Sistem pembetungan
Objektif utama dalam
sistem pembetungan ialah membolehkan pembuangan kumbahan melalui satu sistem
sambungan paip yang bersih dan cekap. Sistem pembuangan dalam konteks pembinaan
moden terdiri daripada dua jenis yang utama: Sistem pembetungan awam dan sistem
pembetungan tangki najis.
Sistem pembetungan awam
merupakan satu sistem paip utama pembetungan yang ditanam di dalam tanah selari
dengan jalanraya. Paip-paip ini disambungkan kepada logi pembersih pembetungan
tempat kumbahan diproses menjadi baja. Pembinaan dan penyenggaraan sistem
pembetungan awam melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
Bagi tempat yang tidak
mempunyai kemudahan pembetungan awam, pembuangan kumbahan dilakukan dengan
menggunakan tangki najis secara berasingan ataupun berkumpulan. Dalam merancang
kawasan perumahan yang baru, khasnya yang melibatkan bilangan unit rumah yang
banyak, adalah digalakkan mengadakan tangki najis berkumpulan.
Sistem ini meliputi
sambungan paip betung daripada rumah-rumah ke tangki najis utama. Prinsipnya
hampir sama dengan pembetungan awam kecuali ia adalah ‘sistem tertutup’ yang
khas untuk kawasan perumahan berkenaan sahaja. Sistem ini biasanya di bawah
jagaan dan penyenggaraan pihak berkuasa tempatan. Tangki najis berasingan ialah
hak tuan punya rumah. Biasanya ia dibina di belakang rumah dan saiznya adalah
mengikut bilangan penghuni rumah tersebut.
Jenis
paip besi
Didapati pelbagai jenis
paip betung yang diperbuat daripada bahan-bahan yang berlainan. Di antaranya ialah
seperti :
- Paip tembikar bergerlis
- Paip besi tuangan
- Paip plastik (PVC)
Tiap-tiap jenis paip
ini dibuat khas untuk digunakan dalam keadaan dan di tempat yang tertentu.
Misalnya paip tembikar digunakan di dalam tanah untuk menyalurkan kumbahan
manakala paip besi tuangan sesuai digunakan sebagai paip tegak di atas tanah
untuk menyalurkan kumbahan dari rumah ke bawah tanah.
Paip betung boleh
didapati dalam pelbagai bentuk, iaitu bentuk lurus, melengkung, bercabang dan
menirus. Permukaan dalam bagi semua paip mestilah licin dan tidak retak supaya
pengaliran air tidak terganggu setelah ia dipasang.
Paip
tembikar bergerlis
Paip ini diperbuat
daripada tanah liat dalam pelbagai bentuk seperti yang dikehendaki. Tanah liat
yang telah dibentuk hendaklah dikeringkan sebelum dibakar dan ditanur. Pada
permukaan dalam dan luar paip ini diberikan lapisan bergerlis supaya ia licin.
Ia mempunyai satu hujung yang bersoket dan hujung yang satu lagi berbentuk
spigot. Paip yang tidak bersoket juga boleh didapati. Diameter dalam paip biasa
berbeza-beza dari 75 mm hingga 900 mm. Panjang paip tidak termasuk soketnya,
adalah berbeza dari 0.3 m – 1.2 m. Paip yang berdiameter dalam 100 mm dan 150
mm adalah sesuai digunakan untuk pembetungan rumah kediaman.
Sambungan
Sambungan paip ini
boleh dilakukan dalam pelbagai cara mengikut jenis bahannya.
a.
Bagi paip bersoket
sambungannya dibuat dengan motar simen dan gasket, atau kumai poliester dan
gelang getah.
b.
Bagi paip yang tidak
bersoket, sambungannya dibuat dengan cara menyambung sarung (sleeve) dan gelang
getah.
Sambungan motar simen
adalah sejenis sambungan tradisi yang telah lama digunakan untuk menyambung
paip-paip tembikar. Kadar bancuhan motar yang sesuai ialah 1:3 dan seringkali
ditambah 2% bahan kalis air.
Kaedah penyambungan
paip ini ialah dengan memasukkan bahagian spogit paip ke dalam soket paip. Pastikan
kedua-dua paip itu bertemu dengan rapat. Gasket (tali guni) dimasukkan ke dalam
bancuhan simen terlebih dahulu dililit pada paip itu dua atau tiga kali dan
ditekan masuk dengan satu alat besi. Kemudian motar simen dimasukkan ke dalam
sambungan sepenuhnya dan disiapkan tirus dan dilicinkan dengan sudip. Tujuan
menggunakan gasket ialah untuk mencegah motar daripada masuk ke dalam paip dan
menempatkan paip itu supaya selari. Sekiranya gasket tidak digunakan ia boleh
mengakibatkan motar terkeluar dari sambungan. Ini boleh menjejaskan keselarian
kedua-dua paip, spigot dan soket.
Sambungan kumai
poliester dan gelang getah adalah sejenis sambungan yang baru ditemui. Untuk
menjamin sambungan soket dan spigot itu selari, kumai poliester (sejenis
plastik) dimasukkan ke dalam soket dan spigot ini. Kemudian satu gelang getah
diletakkan pada spigot dan ditekan masuk ke dalam soket semasa paip
dipasang.Gelang getah ini menjamin sambungan yang kedap air. Sambungan sarung
dan gelang getah digunakan untuk menyambung paip-paip yang tidak bersoket.
Sarung ini diperbuat daripada polipropilena (sejenis plastik) dan mempunyai
lurah di dalamnya, untuk ditempatkan gelang getah yang berbentuk khas. Kaedah
penyambungan paip ialah dengan menekan hujung kedua-dua paip ke dalam sarung
tersebut.
Paip
besi tuangan
Paip jenis ini
diperbuat daripada besi tuangan. permukaannya dicat hitam dengan sejenis minyak
bitumen untuk menentang karat berlaku pada paip tersebut. Paip besi tuangan
sesuai digunakan sebagai paip tegak betung bagi bangunan bertingkat atau
pemasangan paip-paip yang tidak ditanan di dalam tanah. panjangnya berbeza-beza
dari 0.9m hingga 2.74 m dan diameternya dari 50 mm hingga 230 mm. Paip
melengkung berjejari juga dibuat untuk kegunaan pada cabang atau persimpangan
yang mempunyai darjah kelengkungan yang berlainan.
Sambungan
Sambungan bagi paip
besi dilakukan dengan menggunakan plumbum cecair dan gasket. Gasket yang telah
dimasukkan ke dalam cecair tar terlebih dahulu dililit pada hujung spigot dan
ditekan masuk ke dalam soket. Tujuan gasket ialah mengelakkan plumbum cecair
terkeluar daripada sambungan. Kemudian plumbum cecair dituang masuk ke dalam
soket dan diratakan.
Kaedah memasang paip
dalam sistem pembetungan
Paip bagi suatu sistem
saluran atau pembetungan boleh dipasang dengan menggunakan salah satu dari cara
berikut :
- Menggunakan rod aras. atau
- Menggunakan papan tolok.
- Teropong
Semua paip bersoket
mestilah disusun dengan soketnya menghadap ke arah aliran air.
Sambungan dengan
menggunakan rod aras
Cara ini adalah lebih
cepat. Kecerunan yang betul dan seragam bagi peparit boleh diperolehi dengan
menggunakan dua rel aras dan satu rod aras. Rel aras ialah sekeping papan
setebal 25 mm, mempunyai tepi yang lurus dan dipakukan kepada dua batang tiang
kayu yang didirikan di satu hujung peparit. Rel aras yang kedua dipasang pada
hujung yang satu lagi peparit itu mengikut kecerunan yang ditentukan supaya
aras di antara kedua-dua rel itu selari dengan aras muka parit tersebut.
Alat pengukur aras atau
hos getah berisi air digunakan untuk mendapatkan kecerunan yang dikehendaki
itu. Tinggi rel aras tidak dihadkan dan adalah mengikut kesesuaian keadaan
supaya kerja senang dijalankan. Kecerunan yang dikehendaki di dalam peparit itu
diperolehi dengan menggunakan ros aras. Alat ini diperbuat daripada kayu.
Semasa peparit digali,
sehingga mencapai tahap kedalaman yang telah ditentukan, seorang penyelia
melihat dari sebelah rel aras dan seorang pembantunya menegakkan ros aras di
dalam peparit tersebut sehingga kepala rod aras itu selari (sejajar) dengan
kedua-dua rel aras yang telah didirikan. Langkah-langkah ini dilakukan bagi
tiap satu jarak tertentu, dan jarak ini hendaklah pendek supaya diperolehi
kecerunan yang seragam. Jika tanah di situ menunjukkan tanda-tanda akan runtuh,
maka papan penahan hendaklah didirikan serentak semasa kerja-kerja menggali
dijalankan.
Kecerunan peparit
hendaklah ditentukan mengikut garispusat paip yang digunakan supaya saliran
mendapat kecerunan swabersih (self-cleansing gradient). Biasanya bagi paip yang
bergarispusat 100 mm, kecerunannya ialah 1:40, yakni bagi setiap jarak 40 m,
perbezaan arasnya ialah 1 m. Begitu juga bagi paip bergarispusat 150 mm
kecerunannya ialah 1:60.
Setelah peparit siap
digali, pemasangan pai boleh dijalankan dengan menyusun paip-paip tersebut
dalam peparit itu, di bawah soket paip itu hendaklah digali lebih dalan sedikit
supaya batang paip terletak di atas tanah. Paip-paip itu hendaklah disambung
dengan motar simen bersama dengan gasket. Motar yang berlebihan dan yang masuk
ke dalam paip hendaklah dibuang sebelum ia mengeras.
Sambungan
menggunakan papan tolok
Papan yang digunakan
adalah diserongkan mengikut kecerunan yang dikehendaki. Papan tolok itu
digunakan pada tiap-tiap sambungan bersama dengan timbang air. Paip dilaraskan
sehingga timbang air yang ditempatkan di atas papan tolok itu menjadi rata.
Cara ini hanya digunakan untuk memasang saluran yang pendek atau cawangannya
kerana ianya kurang tepat jika dibandingkan dengan cara menggunakan rod aras.
Cara ini tidak begitu tepat mungkin disebabkan alat timbang air ataupun bentuk
paip-paip tidak sama saiz.
Tangki najis
Di kawasan yang tiada
sistem kumbahan untuk memproses najis dari tandas, tangki najis digunakan, dan
semua pelan untuk pembinaan rumah mestilah termasuk pelan tangki najis sebelum
diluluskan oleh Majlis Daerah Tempatan.
Fungsi tangki ini ialah
mengumpulkan najis bersama dengan air dari tandas supaya najis tersebut
menjalani proses tindakbalas biokimia secara anaerobik. Melalui tindakbalas
ini, najis dihapuskan oleh organisma-organisma mikro yang sedia ada dalam
lapisan skam (scum) pada permukaan air dalam tangki itu. Apa yang tertinggal
ialah selut yang tenggelam ke bahagian bawah tangki itu.
Selut itu boleh
dikeluarkan kemudian setelah banyak terkumpul. Lapisan skam bertanggungjawab
menghilangkan najis dalam tangki itu dan mesti dipelihara dengan tidak dikacau.
Oleh sebab itu, air dan najis yang masuk ke tangki itu disalurkan melalui paip
yang bercabang T.
Minyak gris, ubat
pembersih (detergent) dan disinfectants yang mungkin mengganggu tindakbalas
dalam scum itu tidak boleh dimasukkan ke dalam tangki. air yang lebih
disalurkan ke luar melalui paip bercabang T juga supaya scum dan segala
kekotoran yang timbul itu tidak mengalir ke luar.
Saiz tangki najis
adalah bersesuaian mengikut bilangan pengguna tangki itu. Biasanya bagi
tiap-tiap pengguna, saiz tangki yang mencukupi ialah 0.067 m³. Untuk menjamin
kelicinan pengaliran dari paip masuk hinga paip keluar, panjang tangki yang
dikehendaki adalah lebih kurang tiga kali ganda lebarnya.
Tembok tangki ini
biasanya dibina dengan bata setebal 1 bata dengan motar simen. Permukaan
dalamnya dilepa dengan motar simen. Lantainya dibuat daripada konkrit. Satu
ruang yang tingginya lebih kurang 150 mm – 300 mm mesti diadakan di sebelah
atas aras pemukaan air untuk mengumpul gas.
Ruang
penapis
Bagi mencegah
pencemaran, semua aliran keluar dari tangki itu mestilah melalui satu penapis.
Fungsi penapis ini ialah untuk menapis kekotoran dalam aliran ini sebelum
sebelum keluar ke dalam parit atau longkang.
Bahagian ini merupakan
satu ruangan atau tangki yang mengandungi bahan-bahan penapis seperti arang
kayu, batu kasar (batu kapur) dan pasir. Ruangan ini dibina di bahagian hujung
tangki najis.
1. Nota sanitari 1
Download nota1
2. nota sanitari dan pembentungan 2
Download nota 2
3.
Cara pemasangan paip
4.
sejarah sanitasi sepintas lalu
5.
sistem lekapan sanitari