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tanah yang lebih luas.
b) Menghindari daripada kerosakan dari bahan sulfat dan bahan lain.
c) Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.
d) Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu.
e) Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya.
f) Menghindari daripada kerosakan dari bahan sulfat dan bahan lain.
2.1.2
Faktor Yang Mempengaruhi Rekabentuk Dan Saiz Asas
a) Keadaan fizikal tanah, keupayaan tanggungan galas
b) Beban bangunan termasuk beban hidup, beban mati dan beban angin.
c) Ekonomi - perbandingan kos di antara jenis-jenis asas yang boleh digunakan.
d) Sifat dan jenis bangun
.
2.1.3 Jenis-jenis asas
Asas dapat
diperoleh dalam berbagai-bagai bentuk mengikut keperluan dan kesesuaian. Antara
jenis-jenis utama yang biasa digunakan ialah asas pad, asas jalur, asas rakit
dan asas cerucuk.
Jenis-jenis asas
2.1.3.1
Asas Pad
Asas pad
merupakan jenis asas yang biasa digunakan untuk binaan rumah atau bangunan satu
tingkat dan dua tingkat. Semua beban bangunan akan dipindahkan ke tanah melalui
tiang dan seterusnya melalui asas pad. Jumlah beban yang lebih besar memerlukan
saiz asas pad yang lebih besar juga. Ketebalan asas pad bertambah mengikut
pertambahan keluasannya.
Asas pad biasanya
dibina daripada konkrit bernisbah 1:2:4 - 20 mm. Keluli tetulang digunakan
untuk memperkukuhkan binaan dan jenis tetulang yang digunakan ialah bar
tegangan tinggi.
Proses Pembinaan Asas Pad
1. Penandaan dibuat dengan site rail
untuk menentukan kedudukan asas.
2. Kerja pengorekan akan dilakukan.
3. Kerja pemasangan kotak bentuk.
4. Lean konkrit ( sebelum perletakkan besi ) ditempat ke dalam kotak bentuk
dengan penutup konkrit.
5. Tetulang untuk stump dipasang pada tetulang asas.
6. Pengikat dipasang pada tetulang stump.
7. Konkrit dituang dan dipadat.
8. Kotak bentuk akan dibuka selepas 4
atau 5 hari
2.1.3.2
Asas Jalur
Asas jalur
digunakan dalam bangunan yang mempunyai struktur dinding galas beban. Daripada
struktur ini, semua beban bangunan iaitu beban mati, beban hidup dan beban
angin dipindahkan menerusi dinding. Oleh sebab itu, asas jalur perlu dibina di
bawah sepanjang dinding galas beban.
Asas jalur
biasanya dibina daripada konkrit bernisbah 1:3:6 – 40 mm. Asas jalur
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Asas jalur biasa - digunakan untuk bangunan setingkat
dan dua tingkat.
- tanah mestilah kukuh dan tidak mengecut.
Asas jalur lebar - diperlukan apabila keupayaan galas
beban tanah rendah.
- biasanya
asas jalur lebar dibina mengunakan tetulang.
Asas jalur dalam - digunakan pada tanah yang mengandungi
kelodak.
- juga digunakan pada tanah liat yang mengecut dan
mengembang.
- asas ini lebih teguh dan menjimatkan.
- asas ini mempunyai kelebaran yang lebih daripada tebal
dinding.
Proses pembinaan asas jalur
1. Pengorekan peparit - menggunakan pengorek kaut.
-
saiz parit mestilah betul seperti yang
dikehendaki.
-
sisi korekan perlu teguh dan rata.
2. Kerja konkrit - konkrit
yang digunakan ialah konkrit siap campur.
-
permukaan atas konkrit perlu diratakan.
2.1.2.3 Asas Rakit
Asas rakit dibina meliputi keseluruhan atau sebahagian
asas tapak. Beban
bangunan akan dipindahkan menerusi lantai, asas rakit dan seterusnya ke
lapisan tanah. Penggunaan asas rakit adalah lebih murah jika dibandingkan
dengan penggunaan asas pad yang meliputi 80% daripada keluasan tapak sesuatu
bangunan. Asas rakit dibahagikan kepada tiga mengikut reka bentuk dan binaan
iaitu:
Papak padu - terdiri daripada papak konkrit
padu bertetulang
- papak yang lebih
tebal diperlukan untuk bangunan yang lebih
besar.
- papak ini diperkuatkan dengan keluli tetulang.
Rasuk dan papak - lebih ekonomi sekiranya ketebalan papak melebihi 305mm.
Bersel - tebal asas melebihi 1m.
- diperlukan sekiranya ketegaran yang
lebih besar bagi mengelak enapan.
2.1.2.4 Asas Cerucuk
Asas cerucuk merupakan sejenis asas yang memindahkan
beban ke lapisan tanah yang lebih dalam menerusi cerucuk di dalam tanah. Salah
satu cerucuk yang biasa digunakan ialah cerucuk terhentak konkrit pratuang.
Cerucuk tersebut akan dihentak mengikut kehendak lukisan dan penentuan yang
telah ditetapkan. Setiap lebihan cerucuk yang telah ditandakan dengan garis
merah perlu dipotong untuk pembinaan tukup cerucuk (pile cap).
2.2 Rasuk Bawah
Rasuk bawah (ground beam) merupakan struktur yang paling bawah selepas
penapak. Pembinaannya mestilah kukuh kerana ia perlu menanggung beban untuk
dipindahkan ke bumi melalui tapak asas dan cerucuk.
2.2.1 Proses dan kaedah
pembinaan
Kotak bentuk boleh dibina terus di
atas tanah setelah kerja pengorekan peparit untuk rasuk bawah siap.
Setelah kesemua papan dinding rasuk dipasangkan,
kayu yang panjang saiz 1”x2” hendaklah dipakukan di bawah sisi papan dinding
rasuk untuk mengapit atau mengunci papan dinding rasuk supaya ia tidak pecah
apabila konkrit dituangkan ke dalam kotak bentuk rasuk.
Setelah
kotak bentuk siap dibina, kerja-kerja seterusnya boleh dimulakan iaitu:
-
Kerja meletakkan besi tetulang ke dalam acuan
boleh dibuat setelah acuan tersebut dipastikan benar-benar kukuh.
-
Pastikan kedudukan tetulang tidak bersentuhan
dengan acuan dengan menggunakan peruang (spacer).
-
Dengan nisbah bancuhan konkrit 1:2:4, kerja
dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa orang pekerja konkrit.
-
Mesin yang digunakan ialah mesin pembacuh
simen (mixer), dan peralatan mesin
penggetar.
2.3 Tiang
Tiang juga tergolong dalam kumpulan superstructure yang perlu menanggung atau menatang tiga beban utama
iaitu beban mati, beban kenaan dan beban daripada tindakan daya-daya angin.
2.3.1 Proses dan kaedah
pembinaan
Pada permulanya, papan lapis
yang digunakan untuk membuat kotak bentuk tiang yang mempunyai lebar dan tinggi
dilekatkan untuk tiga sisi pertama bersama dengan kayu tupang dan perembat yang
diletakkan pada jarak yang berubah-ubah mengikut ketinggian tiang. Sisi tadi
dikenali sebagai pendinding (sheeting).
Pendinding atau ‘sheeting’ yang
digunakan biasanya berukuran setebal 25 mm.
Papan-papan ini dipasang
bersama-sama pengikat ‘cleats’.
Setelah ketiga-tiga sisi tadi siap dipasang, ia diletakkan di tempat yang telah
ditentukan. Selepas itu, sisi yang satu lagi didirikan dan dipasang selari
dengan pendinding yang menjadikannya seperti anak tangga. Perembat dipasang
melalui anak tangga ini dan ikatan ahli-ahli struktur ini dikuatkan lagi dengan
penggunaan baji di antaranya. Setelah
kesemua acuan kotak bentuk tiang didirikan, ia haruslah ditimbang untuk
menentukan ketegakkan kotak bentuk tiang yang telah dibina dengan menggunakan
alat penimbang. Langkah-langkah untuk menentukan ketegakkan kotak bentuk tiang
adalah seperti berikut:
Alat penimbang diletakkan
secara menegak pada sisi kotak bentuk tiang. Pelambab yang diikat pada alat
penimbang tiang, dibiarkan tidak bergerak untuk mengetahui benang betul-betul
teletak pada bahagian yang ditanda pada kotak bentuk tiang.
Jika kedudukan alat penimbang
tidak tepat, acuan tersebut handaklah digerakkan kekiri ataupun kekanan sehigga
benag itu betul-betul berada pada bahagian yang ditanda. Kemudian, kotak bentuk
tiang hendaklah diteguhkan dengan menggunakan kayu yang berukuran 1”x 2”
sebagai kayu penumpang. Ia dilakukan pada kedua-dua belah sisi kotak bentuk
yang berlainan arah.
Ujian ketegakkan atau pemusatan
kotak bentuk tidaklah dilakukan pada kesemua tetapi dilakukan pada tiang yang
berada pada penjuru sesuatu bangunan. Bagi tiang yang lain, ia dilakukan dengan
menggunakan benang. Dengan menggunakan kayu yang panjang, penupang dibuat pada
kesemua tiang dengan sambung menyambung.
Setelah
kotak bentuk siap dibina, kerja-kerja seterusnya boleh dimulakan iaitu:
-
Pastikan kedudukan tetulang tidak bersentuhan
dengan acuan dengan menggerak-gerak besi semasa menuang konkrit.
-
Dengan nisbah bancuhan konkrit 1:2:4, kerja
dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa orang pekerja konkrit.
-
Mesin yang digunakan ialah mesin pembacuh
simen (mixer), dan peralatan mesin
penggetar.
2.4 Lantai
Lantai ialah permukaan dasar bangunan yang
menerima segala aktiviti penghuni dan beban-beban yang lain. Pembinaan lantai
hendaklah menjamin keselematan dan keselesaan penghuninya. Oleh sebab itu
beberapa ciri utama patutlah dipertimbangkan:
a.
Lantai yang kukuh menjamin kestabilannya dan
menghalang berlakunya keretakan.
b.
Keupayaan menanggung beban hidup dan beban
mati serta menahan segala tekanan yang diterima oleh lantai.
c.
Lantai hendaklah berupaya menentang resapan
air dan mencegah kelembapan berlaku di dalam bangunan.
d.
Aspek selesa termasuklah panas atau sejuk,
bunyi (penebatan suara), licin tanpa gelincir dan seronok mata memandang.
2.4.1 Proses dan kaedah
pembinaan
Lantai yang dibina biasanya terdiri daripada lapisan
asas, lapisan pasir, lapisan konkrit dan kemasan.
2.4.1.1 Lapisan asas
Terdiri daripada batu
kelikir, bata-bata pecah yang dimampatkan. Lapisan asas ini berfungsi
mengurangkan kenaikan air yang akan melembapkan lapisan tapak di samping
menaikkan aras lantai untuk menerima tapak konkrit. Tebal lapisan asas berubah
daripada 100 mm hingga 300 mm. Bahan-bahan yang digunakan sebaiknya bersih
daripada sampah sarap dan tidak mengandungi tanah supaya kenaikan air melalui
tindakan rerambut dapat dicegah.
2.4.1.2 Lapisan pasir
Lapisan pasir ditaburkan
di atas lapisan asas supaya mendapatkan permukaan yang rata dan mampat untuk
menerima lapisan konkrit.
2.4.1.3 Lapisan tapak konkrit
Tapak konkrit terdiri
daripada bancuhan konkrit 1:3:6 atau 1:2:4 ditempatkan di atas lapisan pasir.
Lapisan konkrit ini ditempatkan di atas lapisan pasir. Lapisan konkrit ini
merupakan dasar lantai bawah padu untuk menerima sebarang kemasan yang akan
dibuat pada permukaannya. Tebal konkrit ini biasanya dari 100 mm hingga 150 mm
bergantung kepada jenis tanah dan beban yang akan ditanggung. Tetulang daripada
besi jejaring atau bar keluli boleh digabungkan dalam pembinaan lantai konkrit
ini jika keadaan memerlukannya.
2.4.1.4 Lapisan kalis lembap
Lapisan ini berfungsi
mencegah kenaikan air ke atas permukaan lantai. Biasanya lapisan ini disertakan
dalam lapisan tapak konkrit. Lapisan tapak konkrit setebal 75 mm sebagai
lapisan pertama. Setelah lapisan ini betul-betul kering, minyak bitumin atau
tar yang telah dimasak dicurahkan ke atasnya sebagai lapisan kalis lembap.
Tunggu sehingga lapisan bitumin ini mengeras, barulah dicurahkan lapisaan
konkrit kedua setebal 75 mm.
2.4.1.5 Kemasan lantai
Banyak jenis kemasan
lantai yang boleh digunakan dalam pembinaan lantai berdasarkan kepada ciri-ciri
yang dikehendaki. Antara yang biasa digunakan ialah lepa simen.
Kemasan lepa simen
portland biasa ataupun berwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasan
lantai yang biasa digunakan seperti rumah-rumah kediaman kos rendah.
Permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen
mengeras.
2.5 Rasuk Bumbung
Rasuk bumbung (roof beam) merupakan struktur yang
berada di atas selepas tiang (column).
Pembinaannya mestilah kukuh kerana ia perlu menanggung beban untuk dipindahkan
ke bumi melalui tiang, tapak asas dan cerucuk.
2.2.1 Proses dan kaedah
pembinaan
Sebelum kerja pemasangan kotak
bentuk rasuk dijalankan, tukang kayu akan memotong papan lapis untuk pembinaan
penapak dan dinding rasuk yang telah siap dibuat. Kemudian, barulah kerja pemasangan kotak
bentuk dilakukan.
Penapak (taipan) hendaklah
diletakkan di atas kepala tiang dan kayu tupang hendaklah dipasangkan di bawah
penapak sebagai penyokong dan penyangga penapak. Jarak pemasangan kayu tupang adalah lebih kurang 0.3 m di antara satu sama lain.
Setelah penapak dipasang pada semua tiang, benang hendaklah ditarik dari
penjuru tiang bangunan ke penjuru tiang bangunan untuk memastikan penapak telah
dipasangkan tidak rata dan lurus, kayu tupang akan diketuk untuk menaikkan atau
menurunkan panapak supaya dalam keadaan rata dan lurus mengikut benang yang
ditarik.
Kemudian, barulah kedua-dua papan dinding rasuk akan
dipasang di sebelah penapak. Setelah kesemua papan dinding rasuk dipasangkan,
kayu yang panjang saiz 1” x 2” hendaklah dipakukan di bawah sisi papan dinding
rasuk untuk mengapit atau mengunci papan dinding rasuk supaya ia tidak pecah
apabila konkrit dituangkan ke dalam kotak bentuk rasuk. Bagi menguatkan lagi
kotak bentuk rasuk, kayu jermang hendaklah dipasangkan 45º ufuk pada sisi luar
kotak bentuk rasuk. Kemudian, kayu-kayu penebat dipakukan di setiap kayu tupang
bagi mengelakkan ia bergerak atau berganjak.
Setelah
kerja tiang siap dilakukan, persiapan untuk kerja-kerja roof beam dijalankan.
-
Kerja meletakkan besi tetulang ke dalam acuan
boleh dibuat setelah acuan dipastikan benar-benar kukuh.
-
Pastikan kedudukan tetulang tidak bersentuhan
dengan acuan dengan menggunakan peruang (spacer).
-
Dengan nisbah bancuhan konkrit 1:2:4, kerja
dapat dilakukan dengan menggunakan beberapa orang pekerja konkrit.
-
Mesin yang digunakan ialah mesin pembacuh
simen (mixer), dan peralatan mesin
penggetar.
2.6 Bumbung
Bumbung merupakan satu
lagi bahagian yang terpenting bagi satu-satu bahagian bangunan kerana fungsinya
untuk melindungi penghuni daripada hujan, panas dan cahaya matahari.
Bumbung ialah bahagian
atas sekali bagi satu struktur bangunan. Bumbung memberi perlindungan dari
angin, panas dan hujan. Bumbung hendaklah mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan
kerana ia akan dibina untuk menyokong beban
mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan juga kemasannya. Pemilihan
jenis bumbung adalah berdasarkan ciri-ciri berikut:
a)
rekabentuk
b)
kekuatan
c)
ketahanan
d)
bahan penetap
e)
perintang api
f)
perintang cuaca
2.6.1 Jenis bumbung
Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu bumbung rata dan bumbung curam.
Bumbung rata biasanya merujuk kepada bumbung yang
mempunyai kecerunan kurang daripada 10˚. Bumbung curam mempunyai kecerunan
melebihi 10˚ dari garisan ufuk. Bumbung curam didapati dalam berbagai
rekabentuk, antaranya ialah:
a)
bumbung tebeng layar
b)
bumbung limas
c)
bumbung gambriel
d)
bumbung layang
e)
bumbung mansard
f)
bumbung limas belanda
g)
bumbung pisang sesikat
h)
bumbung minangkabau
2.6.2 Jenis bumbung
Jenis bumbung yang harus dibuat untuk sesuatu bangunan itu bergantung
kepada beberapa fakta seperti:
a) Saiz dan bentuk bangunan
Bangunan-bangunan yang mempunyai bentuk sederhana adalah sesuai dengan
jenis bumbung curam
b) Rupabentuk
Nilai-nilai
semulajadi menentukan bahawa bumbung curam adalah lebih sesuai untuk
bangunan-bangunan kecil, sementara bumbung rata sesuai bagi bangunan yang
besar.
c) Segi ekonomi
Langkah-langkah ekonomi sama ada pembinaan atau belanja penyelanggaraan
dari masa ke semasa hendaklah difikirkan apabila menentukan jenis bumbung.
d) Fungsi
Selain daripada yang diatas faktor-faktor kemudahan ruang bumbung, keupayaan
sebagai bahagian pelindung dari cuaca.
1.0 KERJA PEMBINAAN
Kerja-kerja pembinaan seterusnya melibatkan kerja seperti mengikat bata,
mamasang jenang
pintu dan tingkat, melepa, siling dan sebagainya.
3.1 Kerja-kerja bata
Bata merupakan bahan yang diperbuat daripada tanah liat. Batu bata yang
diperbuat sama ada dengan menggunakan tangan atau mesin. Jenis bata merangkumi
seperti bata biasa, bata permukaan dan bata kejuruteraan. Jenis ikatan bata
pula merangkumi ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Flemish, ikatan
inggeris dan ikatan tembok penahan.
Ciri-ciri bata yang baik
i. Bata terdiri daripada bentuk yang tetap.
ii. Bata mestilah mempunyai ukuran yang segaya.
iii. Mempunyai permukaan segiempat tepat yang licin.
iv. Penyerapan bata hendaklah tidak melebihi 15% beratnya.
Prinsip-prinsip utama dalam mengikat
bata ialah:
- Mengadakan ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus, baik di permukaan mahupun di dalam tembok.
- Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang di bina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok.
3.1.1 Kaedah
kerja
a.
Bata dan papan motar hendaklah ditempatkan
dengan jaraknya lebih kurang 600 mm dari garisan tembok supaya bata dan motar
senang diambil dan tidak menganggu kerja lain semasa membina tembok.
b.
Kedua-dua penjuru tembok hendaklah didirikan
serentak. Dalam pembinaan tembok penjuru ini, tiga perkara hendak dikawal
ialah: tegak, rata dan mengikut tolok iaitu tinggi setiap lapisan bata. Adalah
dinasihatkan supaya penjuru penjuru ini dibina sepanjang 4 bata dan setinggi 6
lapis secara bertingkat-tingkat kerana cara begini lebih senang menyambung
kerja pada masa lain. Tinggi setiap lapisan bata hendaklah ditetapkan mengikut
tolok lapis, satu alat yang dibuat daripada kayu lurus sepanjang satu tingkat
bangunan, ditandakan jarak tiap-tiap lapisan bata, kedudukan tingkap/pintu, dan
ambang.
c.
Apabila membina tembok melebihi 1.5 m
panjang, benang dan pin hendaklah digunakan untuk mendapatkan kelurusan tembok.
Jika tembok penjuru sudah kukuh, blok sudut dan benang boleh juga digunakan
dengan berkesan. Semasa menggunakan benang dalam kerja mengikat bata, pastikan
sisi bata tidak terkena pada benang supaya kelurusannya tidak terjejas. Jika
panjang tembok melebihi 9 m, satu alat bernama plat lampu (plat tingle) perlu digunakan untuk menyangga benang di
tengah-tengah supaya benang tidak melengkung. Apabila panjang tembok melebihi
12m, adalah lebih berkesan jika sebahagian tembok dipertengahannya didirikan
serentak dengan tembok penjuru untuk menjadi panduan.
d.
Perhatian harus diambil untuk memastikan suya
tembok yang tinggi tidak dibinakan sekaligus untuk mencegah mendapan berlaku.
Cara membina tembok tinggi ialah selepas tiap-tiap 1:2 m pembinaan ditangguhkan
sehingga hari keesokannya memberi masa untuk pengerasan motar.
3.1.2 Kerja-kerja bata bertetulang
Kerja-kerja bata bertetulang biasanya dilakukan di
dinding-dinding bangunan. Ianya digunakan untuk menambahkan lagi kekuatan dalam
penyambungan batu bata. Tetulang dan exmet digunakan untuk tiap-tiap lapisan
ketiga atau ke empat.
3.1.3 Dinding
Dinding adalah satu struktur yang biasa dalam keadaan
pugak sebagai pembahagian bangunan-bangunan kepada ruang-ruang atau pun
bilik-bilik.
Fungsi-fungsi dinding
i. Menyokong lantai bahagian atas dan bumbung termasuk beban tindihan.
ii. Merintang ketelusan lembapan.
iii. Menyediakan tebatan haba yang cukup.
iv. Menyediakan tebatan bunyi yang meluas.
v. Memberikan rintangan kebakaran yang cukup.
vi. Cantik dipandang dan meluas untuk menerima tingkap dan pintu.
Faktor-faktor keperluan bagi dinding
i. Kekuatan dan kestabilan.
ii. Rintangan kepada ketelusan kelembapan.
iii. Tebatan haba.
iv. Rintangan kebakaran.
v. Rintangan bunyi.
3.2 Pemasangan tingkap dan pintu.
Tingkap
ialah satu bukaan yang dibuat pada tembok. Pembinaan tingkap
terdiri
daripada dua bahagian utama, kerangka tingkap dan daun tingkap. Bahan-bahan
yang biasa digunakan untuk membina tingkap ialah kayu, logam, dan untuk panel
digunakan kaca ataupun papan kayu. Tingkap merupakan komponen mustahak dalam
pembinaan tembok.
Pintu
merupakan suatu bahagian bangunan yang sangat penting. Pintu ialah
suatu
bukaan pada tembok bagi membolehkan laluan keluar dan masuk ke dalam sebuah
bangunan atau di antara bilik di dalam bangunan.
3.2.1 Kaedah
pemasangan kerangka tingkap
Kaedah
memasang kerangka tingkap adalah hampir sama dengan kaedah
memasang
kerangka pintu. Ia dapat dipasang serentak semasa pembinaan tembok atau
dipasang setelah tembok siap dibina. Untuk kaedah bina dalam, kerangka
diletakkan pada tempat bukaan yang tertentu, diuji ketegakan dan kekukuhan
kedudukannya dengan memasang topang sementara. Penambat keluli dipaku kepada
tiang jenang dan diunjur ke dalam tembok pada tiap-tiap lapisan bata yang ketiga
atau kelima.
3.2.2 Kaedah
pemasangan kerangka pintu
Kaedah ini
boleh dilakukan dengan pembinaan tembok, dikenal sebagai
bina dalam
atau dipasang setelah tembok siap dibina. Dalam pemasangan bina dalam, kerangka
pintu diletak pada tempat bukaan yang tertentu sebelum tembok bata dibina.
Pastikan ketegakan dan dikukuhkan kedudukannya dengan memasang topang
sementara. Semasa pembinaan tembok dijalankan, penambat keluli perlu
dipasangkan kepada permukaan belakang tiang jenang pada tiap-tiap lapisan bata
ketiga atau kelima supaya dapat menetap dan mengukuhkan kerangka itu.
2.0 KEMUDAHAN BANGUNAN
Kemudahan bangunan adalah satu aspek
yang sangat penting dalam perusahaan bangunan. Bangunan yang tidak dilengkapi
dengan kemudahan asas seperti air, elektrik boleh dikatakan tidak sesuai untuk
diduduki. Kelengkapan servis ini bertujuan menjamin kebersihan dan keselesaan
alam sekitar. Kemudahan-kemudahan bangunan yang lain termasuklah saluran
pembentungan dan kemudahan menyalurkan air kotor dari tandas dan dapur serta
air hujan.
4.1 Sistem Bekalan Air Dalam Bangunan
Air
dalam paip servis dialirkan terus dan dinaikkan ke tangki simpanan yang
biasanya terletak di tempat yang tinggi supaya mendapat tekanan yang memuaskan
semasa digunakan. Biasanya tangki simpanan diletakan di atas siling di bawah
bumbung rumah. Air dalam tangki simpanan diagih melalui paip agihan ke tandas,
bilik mandi dan tempat mencuci dalam rumah tersebut. Didapati bahawa air dari
tangki simpanan adalah tidak berapa bersih kerana kotoran yang terdapat di
dalam tangki simpanan tersebut. Oleh sebab itu, air dari tangki tidak sesuai
digunakan untuk memasak atau minuman. Untuk tujuan tersebut, satu saluran paip
berasingan dipasangkan dengan menggunakan sambungan “tee” dari paip servis ke
dapur. Dengan ini air untuk kegunaan ke dapur adalah bekalan terus dari paip
induk dan bukan dari tangki simpanan.
4.2 Sistem Bekalan Elektrik Dalam Bangunan
Untuk
kegunaan kediaman, pihak berkuasa TNB biasanya membekalkan satu bekalan arus
ulang-alik 240 V fasa tunggal dengan menyambung kabel pada tiang-tiang elektrik
ke bangunan tersebut. Arus elektrik akan mengalir dari terminal ini ke fius
perkhidmatan dan meter. Tiap-tiap pemasangan elektrik mengandungi dua bahagian
iaitu litar utama dan litar akhir litar utama merujuk kepada bahagian litar
yang mengandungi alat kawalan utama seperti fius perkhidmatan, meter, suis
utama, pemutus litar bocor ke bumi dan papan fius agihan. Litar akhir bermula
dengan daripada fius dalam papan agihan dan tamat pada keluaran kuasa pemegang
lampu, ros siling dan soket. Tiap-tiap litar mempunyai pelindungan (fius /
pemutus litar), bahan tara (kabel, alat
kawalan) dan keluaran (soket, pemegang lampu, ros siling).
4.3 Tangki Najis Dan Sistem Pembuangan
Tangki
najis ialah satu loji memproses sisa kumbahan dari kediaman. Air lebihan (air
bersih) akan dialirkan keluar ke longkang manakala sisa pepejal dan bahan tidak
larut yang tertinggal akan disedut pada satu-satu masa.
4.3.1
Ciri-ciri
(Tangki najis umum)
Tangki
najis jenis umum merupakan jenis yang biasa digunakan pada kebanyakan rumah
kediaman yang besar. Antara ciri-ciri termasuklah:
§ berbentuk
4 segi tepat
§ terbahagi
kepada 3 bahagian utama iaitu
-
tangki pemendapan
-
tangki penapisan
-
tangki pengumpulan air bersih
§ dibina
dalam tanah
§ mempunyai sistem
pengaliran udara bagi membolehkan gas metana dibebaskan
§ mempunyai
penutup yang boleh dibuka
4.3.2
Kaedah
pembinaan
Kaedah
pembinaan tangki najis terbahagi kepada 2 iaitu menggunakan batu-bata dan
menggunakan konkrit bertetulang.
1)
Kenal pasti lokasi berpandukan site lay-out
2)
Tentukan jenis binaan dan saiz
3)
Kerja penggalian (jarak kedalaman ditentukan
merujuk kepada working drawing)
4)
Lepa konkrit setebal 2” – 4”
5)
Letak tetulang dan konkrit lantai
6)
Bina dinding bata
Batu-bata
-
menggunakan ikatan jenis Double English Bond
-
letak exmet pada setiap 3 atau 4 lapisan
-
mestilah kemas
Konkrit bertetulang
-
bina acuan dan siapkan tetulang
-
pasang tetulang
-
tuang konkrit
-
buka acuan setelah cukup masa
7)
Lepa dinding termasuk simen minyak
8)
Simen render untuk kemasan lantai
9)
Bina penutup berpandukan reka bentuk tangki
najis
3.0 KEMASAN
Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja-kerja penghabisan
bagi menentukan kecantikannya dan keunikan pada sesebuah bangunan atau
struktur-struktur yang di bina. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan pada
sesebuah bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga
pertimbangan kosnya. Pemilihan bagi sesuatu jenis kemasan perlulah dijalankan
dengan cermat supaya mendapat mutu kemasan yang memuaskan serta berkualiti di samping
dapat menjimatkn kosnya. Secara amnya, kebanyakan bangunan bata dan konkrit
dikemaskan dengan cat.
Dalam sesuatu projek yang telah dijalankan di sini, kerja-kerja kemasan
pada bangunan sekolah turut dijalankan apabila hampir kesemua kerja-kerja utama
selesai dijalankan. Kemasan yang dilaksanakan adalah meliputi seperti kemasan
bumbung, kemasan dinding, kemasan lantai dan juga kerja-kerja mengecat.
4.1 Kemasan Bumbung
Bumbung yang direka perlu dikemaskan dengan bahan kemasan yang sesuai untuk mendapatkan kesesuaian dengan pembinaannya. Terdapat pelbagai jenis bahan kemasan bumbung untuk digunakan pada berbagai jenis bumbung. Setiap bahan yang digunakan untuk kemasan bumbung ini di pilih bergantung kepada taraf bangunan itu.
Kemasan pada bumbung dimulakan dengan kerja-kerja pemasangan kerangka
bumbung yang terdiri daripada kayu keras dari kumpulan A. Kayu yang digunakan
untuk kerangka bumbung ini adalah dari jenis kayu keranji dan kayu kekatong.
Setelah kerangka bumbung siap dipasang, sejenis lapisan zink akan dipasang
sebagai pelindung atau penebat pada bumbung. Zink yang digunakan yang digunakan
adalah dari jenis ‘John Lysight Trimdeck ’ yang mempunyai tebal 0.5 mm. Kemudiannya,
bumbung akan dipasangkan. Bumbung yang digunakan ialah daripada jenis bumbung
atap genting konkrit.
Lazimnya, kerja-kerja pemasangan bumbung mengambil masa selama 4 hari.
Namun, kerja-kerja ini bergantung kepada saiz bangunan yang di bina serta
ketinggian kerja yang ditunjukkan. Setelah siap pemasangan bumbung, bagi
menutupi kerangka bumbung di bahagian dalamnya, siling jenis asbestos dipasang.
Untuk menutup garisan di antara satu siling dengan siling yang lain, jejalur
kayu digunakan. Sebagai kemasan pada lapisan siling ini, cat disapukan pada
keseluruhan permukaan siling. Kebiasaannya, cat yang digunakan adalah berwarna
putih yang melambangkan kebiasaan warna pada bangunan sekolah.
4.2 Kemasan
Siling
Siling dibina untuk melindungi jermang bumbung dan sebagainya daripada
penglihatan mata kasar. Selain daripada itu, ianya juga dapat menahan sedikit
sebanyak haba yang dapat menembusi bumbung.
Siling yang digunakan dalam penyediaan bangunan sekolah ini ialah siling
gantung di mana ianya merupakan siling yang tidak menerima sokongan daripada
dinding. Ia juga dikenali sebagai siling palsu. Fungsi-fungsi siling gantung
ini ialah:
ü Mewujudkan ruang antara siling bumbung dan lantai siling gantung.ruang ini
boleh dimuatkan dengan paip air, pendawaian, sistem pencegah kebakaran, alat
hawa dingin dan sebagainya. Jenis siling gantung bergantung kepada arah susunan
alat kemudahan bangunan. Setiap jenis siling gantung perlu di adakan
sekurang-kurangnya satu panel yang boleh dibuka. Sekiranya terdapat banyak
panel yang boleh dibuka, rekabentuk menjadi tidak ekonomi dan siling akan
rosak.
ü Oleh kerana siling digantung daripada struktur utama, berat binaan
hendaklah di hadkan kepada berat minimum. Tetapi ia mestilah kuat untuk
menanggung berat beban daripada alat-alat kemudahan yang dikenakan.
ü Siling gantung boleh dijadikan permukaan penyerap bunyi jika ia mempunyai
permukaan yang kasar. Siling ini tidak mempunyai penebat yang tinggi. Jika
sekiranya ada dinding dalam yang di bina terus hingga ke lantai siling gantung,
bunyi boleh bergerak daripada bilik ke bilik yang lain melalui siling ini.
ü Dalam pembinaan siling, bahan yang digunakan hendaklah dapat memberi
rintangan api. Tujuannya ialah supaya ianya tidak merebakkan kebakaran ke
bangunan-bangunan yang lain.
Bahan-bahan yang digunakan untuk siling ialah kepingan simen asbestos,
kepingan plywood dan juga kepingan papan lembut. Pemasangan siling gantung ini
dijalankan dengan satu pengikat yang boleh diubah mengikut kesesuaian
ketinggian bumbung di gantung daripada kasau bumbung. Pada penghujung pengikat
itu, di dapati klip untuk mengikat alang siling. Saluran Furning (Furning Channel) di pasang merentangi
alang siling dan akhir sekali kemasan siling dipasangkan.
4.3 Kemasan
Dinding
Dinding yang diikat dengan batu bata akan di lapisi dengan lepa simen
setebal 20 mm. Kemasan lepa simen Portland biasa atau pun simen berwarna pada
dasar konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam
pembinaan sesebuah bangunan. Kemasan jenis ini boleh di buat secara ‘monolithic’ iaitu di buat sekaligus
semasa lapisan konkrit di tempatkan atau pun sebagai lapisan kemasan yang
berasingan. Permukaannya di licinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum
simen mengeras. Lapisan ini biasanya akan di cat dengan satu lapisan alkali ‘resting primer’ dan diikuti dengan dua
lapisan cat emulsi.
Kemasan dinding pada bahagian dalam tandas pula, menggunakan jubin gilap
yang bersaiz 108 x 108 mm. Ianya diperbuat daripada tanah liat, pasir dan
bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia adalah keras dan kalis air
serta mempunyai sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas. Jubin ini
dihasilkan dalam beberapa saiz dan warna secara homogen atau pun bergris pada
permukaannya sahaja. Pembinaan jubin ini dilakukan pada dasar konkrit dengan
menggunakan adunan simen dan di celah-celah sambunagan di antara jubin-jubin ini
diisikan dengan simen putih atau simen berwarna.
4.4 Kemasan
Lantai
Lantai untuk keseluruhan bangunan adalah menggunakan lepa simen juga di
mana ianya di plaster setebal 20 mm. Tetapi pada lantai di bahagian dalam
tandas pula, ianya menggunakan mozek separuh gilap. Ianya diperbuat daripada
tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ianya merupakan
jubin yang berukuran saiz di antara 20 mm dan 50 mm panjang serta lebar.
Manakala ketebalannya ialah di antara 5 mm dan 7 mm. Bentuk mozek ini adalah
segiempat sama, segiempat tepat dan segienam. Ianya diperbuat daripada campuran
seramik, kaca dan marmar dan juga mozek-mozek ini berbentuk kecil, disusun dan
dilekatkan di atas kepingan-kepingan kertas yang lebih besar sehingga 800 mm.
Kemasan mozek dibina di atas lepaan simen pasir 1 : 3 dan tebal lepaan yang
dibina ialah 9 mm.
4.4.1 Lepa simen
Kemasan lepa Simen Portland Biasa ataupun simen berwarna pada dasar konkrit
merupakan sejenis kemasan yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan. Jenis
kemasan ini boleh di buat secara ‘monolithic
’ iaitu di perbuat sekali gus semasa lapisan konkrit di tempatkan atau pun
sebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya dilicinkan dengan
menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.
4.4.2 Mozek
Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses
pembakaran. Ianya merupakan kepingan jubin kecil di susun dengan berbagai-bagai
reka bentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dan pada saiz sebesar 300 mm
x 300 mm. Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen untuk
melekatkan mozek di dasar konkrit. Di celah-celah sambungan di antara
mozek-mozek ini diisikan dengan bancuhan simen dan pasir halus.
4.5 Kerja-kerja
Mengecat
Cat ialah bahan sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahaan
pembinaan untuk memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, lepa,
konkrit, batu bata dan lain-lain lagi.
Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat
terdiri daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi.
Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat
berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi
kalisan dan kelicingan. Pelarut pula berfungsi untuk mengurangkan kelikatan cat
serta memberi kesenangan kerja semasa mengecat. Pelarut yang sering di dapati
ialah turpentin dan spirit putih. Jenis cat yang digunakan dalam pembinaan ini
ialah cat minyak.
Fungsi-fungsi cat
ialah :
i) Melindungi
bahan-bahan perusahaan seperti yang tersebut di atas daripada
kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga,
pengoksidaan dan sebagainya.
ii)
Untuk mencantikkan
pemandangannya.
iii)
Untuk memudahkan proses
pembersihan permukaannya.
4.5.1 Cat minyak
Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi
kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses
mengecat, biasanya 3 lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas
dan lapisan kemasan. Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan
plumbum merah sebagai pewarna. Cat lapisan alas mengandungi minyak linseed,
plumbum putih dan minyak pengeringan yang bermutu. Dan cat lapisan kemasan pula
mengandungi minyak varnis, pewarna dan pelarut yang sesuai seperti turpentin.
Alat-alat yang digunakan untuk mengecat ialah berus, penggelek cat dan juga
penyembur.
4.5.2 Cara-cara mengecat
Kerja mengecat perlu
dilakukan dengan teliti dan sempurna bermula dari persediaan permukaan untuk
dicat sehinggalah proses pengeringan.
● Persediaan Permukaan
Ini merupakan langkah pertama untuk menjamin kejayaan mengecat. Persediaan
ini untuk menentukan permukaan yang akan di cat itu licin, bersih, kering dan
stabil.
● Bancuhan Cat
Kebanyakan cat yang telah lama di simpan hendaklah di kacau dengan betul
sebelum boleh digunakan. Perhatian hendaklah di ambil untuk mengeluarkan
lapisan atas yang telah keras sebelum di kacau supaya bahagian yang telah keras
itu tidak bercampur dengan cat. Jika cat itu kotor, ia boleh ditapis dengan menggunakan
kain yang nipis.
● Melarut
Cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya
mudah di sapu atau di sembur.
● Keadaan Yang Sesuai Untuk
Mengecat
Keadaan cuaca yang sesuai semasa kerja-kerja mengecat hendaklah panas,
kering dan tidak berhabuk.
● Mengecat Lapisan Asas.
Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya dapat membina satu lapisan
yang kuat untuk menerima lapisan-lapisan yang selanjutnya.
● Penutup
Lubang paku, keretakan dan tanda-tanda lain hendaklah di tutup selepas cat
lapisan asas. Ini kerana lapisan asas mencegah resapan yang berlebihan daripada
bahan-bahan penutup.
● Mengecat Lapisan Alas
Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan lapisan-lapisan kemasan.
● Mengecat Lapisan Kemasan Atau Lapisan Penghabisan
Memberi lapisan yang berkilat dan licin. Cat licin adalah lebih lama
tahannya jika digunakan untuk mengecat permukaan luar, manakala cat pudar lebih
sesuai digunakan untuk kemasan tembok dalam kerana kurangnya pemantulan cahaya.
4.0 KERJA PEMBERSIHAN TAPAK
Setelah semua kerja-kerja binaan
selesai, pembersihan tapak projek perlu dilakukan. Ini untuk memastikan segala
kerja yang dibuat dapat siap dengan sempurna ketika penyerahan projek tersebut
kepada klien. Di antara kawasan yang menjadi tempat banyaknya kerja-kerja
binaan yang perlu dibersihkan ialah kawasan jalan masuk utama, tempat padang
permainan dan kemudahan asas lain. Setelah kerja ini semuanya selesai barulah
penyerahan projek tersebut dapat diberikan kepada pihak klien dengan sempurna.
KESIMPULAN
Bagi menjalankan sesuatu kerja-kerja
pembinaan walaupun ianya adalah sebuah rumah yang kecil, amat penting terlebih
dahulu menyediakan kertas kerja untuk perancangan projek seperti carta bar.
Carta bar ini penting kerana sebarang teknik perancangan adalah bertujuan
menyusun semua kerja supaya projek dapat dilaksanakan mengikut jadual atau
turutan dan apa yang lebih penting adalah memastikan bahawa susunan tersebut
mesti mencapai matlamat perancangan, iaitu menyiapkan mengikut jadual dan kos
yang ditetapkan. Di samping itu aktiviti-aktiviti dalam setiap peringkat
kerja adalah berbeza-beza mengikut keperluan projek dan keadaan tapak.
Salam
ReplyDeleteCucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
ReplyDeletePuan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................
▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.
.................................................................
▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.
..................................................................
▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.
...............................................................
Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..😉
Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570
Tkasih atas makluman memang saya ada contact beliau.
ReplyDelete