Thursday, October 18, 2012

Melepa


 Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar. Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata.
Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk menghasilkan kerja yang bermutu.

Kerja lepaan Sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan alas an berikut :-
1)      Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan
2)      Melindungi, menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata.
3)      Meilindungi permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir supaya lebih tahan kerana dapat bertindak sebagai bahan kalis air.
4)      Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat.
5)      Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor
6)      Menbgurangkan bunyi bising serta kalis haba
7)      Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan dinding
8)      Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir.

Jenis peralatan melepa
1. Pemaras keluli
  


2. Pemaras kayu
  
 3. Pemegang mortar - hawk

4. Comb spreader

 5. Pemaras kayu panjang ( darby float )


 6. Aras spirit
     
Bahan untuk melepa 
 Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :-
Simen:
Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk penerapan bata, membuat lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar lepaan iaitu “Wallcrete” dimana ianya telah siap campuran simen portlan biasa dengan kapur.

Kapur :
Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000o c untuk menghasilkan kapor tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan ‘hydrated lime’ yang sesuai untuk membuat mortar ikatan dan lepaan.

 Tujuan penggunaan kapor adalah untuk menambah keupayaan air memegang mortar serta mengurangkan kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam bancuhan mortar.

Air :
Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh merosakkan bancuhan mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi tetulang.

Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :-
a)      Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti dengan simen.
b)      Memudahkan kerja bancuhan
c)      Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

Bahan Tambahan

Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk menambah sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30% digunakan.

Bahan jenis ‘Waterproofing compounds’ ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk serbuk dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh bersama simen dan digaul dalam keadaan kering.
Bahan ‘Plasticisers’ dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan kekuatan ikatan.

Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format, triethanolamine, sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat.

 Nisbah bancuhan mortar untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat. Bagi lepaan asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan adalah 1:6  (simen:pasir) ataupun ditambah dengan satu bahagian kapor untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana  1 : 1 : 6  (simen : kapor : pasir)

Jenis lepaan
Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan sesuatu dinding atau tembok. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :-

1. Kemasan Biasa ( sand face)

Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Lepaan jenis ini boleh dibuat dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mm dan bagi tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.

Lapisan pertama :       bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm. Nisbah bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini hendaklah dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.

Lapisan Kedua :           Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk permukaan diding dalam dan gengan pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini hendaklah menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span basah boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan yang seragam.

Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan simen Portland, kapor dan pasir ialah :-

-          1: ½ : 4 ½     atau
-          1 : 1 : 5-6     atau
-          1 : 2 : 8-9

2. KEMASAN LICIN

Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa menggunakan likatan air simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk menambah kemudahkerjaan, campuran simen boleh ditambah dengan kapor. Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini agar ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi sebati.

3. KEMASAN GRANOLITIK

 Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : Pasir : serpihan batu granit bersaiz 3-6mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah ketebalan 10mm dan permukaannya diratakan menggunakan kayu pemaras. Setelah lapisan mula mengeras, maka permukaannya hendaklah diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan gerutu.

4. KEMASAN SHANGHAI

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen berwarna : Pasir : serpihan batu bersaiz 3mm ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik , Cuma hasil yang diperolehi adalah kemasan gerutu berwarna.

5. KEMASAN ‘Textured atau Scraped’

Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Biasanya penggunaan pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan peralatan lain yang sesuai bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seni seseorang pekerja.


6. KEMASAN ‘Rough cast atau wetdash’

Campurannya terdiri dari simen, pasir dan batu baur yang dipilih mengikut pembahagian nisbah bancuhan 1 : 3  atau 1 : ½ : 4 ½  pada lapisan pertama, sementara lapisan kedua nisbahnya adalah
1 : ½ : 1 ½ - 3 ( batu kerikil 6-13mm). Bahan kalis air serta pewarna boleh digunakan untuk menambah kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah yang mengandungi nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa.
Alat yang digunakan ialah rough casting machine atau mesin gerutu.
 Rough casting machine

  




7. KEMASAN ‘Pebble-dash atau drydash’

Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu berukuran 10 – 20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut belum mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 ½  dengan campuran ‘water proofer’ dan nisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal 12mm.

8. KEMASAN “tyrolean atau smooth cast”

Menggunakan bancuhan 1:2  terdiri dari  simen (Biasa atau warna) dan pasir.  Disembur pada lapisan asas dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting) pada jarak 18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini hendaklah dibuat dalam 3 lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu dibiarkan kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.



Nota melepa
Link 1 




How to plaster an already plastered wall









No comments:

Post a Comment