Gabion merupakan
suatu struktur yang dibina daripada susunan batu-batu bersaiz di antara 6”
hingga 9”. Batu-batu ini disusun di dalam raga gabion ataupun dipanggil “Gabion
cage” yang diperbuat daripada jejaring dawai bersaiz 8 cm x 10 cm dan disalut dengan
PVC (PVC Coated galvanised wire gabion).
Gabion
dibina bagi tujuan
-
Untuk mengurangkan pergerakan tanah
-
Untuk mengelak daripada berlaku hakisan dan
tanah runtuh
-
Untuk menghalang runtuhan tanah daripada
memasuki ke kawasan utama. Misalnya di jalanraya yang berbukit, gabion
bertindak sebagai penghalang yang menghalang runtuhan daripada masuk dan
menutupi jalanraya.
Jenis-jenis
binaan gabion
a.
Lapisan tanpa konkrit
b.
Lapisan dengan konkrit
c.
2 lapisan tanpa konkrit
d.
2 lapisan dengan konkrit
e.
Binaaan dalam bentuk tangga
f.
Dalam bentuk condong
g.
Dalam bentuk tegak (single tie)
h.
Dalam bentuk V
i.
Dalam bentuk wingwall
Langkah-langkah pembinaan gabion
-
Kenalpasti lokasi
Lokasi
hendaklah dikenalpasti terlebih dahulu dengan melihat pelan-pelan tapak dan
spesifikasi supaya kedudukan gabion yang akan dibina nanti berada dalam keadaan
posisi yang betul dan memenuhi spesifikasi.
-
Bersih dan ratakan kawasan
Tapak atau
kawasan kerja hendaklah dibersihkan daripada segala sampah sarap yang akan
mengganggu kerja-kerja membina gabion nanti. Di samping itu kawasan kerja yang
berselerak boleh mendatangkan pelbagai ancaman bahaya kepada para pekerja. Oleh
itu, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak selamat, kawasan kerja
hendaklah dibersihkan.
-
Kenalpasti jenis binaan yang akan dibina
Dengan
menggunakan pelan dan spesifikasi yang ada, kenalpasti jenis binaan yang akan
dibina samada dari jenis guna motar atau tidak, satu lapisan atau dua lapisan
atau sebagainya.
-
Pasang sangkar gabion
Setelah
mengetahui jenis binaan yang akan dibina, sangkar-sangkar gabion hendaklah
dipasang dan di atur mengikut susunan (allignment) seperti di dalam
spesifikasi.
-
Susun batu dalam sangkar
Penyusunan
batu di dalam sangkar atau “gabion cage” hendaklah dilakukan dengan teliti
untuk memberikan permukaan yang rata dan cantik. Kebiasaannya batu-batu yang
memiliki permukaan yang rata dan cantik hendaklah ditonjolkan sebagai permukaan
gabion
-
Sangkar gabion mesti diikat dengan kuat
Sangkar
gabion mestilah diikat dengan kuat supaya dapat menerima tekanan beban daripada
susunan batu-batu. Semakin tinggi susunan batu, semakin kuat tekanan beban ke
atas sangkar. Sekiranya sangkar gabion tidak diikat dengan kuat, ianya mungkin
akan pecah dan roboh serta boleh mendatangkan kemalangan.
-
Kawal aras gabion
Untuk
gabion yang dibina memanjang, susunan batu-batu di dalam gabion cage hendaklah
diaraskan untuk mendapat ketinggian yang sama supaya ia lebih kelihatan kemas
dan cantik selain dapat memenuhi spesifikasi yang ditetapkan di dalam lukisan.
-
Mudah dibina
Gabion
adalah di antara jenis penahan yang senang dikerjakan kerana ianya tidak
memerlukan penggunaan bahan dan peralatan yang banyak. Bahan utamanya adalah
batu-batu dan gabion cage yang diperbuat daripada jejaring dawai.
-
Murah
-
cantik
Susunan
batu-batu yang mempunyai permukaan rata pada bahagian luar menampakkan gabion
kelihatan cantik dan kemas serta nampak lebih tersusun.
Keburukan
-
Tidak tahan lama
Ketahanan
gabion bergantung kepada gabion cage. Walaupun gabion cage mempunyai ikatan
yang kuat, tidak semestinya kekuatan atau ketahanan gabion tidak menurun dalam
tempoh masa yang tertentu, tertutamanya pembinaan di kawasan yang berhampiran
dengan pantai. Di mana, gabion cage cepat berkarat.
-
Tidak boleh dipindah
Gabion
tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ini kerana
ia merupakan struktur yang dibina tidak mempunyai tetulang dan di antara
bahan-bahannya tidak saling mengikat. Malah ianya cuma terkepung oleh gabion
cage sahaja. Dengan sebab itulah gabion dipasang terus pada kedudukannya.
Reka bentuk gabion masa kini
assalamualaikum, boleh saya dapatkan penerangan tentang jenis2 binaan gabion ?
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletedimana saya boleh dapatkan sangkar gabion dan berapa harganya?
Dimana jual n berapa harga
DeleteBagi nombor contacts
ReplyDeleteDi Mana boleh saya beli Batu utk buat pagar gabion ni
ReplyDeleteBoleh dapatkan di kedai hardware yang besar. Terutama yang membekal bahan-bahan pembinaan.
ReplyDelete