7.1 Fungsi Asas
i. Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggng oleh tapak tanah yang lebih luas.
ii. Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.
iii. Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan.
iv. Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya ini sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah.
7.2 Faktor yang mempengaruhi reka bentuk dan saiz asas
i. Keadaan fizikal tanah – keupayaan tanggungnya.
ii. Beban bangunan termasuk beban hidup, beban mati dan beban angin yang ditanggungnya.
iii. Ekonomi – perbandingan kos di antara jenis-jenis asas yang boleh digunakan.
7.3 Jenis Asas
Ada beberapa jenis asas yang lazim digunakan.
i. Asas Hampar
ii. Asas Jalur
iii. Asas Pad (Alas Tiang)
iv. Asas Bertangga
v. Asas Rakit
vi. Asas Cerucuk.
Asas Hampar
i. Asas hampar digunakan secara meluas kerana kelebihannya dari segi ekonomi dan pembinaan.
ii. Sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai tanggung yang sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan.
iii. Pada dasarnya asas ini dibina sekurang-kurang 600mm dibawah aras tanah (bagi jenis tanah liat) dengan lebarnya 3 kali tebal tembok (Rajah 1) atau 2 kali tebal tembok + 300 mm untuk tembok yang mempunyai penapak atau unjuran (Rajah 2).
iv. Manakala tebal konkritnya adalah sama dengan tebal tembok atau ditentukan (Rajah3)
Asas Jalur
Asas jalur digunakan untuk menyokong dua tiang dimana satu daripadanya terletak berhampiran dengan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunann lain yang sedia ada.
Rajah: Asas Jalur
Terdapat empat jenis asas jalur yang digunakan dalam pembinaan.
a. Asas Jalur Biasa - Asas ini digunakan bagi satu atau dua tiingkat bangunan kediaman dengan adanya tanah yang baik Dan kukuh serta tidak mengecut seperti tanah berbatu kelikir. Asas ini ditempatkan pada garisan tengah dinding Dan dibina dengan konkri tyang mempunyai nisbah bancuhan 1:3:6
Rajah: Keratan asas jalur biasa
b. Asas jalur lebar - Asas ini digunakan bagi tanah yang rendah keupayaan tanggung beban seperti tanah liat, tanah lembah dan tanah tambun yang menyebabkan pemendapan kerap kali berlaku.
|
’ |
c. Asas Jalur alang ‘T’ – Asas ini pula digunakan untuk mengelak daripada terjadiinya keretakan kepaa asas tersebut kerana tekanan beban yang tinggi Dan tanah yang mempunyai kurang daya tanggung beban.
d. Asas Jalur dalam – Sesuai digunakan pada tanah yang berkelodak Dan tanah liat yang mana tanah ini akan mengecut mengikut perubahan masa. Namun asas jenis ini adalah kuat Dan teguh dengan penjimatan penggunaan batu-bata serta mengurangkan pengorekan lubang yang lebar yang akan melibatkan pembuangan tanah Dan tambahan tanah yang minimum.
Asas Jalur Dalam
e. Asas Pad
Dikenali juga asas alas tiang atau asas tumpu. Dalam pembinaan ringan yang berangka, asas jenis ini sesuai digunakan untuk menyokong tiang-tiangnya. Di dalam tiang konkrit perlu ada tetulang dan tiang bata pula diadakan unjuran untuk memastikan kestabilan. Asas ini terletak diantara lapisan tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang mencukupi ataupun di atas cerucok jika tanahnya jenis tanah gambut. Kebiasanya mempunyai kedalaman di antara 0.5m hingga 2.5 m dan mempunyai bentuk segi empat sama atau bujur.
f. Asas Bertangga - Asas ini dibuat berupa tangga untuk menyesuaikan kedudukan tapak yang curam di samping mengawqal kos pembinaan bangunan. Pembinannya perlu mematuhi beberapa peraturan yang berikut:
a. Tiap-tiap anak tangga hendaklah seragam.
b. Naiknya hendaklah seragam Dan sebaik-baiknya tidak melebihi 1 meter.
c. Cerucuk konkrit harus diadakan pada hadapan tangga yang paling bawah untuk mencegah asas ini dari tergelincir.
|
Rajah: Asas Bertangga
Ø Asas Rakit – Sesuai digunakan pada tanah yang mempuyai daya tanggung beban yang rendah seperti tanah lombong. Dibina pada keseluruhan kawasan bangunan yang mana perbezaan pemendapan Dan keretakan dapaat dielakkan pada sesuatu bahagian kawasan tersebut. Bagi tujuan kekuatan ia dibina dengan kebelan konkrit sehingga 300mm Dan ketebalanya digandakan pada bahagian yang mempunyai dinding tanggung baban.
Asas Rakit |
Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dan keupayaan tanggungnya tidak mencukupi, tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Salah satu daripada caranya ialah menggunakan cerucuk. Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain, biasanya asas alas tiang atau asas rakit. Penggunaan cerucuk akan dapat mengurangkan kos dan juga sesuai digunakan apabila beban bangunan tidak seragam.
8.1 KLASIFIKASI CERUCUK
Cerucuk dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan cara cerucuk memindahkan beban kepada bumi dan cara ianya dibina. Kumpulan bagi cara pemindahan beban ialah:
Cerucuk Tanggung (Bearing Pile)
Salah satunya dikenali sebagai Cerucuk Tanggung Hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan oleh lapisan tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu (lapisan stratum) yang berupaya menanggung bebannya. Cerocok-cerocok ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Beban bangunan tersebut diagihkan terus dari asas ke atas tanah atau batu (stratum) yang menyokongnya. Jarak dia antara cerocok-cerocok berdasar kepada saiz cerocok dan bahan yang digunakan.
|
2.2.1 Cerocok Geseran (Friction Pile)
Dikenali sebagai Cerucuk Geseran Kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah – Cerocok ini ditanggung oleh daya gesean diantara tanah dan permukaan cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerocok-cerocok hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan ceroc
Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.
8.2 JENIS-JENIS CERUCUK DAN SPESIFIKASI
Bahan-bahan yang digunakan untuk cerocok adalah seperti berikut:
· Kayu – kayu bakau atau kayu lain yang terawet
· Konkrit – tuang-dahulu (bertetulang)
tuang disitu (Raymond, Franki Dan sebagainya)
· Rencam (composite) – Biasanya kayu atau keluli (bahagian bawah cerucuk)
dan Konkrit (bahagian atas cerucuk)
· Keluli - Cerocok H, Cerocok paip, Cerocok kepingan
Berdasarkan kepada bahan yang dinyatakan , jenis- jenis cerucuk dan spesifikasinya disenaraikan seperti berikut :
1. Cerucuk Kayu
Terdiri dari kayu bakau dan kayu berubat ( Tanalised Timber Pile ). Ia sesuai sekali digunakan bagi pembinaan bangunan yang kecil dan tidak mempunyai bebanan yang tinggi.
a) Cerucuk Bakau
Garis pusat kayu bakau yang akan digunakan kebiasaannya berukiuran 75mm hingga 125mm .Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima. Mempunyai sifat-sifat yang sesuai digunakan sebagai cerucuk geseran pada tempat yang sentiasa lembab seperti paya.Ia tidak sesuai untuk tanah yang kering.
b) Cerucuk kayu berubat ( Tanalised Timber Pile )
Saiz 5” x 5”, 6” x 6”. terdiri dari jenis kempas dan keruing yang telah diawet dan merupakan diantara bahan yang digunakan dalam kerja-keja asas cerucuk .
2. Cerucuk Konkrit
a) Cerucuk konkrit Bertetulang Pratuang - ( Precast R.C. Pile )
Cerucuk Pra Tuang ini dibina dikilang atau diruang tegasan konkrit di tapak bina. Cerucuk dibina dalam bentuk persegi,tiga segi,bulat dan octagon.Ia dibina dengan mengambil kira penyambungan bagi memperolehi panjang diperlukan dilakukan dengan mudah. Cerucuk yang siap dibawa ke lokasi penanamannya dengan lori .
Terbahagi kepada 2 cara binanya iaitu (a) Konkrit bertetulang dengan bar keluli Lembut dan (b) Konkrit Prestressed.
b) Cerucuk Konkrit bertetulang
Boleh digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan yang terlalu lembut dan kawasan yang mempunyai batu kapur. Mempunyai ukuran 250 x 250 hingga 450 x 450 mm dengan panjang sehingga 18,000m.
|
Cerucuk konkrit prategasan dibina mengikut standard MS 1314 BS8110 dan BS 8004 dengan saiz 125mm x 125mm dan 150mm x 150mm , panjang 20m dan disambung menggunakan plat keluli yang dipasang pada hujung cerucuk.Dengan binaan konkrit berkualiti tinggi ia Mampu menahan Tegasan tegangan yang berlaku semasa pemanduan cerucuk dan kerosakan dapat dikurang. Agak rumit untuk memotong cerucuk konkrit prategasan selepas pemasangan. Oleh itu cerucuk ini lebih sesuai untuk penggunaan dimana panjang cerucuk boleh diramal dan konstan. Sifatnya yang tidak telap berbanding cerucuk konkrit tetulang. Proses pembuatannya yang khusus seperti pemampatan dengan menggunakan kaedah spinning atau pengawitan autoclave boleh digunakan bagi menghasilkan konkrit berkekuatan tinggi.
d) Cerucuk Konkrit Tuang Kemudian/ di Tempat ( Cast In-situ Pile )
Beberapa jenis cerucuk jenis ini adalah Frankipile, Vibro,& simplex concrete pile. Cerucuk tuang ditempat ditanam dengan 2 cara iaitu
i. Memandu masuk dengan Kaedah Hentakan penukul (Driven in situ)
ii. Mengorek tanah .
i. Cerucuk Gerek/ cerucuk Korek (Bored Piles)
|
ii. Cerucuk keluli H
Terdiri dari keluli berbentuk huruf ‘H’ bentuk bulat sepeprti cerucuk paip Dan cerucuk kepingan. Bagi kerja-kerja penyambungan, keluli jenis ini memerlukan pengimpalan pada bahagian atasnya bagi menambah panjang cerucuk jenis ini supaya dapat mencapai tahap kedalaman yang dikehendaki. Sesuai sekali digunakan pada kawasan yang terdapat batu kapur, walau bagaimanapun ia kurang digunakan kerana haga yang mahal. Ia juga mempunyai ukuran 200 mm x 200 mm hingga 350mm x 350mm.
9.0 KERJA CERUCUK
· Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan.
· Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didirikan.
· Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang cerucuk yang perlu ditanam di sesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman cerucuk, tidak semua ketentuan adalah muktamat.
· Oleh itu kerja-kerja cerucuk selalunya dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti.
· Cara pembinaan dan penanaman cerucuk juga membezakan kumpulan cerucuk. Kalau kumpulan cerucuk tanggung dan cerucuk geseran ditentukan berdasarkan cara pemindahan beban, pembinaan cerucuk dengan cara membentuk terlebih dahulu/ pratuang dan memandu masuk ke dalam tanah dikelaskan sebagai Cerucuk Anjakan (Displacement Pile ) Contohnya cerucuk konkrit bertetulang (Reinforcement Concrete pile). Cara tanah dikorek dan diganti dengan menempatkan cerucuk dipanggil cerucuk Gantian (Replacement Pile) atau Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored & Micro Pile
Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan ditapak bina sebelum ini, hanya cerucuk R.C. keluli dan kayu akan disentuh memandangkan teknik penanamannya adalah sama
10.0 PENANAMAN CERUCUK
Kerja penanaman cerucuk merupakan proses dimana cerucuk dimasukkan ke dalam tanah tanpa membuat penggalian. Penanaman dilakukan dengan 2 cara
1) Menggunakan cara Hentakan Penukul
i. Tukul Jatuh/Drop hammer
· Tukul diangkat dan jatuhkan oleh winch
· Tukul dihubungkan dengan tali menggunakan cangkuk
· Apabila tukul diangkat sehingga kepada ketinggian tertentu, ia akan dilepaskan untuk melakukan hentakan.
ii. Tukul Tindakan tunggal/Single Acting Hammer
· Tukul diangkat dan dijatuhkan menggunakan wap
· Jatuhan tukul kepada kepala cerucuk melalui tekanan gravity.
iii. Tukul dua tindakan/ Double Acting Hammer
· Seperti juga Tukul Tindakan tunggal bezanya angkat dan jatuhan tukul dilakukan menggunakan enjin wap
iv. Tukulan Disel/ Diesel Hammer
· Angkat dan jatuhan tukul dilakukan menggunakan enjin disel
11.0 MELAKUKAN KERJA –KERJA CERUCUK
Proses melibatkan langkah-langkah berikut;
Ø Menanda Poin-Poin Cerucuk
Ø Mendirikan Kerangka Cerucuk/Set up the piling rings frame
Ø Himpun dan susun cerucuk di tapak bina
Ø Melakukan kerja Penanaman Cerucuk
- Penanaman Cerucuk Konkrit Pratuang Bertetulang
- Kaedah Hentakan
Ø Mengerat cerucuk
Kaedah Hentakan
|
a. Tukul jatuh/ Drop hammer
b. Tukul tindakan tunggal/ Single acting hammer
c. Tukulan Disel/Diesel Hammer
d. Tukul dua tindakan/Double acting hammer
12.0 MENGERAT CERUCUK
Pemotongan cerucuk adalah proses mengerat dan menyingkirkan cerucuk konkrit terlebih yang telah ditanam dilokasi tapak bina. Melalui kaedah penggunaan mesin, yang dapat memegang kedudukan cerucuk dengan kemas bagi membenarkan sebarang sudut incision disamping memudahkan penyingkiran bahagian yang tidak diperlukan dengan selamat.
· Cerucuk perlu dipotong pada jarak spesifik.panjang yang dipotong perlu mencukupi bagi membolehkan penyingkiran semua bahan yang musnah.Shell keluli atau sarung konkrit untuk cerucuk konkrit tung ditempat/ in situ perlu dipotong pada jarak menegak spesifik sebelum diisi dengan konkrit.
· Cerucuk konkrit Pratuang dan sarung konkrit perlu dikerat dalam kaedah yang boleh menghindari kerosakan kepada bahagian cerucuk yang lain atau sarung atau kepada tetulang yang terunjur yang diperlukan bagi menyambung cerucuk kepada struktur .
|