Bumbung adalah
merupakan satu daripada bahagian-bahagian yang terpenting bagi satu-satu
bahagian bangunan kerana ia digunakan untuk melindungi penghuninya daripada
hujan, panas dan cahaya matahari. Untuk bangunan tropika, bumbung mestilah
dibina dengan mengambil kira iklim serantau untuk mendapatkan bangunan yang
selesa diduduki.
Pemilihan jenis bumbung
adalah berdasarkan ciri-cirinya yang berikutnya.
1. Rekabentuk
2. Kekuatan
3. Ketahanan
4. Bahan penetap
5. Perintang api
6. Perintang cuaca
Jenis
bumbung
Pembinaan bumbung pada
amnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bumbung rata dan bumbung
curam.
Bumbung rata biasanya
merujukkan kepada bumbung yang mempunyai kecerunan kurang daripada 10º.
kerangka bumbung rata terdiri daripada kayu, besi, rasuk konkrit atau papak
konkrit dan ditutup dengan bahan yang kalis air seperti kepingan asbestos,
zink, besi bergalvani, aspaft, kuprum dan sebagainya. kasaunya merentang antar
tembok, rasuk ataupun kekuda dengan jarak 2-4 meter dari tengah ke tengah untuk
menyokong gulung-gulung.
Bumbung curam menpunyai
kecerunan melebihi 10º dari garisan ufuk. Bumbung curam didapati dalam berbagai
rekabentuk, antaranya ialah :
- Bumbung tebeng layar
- Bumbung limas
- Bumbung Gambriel
- Bumbung layang
- Bumbung Mansard
- Bumbung limas Belanda
- Bumbung pisang sesikat
- Bumbung minangkabau
Penentuan jenis
bumbung:-
Jenis bumbung yang
harus dibuat untuk sesuatu bangunan itu bergantung kepada beberapa faktar
seperti:-
a. Saiz dan
bentuk bangunan
Bangunan-bangunan yang mempunyai bentuk
sederhana adalah sesuai dengan jenis
bumbung curam.
b. Rupabentuk
Nilai-nilai semulajadi menentukan bahawa
bumbung curam adalah lebih sesuai untuk
bangunan-bangunan kecil, sementara bumbung
rata adalah sesuai bagi bangunan yang besar.
c. Segi ekonomi
Langkah-langkah ekonomi sama ada pembinaan
atau belanja penyelenggaraan dari
masa ke semasa hendaklah difikirkan apabila
menentukan jenis bumbung.
d. Selain daripada yang
diatas faktor-faktor kemudahan ruang bumbung, keupayaan
sebagai bahagian pelindung dari cuaca.
ISTILAH-ISTILAH
BINAAN BUMBUNG
Penutup
bumbung (Atap)
Bahagian
yang paling atas dalam sesuatu binaan bumbung yang bertugas sebagai pelindung,
penebat dan bahan kalis air. Bahan-bahan yang biasanya digunakan ialah seperti
papan cam, genting rata, genting lengkung S, kepingan logam, kepingan
bergelugur dan lain-lain lagi.
Perabung
Ia merentang
dibahagian atas dalam pembinaan kerangka bumbung dan berfungsi untuk menyokong
kayu kasau dengan kasau limas dan dan juga kasau lurah.
Kasau
(Common Rafter)
Kasau ini
dipasang diantara perabung dengan tutup tiang. Ia berfungsi untuk menyokong
beroti, gulung-gulung dan papan cantik.
Kasau betina
Bahagian ini
seolah-olah gelegar tetapi ianya diletak dalam keadaan condong. Ia direntang
dari tulang bumbung pada bahagian atas dengan plat tembok di bahagian bawah.
Pengenalan
bumbung mengikut struktur pembinaan
Struktur pembinaan
bumbung boleh dibahagikan kepada empat jenis bumbung.
1. Bumbung selapis
2. Bumbung dua lapis
3. Bumbung tiga lapis
4. Bumbung kekuda
Bumbung
dua lapis
Pembinaan bumbung dengan kasau saiz biasa
jika jarak rentang melebihi lima
meter. Kasau ini kemudian melendut dan menganjal apabila berlaku sebarang
gegaran. Oleh itu gulung-gulung digunakan untuk mengatasi kemungkinan tersebut.
Gulung-gulung ini disanggga dihujungnya oleh topang yang diletakkan diatas
tembok sesekat atau pada gelegar-gelegar siling. Topang-topang ini boleh
dipasangkan secara serong kepada gelegar siling jika jarak rentang bangunan itu
panjang
CIRI-CIRI
PEMBINAAN BUMBUNG
Perintang
cuaca
Biasanya bumbung direka
dan dibena berbentuk curam. Ia direka begitu rupa supaya dapat melindungi
bahagian-bahagian bangunan yang dibawahnya daripada dedahan cuaca seperti
hujan, panas, angin dan sebagainya.
Kekuatan
Sesuatu binaan bumbung
hendaklah mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menyokong beban sendiri dan
beban tindihan dari penutupnya. Selain daripada itu faktor-faktor lain seperti
tekanan angin dan beban-beban sampingan yang mungkin mendatang hendaklah
diambil kira apabila merancang rekabentuk sesuatu binaan bumbung.
Ketahanan
Apabila
membina bumbung hendaklah ditentukan binaan itu bolah tahan lama. Rangkanya
hendaklah dibina dari bahan-bahan yang baik dan terjamin supaya ia boleh
digunakan bertahun-tahun tanpa perlu membuat sebarang gantian. Penutup-penutup
bumbung juga hendaklah dipilih daripada bahan-bahan yang tahan lasak supaya
tidak mudah dirosakkan oleh pencemaran udara kasar.
Bahan
penebat
Keupayaan
sesuatu bumbung sebagai bahan penebat hendaklah dikaji apabila merekabentuk
sesuatu bumbung. Ia hendaklah berkemamapuan menahan haba yang berlebihan
daripada menembusi kebahagian dalam bangunan. Tetapi sebaliknya ia hendaklah
berupaya mengekalkan bahan yang normal untuk memberi keselesaan udara didalam
bangunan.
Perintang
api
Pada
setengah-setengah bumbung terutama sekali bumbung rumah deret dan
rumah-rumah berbandung, struktur binaannya hendaklah disertakan dengan langkah-langkah
perintang api.
Rupabentuk
Jalinan
sesuatu rekabentuk bumbung membawa pengaruh yang besar kepada bangunan. Ini
termasuklah faktor-faktor seperti curam bumbung, jenis penutup yang digunakan
dan juga warna bahan penutup bumbung itu.
Cucur
atap (Bumbung)
Cucur atap
ialah bahagian yang terendah sekali dalam sesuatu binaan bumbung. Bahagian ini
disebut juga sebagai ekor bumbung. Ia samada dibina samarata dengan permukaan
luar tembok atau diunjurkan keluar daripada permukaan tembok. Ia lebih dikenali
dengan nama cucur bumbung.
Cucur rata
Dalam
pembinaan cucur rata ekor bumbung dibuat hampir samarata atau diujurkan sedikit
dari permukaan tembok. Binaan cara ini dapat mengurangkan perbelanjaan sama ada
dari segi kos pembinaan atau pembelian bahan-bahan binaan. Jika dipandang dari
hujung bangunan ekor kasau-kasau dikerat samarata dengan permukaan tembok.
Sekeping papan tumpu kasau 25mm tebal dipasang dengan skru atau memaku pada
ekor-ekor kasau itu untuk mengemaskan binaannya.
Cucur terunjur terbuka
Cucur
bumbung yang dibina terunjur dari permukaan tembok adalah lebih baik kerana ia
dapat memberi perlindungan kepada permukaan tembok disamping dapat menghasilkan
pemandangan yang lebih cantik kepada sesuatu bangunan. Unjuran cucur dibuat
dengan mengerat ekor-ekor kasau jauh dari permukaan tembok. Papan tumpu kasau
kemudian dipasang untuk menutupi ekor-ekor kasau untuk mengemaskan binaannya.
Untuk
mengelakkan tiupan angin daripada masuk ke dalam bangunan melalui bawah
bumbung, ruang antara kasau-kasau ditutup dengan binaan perintang angin yang
terdiri daripada kerja bata yang dibina sesudah kasau-kasau siap dipasang.
Perintang angin ini dibina sehingga ke paras bahagian bawah penutup bumbung.
Pada
setengah-setengah bangunan binaan cucur yang terbuka akan memperlihatkan
ketidak kemasan dan akan kelihatan seolah-olah bangunan itu belum siap
pembinaannya. Untuk mengemaskannya bahagian bawah kasau-kasau ditutup dengan
papan atau bahan-bahan lain seperti kepingan asbestos dan kayu-kayu jalur.
Penutup bawah cucur sama ada dipasang terus pada bahagian kasau-kasau atau
kepada kayu-kayu pendakap jika suatu penutup yang aras diperlukan.
PENUTUP BUMBUNG
Penutup bumbung
mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang kalis air. Bahan-bahan yang
digunakan adalah mengikut jenis dan kecerunan bumbung. Pada dasarnya penutup
bumbung dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bumbung rata dan bumbung curam.
Bahan-bahan yang sesuai
digunakan untuk menutup bumbung rata ialah lapisan bitumen, kepingan logam yang
terdiri daripada kupram, plumbum, tembaga, zink dan aluminium, kepingan
asbestos, plastik dan papak konkrit. Di antara kepingan asbestos bergelugur
merupakan jenis penutup bumbung yang banyak digunakan terutamanya untuk membina
rumah kediaman kos rendah, gudang dan bangunan-bangunan perindustrian.Kepingan
asbestos boleh didapati dalam berbagai-bagai saiz, umpamanya 1.2 m, 1.5 m, 1.8
m, 2.1 m, 2.4 m, 2.7 m, 3.0 m hingga 3.3 m. Tebalnya ialah 5mm bagi kepingan
yang bergelugur kecil dan 6mm bagi kepingan yang bergelugur besar. Kepingan ini
hendaklah dipasangkan dengan kecerunan 25 darjah keatas dan lekap hujungnya
150mm.
Kecerunan yang kurang
daripada 25 darjah boleh dilakukan dengan menambahkan lekap hujungnya ke 300mm.
Bagi pembinaan di kawasan yang selalu mengalami cuaca buruk, lekap ini perlu
ditutup dengan mamah (mastic) supaya air tidak meresap ke dalam. Kepingan
asbestos ini dipasangkan pada gulung-gulung dan disokong oleh kasau-kasau.
Pemasangan
kepingan asbestos biasanya dilakukan dengan paku payung dilapikkan dengan
sesendal mamah untuk mencegah resapan air hujan. Skru bumbung juga digunakan.
Apabila kasau dan gulung-gulungnya terdiri daripada keluli, bolt cangkuk adalah
diperlukan dalam pemasangannya.
Bahan-bahan
tradisi yang digunakan bagi penutup bumbung curam ialah genting tanah liat,
kepingan batu (slat) dan kepingan papan. Kini genting konkrit dan bahan-bahan
ciptaan baru banyak digunakan. Kegunaan bahan-bahan ini membolehkan rekaan
bentuk bumbung diperluaskan disamping mengawal ekonomi pembinaannya.
Antara jenis
genting yang biasa digunakan ialah genting manca curam, genting biasa, genting
roman, genting roman kembar, genting manca S, genting manca rata dan
sebagainya. Genting ini jika menghasilkan daripada konkrit boleh didapati dalam
beraneka warna dan alat tambah. Genting ini hendaklah dipasang dengan curam
yang secukupnya untuk mencegah kebocoran apabila hujan lebat. Kecerunan yang
minimum berbeza-beza dari 30 darjah dan 45 darjah bergantung kepada jenis
genting tetapi kecerunan 50 darjah 55 darjah biasa digunakan kerana ia memberi
aliran air hujan yang lebih berkesan.
Genting ini
hendaklah dipasangkan pada bahagian atas beroti dengan tolok yang tertentu mengikut jenis genting yang digunakan. Tolok
ialah jarak beloti diantara tetengah dengan tetengah yang bersamaan dengan:-
Panjang genting - lekap
2
Reinforced aluminium foil insulation
Bekal dan pasangkan ‘double side aluminium insulation’ di atas kasau dan di bawah jeriau, bermula dari hujung kasau hingga ke bahagian perabung. Bahan perlu dilendutkan kira-kira 75 mm untuk membolehkan air mengalir apabila berlaku kebocoran pada genting bumbung. Selisih pada hujung dan tepi sekurang-kurangnya100mm hingga 150mm.
Rajah - reinforced aluminium foil insulation
Bahagian bumbung