Tuesday, October 22, 2013

Amali pemasangan paip pembentung - sambungan T

 Senarai bahan

1. Paip pvc - u 110 dia -650mm  2 btg
2. Paip pvc - u 100 dia 200 mm   1 btg
3. Penyambung T sama - 110 dia   1 unit
4. Pita ukur
5. Alat aras spirit.
6. Sudip bata.
7. Baldi jurubina
8. Bata penuh
9. Mortar
10. Tolok kecerunan

Arahan amali.
1. Membuat sambungan paip kumbahan pada sambungan T.
2. Menguji kekemasan, kelurusan, ketegakan dan kerataan sambungan.
3. Menguji ketepatan panjang penyambungan paip kumbahan secara mendatar.
4. Menguji dan melaras kecerunan paip kumbahan menggunakan mortar pada penyokong.

 
Merancang kerja dan mengukur  


 
Membancuh mortar 


 
Menempatkan mortar 




Menguji kecerunan 



Ujian pemasangan saluran sanitasi

Selepas pemasangan paip sanitasi ujian perlu dilakukan bagi menguji keberkesannannya ia berfungsi.

Tujuan ujian dilakukan:
1. Menguji kedap udara dan kedap air
2. Menguji kelurusan saluran
3. Menguji kelicinan sambungan

1. Ujian kedapan
Jenis ujian kedapan
1. Ujian air
2. Ujian tekanan dan ujian udara
3. Ujian asap

2. Menguji kelurusan
1. Ujian kelurusan - kaedah digunakan dengan menggunakan cermin dan cahaya atau api. Jika hujung saluran dapat dilihat dengan jelas pada hujung saluran satu lagi maka paip sanitasi ini adalah dalam keadaan lurus. Memastikan tiada sebarang mortar yang terunjur ke permukaan dalam saluran.








3, Menguji kelicinan
Ujian kelicinan menggunakan sebiji bola seperti bola pingpong yang saiznya lebih kecil dari garis pusat paip.  Cara bola digolekkan ke dalam paip tanpa sebarang sekatan.

Monday, October 21, 2013

Pemasangan paip sanitasi

2 kaedah pemasangan

1. Penggunaan rod aras
2. Penggunaan timbang air dan papan lurus.

1. Penggunaan rod aras

Kerja -kerja penggalian biasa dimulakan dari hujung bercetek.
1. Gali perparitan kira-kira 4 meter panjang dan pacakkan pancang pertama ( A ) untuk dasar tercetek.
2. Pacakkan pancang B , 3 meter dari pancang A dan araskan dengan menggunakan timbang air yang diletakkan pada papan lurus.
3. Pacakkan pancang B2 dan benam 75 mm di bawah paras pancang B untuk curam 1:40 atau 50 mm  ( untuk cerun 1:60) atau sebagainya.
4. Dirikan rel aras R di atas pancang A.  Tinggi di antara bahagian A hendaklah sama dengan ketinggian rod aras yang akan digunakan.
5. Dirikan rel aras (R2) pada hujung parit yang terendah sekali.  Bagi mendapatkan kecerunan yang menyeluruh, dirikan rod pada aras di atas pancang B2 dan laras ketinggian rel aras R2  dengan memerhati dari R sehingga kedudukan rel pada rel pada R, rod aras dan rel R2 sejajar
( menjadai satu garis lintang).


2.  Penggunaan timbang dan papan lurus / tolok.
1. Papan dicerun mengikut kecerunan parit yang ditetapkan contoh 1:40.
2. Korekan dilakukan di kawasan yang dikehendaki.
3. papan lurus diletakkan dengan hujung yang lebar berada pada bahagian parit yang dalamm.
4. Letakkan timbang air di atasnya. Pastikan kedudukan gelembung timabang air berada di tengah-tengah.
5. Jika kedudukan  gelembung tidak berada ditengah-tengah maka korekan perlu dilakukan lagi.

Spesifikasi pemasangan ikut saiz diameter