Pages

Thursday, August 9, 2018

Konkrit

Takrifan konkrit:

Konkrit ialah bahan yang dihasilkan apabila simen,batu baur halus/pasir, batu baur kasar dan air digaul dan dicampur mengikut  kadar campuran/nisbah yang tertentu dibiarkan mengeras supaya membentuk sesuatu anggota struktur. Nisbah bancuhan mestilah mengikut penentuan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan kekuatan yang diperlukan. Kekuatan konkrit bergantung kepada nisbah bancuhannya.
 

BAHAN-BAHAN UNTUK  KONKRIT

1. Batu Baur

Batu baur merupakan bahan yang banyak mempengaruhi mutu konkrit. Kandungannya meliputi 60% hingga 75% daripada keseluruhan jisim konkrit. Bahan yang biasa digunakan sebagai batu baur seperti pasir, habuk kuari, batu kelikir, pecahan batu, sanga(tahi leburan bijih), batu hangus dan sebagainya. Batu-batu baur hendaklah daripada jenis yang keras, tahan lasak dan bersih. Bentuk dan tekstur pada permukaan batu baur juga akan mempengaruhi kualiti konkrit. Batu baur yang berbentuk kasar dan tidak sekata akan menjadikan ikatan di antara batu baur dengan simen lebih kuat, daripada batu baur yang berbentuk bulat dan licin.

 

2.1.1  Jenis batu Baur

Batu baur dibahagikan kepada dua jenis :

                      i.        Batu Baur Halus

                     ii.        Batu Baur Kasar

 

       i)    Batu Baur Halus

·         Batu baur halus juga disebut sebagai pasir, ianya sama ada pasir semula jadi atau pasir yang dihasilkan melalui proses penghancuran batu-batu kasar di kuari. Batu baur halus adalah batu yang lebih kecil daripada 5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan.

·         Pasir asli diperolehi daripada dasar sungai, lombong dan tepi pantai. Walau bagaimana pun pasir yang di perolehi daripada pantai tidak sesuai di gunakan untuk kerja-kerja binaan kerana kandungan garamnya yang tinggi dan boleh merosakkan kualiti konkrit. 

    

·         Pasir mestilah bersih dari sebarang kotoran seperti tanah, lumpur dan bahan-bahan organic. Pasir yang kotor akan menghalang simen dari mengikat zarah-zarah pasir yang akan mengakibatkan konkrit menjadi lemah. 

    

           Tujuan menggunakan Batu baur Halus :

a)  Untuk mendapatkan bancuhan konkrit yang padat,dapat menggabungkan antara bahan-bahan dan menghasilkan kemasan yang seragam.

b)  Dapat menutup atau mengisi liang-liang udara dan ruang-ruang yang wujud dalam konkrit.

c)  Bertindak sebagai agen kebolehkerjaan.

 

Jenis –jenis batu baur halus

a)    Pasir Lombong

b)    Pasir Sungai

c)    Pasir laut

 

a)    Pasir Lombong

 Diguna dengan meluas dalam industri pembinaan dan penggunaannya cukup sesuai. Boleh didapati dalam pelbagai warna seperti merah, merah tua,kuning/kelabu  dan keputihan/perak. Terdiri dari dua jenis pasir lombong iaitu Pasir Bersih dan  Pasir mengandungi tanah liat

Pasir lombong yang mengandugi tanah liat lebih bersifat pekat,lembut dan liat.Dalam keadaan ini ianya tidak sesuai digunakan untuk kerja-kerja konkrit. Bentuknya bulat dan lemah pegangan serta tidak mempunyai kekuatan ikatan yang sama seperti pasir bersih. Bagi kerja bancuhan konkrit hanya pasir bersih yang boleh digunakan .

 

b)     Pasir Sungai

·         Pasir sungai biasa digunakan dan paling sesuai kerana kurang dari kotoran kimia. Bentuk butir pasirnya seakan –akan bulat

·         mutunya baik jika tidak mengandungi kekotoran. Bancuhan mortar atau konkrit dengan pasir sungai sahaja adalah susah dikerjakan. Oleh itu, sejenis bahan tambah  yang dinamakan pemudah-adun (plasticizer) kadang-kadang digunakan untuk menambahkan kebolekerjaan   dalam penyediaan  mortar atau konkrit itu.

·          bancuhan mortar akan memerlukan lebih banyak simen untuk mendapatkan kebolekerjaan  jika tidak menggunakan pasir sungai

 

a)    Pasir Pantai/pasir laut

Boleh diperolehi dari pantai atau “shingle” pasir dibawah laut. Pasir ini dikorek dan     diambil dengan menggunakan jentera pengorek. pasir ini tidak boleh digunakan kerana mengandungi kadar garam yang tinggi. Bagaimanapun ia masih boleh digunakan dengan syarat dibasuh untuk menyingkirkkan kandungan garam terlebih dahulu.

2. Simen bertindak sebagai bahan pengikat dalam bancuhan konkrit. Simen yang hendak di gunakan mestilah segar. Simen yang baik tidak berbuku-buku atau berketul. Simen yang telah bertukar menjadi berbuku-buku atau berketul-ketul menunjukkan simen tersebut terdedah pada cuaca dan telah menyerap lembapan . Jika di gunakan akan mempengaruhi kekuatan konkrit. Sekiranya buku-buku tersebut boleh di hancurkan dengan tangan, ianya masih boleh di gunakan.

Simen Portland terdiri daripada beberapa jenis:

                      i.        Simen Portland Biasa/Ordinary Cement

                     ii.        Simen Portland Cepat Mengeras /rapid hardening

                    iii.        Simen Portland Putih dan Berwarna

                   iv.        Simen Portland Blast Furnace

                     v.        Simen Portland kalis air /Waterproof cement

                   vi.        Simen Portland Penahan Sulfat /Sulphate –resisting

                  vii.        Simen Portland Extra Rapid Hardening

Diantara simen yang tersenarai,simen Portland Biasa, simen Portland cepat mengeras dan simen lebih alumina adalah  sesuai dan sering digunakan untuk menghasilkan bancuhan konkrit. Simen ini dihasilkan daripada campuran yang disebatikan antara kapur dan tanah liat. simen jenis ini  menepati Piawaian M.S 522

 

2.3  Bahan Tambah (additive)

Bahan yang dicampur dalam bancuhan konkrit  bertujuan meningkatkan sifat konkrit  dan menambah keupayaannya supaya dapat memenuhi fungsi bahan tambah tersebut.Fungsi bahan tambah bergantung kepada  jenisnya  iaitu:

 

i)             Pencepat (Accelerator)

·         Mempercepat kadar pengerasan awal konkrit

·         Berfungsi seperti simen portland mengeras cepat.

·         Bahan asasnya ialah Kalsium Klorida

 

ii)            Pemudah Adun

·         Pemudah adun adalah sejenis bahan yang bergerak cergas di permukaan yang membantu simen bergerak dengan lebih berkesan di dalam air.

·           Bahan tambah ini adalah berguna dalam membuat konkrit tegasan tinggi dan ianya juga membolehkan konkrit di bancuh dalam kadar air nisbah simen yang rendah tetapi mengekallkan tarafkerjanya.

·          Meningkatkan kejelikatan konkrit

·         Ianya adalah merupakan garam dari segi asid organik komplek seperti natrium glukonat dan kalsium ligno sulfarat dan ia biasanya dicampurkan ke dalam kuantiti yang kecil iaitu sehingga 0.2% dari berat simen.

 

iii)            Bahan Pelambat

·                 Bahan yang memperlambatkan kadar pemejalan simen dan air.

·                   Mengurangkan penjujusan dan pengecutan kering.

·                  Berfungsi seperti simen portland haba rendah.

·                   Digunakan di negara-negara beriklim panas dan pembinaan struktur yang besar

 4. Air

                Air campuran konkrit mempunyai dua fungsi :

                    i.    Dapat menyebarkan simen dan kapur kepada setiap butir batu baur

·      Air bertindakbalas ke atas simen melalui proses penghidratan untuk menghasilkan satu likatan atau bacuhan berplastik yang akan mengikat batu-batu baur untuk menghasilkan konkrit.

                   ii.    Air menentukan tahap kebolehkerjaan konkrit dan menjadikan konkrit yang dibancuh itu mudah di tempatkan serta dimampat di dalam acuan.

·      Semua jenis air tawar yang boleh diminum adalah sesuai di gunakan untuk membancuh konkrit. Air yang mengandungi bahan kotoran atau bahan-bahan sampingan yang berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada konkrit yang dihasilkan.

 

5  Kompoun Pengawetan

Pengawetan ialah proses pengawalan kehilangan kandungan air dari konkrit pada awal umur konkrit melalui proses penyejatan dan cuaca yang panas. Jadi kandungan air perlu dikawal supaya konkrit tidak mengeras terlau cepat dari sepatutnya. Bagi mengekalkan kandungan kelembapan/air kompoun pengawitan digunakan. Kompoun pengawitan membantu menghalang kehilangan air dari konkrit. Dengan cara ini konkrit akan mengalami proses pengawitan dengan sempurna.

 

Jenis-jenis Kompoun Pengawetan Konkrit

·         Synthetic resin compound

·         Acrylic compound

·         Wax compound

·         Chlorinated rubber compound

 

GRED KONKRIT                       

·         Gred konkrit merujuk kepada nisbah/ratio bahan-bahan konkrit ( simen + batu baur halus +batu baur kasar)  yang dibancuh.

·         Kaedah biasa bagi menyatakan nisbah bahan bancuhan konkrit adalah dalam bentuk bahagian atau nisbah simen, batu baur kasar dan halus, contohnya  1:2:4 membawa maksud  nisbah mengandungi 1 bahagian simen, 2 bahagian batu baur halus dan 4 bahagian batu baur kasar.

·         Gred konkrit dinyatakan dalam 2 jenis  bancuhan  iaitu bancuhan Nominal dan Bancuhan Rekabentuk. Bancuhan Nominal terdiri daripada gred M5 hingga M20 dimana M mewakili Mixed. Bancuhan Rekabentuk terdiri daripada gred  30 dan keatas

 

GRED

NISBAH BANCUHAN

M15

1 : 3 : 6

 

NOMINAL

M20

1 : 2 : 4 

M25

1 : 1½ : 3 

M30

 

 

REKABENTUK

M40

M45

M50





Kualiti konkrit bergantung kepada:-

a)        Kualiti bahan-bahan yang digunakan.
b)        Nisbah bancuhan.
c)        Penggredan batu baur.
d)        Amaun air yang digunakan.
e)        Cara memampatkannya setelah di tempatkan di dalam acuan.
f)          Pengawetan yang dilakukan setelah mengeras.
g)        Cara mencampur dan mengangkut.
h)         Kualiti acuan yang digunakan.

Sifat-sifat konkrit:-

a)     Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini adalah penting dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.

b)     Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga lain.

c)     Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentukkan kepada sebarang bentuk mengikut acuannya.

d)     Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.


e)     Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat konkrit iaitu simen, pasir, dan batu baur mudah didapati dan murah.
f). Kerja-kerja ke atasnya adalah mudah dan ringkas dan tidak merumitkan.
g) Permukaan boleh dikemaskan dengan menggunakan kebanyakan bahan biasa yang digunakan dalam kerja kemasan.

Syarat bagi penyediaan konkrit yang baik

a)     Batu baur yang digunakan mestilah keras dan tahan lama, seperti batu granit.
b)     Batu baur yang digunakan mestilah digredkan dengan sempurna.
c)     Kandungan simen hendaklah mencukupi.
d)     Air yang digunakan untuk membancuh mestilah bersih dan tidak mengandungi sebarang kotoran atau garam.
e)     Jumlah air mestilah sederhana untuk menghasilkan konkrit yang sama konsistansi.
f)       Bahan-bahan perlu dibancuh dengan betul dan sempurna supaya konkrit itu menjadi bancuhan yang seragam.
g)     Kepadatan konkrit mesti terjamin dengan mengadakan getaran atau cucukan yang sesuai dan mencukupi tetapi tidak boleh melampau.
h)     Selepas konkrit ditempatkan dan menjadi beku, pengawetan yang sesuai perlu dilakukan supaya mendapat binaan konkrit yang baik mutunya.


         Kelebihan Konkrit

Terdapat beberapa kelebihan yang menyebabkan penggunaan konkrit popular sebagai bahan pembinaan iaitu :
a)     Kukuh
b)     Kosnya yang murah
c)     Mudah didapati
d)     Mudah dibentuk mengikut acuan
e)     Tahan Lasak
f)       Mempunyai daya rintangan api
g)     Kemas
h)     Kekal bentuk dibawah beban
i)        Tidak menyerap
j)        Tidak Mengecut
k)      Tidak Rapuh

1.2          Struktur-struktur Konkrit

      Konkrit digunakan bagi pembinaan struktur-struktur bangunan seperti :
a)     Tiang (column)

b)     Rasuk (beam)

c)     Papak Lantai (floor slab)


d)     Tapak (footing)


e)       Asas (Foundation)


1. Rasuk  
ialah anggota struktur yang dibina secara mengufuk untuk menerima beban
lantai, dinding dan bumbung.  Rasuk akan memindahkan dan mengagihkan beban
pada tiang dan seterusnya memindahkan beban ke atas binaan.

2. Tiang - 
ialah sruktur yang dibina secara pugak untuk menerima dan menanggung beban
paksi.  Fungsi tiang ialah mengagihkan beban dari rasuk dan bumbung ke atas
binaan.

3.  Lantai 
Lantai ialah struktur yang dibina mengufuk untuk menanggung beban.  Pembinaan lantai hendaklah menjamin keselamatan keselesaan pengguna.
Dua jenis lantai:
a. Lantai bawah padu
b. Lantai atas

Kaedah membancuh konkrit (3) cara:-
1)                  Membancuh dengan menggunakan insani
- Digunakan untuk kerja kecil.
- Biasanya menggunakan kotak penyukat.
- Dilakukan di permukaan rata dan tidak telap air.
- Alatan penyodok digunakan.

 






2)     Membancuh dengan menggunakan mesin penggaul konkrit
1. Batch mixer.
Jenis yang biasa digunakan dalam mana-mana pembinaan. Terdapat dalam bentuk yang mudah dibawa atau diubah (portable). Mesin pembancuh jenis ini mempunyai beberapa saiz mengikut kadar muatannya. Saiz yang biasa ialah 5 : 3 T, 7 : 5 T dan 10 : 7 T mengikut ukuran kaki padu. 

Portable batch mixer ( mesin campur jungkit )



2. Tilting Drum Mixer

  Pembancuh jenis ini mempunya drum mixer yang boleh dipusingkan kekiri dan kekanan.Ia mempunyai pengunci yang boleh diubah-ubah bagi menentukan ketinggian mulut drum semasa kerja-kerja membancuh dijalankan.Pembancuh yang agak besar seperti  10 : 7 T biasanya mempunyai hopper untuk mengisi dan memasukkan bahan-bahan konkrit kedalam drum.Didalam drum terdapat “blades” yang diperbuat daripada besi,gunanya ialah sebagai pengaul bahan konkrit didalam drum.Bagi setengah-setengah pembancuh yang lebih moden air dimasukkan secara automatik dari tangki khas yang terdapat pada pembancuh itu. 




3. Close Drum Mixer

Jenis ini kadang-kadang juga disebut non-tilting mixer yang mana seakan-akan sama dengan tilting drum mixer tetapi ia tidak boleh dipusingkan kekiri atau kekanan. Drumnya mempunyai dua mulut, satu untuk memasukkan bahan konkrit dan yang sebelah lagi untuk mengeluarkan konkrit yang siap dibancuh. Lain-lain kelengkapan adalah sama dengan pembancuh jenis tilting.   


Cara Membancuh

Cara membancuh konkrit adalah sama sahaja pada sebarang jenis mesin pembancuh. Masukkan bahan-bahan konkrit kedalam hopper. Bahan-bahan ini disukat dengan menggunakan kotak penyukat (gauge box) yang berukuran satu kaki padu. Cara yang elok ialah dengan memasukkan batu (course aggregate) terlebih dahulu diikuti dengan pasir dan simen.

Bagi pembancuh yang tidak mempunyai hopper bolehlah dimasukkan terus kedalam drum mengikut peraturan tadi. Air dimasukkan sebaik sahaja bahan-bahan konkrit dimasukkan kedalam drum dan ketika inilah masa bancuhan dikira.

Bahan-bahan konkrit dibiarkan bercampur    di dalam drum selama antara dan dua minit sahaja. Selepas itu bolehlah dituangkan kerana konkrit berada dalam keadaan yang baik ketika ini.

Kadangkala ini ditentukan dengan pengalaman sahaja iaitu dengan melihat keadaan bancuhan tersebut. Biasanya ini dibuat oleh pekerja-pekerja yang mahir. Sekiranya konkrit dibiarkan terlalu lama didalam drum  ini akan mengakibatkan bancuhan konkrit tersebut menjadi pekat dan berketul-ketul.





                   


3)                  Dibekalkan daripada kilang sebagai konkrit siap campur.


Kelebihan:
1. Dibancuh di loji
2. Sesuai untuk kerja konkrit bagi projek yang besar.
3. Gred konkrit boleh ditentukan.


 






Menempatkan Konkrit

Sebelum konkrit ditempatkan kedalam acuan,acuan hendaklah diperiksa, dibersihkan dan disapu minyak. Jangan tuang konkrit melebihi satu meter tingginya untuk mengelakkan gelembung-gelembung udara terjadi  pada konkrit dan terjadinya pengasingan (segregation) pada konkrit.


Kerja Konkrit Menegak.

Mencurahkan konkrit terlalu tinggi menyebabkan terjadi pengasingan, menggerakkan acuan dan tetulang, motar akan melekat dan kering pada tetulang dan acuan. Cara yang betul ialah memasukkan konkrit dari sisi, membuat pada acuan 1.5 m dari aras tanah. Jika acuan tidak dalam corong (hopper) digunakan. Bagi acuan yang sempit konkrit dicairkan sedikit, tidak lebih 300 mm dalam konkrit  yang  terakhir dicurahkan hendaklah jenis kering supaya permukaan kerja tidak terlalu cair.


Perhatian Sewaktu Bekerja.

Acuan jangan bergerak atau berganjak dari kedudukkan, konkrit tidak dicurah terlalu banyak, menyebabkan kerosakkan pada acuan atau menumbang acuan.


Kerja Konkrit Melintang Atau Melebar.

Konkrit hendaklah dicurahkan rata hingga kerja. Tidak boleh dicurahkan melonggok-longgok hingga melebihi ketebalan acuan, ini menjadikannya  tidak padat dan tidak kuat. Setiap lapisan hendaklah dipadatkan sebelum lapisan terakhir dibuat. Waktu mencurahkan konkrit lapisan atas dan lapisan bawah mestilah masih  berkeadaan basah ataupun setelah konkrit bertetulang kering. Jika separuh keras akan merosakkan kerja.


Pada kerja konkrit yang curam, konkrit dicurah pada bahagian curam dahulu bagi memudahkan kerja seterusnya dan mengelakkan pengasingan bahan. Mencurahkan konkrit berlapis,  hendaklah jangan terlalu cepat bagi menbolehkan kerja pemadatan dibuat dengan sempurna.


Memadatkan Konkrit.

Setelah ditempatkan diacuan atau tempatnya, ia hendaklah segera dipadatkan, kerja ini dilakukan menggunakan alat tangan ataupun alat jentera.

Pemadatan Menggunakan Alat Tangan.

Terdapat dua jenis  ‘rammer’ yang digunakan ;

(a)   Diperbuat dari kayu
(b)   Diperbuat dari besi.

Alat ini digunakan bagi konkrit tanpa bertetulang (mass concrete) dan lantai konkrit biasa. Dihentak sehingga tejadi  lapisan motar nipis pada permukaan kerja. Mass concrete itu hendaklah tidak melebihi dari 300 mm. Pada kerja konkrit tetulang, konkrit dituang dan diratakan berperingkat-peringkat tidak melebihi 150 mm, dengan menggunakan sebatang besi วพ 16 mm konkrit itu dipadatkan dan mengeluarkan ruang udara.


PEMADATAN MENGGUNAKAN ALAT JENTERA.

Pada kerja-kerja konkrit yang luas atau besar, pemadatan dengan tangan diganti dengan jentera, yang dipanggil ‘vibrator’ menggunakan kuasa elektrik atau petrol.


Ada Tiga Jenis Vibrator Yang Biasa.

  1. Surface Vibrator.

Alat ini terdiri dari sekeping logam panjang diletakkn diatas permukaan konkrit jentera gegaran diletakkan diatasnya memberikan gegaran pada kepingan logam.Digerakkan pada permukaan konkrit perlahan-lahan lalu memadatkan konkrit.Biasanya pada kerja konkrit yang nipis sahaja.



  1. Poker / Internal Vibrator

            Adalah yang jenis biasa digunakan.Bahagian yang penting ialah bahagian poker, 760 mm panjang  di mana gegaran terdapat sewaktu bekerja. Poker dipegang dan dimasukkan pada konkrit secara tegak, tepat dan tidak lebih dari 300 mm dan tidak kurang dari 50 mm. Bergegar lalu memadatkan konkrit. Kerja yang biasa ialah dinding yang nipis, tiang, beam lantai dan kerja-kerja beracuan.

#####################################################




  1. Lamp On / External Vibrator.

Biasanya digunakan bagi kerja konkrit tetulang.Dipasang pada bahagian luar acuan. Gegarannya pada acuan dengan sendirinya konkrit dapat dipadatkan, kuasa goncangannya 9000 goncangan seminit. Lama masa pemadatan adalah tidak dapat ditentukan. Tetapi konkrit dapat dipastikan bila permukaannya telah rata, lapisan air (laitance) terjadi dan gelembung udara telah keluar.






Proses Dalam Kerja Konkrit

Terdapat 5 proses dalam kerja-kerja konkrit
1. Membancuh konkrit
2. Mengangkut konkrit
3. Menempat /  menuang konkrit
4. Memadat konkrit
5. Pengawetan konkrit

1. Membancuh konkrit
Terdapat 3 kaedah membancuh konkrit
1. Cara tangan / kaedah insani/ tenaga manusia.
- Disukat dengan menggunakan kotak penyukat.
- Dilakukan di permukaan rata dan tidak telap air.



2. Cara mesin
- Lebih cepat.
- Jenis mesin yang digunakan
   i. Mesin campur jungkit
  ii. Mesin campur tetap.




Mesin campur jungkit

Mesin campur tetap

3. Konkrit siap bancuh / ready mixed
- Dibancuh di loji.
- Dihantar ke  tapak binaan menggunakan lori berdram.
- Sesuai untuk kerja konkrit besar.

Nisbah bancuhan konkrit
Bermaksud ialah campuran antara simen, batu baur halus, batu baur kasar dan air.

2 jenis nisbah bancuhan konkrit

a. Nisbah bancuhan konkrit norminal
- Nisbah bancuhan yang biasa ialah 1:2:4 dan 1 :3: 6
- Pengukuran/ penyukatan bahan menggunakan kaedah isi padu atau berat.
- Menggunakan cara tangan ( kaedah insani ) atau mesin.
- Bancuhan di buat di tapak bina.

b. Nisbah bancuhan konkrit direka
- Nisbah bancuhan adalah mengikut gred seperti gred 15, 20 dan 25.
- Di kenali sebagai konkrit siap bancuh ( ready mixed ).
- Bancuhan di buat di loji.
Sesuai untuk projek pembinaan konkrit seperti jambatan, jalan raya dan lantai.

2. Mengangkut konkrit

a. Kaedah kereta sorong
- Sesuai untuk kerja yang mempunyai jarak yang berdekatan antara tapak bina dan tempat bancuhan.
- Tidak melibatkan kos yang tinggi.

b. Kren
- Biasa digunakan untuk projek yang besar.
- Konkrit dimasukkan ke dalam satu besar yang dikenali sebagai timba ( bucket).
- Ia dilengkapi dengan satu pintu kolong di bawahnya.
- Pintu kolong ini adalah bertujuan memudahkan kerja-kerja penuangan konkrit ke dalam acuan dari timba besar tersebut.

c. Pelongsor
- Biasa digunakan untuk kerja yang tempat bancuhaannya terletak di atas manakala tapak bina di bawah.
- Kerja-kerja untuk mengelongsorkan konkrit ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya pengasingan yang boleh mengurangkan kekuatan konkrit.

d. Pam
- Menggunakan sejenis pam yang mempunyai saiz dimeter sebesar 150 mm.
- Konkrit dipam melalui paip tersebut dari tempat yang digaulkan ke tempat yang hendak dituangkan.
- Semasa penyediaannya juga perlu diawasi untuk mengelakkan berlakunya pengasingan.
- Paip juga hendaklah sentiasa dibersihakan untuk mengelakkan daripada tersumbat.  Sebaiknya selepas selesai sahaja kerja yang menggunakan paip tersebut.

e. Lori
- Konkrit bagi kegunaan berskala besar biasanya diangkut menggunakan lori pembancuh simen.
- Biasaya konkrit telah digredkan terlebih dahulu di batching plan sebelum penghantaran dilakukan.
- Penghantaran dilakukan secepat yang mungkin bagi mengelakkan pengasingan berlaku.






3. Menuang konkrit
- Konkrit perlu dituang ditempat yang dikehendaki secepat yang mungkin.
- Konkrit basah perlu dituang ke dalam acuan mengikut cara terbaik bertujuan mengelakkan berlakunya pengasingan dan lelehan.
- Kemudian perlu dipadatkan menggunakan alat pemadat seperti internal poker vibrator atau external vibrator.
- Pemadatan perlu dilakuan bagi mengelakkan pengasingan  dan berlaku sarang lebah (honey comb ).
- Konkrit perlu dituang secara berlapis tidak melebihi 600mm bagi setiap lapisan.
- Konkrit tidak boleh dituang secara bebas melebihi 5 kaki.
- Tarikh penuang konkrit perlu direkodkan dan ujian kiub dilakukan bagi memastikan gred konkrit adalah berkualiti.


Honey comb Concrete




Apakah maksud honeycombs
Berlakunya lubang udara di dalam konkrit pada permukaan ataupun pada di dalam konkrit.
Ini berpunca daripada mortar yang tidak memenuhi ruang antara aggeregate.

Di mana terjadi honeycombs:
1. Lantai.
2. Rasuk.
3. Dinding.
4. Tiang.

Kesan Honeycombs
1. Kekuatan menjadi kurang kuat.
2. Besi tetulang mudah terdedah dengan karat yang boleh menyebabkan kelemahan struktur.
3. Kelemahan dalam menanggung beban.
4. Air dan udara mudah memasuki pada ruang udara struktur.

Punca berlakunya Sarang Lebah ( Honey comb )
1. Gred kualiti konkrit yang rendah.
2. Berlaku pergerakan pada papan formwork.
3. Pemadatan tidak dilakukan dengan betul atau tidak dilakukan.
4. Kebolehkerjaan konkrit lemah.

Rujukan :
Link berkaitan dengan honeycombs.

4. Memadat konkrit
- Selepas menuang konkrit pada acuan, konkrit perlu segera dipadatkan dengan alat pemadat.
- Alat pengetar perlu memenuhi spesifikasi bagi pekerjaan yang hendak dilakukan.
- Jenis alat pengetar

a. Internal Poker Vibrator ( kegunaan dengan memasukkan alat dalam konkrit )
  - Jenis diesel
  - Jenis elektrik
b.  External vibrator ( alat diletakkan di luar kotak acuan )
c. Surface vibrator. ( alat dipadatkan pada permukaan )



4 comments:

  1. Terima kasih... saya banyak belajar dari artikel di atas..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya ada pertanyaan, kenapa concrete bila Kering jadi cerah keputihan? Kenapa bancuhan simen biasa bila Kering tetap warna kelabu? Boleh tunjuk Saya bagaimana untuk dapat bancuhan simen biasa apabila ia kering ia kelihatan cerah keputihan seperti concrete, apakah bahan campuran yang digunakan dalam bancuhan concrete dari bagging plant

    ReplyDelete