Pages

Monday, October 22, 2012

Sistem longkang


Pemasangan longkang perlu untuk salirkan air buangan dan dari alatan kebersihan, dapur, sesalur air hujan (R.W.D.P) serta air permukaan berturap ke pebentung awam dan seterusnya ke tempat pembuangan dan perawatan khas.

Longkang-longkang yang dibina harus mempunyai ciri-ciri berikut :
1.Longkang hendaklah tidak mudah bocor
2. Air buangan dan najis tidak dapat memberi kesan kepada longkang.
3.Dapat menahan tekanan tanah serta ‘building settlement’
4.Berupaya menahan pengaliran haba dan cecair.

Jenis-jenis longkang:
1. Bentuk U
2. Separuh bulat
3. Bentuk V 

Jenis longkang yang biasa terdapat di Malaysia:
1. Longkang jenis konkrit.
2. Longkang jenis tembikar
3. Longkang PVC




   
Longkang jenis konkrit 

  

Longkang jenis tembikar 



  
Longkang PVC 


Bahan bagi membuat longkang ialah tembikar, pvc dan konkrit.

Bahan-bahan bagi membuat longkang konkrit:
1. Simen
2. Batu baur.
3. Pasir 

Langkah-langkah kerja bagi pemasangan longkang:
1.  Menyediakan bahan dan alatan.
2. Mengorek tanah
3. Meletakkan pasir.
4. Memasang dan memaras.
5. Menyambung ikatan antar longkang 
  
Alatan memasang longkang :
1   1.  Cangkul
2   2. Penggali
3   3. Aras spirit - mendapatkan kerataan.
4   4. Benang - bertujuan untuk mendapatkan jajaran lurus bagi jarak yang panjang.



Peraturan serta kehendak yang perlu diberi perhatian dalam pemasangan longkang adalah seperti berikut :


1.Kecerunan - longkang perlu diberi kecerunan supaya pergerakan air tidak jadi lambat dan tersumbat.


2.Kedalaman - longkang bawah tanah mesti di tanam dengan kedalaman yang cukup bagi mengelakkan dari berlakunya paip bocor atau pecah yang disebabkan oleh beban yang terdapat di atasnya. Contoh : kenderaan.

3.Pengudaraan - pengudaraan perlu diadakan untuk mengelakkan dari bau busuk yang kurang menyenangkan

4. Penutup - perlu diadakan untuk menyekat bau busuk ke dalam bangunan serta tidak menghalang laluan

5. Laluan - laluan/bilik khas mesti disediakan bagi tujuan pemeriksaan atau pembersihan jika longkang tersekat

5. Bahan - bahan harus tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ini untuk memastikan paip dan longkang tahan serta mampu untuk menahan beban dan tegangan

6. Sambungan - sambungan perlu diadakan bagi mengelakkan dari berlakunya kebocoran atau keretakkan pada longkang

7. Penahan -untuk pastikan perletakan longkang mendapat sokongan dan tidak mudah pecah.

8. Saiz dan isipadu muatan - hendaklah mengikut jenis atau bentuk longkang.

9 comments:

  1. harga longkang konkrit mengikut size...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya longkang U-Drain
      saiz 2' = rm75.00
      saiz 3' = rm140.00
      saiz 4' = 210.00
      saiz 5' = 260.00
      saiz 6' = 350.00

      All Exc GST

      Delete
  2. BRBSB TU NAMA PENOH DIA APA DAN KAT MANE KILANG TU UNTUK BELI LONGKANG PVC TU

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Longkang untuk air hujan sahaja...bukan saluran sisa kumbahan yang macam korang faham sekarang ni...air dari bilik mandi juga termasuk...ingat,hanya untuk air hujan sahaja... #celikubah #redhaikhlas

    ReplyDelete
  5. Saya beli longkang v 600 ada sijil kelulusan jkr

    ReplyDelete
  6. Kalau saya nak beli longkang jenis PVC DRAIN ni di mana boleh saya dapatkan??

    ReplyDelete