Monday, October 22, 2012

Sistem longkang


Pemasangan longkang perlu untuk salirkan air buangan dan dari alatan kebersihan, dapur, sesalur air hujan (R.W.D.P) serta air permukaan berturap ke pebentung awam dan seterusnya ke tempat pembuangan dan perawatan khas.

Longkang-longkang yang dibina harus mempunyai ciri-ciri berikut :
1.Longkang hendaklah tidak mudah bocor
2. Air buangan dan najis tidak dapat memberi kesan kepada longkang.
3.Dapat menahan tekanan tanah serta ‘building settlement’
4.Berupaya menahan pengaliran haba dan cecair.

Jenis-jenis longkang:
1. Bentuk U
2. Separuh bulat
3. Bentuk V 

Jenis longkang yang biasa terdapat di Malaysia:
1. Longkang jenis konkrit.
2. Longkang jenis tembikar
3. Longkang PVC




   
Longkang jenis konkrit 

  

Longkang jenis tembikar 



  
Longkang PVC 


Bahan bagi membuat longkang ialah tembikar, pvc dan konkrit.

Bahan-bahan bagi membuat longkang konkrit:
1. Simen
2. Batu baur.
3. Pasir 

Langkah-langkah kerja bagi pemasangan longkang:
1.  Menyediakan bahan dan alatan.
2. Mengorek tanah
3. Meletakkan pasir.
4. Memasang dan memaras.
5. Menyambung ikatan antar longkang 
  
Alatan memasang longkang :
1   1.  Cangkul
2   2. Penggali
3   3. Aras spirit - mendapatkan kerataan.
4   4. Benang - bertujuan untuk mendapatkan jajaran lurus bagi jarak yang panjang.



Peraturan serta kehendak yang perlu diberi perhatian dalam pemasangan longkang adalah seperti berikut :


1.Kecerunan - longkang perlu diberi kecerunan supaya pergerakan air tidak jadi lambat dan tersumbat.


2.Kedalaman - longkang bawah tanah mesti di tanam dengan kedalaman yang cukup bagi mengelakkan dari berlakunya paip bocor atau pecah yang disebabkan oleh beban yang terdapat di atasnya. Contoh : kenderaan.

3.Pengudaraan - pengudaraan perlu diadakan untuk mengelakkan dari bau busuk yang kurang menyenangkan

4. Penutup - perlu diadakan untuk menyekat bau busuk ke dalam bangunan serta tidak menghalang laluan

5. Laluan - laluan/bilik khas mesti disediakan bagi tujuan pemeriksaan atau pembersihan jika longkang tersekat

5. Bahan - bahan harus tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ini untuk memastikan paip dan longkang tahan serta mampu untuk menahan beban dan tegangan

6. Sambungan - sambungan perlu diadakan bagi mengelakkan dari berlakunya kebocoran atau keretakkan pada longkang

7. Penahan -untuk pastikan perletakan longkang mendapat sokongan dan tidak mudah pecah.

8. Saiz dan isipadu muatan - hendaklah mengikut jenis atau bentuk longkang.

Proses kumbahan


Pengenalan



Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.

Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder
( bahan daripada plastik atau fiber).

Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.

Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum.

 Sistem pembetungan yang banyak terdapat di Malaysia ialah tangki septik individu. Dianggarkan lebih kurang 1.2 juta premis mempunyai tangki septik inidividu. Tangki septik individu yang sempurna iaitu mengikut Piawaian Malaysia – MS 1228 mempunyai 3 sehingga 4 penutup logam bersegi empat tepat dan pada lazimnya berada di luar kawasan premis sama ada di bahagian hadapan, belakang atau tepi premis. Adakalanya, tangki septik tersebut berada di dalam premis yang telah diubahsuai. Kumbahan (najis) yang mengalir ke dalam tangki septik tidak menjalani rawatan sepenuhnya dan oleh itu tangki septik tersebut perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun sekali; untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien. IWK menyediakan perkhidmatan mandatori dan amat penting ini untuk premis-premis kerajaan.

Paip Salir



Rajah menunjukkan bagai sisa air buangan di salur ke paip salir  

Paip salir ialah paip yang dipasang di bawah tanah dan berfungsi sebagai menyalirkan najis dan air sisa serta air permukaan dari sesebuah banguna.  Sistem paip salir mempunyai ciri-ciri dan kaedah pemasangan yang berbeza daripada system paip lekapan.

Oleh sebab di tanam dalam tanah, maka paip salir memerlukan bahan yang tahan asak dan tahan kepada tekanan kerana sentiasa terdedah kepada beban, terutama jika terdapat kenderaan yang lalu di atasnya.  Kebanyakkan paip salir yang dipadang di dalam tanah utnuk menyalirkan najis dan sisa terdiri daripada paip tanah liat dan paip besi tuang.

Jenis-jenis paip salir
1. Paip tanah liat
2. Paip besi tuang
3. Paip PVC
4. Paip uPVC
5. Paip gentian
6. Paip konkrit 



      
Paip tanah liat 

  
Paip besi tuang 



   
Paip pvc 

  
Paip konkrit

  
Paip uPVC  







Paip yang diperbuat daripada gentian kaca, konkrit dan uPVC juga digunakan. Paip jenis ini sesuai digunakan sebagai paip salir terutama di kawasan tanah berasid atau kumbahan berasid.
Ciri-cirinya:
1.Harganya murah,
2.tahan lasak,
3. tahan hakisan,
4.mudah dipasang,
5. mudah dipotong
6. mudah disambung.

Paip besi tuang diperbuat daripada besi melalui proses penuangan di kilang.  Paip jenis ini lebih kukuh daripada paip tanah liat serta mempunyai sambungan yang lebih kukuh.  Paip besi tuang sesuai digunakan di dalam tanah liat yang tidak stabil tetapi kurang seseuai digunakan dalam tanah yang berpaya dan mengandungi sulfat yang tinggi.

 Prinsip pemasangan paip salir

1. Mutu
 Paip salir yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri kekuatan dan ketahanlasakan yang tinggi.  Ketahanlasakannya bergantung kepada mutu bahan paip yang digunakan. Paip yang bermutu akan menghasilkan sistem paip salir yang tahan lama.  Selain daripada kedalaman adalah mencukupi bagi menggelakkan paip mengalami kerosakan jika ada objek berat di atas permukaan tanah. Selain sambungan yang dilakukan hendaklah sempurna.


2. Kedap air 
Paip salir dianggap mencapai tahap kualiti pemasangan yang baik jika paip salir berkeadaan kedap air.  Kedap air bererti air dari luar tidak dapat masuk ke dalam paip salir.  Najis dan air sisa pula tidak boleh keluar dair paip salir serta mencemarkan persekitaran.  Paip salir hendaklah dipasang oleh pekerja mahir bagi memastikan sambungan paip berada dalam kedap air.

3. Kecerunan
    Kecerunan merupakan factor penting bagi pemasang paip di bawah permukaan tanah kerana proses rawatan berlaku dalam paip salir.  Kecerunan paip salir hendaklah mengikut cerun yang disaran dalam piawai pemasangan.  Tujuan ialah supaya pepejal dalam kumbahan tidak mengenap ke dasar paip lalu menyebabkan kumbahan tersekat atau paip tersumbat .
Jika kecerunancerun paip terlalu landau, kumbahan akan disalirkan dengan perlahan.  Pepejal yang terkandung dalam kumbahan akan tertinggal di dasar paip.
Paip juga tidak boleh dipasang terlalu curam untuk mengelakkan daripada mengorek tanah terlalu dalam ketika memasang paip. Paip salir juga akan terhakis jika dibina terlalu curam 
disebabkan kelajuan kumbahan.



   


4. Kelurusan
Penyaliran kumbahan akan lebih berkesan jika paip disambung dalam keadaan lurus dari titik kepada satu titik yang lain. Liku pada paip salir perlu dikurangkan dan hanya dibuat dalam keadaan tertentu sahaja. Liku diperlukan apabila paip perlu dibengkokkan untuk disambung kepada paip salir yang lain.  Pemasangan lurus juga mengurangkan kerja senggaraan.

5.  Pengalihudaraan
 Pengalihudaraan dalam paip salir diperlukan supaya sebarang gais yang terhasil tidak terkumpul.  Gas yang terkumpul dalam paip salir akan menyebabkan tekanan udara turun dan naik.  Untuk menghindarkannya, proses pengalihudaraan yang berkesan sangat diperlukan.  Pengalihudaraan ke atas paip salir dipastikan berlaku dengan memasang paip tumpu bolong hendaklah berada setinggi kurang dari 900 mm di atas sebarang tingkap atau lubang udara bangunan, serta jarak 3 m dari mana-mana cucur atap bangunan, tingkap atau lubang udara bangunan.
Bahagian atas paip bolong hendaklah ditutup dengan bebola dawai bagi mengelakkan sampah masuk ke dalam paip.



Memasang Paip Pembentung - Kaedah Papan Tolok

 

 Langkah kerja.

1. Menyiapkan papan yang dipotong mengikut kecerunan yang dikehendaki.
2. Kerja mengali dilakukan mengikut kecerunan.
3. Papan tolok digunakan pada tiap-tiap sambungan.
4. Paip pemebentung dilaraskan sehingga aras spirit  ditempatkan di atas papan tolok itu menjadi rata.
5. Setiap sambungan paip tersebut akan disambung dengan gasket dan ditutup dengan mortar.
5. Cara ini digunakan untuk memasang saluran yang pendek. Bagaimanapun kaedah ini tidak sesuai untuk pemasangan paip pembentung jarak yang panjang.

  





  


Bahan dan alatan
1. paip salir tanah liat
2. Penggali
3. Cangkul
4. Pita ukur 
5. Aras spirit 

Terdapat 2 kaedah memasang paip pembentung.
1. Kaedah menggunakan papan tolok.
2. Kaedah menggunakan rod aras

Thursday, October 18, 2012

Melepa


 Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar. Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata.
Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk menghasilkan kerja yang bermutu.

Kerja lepaan Sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan alas an berikut :-
1)      Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan
2)      Melindungi, menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata.
3)      Meilindungi permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir supaya lebih tahan kerana dapat bertindak sebagai bahan kalis air.
4)      Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat.
5)      Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor
6)      Menbgurangkan bunyi bising serta kalis haba
7)      Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan dinding
8)      Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir.

Jenis peralatan melepa
1. Pemaras keluli
  


2. Pemaras kayu
  
 3. Pemegang mortar - hawk

4. Comb spreader

 5. Pemaras kayu panjang ( darby float )


 6. Aras spirit
     
Bahan untuk melepa 
 Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :-
Simen:
Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk penerapan bata, membuat lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar lepaan iaitu “Wallcrete” dimana ianya telah siap campuran simen portlan biasa dengan kapur.

Kapur :
Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000o c untuk menghasilkan kapor tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan ‘hydrated lime’ yang sesuai untuk membuat mortar ikatan dan lepaan.

 Tujuan penggunaan kapor adalah untuk menambah keupayaan air memegang mortar serta mengurangkan kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam bancuhan mortar.

Air :
Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh merosakkan bancuhan mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi tetulang.

Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :-
a)      Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti dengan simen.
b)      Memudahkan kerja bancuhan
c)      Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

Bahan Tambahan

Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk menambah sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30% digunakan.

Bahan jenis ‘Waterproofing compounds’ ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk serbuk dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh bersama simen dan digaul dalam keadaan kering.
Bahan ‘Plasticisers’ dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan kekuatan ikatan.

Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format, triethanolamine, sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat.

 Nisbah bancuhan mortar untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat. Bagi lepaan asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan adalah 1:6  (simen:pasir) ataupun ditambah dengan satu bahagian kapor untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana  1 : 1 : 6  (simen : kapor : pasir)

Jenis lepaan
Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan sesuatu dinding atau tembok. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :-

1. Kemasan Biasa ( sand face)

Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Lepaan jenis ini boleh dibuat dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mm dan bagi tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.

Lapisan pertama :       bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm. Nisbah bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini hendaklah dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.

Lapisan Kedua :           Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk permukaan diding dalam dan gengan pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini hendaklah menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span basah boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan yang seragam.

Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan simen Portland, kapor dan pasir ialah :-

-          1: ½ : 4 ½     atau
-          1 : 1 : 5-6     atau
-          1 : 2 : 8-9

2. KEMASAN LICIN

Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa menggunakan likatan air simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk menambah kemudahkerjaan, campuran simen boleh ditambah dengan kapor. Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini agar ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi sebati.

3. KEMASAN GRANOLITIK

 Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : Pasir : serpihan batu granit bersaiz 3-6mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah ketebalan 10mm dan permukaannya diratakan menggunakan kayu pemaras. Setelah lapisan mula mengeras, maka permukaannya hendaklah diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan gerutu.

4. KEMASAN SHANGHAI

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen berwarna : Pasir : serpihan batu bersaiz 3mm ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik , Cuma hasil yang diperolehi adalah kemasan gerutu berwarna.

5. KEMASAN ‘Textured atau Scraped’

Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Biasanya penggunaan pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan peralatan lain yang sesuai bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seni seseorang pekerja.


6. KEMASAN ‘Rough cast atau wetdash’

Campurannya terdiri dari simen, pasir dan batu baur yang dipilih mengikut pembahagian nisbah bancuhan 1 : 3  atau 1 : ½ : 4 ½  pada lapisan pertama, sementara lapisan kedua nisbahnya adalah
1 : ½ : 1 ½ - 3 ( batu kerikil 6-13mm). Bahan kalis air serta pewarna boleh digunakan untuk menambah kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah yang mengandungi nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa.
Alat yang digunakan ialah rough casting machine atau mesin gerutu.
 Rough casting machine

  




7. KEMASAN ‘Pebble-dash atau drydash’

Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu berukuran 10 – 20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut belum mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 ½  dengan campuran ‘water proofer’ dan nisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal 12mm.

8. KEMASAN “tyrolean atau smooth cast”

Menggunakan bancuhan 1:2  terdiri dari  simen (Biasa atau warna) dan pasir.  Disembur pada lapisan asas dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting) pada jarak 18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini hendaklah dibuat dalam 3 lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu dibiarkan kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.



Nota melepa
Link 1 




How to plaster an already plastered wall









Sanitari dan alat lekapan

Alat lekapan
- Dalam kerja-kerja perkhidmatan bekalan air, kerja-kerja pemasangan alat lekapan amat perlu diketahui bagaimana cara pemasangannya dan di mana kedudukan yang paling tepat dalam sesebuah bangunan.
 - Alat kelengkapan sanitari bermaksud sumber air yang digunakan untuk membersih dan menyalurkan kotoran yang kotor.

.



 Jenis-jenis alat lekapan

1. Tempat mandi panjang ( Long bath / Tab mandi) Biasa berbentuk empat segi bujur. Pengeluaran air biasa melalui pillar tap yang mengeluarkan air panas atau sejuk. Bahannya diperbuat dari porcelain enamelled cast iron ( tanah liat) dan fibre glass da.


 2. Sink Kebanyakan digunakan di dapur bagi tujuan memasak dan membasuh kain. Tinggi pemasangan 863 mm – 915 mm. 915 mm digunakan bagi tujuan memasak dan 863 mm untuk tujuan membasuh. Bahan membuat sinki adalah keluli, plastik dan fire clay ( tanah liat ).



 3. Basin Biasanya diperbuat dari tembikar atau tanah liat. Tinggi pemasangan basin ialah di antara 762 mm hingga 812 mm. Iaitu dari aras lantai sehingga aras atas basin. Bagi kegunaan dewasa ukuran pemasangan adalah 812 mm. Manakala 787 mm pemasangan di rumah. Bahan pemasangan basin. 1. Paip buangan basin – saiz 32 mm setiap pemamasangan menggunakan perangkap jenis botol atau S. 2. Palam lubang luar – digunakan menakung air dalam basin. 3. Lubang limpah – semasa memasang lubang keluar basin tentukan lubang limpah dihalakan pada lubang limpah basin.

Jenis basin
1. Angle corner basin

2. Pedestal basin

 4. Dulang pacuran Tempat tadahan air mandi yang diperbuat dari tembikar bergelis bagi tujuan mengalirkan air ke lubang lurang.


 5. Mangkuk tandas - Kegunaan mangkuk tandas adalah untuk menerima dan membuang najis dan membersih kekotoran dalam takung kandung air sistem simbah perlu mencukupi untuk menggerakkan najis didalamnya. - Kebanyakan direka dengan menggunakan perangkap dengan tujuan untuk menakung air.

 Jenis tandas:
a. Tandas duduk

Bahagian tandas duduk




b. Tandas cangkung


Cara pemasangan tandas.


 6.Bidet - Bidet adalah jenis alat lekapan yang digunakan untuk membuang air kecil bagi wanita. Ia berbentuk bujur bulat dengan flushing Rim di bawah tempat duduknya. Ukuran bidet 0.40m tinggi 0.38 m lebar dan 0.70 m panjang. Diperbuat dari tembikar, seramik dan plastik.
  




7. Urinal - Fungsinya adalah untuk membuang air kecil bagi orang lelaki. Diperbuat dari tembikar dan seramik.

Jenis urinal 

Urinal jenis kandang 







Alatan yang digunakan pemasangan alat lekapan.
1. Gergaji besi - pemotong pelbagai jenis paip upvc, galvani dan pvc.

2. Pemotong pvc - fungsi memotong paip pvc.

3. Pemotong paip beroda - memotong paip bergalvani.

4. Aras spirit - memastikan permukaan rata dan tegak.

5. Pita ukur - digunakan untuk mengukur jarak dan kedudukan.

6. Pemutar skru - mengetat dan melonggarkan skru.

7. Mesin gerudi - membuat lubang mengikut saiz yang dikehendaki.


8. Sepana - digunakan untuk membuka dan mengunci benda yang bersegi seperti bolt dan nat. Jenis sepana terdiri
 a. Sepana boleh laras.

 b. Sepana hujung terbuka.

9. Playar - digunakan untuk memotong, mencengkam, memintal, menarik dan menekan benda kerja.
Playar cengkam seribu 


1. Nota alat lekapan 

2. Nota paip buangan
   Nota dalam format docx.

3. Nota sistem saliran kumbahan


Modul Melepa
1. Nota melepa