Pages

Tuesday, April 18, 2017

Konkrit prategasan

Konkrit prategasan dibuat dengan konkrit tuang dahulu menggunakan tetulang keluli tegangan tinggi. Tetulang kelulinya ditegangkan dengan menggunakan jek hidraulik untuk mewujudkan tegasan dalam konkrit supaya berupaya menanggung beban lebih berat.  Di dapati kegunaan tetulang dalam konkrit boleh dijimatkan sebanyak 50 hingga 75% berdasarkan prinsip ini.

Kebaikan konkrit prategasan:
1. Jumlah tetulang boleh dikurangkan sehingga 3/4 dari konkrit bertetulang.
2. Beban diri sturuktur boleh dikurangkan dengan pengurangan kuantiti.
3. Pembinaan struktur boleh dipercepatkan dengan kawalan mutu yang baik

Penghasilan konkrit prategasan dihasilkan dengan dua cara:

1. Konkrit prategangan
2. Konkrit pascategangan




 1, Konkrit prategangan
- Di hasilkan dengan kaedah penengangan tendon keluli terlebih dahulu sebelum konkrit dituang.
- Tendon keluli berbentuk dawai atau salur ditegangkan antara dua penambat hujung.
- Konkrit dituang di sekeliling tendon.
- Setelah konkrit mengeras secukupnya, penambat hujung dilepaskan.
- Daya tegasan dipindahkan kepada konkrit melalui ikatan antara keluli dan konkrit.
- Hujung tendon dipotong setelah hujung tendon ditambatkan.
- Proses ini dibuat di kilang.
- Penambat boleh digunakan semula.



2. Konkrit pascategangan
- Penghasilan konkrit pascategangan adalah dengan cara menuang konkrit ke dalam acuan dan membiarkan konkrit mengeras sebelum tegangan dikenakan.  Daya tegangan dikenakan dengan membicu tendon keluli melawan anggota konkrit siap tutup.  Kaedah ini sesuai konkrit prategasan in situ.  

Kaedah penghasilan
- Tendon dimasukkan melalui salur yang dipasang dalam konkrit.
- Tendon ditegangkan sehingga mencapai daya tegangan yang direka bentuk dan dipindahkan kepada konkrit melalui penambat khas.
- daya prategangan terhasil oleh tendon yang dipasang dalam anggota struktur.
- Penengan boleh dilakukan secara berperingkat untuk semua tendon atau sebahagian sahaja.
- Sistem ini boleh digunakan sekali sahaja kerana perlua diletakkan dalam anggota struktur.


i)      Menegang Tendon
a.       Tendon ditarik dan ditegangkan dengan menggunakan jek penegang dan  diikat pada alat tambatan untuk mengekalkannya.
b.      Tendon ditegangkan sehingga mencapai daya tegangan yang direkabentuk dan dipindahkan kepada konkrit melalui penambat khas. Daya pretegangan terhasil oleh tendon yang dipasang dalam konkrit.
c.       Tegangan dilakukan berperingkat-peringkat untuk semua tendon atau sebahagian.Pastikan tegasan diaplikasi secara perlahan dan seragam pada tendon
d.      Tendon keluli ditambat pada kedua-dua hujungnya
e.      Lekarkan/Seal sauh penegang mengikut kelulusan sebelum proses menurap sesalur.

ii)    Menurap (Grouting)
a.      Setelah selesai proses pasca tegangan dan anchoring , sesalur diturap (grout)  mengikut spesifikasi ( perlu perincian lanjut)
b.      Menurap (grouting) adalah kerja mengisi simen turap bagi memenuhi sesalur sepenuhnya disepanjang tendon.
c.       Bagi memastikan proses ini berjalan lancar, simen turap hendaklah dalam keadaan mudah alir.dimana ia mudh dipam disepanjang jarak ruang sempit tanpa memberi tekanan tinggi yang mungkin boleh menyebak sesalur
d.      Simen turap disuntik kedalam sesalur melalui tiub turap yang disediakan pada pangkal atau hujung sesalur pecah dan merosakkan keseluruhan sistem
e.      Tujuan penurapan tendon adalah:
·         melindungi kabel/lembar(strand) dari berkarat
·         menghadkan pergerakan kabel dalam sesalur
·         mengikat lembar prategasan kepada konkrit disekelilingnya
    f.        Dapatkan kelulusan jurutera sebelum pemotongan lebihan tendon dilakukan.













No comments:

Post a Comment