PENGENALAN KERJA UKUR
Ukur
merupakan salah satu bidang dalam geomatik yang berkaitan dengan kerja
pengukuran titik-titiik di atas permukaan bumi bagi menghasilkan rupa bentuk
sebenar bumi kawasan tersebut.Apabila titik-titik yang telah diukur itu diplot
di atas kertas lukisan dengan menggunakan skala yang sesuai bentuk muka bumi
semula jadi seperti bukit, tasik,sungai dan bekas lombong dapat di hasilkan dalm
bentuk pelan atau peta.
Maklumat yang jelas hasil kerja
pengukuran ini digunakan dalam kerja perancangan dan pengawasan projek
kejuruteraan awam seperti jalan raya, landasan kereta api,empangan,stesen
janakuasa,lapangan terbang dan sebagainya.Ukur kejuruteraan merupakan asas yang
sangat penting dalam semua kerja rekabentuk kejuruteraan awam.Semua pengukuran
di buat berpandukan tanda-tanda ukur yang sah seperti tanda sempadan,tanda ukur
kawalan,batu aras dan sebagainya.
Terdapat 3 peringkat dalam kerja
pengukuran tanah.
Pada peringkat pertama,sebelum memulakan sesuatu projek
pembinaan juruukur perlu membuat tinjauan awal ke kawasan projek bagi mendapat
gambaran awal keseluruhan kawasan.Hasil tinjauan ini,juruukur dapat membuat
perancangan serta mengenalpasti keperluan terhadap kerja mengukur.
Pada
peringkat kedua pula, juruukur akan membuat cerapan dan pengukuran sebenar.
Peringkat ketiga ialah peringkat mempersembahkan hasil kerja ukur.
Pada
peringkat ini, semua maklumat atau data yang diambil semasa membuat cerapan dan
pengukuran sebenar akan di persembahkan dalam bentuk yang diperlukan seperti
buku kerja luar,lampiran proses hitungan,pelan atau peta.
TUJUAN KERJA UKUR
i.
Menghasilkan
pelan, keratan rentas dan keratan membujur kawasan projek yang akan di bina.
ii.
Menentukan
sempadan dan keluasan tapak kawasan yang akan diukur bagi tujuan menentukan hak
milik tapak dan kelulusan memasuki tapak.
iii.
Menentukan
isipadu kerja tanah yang terlibat dalam pembinaan.
iv.
Memastikan
projek yang akan di bina berada di kedudukan yang betul.
v.
Mendapatkan
profil tanah kawasan berkenaan dan seterusnya menentukan pemotongan atau
penambakan yang perlu di lakukan.
vi.
Menentukan
aras tapak, aras lantai serta kedudukan pembinaan seperti kecerunan saliran dan
sebagainya.
vii.
Merekodkan
kedudukan akhir binaan termasuk sebarang pembinaan.
Jenis-jenis kerja ukur
1. Ukur Rantai -
Ukur rantai ialah satu kaedah mengukur jarak lelurus menggunakan rantai ukur sebagai alat
utama.Ukur rantai merupakan satu kaedah mengukur yang paling mudah kerana
peralatan untuk kaedah ini mudah dikendalikan.Walau bagaimanapun,kaedah ini
hanya sesuai untuk mengambil ukuran bagi kawasan yang kecil, rata dan lapang.
2
Ukur Meja - Ukur meja ialah satu kaedah mengukur
menggunakan meja ukur untuk mengambil butiran.Melalui kaedah ini, pelan dapat
dihasilkan dengan cepat dan mudah kerana butiran yang diplotkan serentak semasa
kerja ukur dijalankan.
3. Ukur
Kompas - Ukur kompas
merupakan satu kaedah mengukur jarak dan bearing bagi menghasilkan pelan.Kaedah
ini menggunakan kompas prisma sebagai alat utama untuk mendapatkan bearing,
garisan trabas dan kedudukan objek.Jarak antara stesen dan jarak objek dari
stesen diukur dengan menggunakan sama ada rantai ukur atau pita ukur.
4
Ukur Aras - Ukur aras ialah
kaedah mengukur untuk menentukan ketinggian sesuatu titik di atas permukaan
bumi dari datum.Tujuannya adalah untuk mendapatkan profil bumi kawasan ukur
dengan melukis pelan keratan rentas dan membujur ini, aras formasi tapak
berkenaan dapat ditentukan dan
5. Ukur
Teodolit - Ukur teodolit
digunakan untuk mengukur sudut ufuk dan sudut pugak dari stesen ukur ke butiran
dengan tepat.Pengukuran sudut ufuk boleh dibuat dengan menggunakan penyilang
ufuk dan sudut pugak menggunakan penyilang pugak. Alat teodolit mempunyai
teropong yang dipasang di atas skala bulatan ufuk.Skala ini mempunyai bacaan
sudut dalam darjah, minit dan saat.
6.Ukur
Udara - Ukur udara ialah
satu kaedah mengambil ukuran yang tepat menggunakan gambar yang diambil dari
udara.Gambar ini dipanggil foto udara.Kegunaannya adalah untuk menghasilkan
peta topografi atau pelan.
7 Pederiaan
Jauh - Penderiaan jauh
merupakan satu kaedah mendapatkan data objek yang berada di permukaan bumi atau
diruang udara.Alat penderia ini digunakan untuk mengukur interaksi antara objek
dengan pancaran elektromagnetik.Pengimbas dilengkapkan pada satelit dan
pancaran satelit ini dapat diterima dan di rakan oleh stesen di bumi.Data
digital yang dirakam distesen akan dianalisis dan diproses dengan menggunakan
komputer untuk menghasilkan gambaran kawasan dipermukaan bumi. Kaedah ini
mempermudah dan mempercepatkan kerja penyediaan peta topografi.
UKUR ARAS 01 : PENGENALAN UKUR ARAS
Ukur Rantai
Ukur rantai merupakan satu keadah pengukuran yang paling mudah untuk mengukur jarak lelurus di atas tanah bagi kawasan yang rata. Ukur rantai sering digunakan bagi kerja-kerja pengukuran kawasan yang kecil tetapi perlu dihasilkan dalam skala yang besar dengan butiran mudah tetapi lengkap.
Ukur ini tidak sesuai digunakan kawasan yang luas atau sukar dimasuki seperti hutan atau paya.
Prinsip Asas Ukur Rantai
Prinsip asas ukur rantai ini ialah penigasegian. Sesuatu kawasan yang hendak diukur dibahagikan kepada beberapa segi tiga.
No comments:
Post a Comment