1. Modul 701
2. Modul 702
3. Modul 703
4. Modul 704
Monday, January 12, 2015
Modul sem 7 Teknologi Pembinaan
Thursday, August 21, 2014
Kaedah perobohan bangunan
Perobohan bermaksud
menarik atau meruntuhkan bangunan.
Definisi lain ialah kemahiran yang tinggi untuk meruntuhkan sesuatu harta benda.
Definisi lain ialah kemahiran yang tinggi untuk meruntuhkan sesuatu harta benda.
Kerja
perobohan merupakan aktiviti yang merbahaya.
Mesti dijalankan atau diawasi oleh seorang yang mahir dalam bidang perobohan.
Sebelum kerja perobohan dilakukan bahan atau peralatan beharga didalam bangunan perlu dipindah dahulu.
Mesti dijalankan atau diawasi oleh seorang yang mahir dalam bidang perobohan.
Sebelum kerja perobohan dilakukan bahan atau peralatan beharga didalam bangunan perlu dipindah dahulu.
Peninjauan
Peninjauan ke atas kawasan dan struktur binaan yang akan dirobohkan adalah merupakan satu keperluan. Kajian dan pemeriksaan ke atas bangunan dan struktur mestilah dibuat.Keadaan sambungan dan hubungan dengan bangunan atau struktur berdekatan yang akan memberi kesan kepada perobohan tersebut mesti diberikan perhatian termasuk dinding sekat.
Peninjauan ke atas kawasan dan struktur binaan yang akan dirobohkan adalah merupakan satu keperluan. Kajian dan pemeriksaan ke atas bangunan dan struktur mestilah dibuat.Keadaan sambungan dan hubungan dengan bangunan atau struktur berdekatan yang akan memberi kesan kepada perobohan tersebut mesti diberikan perhatian termasuk dinding sekat.
Peninjauan yang dibuat ke atas struktur
bangunan
1. Bumbung- perlu dirobohkan dahulu dengan tangan jika bumbungnya berangka.
1. Bumbung- perlu dirobohkan dahulu dengan tangan jika bumbungnya berangka.
2. Kerangka utama – permeriksaan
samada perobohan yang dirancang tidak akan menyebabkan daya tujuan yang tidak
seimbang akan berlaku.
3. Dinding – ketebalan dan keadaan
dinding yang hendak dikekalkan perlulah diketahui.
4. Perkara-perkara
yang bersangkut dengan kemudahan atau perkhidmatan dalam bangunan perlu diberi
perhatian supaya tidak menganggu atau menimbulkan masalah.
5.Kemudahan-kemudahan
berikut perlu ditutup, dilindungi atau dialihkan sebelum kerja-kerja perobohan
dilakukan.
Antaranya
ialah:
1.
Longkang
2.
Kabel elektrik
3.
Paip induk dan paip perkhidmatan
Jenis perobohan
1. Perobohan penuh
meroboh keseluruhan struktur bangunan
2. Perobohan separa
- Merobohkan bahagian-bahagian tertentu struktur bangunan sahaja.
Perkara-perkara
yang mesti diambil kira semasa perobohan.
1.Kedudukan tapak
Untuk bangunan yang terasing perlu
dirobohkan sepenuhnya, jarak bangunan dengan sempadan kawasan yang berhampiran
mestilah sekurang-kurangnya dua kali ketinggian bangunan yang dipanggil
bangunan tapak. Bagi bangunan yang tidak mencapai had ini dipanggil kawasan
terkurung.
2. Jenis struktur
Jenis struktur ialah struktur-struktur
yang mempunyai kerangka utama. Contohnya bangunan dua tingkat.
3. Jenis pembinaan
- Bahan-bahan dan cara pembinaan
sesuatu struktur contohnya tembok bata, konkrit tuang dahulu serta struktur
keluli
Kaedah perobohan bangunan
1.Insani
2.Alatan jentera
3.Bahan letupan
1.
Kaedah
insani
Kaedah
perobohan dilakuan secara berperingkat dengan menggunakan alat tangan.
Perobohan
insani biasa digunakan untuk meroboh bangunan yang tidak mempunyai rangka utama
yang diperbuat dari konkrit dan konkrit tetulang.
2
Alatan jentera
Alatan jentera
Jentera
yang digunakan ialah.
a. Pusher arm – mesin ini dipasang dengan lengan keluli yang mengeluarkan daya tujahan mendatar.
a. Pusher arm – mesin ini dipasang dengan lengan keluli yang mengeluarkan daya tujahan mendatar.
Ketingginan
binaan yang dapat dirobohkan oleh jentera ini dari ketinggian ialah 0.6 m jika
lebih kaedah insani dilakukan,
b. Kren dan bebola
Kaedah ini
menggunakan bebola besi yang digantungkan pada kren.
Perobohan
kaedah ini tidak boleh dilakukan pada bangunan 30 m tinggi.
Kaedah
ini lebih murah dan cepat.
Keburukan
ialah tidak sesuai bagi bangunan kawasan
terkurung.
c.Tarikan menggunakan kabelPerobohan
jenis serentak.Tuil atau kenderaan berat digunakan sebagai penarik dan kedudukan tidak
berganjak dari kedudukan asal.Kabel yang digunakan mestilah
dari jenis yang sesuai digunakan untuk kerja perobohan tersebut.Tidak sesuai untuk bangunan atau
struktur yang besar.
3.
Kaedah
letupan
Teknik perobohan menggunakan bahan letupan amat
berkesan jika cara-cara lain tidak sesuai disebabkan bunyi bising yang
berpanjangan, peralatan dan bahan yang mahal serta tidak bersesuaian
menggunakan jentera berat di kawasan perobohan.
Bahan-bahanyang biasa digunakan ialah nitro glcerine
dan amonia nitrate.
Kerja perobohan
Pemilihan kaedah perobohan haruslah mengambil kira saiz, kekuatan dan kedudukan struktur untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja darn orang awam.
Perobohan haruslah dilaksanakan dengan cara tidak
menjejaskan kestabilan struktur dan dan struktur bersebelahan, yang mungkin menyebabkan
roboh tanpa di rancang.
Kerja perobohan dikawasan awam hendaklah dilakukan
di luar waktu puncak.
Kerja perobohan juga tidak boleh dilakukan di waktu
cuaca buruk, angin kencang atau ribut yang boleh
menyebabkan struktrur roboh.
Kerja persediaan.
Kerja perobohan bermula
1 Semua utiliti haruslah dinyahsambung dengan betul atau dimatikan pada
atau di luar sempadan kawasan tapak.
2
Zon bahaya di sekitar struktur harusah dipagar secukupnya atau diletakkan
tanda amaran.
3 Sebelum kerja perobohan bermula, struktur haruslah bebas daripada apa-apa
bahan toksik atau berbahaya ( misalnya asbestos).
4
Sekiranya sesuai perancah logam yang dilitupi jarring sisi haruslah
dibina sekeliling bangunan atau struktur yang akan dirobohkan.
5 Sebelum kerja perobohan dilaksanakan pastikan bahan-bahan ini
ditanggalkan:
i.
kaca pada pintu, tingkap dan sebagainya
ii.
objek cerai
iii.
bahagian terjulur
iv.
bahan boleh meletup, mudah terbakar, toksik dan memudaratkan.
Pelantar tadah untuk operasi perobohan
1 Semasa kerja meroboh bahagian luar dinding yang struktur asalnya melebihi
12.2 meter tinggi, pelantar tadah hendaklah dibina sepanjang permukaan luar
dinding tersebut, yang mana perlu menggelakkan kecederaan kepada orang ramai.
2 Pelantar itu hendaklah direka bentuk oleh jurutera professional dan diperakui
selamat sebelum dibina dan digunakan peraturan 43(2). Peraturan-peraturan kilang dan jentera (
kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan1986 ).
3 Pelantar hendaklah dibina dan dipastikan pada jarak tidak melebihi dari 6
meter di bawah tingkat di mana kerja-kerja membuang dinding luar sedang
dijalankan.
4 Pelantar tadah tidak boleh digunakan sebagai tempat menyimpan bahan atau
sebagai pelantar kerja atau tempat laluan.
Semasa kerja perobohan – peranan pihak kontraktor
11. Menyediakan untuk pekerja dan orang awam, maklumat yang sewajarnya
berhubung bahaya keselamatan dan kesihatan semasa kerja perobohan.
22. Mengikut kaedah perobohan yanag disediakan oleh jurutera kerja perobohan
/ struktrur.
33. Memastikan tapak dalam keadaan selamat dan mematuhi kehendak pelan
keselamatan dan kesihatan.
44. Menyediakan pekerja dengan semua kelengkapan pelindung diri ( PPE ) yang
sesuai berkaitan risiko keselamatan dan kesihatan yang mereka terdedah.
55. Mengambil langkah yang secukupnya untuk memastikan puing atau kawasan kerja
dilembapkan secukupnya untuk memerap debu.
PELETUPAN
DAN PENGGUNAAN BAHAN LETUPAN
1.
Kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diperolehi
sebelum aktiviti peletupan dilaksanakan.
2.
Bahan letupan tidak boleh dikendalikan atau digunakan kecuali mengikut
arahan pembuat.
3.
Semua kerja peletupan dilakukan oleh orang terlatih di bawah kawalan
terus orang yang ditetapkan yang mempunyai latihan, pengetahuan atau pengalaman
dalam bidang pengangkutan, penyimpanan, pengendalian dan penggunaan bahan letupan.
4.
Sebelum diletupkan pemuanya hendaklah mengambil semua langkah
berjaga-jaga
melindungi nyawa dan harta benda seperti batu yang
beterbangan, habuk dan gegaran. Notis amaran hendaklah diberi kepada semua
penduduk dan mereka dalam kawasan yang berhampiran dengan kendalian letupan
itu.
5 Struktur yang ditandakan untuk dirobohkan menggunakan bahan letupan harus
dikepung dengan pagar adang dan tanda bahaya yang secukupnya dipamerkan.
6 Sebelum meledak, peletup hendaklah membunyikan amaran yang kuat yang boleh
didengar oleh semua orang yang berada di dalam zon bahaya dan mereka itu
hendaklah berundur ke jarak yang selamat atau ke tempat perlindungan yang
selamat. Tiada letupan boleh diledak
semasa mana-mana orang berada di dalam zon bahaya sebagaimana yang ditentukan
oleh peletup.
7.
Kawalan keselamatan, papan tanda dan bendera merah haruslah digunakan
sepanjang masa untuk mengelakkan orang yang tidak berkenaan masuk ke kawasan
tersebut.
8. Penghuni bangunan bersebelahan haruslah diberikan surat pekekliling untuk
memaklumi mereka tentang kerja-kerja peletupan tersebut dan untuk menjejaskan
langkah keselamatan yang diambil. Orang
awam juga haruslah dimaklumkan oleh media tentang penutupan jalan yang
berdekatan.
Selepas kerja perobohan dengan kaedah letupan, kawasan dan bangunan di
kawasan berdekatan haruslah disahkan selamat oleh orang yang berkelayakan
Subscribe to:
Posts (Atom)




