Peranan
Sistem Agihan Air
Matlamat system agihan air adalah untuk
membekalkan air yang boleh diminum pada tekanan dan kuantiti yang yang
mencukupi.
Kuantiti dan tekanan dianggap mencukupi
apabila ianya menepati keperluan semua kegunaan air termasuk untuk tujuan
pemadaman kebakaran.
Sekiranya berlaku kekurangan air, ia nya perlu
melebihi kadar minima 15% keseluruhan system mestilah ekonomik, tahan lama dan
senang untuk selenggara.
Sesuatu system agihan yang sempurna hendaklah
mematuhi keperluan berikut:
- Air mestilah bersih.
- Tekanan air sentiasa memuaskan.
- Bekalan air yang mencukupi kepada
pengguna-pengguna.
- Peneyelenggaran system agihan mudah dan
ekonomik.
- Bekalan sentiasa mencukupi dan tekanan
memuaskan semasa berlaku kecemasan.
- Bekalan hendaklah sentiasa ada walaupun
berlaku kerosakan pada sesuatu talian paip.
- Rangkaian paip tidak ditanam di bawah
jalan melainkan tidak dielakkan.
Komponen system agihan terdiri dari:
- Paip
a. Paip hantaran ( delivery main)
b. Paip agihan ( distribution pipe)
c. Paip retikulasi ( reticulation pipe)
- Pili air (hydrant)
- Meter air
- Tangki simpanan
- Pelbagai injap
Jenis-jenis
injap
|
Jenis
|
fungsi
|
1
|
Injap berhenti /pintu
|
Digunakan untuk mengawal kadar aliran serta
tekanan dan menghentikan aliran air. Injap yang bersaiz kecil ( <100mm)
adalah jenis stop cock dan yang > 100 mm adalah dari jenis injap sluis.
|
2
|
Injap kupu-kupu
|
Digunakan untuk mengawal kadar aliran air sahaja
pada paip-paip bersaiz melebihi 450
mm.
|
3.
|
Injap sluis
|
Adalah injap sluis yang digunakan untuk
kerja mengeruk. Saiz paip mengeruk adalah 1/3 paip utama.
|
4
|
Injap udara
|
Terdiri dari dua jenis injap iaitu injap
udara orifis tunggal dan injap udara berorifis kembar .
|
Kaedah pengagihan air:
- Sistem graviti
Hanya digunakan jika air disalurkan dari
tinggi ke rendah ( guna daya gravity).
Aras tapak loji olahan perlu lebih tinggi dari
pengguna.
Kawalan tekanan adalah perlu kerana:
a. Tekanan terlalu tinggi merosakan system
agihan.
b. Tekanan terlalu rendah – menyusahkan pengguna.
2. Sistem gabungan pam dan takungan
Air yang dirawat, dipamkan pada kadar yang
ditetapkan untuk disimpan di storan air di paras
yang tinggi.
Seterusnya pengagihan air ke pengguna dari
kolam simpanan tadi dibuat melalui daya gravity.
Paling kerap digunakan kerana:
1. Faktor keberkesanan
2. Kos yang rendah
3.Sistem berpam
-
Digunakan
jika turus tekanan pengguna rendah atau pengguna berada di tempat yang lebih
tinggi dari sumbr air yang telah diolah.
-
Air
yang telah diolah, dipam terus ke dalam paip utama tanpa storan. Kurang
digunakan untuk mengagihkan air kepada ke pengguna.
Susun atur paip agihan
1. Sistem hujung mati
2. Sistem jejari
3. Sistem grid
4. Sistem gelang
Fungsi utama tangki simpanan ialah :-
- Untuk mengadakan simpanan air terawat
bagi meminimakan gangguan bekalan sewaktu paip pecah.
- Untuk mengadakan simpanan air terawat
bagi menghadapi keperluan yang turun naik
- Sebagai tangki pemecah tekanan di mana
julat perbezaan aras di kawasan bekalan yang dibahagikan kepada zon-zon.
- Untuk mengadakan simpanan air bagi tujuan
pemadaman kebakaran. Jumlah simpanan kecemasan yang diperlukan menentukan
saiz tangki.
Tangki Pengimbang dan tangka perkhidmatan
-
Dalam
system pengagihan air, tangk penyimpanan dikategorikan mengikut:
a. Tangki pengimbang
b. Tangki perkhidmatan
- Tangki pengimbang
-
Fungsi
utama tangka pengimbang ialah untuk menerima dan mengumpulkan air yang telah di
rawat dari loji rawatan dan kemudiannya mengagihkannya ke sebuah atau beberapa
tangka perkhidmatan.
-
Tangki
pengimbang bergantung kepada kapasiti air yang dirawat di loji rawatan dan juga
storan yang diperlukan untuk mengimbang pengliran masuk dan keluar dari tangki
tersebut.
-
Umumnya
muatan tangka adalah bersamaan 2 jam aliran masuk dari muatan minima 450 m3 dan
muatan maksima 9000 m3.
-
Ianya
biasa dibina berdekatan dengan loji rawatan. Sekiranya berlaku penyusutan
isipadu dari mana-mana tangka perkhidmatan, air akan mengalir dari tangka
pengimbang ke tangka perkhidmatan.
-
Dengan
adanya tangka pengimbang dalam system agihan, kadar aliran ke tangka
perkhidmatan dapat ditetapkan turus antara dua tangki.
- Tangki perkhidmatan
-
Takungan
perkhidmatan berfungsi untuk membekalkan air ke sistem retikulasi. Muatan
minima tangki perkhidmatan dan juga kolam simpanan dalam sistem agihan
sepatutnya bersamaan dengan simpanan untuk satu hari.
-
Stor
satu hari selalunya mencukupi untuk keperluan pencegahan kebakaran.
No comments:
Post a Comment