Tangga adalah sebahagian yang penting dalam pembinaan bangunan. Ia membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar.
Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:
1. Kegunaan tangga
2.ruang bukaan bagi tangga yang dibina
3.ukuran naik dan curam yang dikehendaki
4.rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.
Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:
1. Kegunaan tangga
2. Ruang bukaan bagi tangga yang dibina
3. Ukuran naik dan curam yang dikehendaki
4. Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.
Jenis tangga
Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu :
1. Tangga larian lurus
2. Tangga suku pusingan
3. Tangga separuh pusingan
4. Tangga geometri
1. Tangga larian lurus
Tangga
ini meliputi
satu deretan
anak tangga
yang menghubungkan
dari satu
tingkat ke
tingkat yang
lain dalam satu
arah.
Untuk
tangga larian
lurus yang
terlalu panjang
boleh diputuskan
dengan pembinaan
pelantar perantaraan
supaya mendapatkan
deretan anak
tangga yang
lebih senang
dan selesa
didaki.
Penggunaan
tangga lurus
memberikan rupabentuk
yang paling mudah dan
murah dalam
pembinaan tangga.
2. Tangga suku pusingan
Tangga
ini meliputi
dua deretan
anak tangga
yang meningkat dari
lantai bawah
ke lantai
atas dengan
pelantar yang
membelok sejauh
900 (suku pusingan)
dipertengahannya.
Penggunaan
tangga suku
amat sesuai
untuk ruang
bukaan tangga
yang terhad di mana
tangga larian
lurus tidak
dapat digunakan.
3. Tangga Separuh Pusingan
4. Tangga Geometri
Prinsip pembinaan tangga
1. Setiap anak tangga hendaklah dibina selari antra satu sama lain kecuali apabila berlaku pertukaran arah pada larian tangga itu.
2. Untuk kemudahan dan keselamatan pengguna setiap anak tangga hendaklah mempunyai jarak jejak dan naik yang sekata.
3. Sesuatu binaan tangga mestilah mempunyai ruang kepala yang cukup iaitu sekurang-kurang 2 meter diukur tegak dari garisan bucu anak-anak tangga atau 1.5 meter diukur bersudut tepat.
4. Ukuran-ukuran untuk jejak dan penaik mestilah bersesuaian dan dapat memberikan keselesaan. Mengikut undang-undang kecil binaan bangunan jarak naik untuk sesuatu anak tangga tidak melebihi 190 mm dan 230 mm bagi jarak jejak.
5. Curam sesuatu larian tangga tidak melebihi 40 darjah.
6. Ruang tangga hendaklah sentiasa terang terutama bahagian membelok.
Maklumat berkaitan tangga
Reka bentuk tangga